Saturday, September 25, 2010

Mi Primier Istimewa Chef Ismail


Mi Primier Istimewa dari Chef Ismail majallah Saji... ala-ala mee hailam.
Resepi nnt dulu dah tak sempat nih nak siap2. Layan gambar dulu k. Ciao!!!

Simple Marmar Pound Cake



Salam & Selamat pagi semua....
Tak boleh cerita paanjang2 sbb jap lagi dah nak siap2... nak balik kampung!!!
Hohoho balik kampung.... hohoho balik kampung.... nak beraya kat kampung selama 2 hari. Hari ni balik kampung Batu Pahat Sungai Balang besok pulak kat Pagoh. Best kan dapat beraya walaupun dah 16 hari kite semua menyambut syawal.


Sempat buat cake nih semalam... Thnks Yat Maria atas resepi pound cake yg sedap..tapi swirl mama tak cantik lah!!! Walaupun rupa mu tak cantik tapi rasa cake yg sedap kira okay lah ngapp jer!!! Hehehe... thanks yer Yat share resipi  minta izin mama letak resipi kat sini :)



Simple Marmar Pound Cake- Yat Maria
Ingredients
150g butter
100g sugar
3 eggs
1 egg yolk
150g flour
1 tsp baking powder
1 tsp cocoa powder
1/2 tsp vanilla essence
1 tsp chocolate paste (original resepi uses black forest paste..mana lah aku nak pi cari BF paste nih...)
 
Method
Sieve flour and baking powder.. set aside.
Beat butter until soft, add sugar slowly.. whipped until white.
Add eggs one at a time and continue to beat till well combined. Turn speed to low and add vanilla essence.. add sifted flour.. mix well.
Set aside 2 tablespoons of batter and add cocoa powder and chocolate paste (or black forest paste..if you are sooooo lucky to have some), mix well. Pour remaining white batter into 22x10cm loaf pan.. top with chocolate batter and gv it a few swirl (with chopsticks) to form a marble motif.
Bake in oven with a temperature of 180C for 40 minutes or until cooked. If using smaller moulds bake for 20 mins..
 

Thursday, September 23, 2010

Nasi Goreng Sardin


Nasi Goreng Sardin nih dah berkali masak.... Memang betul kata AYU... bila memakan nasi ni terasa macam makan nasi dgn sambal sardin & kentang. Sedap dimakan bersama keropok dan berulamkan kobis yg di hiris halus2. Thanks yer Ayu darling... minta halal yer .... mama selalu dtg ke dapur & ambik resepi Ayu. Kita n family suka tau!! hehehe

Nasi Goreng Sardin- Ayu
Ingredients:-
nasi sejuk untuk 4-5 orang makan
1 tin sederhana sardin-ambil ikannya dan 3 sudu besar sosnya
1 sudu besar bawang putih kisar
3 sudu besar bawang besar kisar
4 biji bawang merah dihiris
4-5 biji cili padi dihiris atau ketuk
1 sudu kecil halia kisar
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos tiram
 3 biji telur
2 biji kentang dihiris dan digoreng ketepikan
sedikit sayur kobis/carrot/cendawan tiram
garam & perasa secukupnya

Method:-
Ikan sardin, dibuang tulangnya, dan dihancur2kan sikit. Tumis bahan2 hiris hingga lembut, baru masukkan bahan2 kisar dan kacau hingga naik bau dan garing. Masukkan sos tiram, ikan sardin + kuah sardin dan garam & perasa. Kacau sekejap. Pecahkan telur. Masukkan kentang yang telah digoreng tadi bersama sayur2ran Kacau rata dan masukkan nasi, gaul sehingga bahan2 semua bersatu.
Boleh dimakan dengan ikan bilis goreng dan keropok ikan .

Kari Ayam Nyonya

Salam di petang hari khamis yg sedang hujan lebat di sini...
Maaf teman2 mama yg diingati selau :D
Oleh sebab PC masuk sepital... tak dapat lah mama update selalu.... Tapi insyallah once PC dah sembuh dan balik ke rumah... akan di update blog nih yer :)

Hari nih mama masak satu lagi koleksi lauk kari... Kari Ayam Nyonya resepi dari buku masakkan RASA keluaran bulan Februari 2010. Tak brapa pedas & lemak2 dari buah keras. Sedap jgk lauk ala2 org nyonya nih. Terima Kaseh pada majalah RASA atas sumbangan resepi.

KARI AYAM NYONYA- sumber dari majalah Rasa

Bahan2 nya
1kg ayam - dipotong kecil - mama gunakan 1.5kg
500gm kentang-dipotong baji
200ml santan
500ml air
350 ml minyak - ni mama agak2
2 tangkai daun kari
1 kuntum bunga lawang
3sm kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
2 sudu makan gula melaka - mama mama lebihkan dlm 4-5 sudu mkn
2 sudu mkn kicap - mam lebihkan jgk dlm 4-5 sudu mkn
garam & gula secukup rasa

Bahan kisar
150gm bawang merah
50 gm bawang putih
5 biji cili merah
15 tangkai cili kering - ni mama lebih kan sikit
3 batang serai
30gm halia
5 biji buah keras
2 sudu makan cili serbuk
3 sudu makan rempah kari daging- mama tambahkan lagi 2 sudu mkn
1 sudu makan serbuk kunyit
2 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan belacan

Cara memasak
Kisarkan semua bahan kisar hingga lumat. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan daun kari bersama bahan  kisar dan juga bunga lawang, kayu manis dan juga bunga cengkih hingga naik baunya. Masukkan separuh santan dan kacau rata. Setelah itu masukkan ayam dan biarkan masak seketika. Tambahkan sedikit air dan biarkan mendidih. Setelah mendidih, perlahankan api dan biarkan mereneh selama 20 minit. Akhir sekali, masukkan kentang bersama garam, kicap,gula melaka dan lebihan santan. Biarkan hingga mendidih dan angkat.

Monday, September 20, 2010

Sotong Masak Hitam



Lauk hari Sabtu ... dera anak2 dara belajar masak.. nanti bila kahwin senang... hehehe


Sotong masak hitam. Lauk febret Along n Shasha. So dia orang mesti belajor masak lauk nih :)
Pagi Sabtu yg kecoh di dapur bersama2 mereka. Nazli tak makan pun lauk nih :(

Apam Jagung


Good morning semua teman2...
Masih mood beraya lagi kan... minggu lepas tak kemana2 coz cik hubby kat Korea. So mama tunggu saja sedara mara yg dtg kerumah...


Apam yg dibuat utk berbuka tempoh hari..hehehe baru sempat nak N3. Nampak kat rumah Ayu n jgk Ika. Thnks 2 both for promoting :) Minta izin C&P resepi.

Apam Jagung - oreo@MYR/Ayu & Ika

Ingredients:-
  • 2 cawan tepung gandum
  • ½ cawan gula
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1 sudu teh baking powder
  • Sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 1½ cawan air
  • Sedikit mentega/planta untuk mengoles
  • Bahan tabur : Kacang tanah yang sudah dikisar

 Method:-

  1. Mesin gula bersama telur hingga kembang,
  2. Masukkan soda, bicarbonate, air dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati.
  3. Masukkan tepung dan mesin lagi sehingga sebati. (ADUNAN SIAP)
  4. Oleskan planta di permukaan kuali & tuangkan 1 senduk adunan tadi, kemudian nipiskan.
  5. Biarkan seketika & sementara menunggu masak, taburkan bahan tabur di atas.
  6. Apabila cukup masak, angkat dan dilipat DUA sebelum dipotong. Selamat Mencuba!

Friday, September 17, 2010

Telur & Sausage Goreng 3 Rasa


Bertemu kembali di pagi Jumaat yg dah mula mendung nih...
Bukan tak nak update blog...tapi PC kat rumah dah mogok blum sempat lagi nak hantar sepital..hehehe ni mama pinjam lappy Jannah buat update pagi nih :D

Tak ingat bila mama masak lauk simple nih tapi yang pasti dalam bulan puasa rasa2 nye dah akhir2 bln ramadan utk bersahur. Simple tapi menyelerakan. Mama improvice kan sikit menu nih. Selalu menggunakan ikan utk sos 3 rasa nih...tapi ikan diorg tak main lah dlm bln pose tuh...
Mama gunakan 1 pkt sausage yg diptg2 serong dan digoreng dulu. Utk bahan sos boleh lihat kat bawah atau kat sini.

Sos 3 Rasa

Bahan Cincang Halus:-
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia muda
  • 2 biji cili merah
Bahan Dihiris Halus:-
  • 1/2 kuntum bunga kantan- x letak cari2 kat pasar x jual
  • 2 helai daun limau purut
  • 4 - 5 biji cili padi - mama tambah dlm 10 biji
Bahan-Bahan Sos:-
  • 2 camb cili kisar
  • 1 camb sos tomato
  • 2 camb sos plum
  • 2 camb gula pasir
  • 2 camb sos cili
  • 1 camb jus limau nipis - lemon
  • 1 camt kicap manis
Cara Memasak:-
  1. Sediakan kukusan. Lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit.
  2. Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air.
  3. Kukus hinga ikan masak.
  4. Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan2 cincang selama 1 minit.
  5. Masukkan bahan-bahan sos dan kacau rata.
  6. Bila mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam.
  7. Masak hinga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan tadi.
  8. Makanlah bersama nasi putih dan ulam-ulaman.

Hari Raya Pertama

Assalammualikum semua teman2 yg diingati selalu.
Salam Jumaat & Salam Hari Raya yg ke 8 hari :)

Begitu sibuk sekali raya tahun nih... tak sempat nak snap gambar2... semua nyer disnap oleh anak2 mama. Tahun ni seperti tahun2 sudah masakkan utk lebaran spt biasa jgk. Lontong, ayam masak merah, sayur lodeh & jgk serunding. Tapi kali nih buat petama kali dalam hidup mama setelah bergelar isteri..dah 22 tahun.. sambut beraya bersama keluarga cik Hubby. So rumah agak sesak dengan keluarga cik hubby yg seramai 7 orang + anak2 sedara + cucu sedara.

Ni adalah sebahagian drp gambar2 yg disnap oleh Jannah sewaktu 1st day raya. Colour theme tahun ni pink!!! Kids yg pilih warna nih.  Tahun nih tak byk buat kuih coz waktu tuh masih sibuk ulang balik kat rumah my mom uruskan kan abah mama yg terkena air panas. Allhamdullillah dah kering bekas terkena air panas tuh.

Monday, September 6, 2010

E-Kad raya drp JC


 Terima e kad nih drp JC. Terima kaseh yer kerna sudi beri mama :)

Pita Pizza


Pita Pizza.... buat berbuka pada hari Jumaat yg lepas... hehehe baru sempat nak update :)
 Nampak kat rumah Ayu yang menggunakan pita sebagai base pizza. Ada balance Shabsuka yg disimpan dlm freezer... ni lah jadi nyer. PITA PIZZA



ni sempat ambik gambar lepas berbuka... Yg 1 keping ni buat mama sebab during berbuka mama tak boleh mkn berat2 cukup lah minum air panas, sebiji dua kurma atau pun kuih muih yg jiran mama beri.



mama buat 2 pkt sebab Shasha bawa kawan sekolah lama berbuka dirumah. So dapatlah 10 keping semua nyer :) Shabsuka yg memang pedas bila di buat seperti pizza ni makan panas2 fuyoo berpeluh peluh si bdk Nazli ni makan hahaha. Blh tengok kat sini atau pun dibawah ni utk resepi shabsuka :) Peringatan pada sapa yg memang cili queen or cili king shd try out!

SHABSUKA HAJAH KAMISAH (masakan Arab) 
untuk 6 - 10 orang

Bahan-bahannya
1 kilo daging cincang, digoreng tanpa minyak
2 biji bawang besar, dihiris
1 cawan lada kering kisar
3 sudu makan minyak sapi
3 sudu makan minyak sayuran
1 botol sos tomato Maggi
1/2 botol sos cili Maggi
1 tin sedang tomato puree
6 biji tomato, dipotong dadu
3 biji bawang besar, dipotong dadu
30 sen daun ketumbar
20 sen daun pudina
4 - 5 cawan air
1 1/2 cawan bawang goreng
1 paket sayur campuran (mixed vegetables)
gula secukup rasa
garam secukup rasa
ajinamoto (jika mahu)

Bahan untuk dikisar
6 ulas bawang putih
2 inci halia
4 sudu makan jintan halus
2 - 3 sudu makan lada hitam
3 biji bawang besar
1/2 inci kayu manis
2 sudu makan lada putih

Bahan Hiasan
6 biji telur, digoreng buat mata lembu setengah masak kuningnya

Cara-caranya
1. Panaskan minyak, tumis bawang yang dihiris sehingga wangi. Masukkan lada kering kisar tumis hingga garing dan naik bau. Kemudian masukkan bahan kisar, tomato puree, tomato sos dan cili sos. Gaul rata. Masukkan garam, gula dan ajinamoto secukup rasa.
2. Masukkan dagiing yang telah digoreng tanpa minyak, tomato dan bawang yang telah didadu, sayur campuran dan masukkan air. Masak sehingga mendidih dengan api sederhana.
3. Akhir sekali masukkan daun ketumbar, daun pudina dan bawang goreng. Gaul rata dan matikan api.

Cara Menghidang
Sendukkan shabsuka ke mangkuk dan letakkan sebiji telur mata lembu yang telah digoreng setengah masak atasnya. Ia selalu dimakan bersama roti perancis.

Ayam Kicap Blackpeppe


Salam pagi Isnin yg mulia ni..tinggal beberapa hari lagi kite umat Islam akan meninggalkan bln Ramadan yg mulia ni... tak dapat nak bercerita panjang2 sebab banyak kerja yg hendak diselesaikan.

Satu lagi koleksi ayam msk kicap ni... Kali ni mama mencuba resepi dari Dapur Yatie pulak..hehehe. Cepat & ringkas peryediaan utk bersahur. Dan satu lagi lauk ayam ni kalau msk tak blh seorang sekeping mesti msk lebih sikit :)



Yatie  terima kaseh for the recipe... bertambah lagi koleksi ayam kicap utk dapur mama. Mintak halal C&P dari dapur Yatie :)

Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam- di potong 12
  • 2 biji kentang- belah 4- mama hiris tebal2
  • 4 sudu besar kicap pekat
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar tepung jagung * bancuh dngn air - x letak sbb nak berkuah
  • 1 cawan air*
  • 2 sudu besar serbuk lada hitam
  • 2 btng lada hijau ( di belah 2)- letak cili merah dihiris
  • 4 s/b minyak untuk menumis
  • garam dan kunyit
Bahan Tumis (di hiris)
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 btng kayu manis, 2 kntm bnga lawang, 2 biji buah pelaga
Bahan Hiasan(hiris dan taburkan atas ayam)- x letak pun
  • 2 tangkai daun sup
  • 2 tangkai daun bawang
Cara-Cara
  1. Ayam di potong 12 dan bersihkan. Gaulkan bersama garam dan kunyit. Goreng separuh masak. Setelah siap, goreng pula kentang hingga empuk. Ketepikan dahulu.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi. Masukkan rempah tumis dan gaul lagi.
  3. Masukkan ayam dan kentang yg telah di goreng tadi. Masukkan serbuk lada hitam.
  4. Masukkan kicap pekat, sos tiram dan sedikit air. Masukkan bancuhan air tpng jagung.
  5. Masukkan lada hijau yg di belah 2 tadi dan gaul sebati. Masak sehingga sedikit pekat.
  6. Sekiranya rasa dah ok, matikan api dan hidangkan....tabur bersama bahan hiasan.
  7. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih.

Thursday, September 2, 2010

Ayam Masala

Ayam lagi.... sahur tadi pagi sempat masakkan ayam masala nih... kesian lauk nih tak cukup bahan hehehe. Nak ambik gambar pagi2 pun malas sikit... almaklum mata masih kelat lagi :)

Lauk repeat telecast... blh tgk sini & sini Selain udang & kentang mama gunakan isi ayam. Resepi asal dari rumah Dr Ina.Thanks yer :)

Masala Chicken/Udang/Kentang
Bahan A:-

  • 500 gm udang (dibersihkan )- gantikan ngan kentang
  • 2 biji tomato (dibelah 4 atau 6)- tak letak
  • 3 tangkai daun kari - ganti kan dgn daun ketumbar
  • 1/2 cawan yogurt asli
  • 2 tangkai cili merah (dihiris serong) -tak letak
  • 2 tangkai cili hijau (dihiris serong)
  • 2 sudu kecil serbuk cili (*ni akak tambah sikit nk kasi pedas sikit, terpulang ya..)
Bahan B (dikisar):-
  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sudu besar jintan putih - kisar kering
  • 1 sudu besar jintan manis - kisar kering
  • 1 sudu besar lada putih - kisar kering
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
Cara-Cara:-
  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang dikisar dan daun kari hingga wangi.
  2. Masukkan udang dan tomato. Kemudian kacau rata (tambah air sekiranya perlu)
  3. Masukkan yogurt, cili merah dan cili hijau. Kacau sebentar dan tutup api.
  4. Sedia dihidangkan....Senang kaannnnn... ^_^

Kacang Panjang Goreng Kicap

Untuk sahur tadi pagi... sayur kacang panjang goreng kicap nih. Tahu, tempeh, letak fishcake, kacang panjang & suun. Main potong2, tumis semua dah siap!! bulan pose nih sayur ada sikit kurang!!

Mee Cendol/ Mee Bee tai Mak


Mee lagi n lagi....
Buat berbuka semalam... tak de idea lagi untuk buat berbuka.. lauk sahur jgn cakap lah main campak2 jer hehehe. Pernah nampka kat Blog Nur mee chendol/cendol/bee tai mak nih.Bahan2 yg mama gunakan apa yg ada di dlm fridge.... Thnks yer Nur mama C&P resepi dari dapur Nur :)

MEE BEE TAI MAK/ Mee cendol  - Nur Sg

500gm bee tai mak- mama gunakan 1kg
250gm sayur bak choy- mama letak sawi & taugih
secukup hotdog dihiris- tak letak gantikan udang & fishcake
2 biji telur yang sedang- letak 3 biji
1 1/2 sudu makan kicap manis
1 sudu makan sos tiram
1 biji bawang dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
1 atau 2 sudu makan cili kisar

Cara-Cara

1. Tumiskan bahan kisar sehingga wangi.
2. Masukkan hotdog dan gaul rata.
3. Ketepikan hotdog, pecahkan telur dan kacau rata.
4. Masukkan bee tai mak.
5. Masukkan kicap manis dan sos tiram.
6. Akhir sekali masukkan sayur bak choy dan jika perlu masukkan garam sedikit saja.

Award & Tag Dari Faradean




Sebelum buat N3 tentang masak2 baik mama letak N3 nih... Award n jgk tugasan tag dari FARA thnks yer Fara :)

1. Senaraikan 7 makanan kegemaran untuk berbuka n bersahur...

Mama suka makan mee utk berbuka & bersahur sukakan lauk kering
mee siam goreng tauco, laksa, jemput2, asam pedas ikan pari utk sahur dan jgk telur ceplok kicap 

2. Kedua, kena tagged 5 rakan blogger lain untuk terima award nie.


Ni yang susah sikit....  actually semua rakan2 blogger layak menerima award nie. Tak pe pada teman2 mama yg singgah sini sudi2 lah kira nyer amik award nie yer :) 
mama senarai kan jgk nama 5 orang teman blogger....yg tak tersenarai jgn kecik ati yer :)

Ayu, Nur SG, Yat Maria, Ika & Mas

Wednesday, September 1, 2010

Sotong Goreng Belacan


Selain telur goreng mama goreng kan Sotong Goreng Belacan nih. Nampak kat blog CMG nih dan Ayu jgk dah mencuba nyer. Hmmm sedap makan panas2 ada kuah sikit2. Thanks CMG for the resepi mama minta izin C&P yer :)

Sotong Goreng Belacan - CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 ekor sotong saiz besar
2 biji cili hijau, hiris serong
1/4 camca teh serbuk kunyit
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 camca besar sos tiram
1/2 inci belacan + 2 camca besar air = larutkan
Sedikit air, untuk kuah
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sotong dibersihkan, asingkan kepala dari badan, buang mata dan paruh sotong, manakala badan sotong potong gegelang, cuci sekali lagi dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar, bawang putih, serbuk kunyit dan cili hijau, kacau rata hingga layu. Masukkan sos tiram dan belacan tadi. Kacau rata.
  3. Masukkan sotong, masak hingga sotong berubah warna, tuang air dan perasakan dengan garam dan secubit gula. Kacau dan biar mendidih sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segeran bersama nasi hangat..

Telur Goreng


hahaha..... dah tak de idea lagi.
Lauk sahur tadi pagi...selain dari sotong goreng belacan mama goreng kan anak2 telur. Telur yg digoreng & dicurahkan sos cili & tomato sos. Senang jer :D

Secukup telur yg digoreng
bawang besar & bawang putih yg dihiris
tomato sos dlm 1 sudu makan- mama agak jer
thai cili sos dlm 2-3 sudu makan
tumis bawang besar & bawang putih sehingga layu, masukkan kedua2 sos dan biarkan mendidih sebentar lalu curahkan keatas telur yg sudah digoreng. Senang kan!

Paratha Rolls



Untuk anak2 dan jiran2 mama buat kan pratha rolls nih. Dah lama tak buat... Makan satu prata roll nih bersama segelas air Milo atau Nescafe pasti mengenyangkan. Untuk inti terserah kepada citarasa masing2. mama menggunakan daging cincang bersama kentang yg disagat dan dimasak kering.


Pratha Roll - Noreen & Muna & Ayu
Ingredients:-
6 frozen instant parathas
3-4 eggs lightly beaten (just w fork)

Ingredients for Filling:-
3 chicken breast diced (I sliced)
2 tsp coriander powder
1 tsp dried chili which has been cut to small pieces( I used chili powder- about 2 tsp)
2 garlics minced
3 tomatoes diced - x letak
1/2 tsp turmeric powder( I used 1 tsp)
1/2 inch ginger minced
2 tbsp coriander leaves sliced thinly- x letak
1 tsp garam masala- x letak (tak dpt cari)
salt and MSG to taste

Method For Filling:-
Heat oil and saute garlic, dried chili and coriander powder till fragrant. Add in diced tomatoes and stir well. Slow down the heat and cook till tomatoes are soft. Add in turmeric powder, ginger and half of coriander leaves and stir well. Add in chicken and stir again. Sprinkle salt and MSG to taste. When chicken has cooked, add in the balance coriander leaves and garam masala. Stir well and turn off heat. Put aside.

Method for Parathas:-
Heat some oil and fried paratha till golden yellow. Dish out and put aside. Heat oil and add in 2 tbsp beaten egg and let it for a while. Add fried paratha ontop of egg. When ready dish out.

Method For Serving:-
Place egg paratha facing up. Add on filling and roll paratha like swiss roll. Ready to serve



Lempeng kelapa


Salam hari pertama di bulan September... hari ni dah hari Rabu... huhuhu tertiba rasa macam sedih pulak..tak tahu lah kenapa... maybe mama terlalu emosi kot.... Mana tak emosi... sebenar nyer abah mama dah masuk hari yg ke 6... terkena air panas mendidih kat peha dia..agak teruk jgk melecur... orangtua nih takut nak ke doctor. tuh sebab mama agak sibuk sikit mana dengan urusan rumah, nak masak berbuka, buat kuih muih dan tiap2 hari selepas waktu berbuka agak2 dalam kol 8 g2 akan kerumah abah utk buat kan dressing di peha nyer.
Kalau mama letak gambar2 peha abah yg melecurkan kat blog mama nih... agak disturbing pulak sebab nih blog makanan dan rasa2 tidak sesuai lah...Hari petama semasa mama hendak mencuci & membersih kan luka2... abah menangis....sakit kata nyer....ni sambil menaip mama tak tahan rasa...sob3x
Okay lah mama tak mahu lagi bercerita tentang abah.....

Menu berbuka semalam... Lempeng Kelapa. Memang ingin mencuba nyer apabila terlihat di rumah Zana... ni pun main agak2 jer... anak2 tak brapa menggemari nye mungkin ada rasa kelapa. Mereka suka kan yg plain sahaja. Tak pelah... asal mama dapat merasa macam mana lempeng kelapa tuh pun dah cukup.Sedap dimakan bersama sambal tumis.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...