Thursday, July 28, 2011

Daging Bumbu Bali

percubaan yg berbaloi sedap...cuma mama lebih kan kicap sedikit tuh yg warna agak gelap .... lauk yg tak berapa pedas.. sedap dimakan bersama nasi putih panas2..harum semerbak bau dau limau purut.Masakkan ni agak special sikit sbb tak menggunakan bawang besar atau pun bawang kecil.
Lauk daging bumbu bali ni jgk sesuai di buat juadah hari raya makan bersama lontong & jgk ketupat enak banget!!!

Terima Kaseh Ita kerana sudi berkongsi resipi yg enak nih... mama C&P resipi dari dapur Ita yer ...sekali lagi terima kaseh :D



DAGING BUMBU BALI
by : Chef Wan
Resepi sumbangan : Cindai Biru / Azlita 

500g daging (potong nipis, cuci bersih) 
250ml santan tin - ita guna santan kotak- mama pun
3 helai daun limau purut 
2 sdb kicap pekat - ni mama letak lebih sedikit
*5 biji buah keras 
*8 biji cili merah 
*3 ulas bawang putih 
*1 inci halia 
*1 sdt kunyit serbuk 
Garam dan kicap manis rasa 
Minyak untuk menumis 
Tomato dipotong 4 dan bawang besar potong bulat.



Kisar bahan yang bertanda * panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik minyak dan garing sedikit.
Masukkan daging, santan tin dan daun limau purut, kacau sebati dan biar hingga kuah agak pekat. Masukkan garam, kicap pekat dan kicap manis secukup rasa, gaul sebati.
Masukkan tomato dan bawang besar yg dipotong bulat. Kacau lagi dan angkat untuk hidangan.

Egg Sambal Sandwich

 Salam Sejahtera & Selamat Pagi teman2 yg diingati selalu :)

sarapan simple utk cik hubby & Nazli pagi nih....

Semalam Kak Anim menayangkan egg bento utk sarapan pagi..niat di hati ingin jgk buat cam kak Anim..tapi malang nyer acuan utk egg bento tak dpt dicari..kemana agak nyer ia tersembunyi????



Kalau ada sambal tumis senang kerja... selain blh grg kan nasi blh jgk buat sambal telur... memang mama selalu buat begini... fav diorg. Letak lah timun, daun salad or tomato. Siap di bawak bekal & minuman yg menyegarkan NESCAFE...



Wednesday, July 27, 2011

Nasi Kari Ayam



Salam pagi Rabu .... pagi nih tak blh pot pet lama2 byk kerja yg nak diuruskan...

Masak nasi kari nih dah last 2weeks ago... masa Nazli tak de..msk sikit jer saja nak test.. tak menghampakan SEDAP!!! masak kan lauk kari ayam lebih sikit macam Kak Anim jgk... sambal mangga sebagai tambahan.
Resipi dari Ibundo/Kak Pah lagi..mmg best kan Kak Anim???
terima kaseh yer Kak Pah for the resipi... minta izin ltk di dapur Hawa plak :)

Mari kite tengok resipi ....



Nasi kari Ayam - Ibundo/Kak Pah
Bahan:

3 cawan beras basmathi
1/2 ekor ayam ataupun lebih dipotong biasa
4 sudu besar butter atau majerin
8 cawan santan dari sebiji kelapa - mama gunakan 1 santan kotak & tambahkan ngan sedikit air
3 sudu besar rempah kari- tambahkan lagi 1 sudu kari
4 ulas bawang merah dihiris*
2 ulas bawang putih dihiris*
1 inci halia dihiris panjang*
rempah tumis empat sekawan
1 cube stok ayam kalau suka- mama letak
sedikit daun ketumbar
yg bertanda tuh * mama blender jer

mama tambah kan 1 sudu makan tomato paste 



cara:

Beras basmathi dibersihkan dan di tos kering airnya. Ketepikan.

Panaskan butter/majerin dalam periuk. Masukkan bawang merah, bawang putih, rempah empat sekawan, dan halia. Tumis sehingga naik bau. Masukkan rempah kari. Tumis sehingga rempah kari masak. Masukkan ayam. Kecilkan api dan biarkan air ayam keluar. Apabila air ayam kering, masukkan santan, garam, stok ayam dan daun ketumbar. Masak sehingga ayam lembut dan masak. Padamkan api.

Kemudian curahkan kesemua bahan yang dimasak tadi ke dalam penapis. Ambil kuahnya dan masukkan ke dalam beras di rice cooker. Pastikan kuah itu cukup untuk menanak nasi sebanyak 3 cawan beras itu. Kita dah biasa masak nasi dan tentu tahu berapa banyak air yang nak digunakan. Tapi untuk nasi ini, sila lebihkan sedikit airnya daripada ukuran biasa. Kalau kuah tak cukup, tambah sikit dengan air. Kalau kuah terlebih, jangan habiskan. Boleh buat kuah untuk makan nasi nanti.

Apabila nasi sudah 3/4 masak, masukkan ayam dan segala macam tok nenek yang ada bersama ayam itu ke dalam periuk nasi. Gaul dan tanak nasi hingga masak.

Nasi ini boleh dimakan dengan lebihan kuah kari, sayur salad sempoi dan sambal belacan.


Tuesday, July 26, 2011

Chocolate Oreo Cake


Assalamualiakum & Selamat pagi semua...


Dah lama jgk buat oreo cake nih. Kalau tak silap last last week....
Sebenar nyer waktu di FB teman blogger si Hann tuh siap menggoda - tag mama ngan cake oreo nih... mmg nampak gebus dan lembab bila mama tgk..oleh kerana dah terggoda... apa lagi... dgn pantas nyer mama buat sbb bahan2 pun mmg dah ada pun. Ni pun ada tggl 1 kotak lagi oreo.. mesti kasik habis stock seblm blm pose nih. tgk lah kalau rajin menjadi kalau tak...hehehehe

Baik lah mari kite tgk resipi yg simple lagi sedap nih. Mama C&P resipi dari dapur Hann jer.. thank u yer dear kerana berjaya mneggoda mama hehehehe

Oreo Cake
Ingredients

250g butter  
1 cup sugar - mama ltk 3/4 jer
2 cup of self rising flour - sift 
1 tsp baking powder – sift 
4 eggs 
1 tsp vanilla essence 
8~10 oreo biscuits – crushed together with the cream - mama gunakan chocolate oreo crushed lightly biar chuncky2

 Method 

Put everything except the oreo biscuits in a mixing bowl and whisk for 2 minutes.. don’t overbeat ok.. 
then, stir in crushed oreos and mix kejap n then stop 
then pipe the batter into cupcakes casing 
Baked in preheated oven of 170C for about 10 to 15mins




mama ganish with nutella jer.. Nutella also must go before the fasting month..coz bln pose dah takde orang nak makan roti sapu ngan nutella lagi..hehehe

Monday, July 25, 2011

Chicken Teriyaki and Nasi Ayam


 Assalamualaikum teman2.... busy Monday morning yg dingin di bumi Singapura :)
Resipi kali nih terpaksa cut queue waiting list yg dah  panjang beratur :)
Terpaksa beri laluan hehehe


dari dapur kak Anim beberapa hari yg lepas... terus terpikat.. masakkan utk buah hati yg baru pulang & jgk seisi keluarga yg memang sukakan nasi ayam  :P .. masak pada hari Sabtu lepas... hasil nyer mmg marvelous sedap sekali di gandingkan bersama nasi ayam kak Anim yg berwarna kekuningan...

Terima Kaseh kepada kedua ladies... Kak Anim & jgk Cikgu Hana  yg dah sibuk dgn tugas sebagai cikgu skrg :)

Resipi utk Chicken Teriyaki
sumber Kak Anim & Hana

Bahan-bahan
  • 2-3 keping dada ayam boneless- atau apa2 bahagian
  • 3 inci halia - parut
  • 3 ulas bawang putih - parut
  • 3 sb madu
  • 4 sb kicap manis
  • 1 sb gula perang
  • 1 sk garam
Cara-cara
  • Cucuk2kan ayam menggunakan garfu.
  • Satukan semua bahan dan perap lebih kurang sejam atau lebih dalam peti sejuk.
  • Panaskan non-stick dengan sedikit minyak dan panggang ayam tadi. Tutup kuali dan sesekali balik2kan ayam.
  • Curahkan lebihan kuah perapan ke atas ayam dan sentiasa dibalik2kan agar masak sekata dan berkilat.
  • Dah masak, angkat, hiris2 dan hidangkan. curahkan lebihan kuah ayam tadi.




Nasi Ayam 

bahan2 nasi ayam yg sempoi

sediakn 2 pot beras cuci bersih.toskan
4 ulas bawang putih*
3 ulas bawang merah*
sedikit halia*
1 batang serai*
bahan bertanda * di kisar
2 kiub ayam
rempah 4 sekawan
sehelai daun pandan
sedikit pewarna kuning jika suka
garam secukup rasa





cara


tumis bahan2 bertanda *
masukan rempah 4 sekawan
kacau rata hingga naik bau
masukan kiub dan air yang di sukat utk 2 pot beras
masukan daun pandan
masukan pewarna
masukan garam jika suka
biar mendidih dan masukan beras
tanak hingga masak



anak2 suka makan bersama coleslaw dah macam makannan western yg di jual di kedai plak. Mama & hubby makan bersama sos cili nasi ayam.. Anak2 makan bersama sis cili saja kata nyer sedap ..Anyway happy tengok anak makan bertambah2... Thanks yer Kak Anim for the resipi dapat jgk Hawa hidangkan utk suami & jgk anak2 ..laf u Kak <3

Friday, July 22, 2011

Donut Sosej


Salam & selamat pagi semua teman...
walaupun mata ni tak blh bukak..tapi kena jgk bangun nak buat kan sarapan pagi cik hubby :) Penat semalam blm lagi hilang..tapi gembira sangat2 sebab anak bujang mama dah selamat sampai ke tanah air lewat malam semalam...

Berbalik kite pada tajuk pagi ni..Donut Sosej yg sungguh menjadi betul... debab cam tuan yg menolong dan menimbang doh sehingga lah habis digoreng & di instant kan..hehehe sapa lagi si Shasha lah :) kak Anim sapa punya lagi debab ni?...hehehe :) Nnt kang si shasha baca mampus mama !!!!




Kak Anim pun dah buat donut sosej resipi dari dapur Kak Pah or lebih mesra lagi ibundo... memang resipi dari dapur kak pah tak menghampakan semua...

Mama buat donut nih kelmarin... byk jgk dapat ada lah dalam 18 keping - potong dua sosej..tapi agak tebal sedikit sbb shasha timbang 50gm setiap adunan. Blm sempat 20 min adunnan dah naik gebu...dah tak payah tunggu 20 min pun terus di celup dlm telur dan disalut ngan breadcrumbs. Mama grg kan setengah masak dan buatkan instant. Senang keje..

Alamak dah bersembang pjg berjela pun mama pagi2 nih..hehehe
Anyway terima kaseh kak anim tolong ingatkan Hawa tentang resipi donut nih & jgk kepada ibundo for the recipi..minta izin Hawa letak disini pula yer kak...


Donut Sosej - Kak Pah 
Bahan:
A
300 g  tepung high protein - mama gunakan tepung roti
200 g tepung gandum
80 g castor sugar
5 g garam
20 g susu tepung
1 peket(11 g) instant yeast
B
230 ml air
1 telur grade B
C
40 g shortening
D
sosej
1 biji telur untuk sapuan
100 g breadcrumbs


 abaikan jari jemari si shasha tuh..
suka betul dier ngan donut sosej 
tak sempat pun nak buatkan donut biasa len kali blh buat lah :)


1. Satukan bahan A dalam mangkuk. Gaul rata speed slow.
2. Masukkan B dan pukul high speed.  Masukkan C.  Pukul sehingga dough menjadi lembut.
3. Tutup mangkuk dengan cling wrap selama 20 minit atau sehingga saiz menjadi dua kali ganda.
4. Tumbuk dough untuk keluarkan angin.  Bahagikan dough seberat 70 g setiap satu.
5. Untuk setiap bahagian, gelek dengan tangan supaya ia menjadi satu strip memanjang. Lilit di sekeliling sosej.  Celup ke dalam telur dan golekkan ke dalam pinggan berisi breadcrumbs.
6. Biarkan dalam dulang selama 20 minit lagi.  Kemudian goreng dalam minyak tenggelam menggunakan api perlahan.






Sekiranya ingin membuat donat biasa, keluarkan bahan D.  Ambil dough dan gelek lebih kurang setebal 1 cm.  Terap dengan penerap donat.  Biarkan dalam dulang selama 20 minit dan kemudian goreng dalam minyak tenggelam menggunakana api perlahan.  Keluarkan apabila kekuningan dan tabur dengan gula castor atau boleh saja di celup dengan coklat yang dicairkan.

Thursday, July 21, 2011


Dapat this stylish blogger award dari 

Thanks yer Can kerana sudi memberi mama award
 walaupun kite baru saja berkenal
really appreciate it
Thanks a zillion again...

Award ni perlu tag 8 orang...
cam sikit jer 
nnt org yg tak tertag kecik ati pulak
mcm mana eh....

takpe ni mama letak jer nama2 8 orang..tapi teman2 yg lain sudi2 lah 
ambik & gantung kat blog masing2 yer :D

Simple Sandwich for breakfast


Pagi ni buat simple sandwich utk breakfast cik hubby...
Letak chicken patties, tomato, timun & daun salad..sengaja buat kan sampai 3 tingkat biar kenyang!!!
Kejam betul bini dier dera sang suami makan...hahaha

Salam Morning to all my friends..pagi yg sangat ceria sekali tak tahu kenapa...hehehehe :)

Wednesday, July 20, 2011

Ayam Ala Kassim


Assalamualaikum
Selamat pagi



Resipi dari Ayu....tak tahu knapa dipanggil ayam ala kassim.... 
Tapi mmg sedap dimkn bersama nasi putih saja...kering2 mama suka... Tima kasih AYU :D

Ayam Ala Kassim
Ingredients:-
1/2 ekor ayam dipotong
1 labu bawang besar dikisar
3-4 ulas bawang putih dikisar
1 inci halia dikisar
2 sudu besar lada kering kisar
2 sudu besar kicap pekat
3-4 tangkai daun kari
garam & gula secukup rasa





Method:-
Bersihkan ayam perap dengan garam & kunyit. Sedia untuk digoreng sebentar saja. Panaskan minyak & tumis bahan kisar dan lada kisar hingga wangi & pecah minyak. Kemudian masukkan daun kari. Biarkan seketika. Masukkan kicap pekat, tumis hingga agak garing dan masukkan ayam. Masukkan sedikit air dan kacau. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa dan biarkan hingga masak.
Sources:-From Azura Suhaimi@myresipi.com



Tuesday, July 19, 2011

Lempeng Mee Segera



Salam sejahtera & selamat pagi kepada teman2 mama yg diingati selalu...
dah beberapa hari tak sempat update blog... pagi nih ku gagahi jgk utk mencoretkan serba sedikit masakkan yg telah mama siap beberapa hari yg lepas..

seperti biasa rutin2 mama ke rumah mak... keadaan abah sejak 2-3 minggu ni..agak lemah..dah tak byk sgt bercakap.. makan & minum pun dah tak lalu...

Okaylah mari kite tgk resipi lempeng mee segera yg mama masakkan utk breakfast last week.. kalau tak silap time ni my hubby cuti seminggu.....

Resipi dari dapur kak pah jgk .... memang sedap sekali2 makan mee segera nih...sedap dicicah bersama cili sos saja ...makan diwaktu lempeng nih panas2 atau pun suam2.. Terima kaseh yer Kak Pah.. Hawa salin resipi disini supaya senang dirujuk oleh anak dan mana lah tahu teman2 yg lain :)



Lempeng mi segera - Kak Pah


bahan2
2 bungkus mee perisa kari
4 biji telur 
beberapa ekor udang- x letak gantikan ngan chicken patties
1/2 biji bawang besar didadu kecil.
1 biji tomato didadu kecil
sedikit capsicum merah dan hijau didadu- letak cili merah
sedikit daun sup dan daun bawang dihiris nipis- x de stock




Cara2


1. Mee direbus, ditoskan airnya dan dikerat-kerat pendek.
2. Udang dibuang kulit dan dipotong kecil
3. Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam mangkuk berserta dengan dua bungkus perasa mee megi.
4. Goreng di dalam minyak panas dengan api sederhana besar.


Thursday, July 14, 2011

Sotong Sumbat Blackpepper


Salam pagi or dah nak tengahari daaaa...
Hari ni tak de adegan di dapur..tuan rumah lepas zohor nak kluar jln2 cari mkn hehehe ... cik hubby masih cuti lagi.

Menu Sotong sumbat dgn kuah Blackpepper ni mama masak minggu lps ..saja jer nak sumbatkan ngan kentang + carrot. tak de masak lauk lain cukup lah utk kami bertiga saja mkn.

Cuba lah!!



Sotong Sumbat Blackpepper
sumber: mamahawa

Bahan2:

10 ekor sotong sederhana besar- cuci bersih buang kulit, perut,hitam dan asing kan kepala sotong.
di rebus sebentar bersama sedikit halia & garam. Toskan
air rebusan sotong jgn di buang blh di ambik sedikit utk kuah.
secukup toothpick

Untuk Inti:
1 biji kentang sederhana besar- dihiris kasar2
1/2 btg carrot- dihiris kasar
1 biji telur digoreng spt buat scramble egg.

Utk sos blackpepper:
1/4 cwn sos lada hitam
2-3 sudu besar sos tiram
4-5 biji cendawan butang - dihiris
1 biji bawang besar - dicincang
1 biji bawang putih - dicincang
secukup garam, gula & serbuk lada hitam & lada putih

Cara2 utk inti:
Kentang & carrot yg telah di rebus empuk di leceh2 kasar.Ada ruper cam begedil jgk. Telur di buat macam scramble egg. Satukan semua bahan tambahkan sedikit garam & serbuk lada putih. Ketepi dan biarkan ia sejuk sebentar.

Sumbatkan inti kentang & carrot kedlm perut sotong sampai nampak kembung ...tolak2 kan inti sampai kehujung bucu sotong..ati2 sbb takut sotong yg dah di rebus kang terkoyak.. Apa bila sotong yg dah agak penuh sikit masukkan kepala sotong dan cucuk kan tooth pick ..cam kat gmbr atas.Buat sampai habis.

Utk sos:
Tumiskan bawang besar & bawang putih sehingga harum, masukkan sos tiram & sos blackpepper. Biarkan mendidih sedikit.. kalau inginkan berkuah blh masaukkan air rebus sotong tadi dan masukkan sotong kacau perlahan2 dan biarkan ia masak seketika..perasakan garam, gula & lada hitam. Sesuai kan rasa. Masak sebentar saja sbb sotong dah separuh masak tadi. Siap.




Wednesday, July 13, 2011

Kerabu Ikan Tongkol/Aya


Salam tengahari teman2...

hehehe kerabu ikan tongkol dah mari kat Singapore...hahaha
Orang Singapore pun pandai mkn Kerabu Ikan nih tau!!!!

Nor sedap lah manyak syiok lah ..cuma mama lebih kan kacang panjang.. kacang botol kat my area dari minggu lepas cari tak dpt..agak nyer tak musim kat spore.. Suka bila mkn ada krap krup n bila tergigit cili padi tuh yg tak tahan..kepedasaan!!!

Okay maybe next recipe.. mama nak cuba kerabu ikan bilis n tomato mesti sedap jgk..hehehehe habis lah!!!! asyik makan her..ni pun cik hubby cuti seminggu duk rumah kerja nyer asyik mkn jer!!!

Nor mama c&p resipi dari dapur Nor jer yer..thanks so much for the recipe..


KERABU IKAN TONGKOL by Watierman MyR
sumber : Yani Deco Choco
sumber: K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan
1/2 ekor ikan Tongkol(ikan Kayu) sederhana besar
2 labu bawang besar
2 biji cili merah
5 biji cili api (boleh tambah kalau suka)
sedikit air asam jawa dicampur dengan secubit belacan dibancuh
secubit garam ikut selera anda- x letak sbb ltk sos ikan lbh sikit
air perahan limau kasturi/ limau nipis- 4 biji limau kasturi
sedikit gula ( ni sy tambah)- mama ltk jgk
kacang botol ~ dihiris nipis (k.nor tambah)- mama x letak
tomato ~ buang empulur dan biji, dan hiris panjang (k.nor tambah)- mama ltk 2 biji 
2 sudu sos ikan ~ (k.nor tambah)- mama ltk lebih 
kacang panjang - dihiris tipis2 




Cara-cara 
Ikan tongkol dicuci bersih dan dibelah dua
lumurkan sedikit garam pada ikan dan dibakar
Biar ikan masak sebelah baru dialihkan ke sebelah lagi
Sementara menunggu ikan masak bolehlah menghiris nipis...bawang besar, cili merah dan cili api
Bila ikan dah masak perisi ikan macam nak buat kuah laksa
Campurkan dengan bahan yang dihiris tadi
gaulkan bersama dengan air asam & belacan, garam secukup rasa dan perahkan limau kasturi ....dah siap untuk dihidangkan...Cubalah!

Tuesday, July 12, 2011

Roti Bakar Berinti


Assalamualaikum 
kepada teman2 yg diingati selalu....

Bila Kak Pah tayang roti berinti minggu lalu..terus print resipi....
Ini lah hasil nyer... ada ala2 pizza pun... sesuai di makan pada bila2 waktu tak kira lah utk breakfast, lunch or dinner... mmg kenyang mkn roti bakar ni.. cuma mama buat tak berapa tinggi... mungkin loyang mama agak besar sedikit... kebetulan ada balance cheese so mama topping kan bersama mozzarella & pamessan cheese. Puas Ati lah buat kan breakfast utk diorang..

Kak Pah ... tq yer for the recipe.. Hawa minta izin share pulak di sini... mmg berbaloi!!! Kite semua suka.. Hawa ckp ngan hubby ni roti lapis pizza.. yum3x :)

Roti Bakar Berinti 
sumber- Kak Pah resipiibundo.bs


Bahan:
1 bungkus roti gardenia
fresh milk
4 ketul dada ayam didadu kasar
2 biji bawang besar didadu kasar
1 ulas bawang putih didadu halus 
1 ulas bawang merah didadu halus
3 biji ubi kentang didadu kasar
1 batang carrot didadu kasar
1/2 biji capsicum hijau didadu kasar
1/2 biji capsicum merah didadu kasar
1/2 tin cendawan butang dihiris (cendawan butang dalam tin yang ada tanda halal jakim)
1 biji tomato didadu kasar
1 botol sos spageti kimball perisa cendawan
mozarella cheese yang diparut



1. Masukkan roti ke dalam bekas dan curahkan fresh milk supaya roti lembut.  Berapa banyak fresh milk nak bubuh, boleh diagak-agak.
2. Panas sedikit butter (bundo panaskan xtra virgin olive oil).  Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.  Masukkan ayam dan gaul rata. Masukkan pula ubi kentang yang didadu. Kemudian masukkan sos spageti kimbal.  Kacau dan tambah sedikit air. Masukkan bahan lain kecuali tomato. Masak hingga kuah kering dan masukkan tomato sebelum padamkan api.
3. Gunakan kaserol tahan panas. Bundo guna corelle. Lanser sedikit dengan butter. Perah dulu roti sekiranya terlalu berair.  Susun beberapa keping roti sebagai base.  Tekan-tekankan.  Letak inti di atasnya.  Letak lagi beberapa keping roti di atas inti. Letak pula inti.  Letak roti dan akhir sekali letak inti.
4. Tutup longgar dengan foil dan bakar selama 50 minit atau sehingga masak dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Bundo guna suhu 150 deg saja sebab oven bundo ni ada gila-gila sikit.  Kalau letak lebih daripada 150 deg alamat habislah rentung benda yang dibakar tu.
5. Bila habis 50 minit, keluarkan dan buang foil.  Tabur dengan cheese dan bakar sekejap sehingga cheese cair. Oleh sebab bundo tak taruk cheese, lepas buang foil tu bundo bakar dalam 8 minit lagi.




Saturday, July 9, 2011

Beautiful Award


Assalamualaikum w.w
Selamat malam teman2 semua...


Kak Anim ni Hawa dah angkut award & tiba2 pandangan jadi 'blank'
PC monitor ku tatap kosong jer!!!
tak tahu kat mana nak bermula....
okay lah.. tag kali ini kena senaraikan 
7 perkara mengenai diri anda
alamak cam mana eh.....
okay2 serba ringkas jer lah 

7 perkara mengenai diri mama ....

1) Anak ke 2 dari 3 orang adik beradik... tapi kalau nak dikirakan ada  abg2 & kakak yg tua dah meninggal waktu kecik dulu... mungkin waktu itu emak mama tak reti atau faham keadaan baby yg kena jaundice/sakit kuning... almaklum emak mama di kahwinkan sewaktu umur 14thn... Sudah blh memasak..alah lauk simple2 sewaktu umur 10thn lagi sbb emak bekerja....

2)Nama nani adalah nama samaran diwaktu kecil hingga lah sekarang kalau dibandingkan ngan nama betul...hehehe tapi skrg di blog semua teman2 panggil 'mama' sampai kwn2 anak2 pun semua nyer panggil mama- mcm terasa mesra g2..

ADUH.... TAK ADA IDEA LAGI NAK TULIS APA NI KAK ANIM!!!!
kalau tangguh pun sama jgk kena buat 
okay2

3) Seorang yg suka sangat kepada binatang...bukan semua tau! mama tak suka pada ular. tikus, cicak, & lipas!!!
eeeeee geli nyer!!! Blh menjerit 1 rumah!!!! hahahaha kalau tgk kat TV blh sampai naik bulu roma... Tapi kalau kucing paling suka!! Tapi kalau nak bela minta maaf lah coz susah nak bergerak nnt... 

4) Kenangan yg tak dapat mama lupakan adalah masa nak pegi dating ngan my hubby... Janji nak tgk wayang pat Orchard..masa tuh blm tunang lagi. Tunggu punya tunggu cik hubby tak dtg.. masa dulu2 kita blm ada HP so kena gunakan public phone..talipon tanya kenapa tak dtg2..Cik Hubby ckp kite dah turun tunggu awak tak sampai2 kite belah lah..siap cik hubby tanya tunggu pat panggung wayang mana??? Kite jawab lah panggung wayang ni...
haish!!! tersalah panggung ruper nye mama tunggu... hahaha terpaksa lah cik hubby turun ambik mama sebab dah majok!!!

kejap nak minum air ..haus!!!


5)Dulu masa anak dara mama ni org nyer agak berbadan sikit..ehem2x nak ckp gemuk malu pulak!! mmg gemuk pun. So bab nak berkawan tuh ada sikit malu..low esteeemmmm lah !! Bila dah mula bekerja & dah pandai bergaya mula lah nak pasang badan.. tapi sekarang semenjak dua menjak ni kan berat badan mama & cik hubby ni mcm berlumba2 plak...hehehe 

6) Mama ni orang nyer mudah berkawan... malah suka berkawan..tak kira lah apek kat bus stop mama blh berbual... cina yg sapu sampah kat block mak mama...bangla pun blh mama berbual tau!!
Dunia berblogging byk ilmu yg mama pelajari.... bertukar2 resipi, berkawan walaupun di alam maya..suka duka dikongsi bersama dan byk lagi yg blh mama pelajari...

at last!!! kesat peluh!!! hehehe

7)Akhir sekali ... at last!!! nak cari lagi ramai kawan2 tak kira lah di dunia blogging atau di mana saja berada.. lagi ramai kawan lagi byk ilmu tak kisah lah bukan dunia masak memasak saja...


dah habisssss daaaaa.... 2 jam jgk mama dok depan PC ni... 
apa saja lah ..ayat pun tunggang terbalik..almaklum sekolah tak tinggi ..jadi lah...
so lepas buat tag kena tag 5 orang...
ni yg tak best ni...takut plak!!!

dan 5 peserta yg kena Tag adalah....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...