Monday, April 30, 2012

Laksa Lada Hitam


Salam Pagi Isnin...
awam gelap mulai berarak ...gelap!!! adakah ini bererti hujan akan turun????

beberapa hari yg panas & hangat cuaca berbahang lagi2 selepas waktu hujan...
semalam hujan diptg hari dan cuaca berbahang sehingga larut malam...


Brunch kami semalam ...
blm pernah mee laksa dimasak lada hitam!!! selalu di masak bersama kuah laksa atau pun grg style laksa kering2.

Belek2 buku masakkan  LAZATNYA... RECIPES OF LOVE cenderahati drp madrasah wak tanjong al-islamiah.. terpikat ngan resipi Udon lada hitam tapi setelah semua bahan2 siap mee udon plak tak jual di kedai yg berdekatan dirumah mama.
so terlahir lah Mee Laksa Lada Hitam hehehe mmg terasa lada hitam nyer. something different selalu msk bersama kuah laksa kali nie msk spt mee kicap plak.. sedap jgk.

Meh tengok resipi yg senang jer..


Udon Lada Hitam
resipi : Rahimah Rahim 
sumber: mamahawa

Bahan A

600gm Udon Jepun - mama gunakan laksa
200 ml stok ayam - mama gunakan chicken cube di rebus bersama air
2 sudu teh kicap cair
2 sudu makan biji lada hitam - tumbuk kasar
300gm  udang bersihkan
2 sudu makan minyak masak
1 sudu teh minyak bijan
sekeping isi dada ayam - dihiris tipis ni mama tambahkan
secukup sos tiram - mama tambah


Bahan B

180gm cendawan butang
100gm lobak merah
200gm kobis cina
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang + sedikit halia muda - di tumbuk/diblender - mama tambah

Cara
Hiris semua bahan B ikut cita rasa. Panaskan minyak masak dlm periuk yang sesuai dan masukkan bawang besar, bawang putih dan lada hitam. (mama tumiskan sekali bawang putih & halia muda yg dah diblender/tumbuk). Tumis sehingga layu dan kekuningan. kemudian masukkan udang, ayam, minyak bijan dan cendawan, tumis sehingga udang bertukar warna n daging ayam masak. Masukkan stok ayam dan kicap cair & sos tiram. Akhir sekali masukkan udon, lobak merah dan kobis. kacau dan masak sehingga mendidih. padamkan api.

pssttt... mmg tak gunakan garam or gula so kalau tak nak letak ikut citarasa masing2 ok!


Friday, April 27, 2012

Ayam Goreng Tomato


Salam pagi Jumaat yg ceria...
Kembali bersiaran setelah beberapa hari tak buat N3...kesian kepada tetamu yg sampai muak dihidang mata dgn mee maggi mamak...sampai jelak tengok hehehe
Pagi nie pun sibuk kejap lagi nak keluar spt 2-3 hari yg lepas ... mcm orang bekerja plak...

Okok tak mau bercerita lbh pjg.. mskkan utk 2 org bdk kat rumah yg mmg x jemu2 ngan AYAM

resipi dari dapur Melly aka Diana adik manis lagi cantik gambar2 kat blog adik manis nie pun cun melecun :)
kegunaan sos tomato mmg banyak so lauk nie ada sikit masam kena adjust tang gula, garam & jgk kepedasaan so tak lah terasa masam sgt..
mmg sedap masam ada sikit pedas sbb mama tambahkan cili lagi pun  senang nk dimsk... ada jgk iras ayam msk merah ...

Thank U Diana n jgk  Sha cum novelis


Ayam Goreng Tomato
sumber: Diana Melly & Shariah


Bahan² A ( Dikisar )
1 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas - x de stock
1 batang serai
20 tangkai cili kering - lbh kan sikit 
1 biji buah keras

Bahan² B
1 ekor ayam _ kerat 16
1 mangkuk sos tomato _ ( Diana guna 3/4 cawan sos tomato Maggi ) - ,mama pun 
1 biji tomato _ dipotong dadu- nie mama tambah kan lg 1 biji 
1 biji tomato _ dihiris untuk hiasan
Minyak untuk menggoreng

Bahan² Yang Diana Tambah
1 biji bawang besar _ dibelah 2 dan hiris 
Daun sup _ dihiris  
Serbuk kunyit
Garam 
Gula
1/2 tsp perencah pati ayam Tumix -  mama x letak 

Cara²
  1. Gaulkan ayam bersama sedikit serbuk kunyit dan garam. 
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ayam sekejap. Angkat dan toskan. Ketepikan.
  3. Di dalam kuali yang lain.. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan² kisar hingga garing.
  4. Kemudian masukkan ayam, tomato dadu dan sos tomato ( Diana bubuh juga perencah pati ayam dan sedikit gula ).
  5. Gaul rata dan sesuaikan rasa.
  6. Tutup kuali dan biarkan hingga ayam masak.
  7. Masukkan hirisan bawang besar dan masak seketika.
  8. Angkat dan hidangkan bersama hirisan tomato dan daun sup.



Monday, April 23, 2012

Maggi Goreng ala Mamak ~Mas~


Selamat Malam semua teman2 ...
terima kaseh yg masih sudi follow blog yg tak seberapa nie ....
dalam kekalutan & kepeningan kepala ... sempat sediakan mkn malam kami yg sempoi jer :)

Ter...pedas pulak!! tak letak cili padi pun. Gunakan bahan2 yg sedia ada didlm peti sejuk...Cuma maggi brand cintan jer yg mama beli last week dari Giant Tampoi.

Tq sekali lagi yer Mas.. i laf u many2 hehehe


Maggi Goreng Ala Mamak
Resepi : Mas Duniaku

Bahan :
3 keping maggi kosong - Mas guna brand Cintan- mama pun 
udang, daging atau isi ayam
2 biji bawang kecil - dihiris nipis
3 ulas bawang putih - ditumbuk
sedikit udang kering - ditumbuk
1 sudu besar cili mesin
1 sudu besar rempah kari
5 biji cili padi - dihiris 
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos cili
sedikit sos ikan
garam dan gula secukup rasa
sedikit kiub ayam
kobis @ sawi
1 biji tomato - dibelah 6
1 biji telur
1 sudu kecil serbuk lada putih


Cara Memasak :
Panaskan air dalam periuk dan masak seketika maggi kosong hingga lembut dan angkat dan toskan. Masukkan dalam air biasa dan leraikan2kan maggi tu dan toskan. ( ini supaya maggi tu tak melekat2 masa menggoreng nanti ) Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang kecil hingga wangi.
Masukkan bawang putih dan udang kering, kacau seketika hingga wangi.
Masukkan cili mesin, rempah kari dan cili padi.
Lepas tu bolehlah dimasukkan sos tiram, sos cili, kicap manis, kiub ayam, garam dan gula .
Biarkan seketika dan masukkan udang @ ayam @ daging dan tomato.
Biarkan seketika dan masukkan maggi kosong tadi yang dah ditoskan.
Kacau rata maggi tu seketika dan pecahkan telur dalamnya,tutup telur tu dengan maggi, biarkan sekejap dan masukkan terus kobis @ sawi dan sos ikan, kacau sebati semuanya dan last tabur serbuk lada putih.
Angkat dan hidangkan. Tabur hirisan daun saderi dan perahkan limau sebelum dimakan.




Friday, April 20, 2012

Pisang Goreng


Salam Rindu & Selamat Petang Jumaat... dah nk senja baru sempat nak tayang pisang goreng yg buat minum petang tadi...

Resipi dari keratan BERITA HARIAN pada 8hb April 2012 bersama Alijah Batcha.
Menghasilkan campuran bater yg garing gureh lagi2 menggunakan pisang kepok yg sedang2 masak :P




Memang tak pernah gunakan santan & minyak utk buat bater pisang goreng... berbeza sekali :P
mama kongsi resipi disini ...

Bater utk Pisang Goreng 
resipi : Alijah Batcha Berita Harian
sumber: mamahawa

Bahan:
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
5 sudu besar santan (kotak)
1/2 sudu besar serbuk penaik
1 biji telur
Air,garam secukupnya
2 sudu besar minyak - blh di gantikan dgn margerin cair
sedikit perwarna kuning
minyak secukupnya utk menggoreng

Cara membuat:
Satukan semua bahan dlm mangkuk besar kecuali air dan minyak.
Tambah air secukupnya.
Masukkan dua sudu minyak dan kacau rata.
Celup bahan yg sudah dipotong dan goreng terendam minyak sehingga keemasan.


Tuesday, April 17, 2012

Siakap Stim Limau


Salam Semua!!!
dah petang daa.... baru nak settle down
biasa lah surirumah sepenuh masa pun ada masa sibuk & ada jgk masa senang (lepak2)

okay make short n simple....
masakkan yg simple lagi tapi percaya lah kami makan anak branak (bertiga jer) bertambah2 nasi... mkn bersama telur dadar jer!!! *kalau tak silap ari sabtu masak ikan stim nie*


Resipi yg hendak mama kongsi nie mmg fufular kat Spore esp kat tmpt mkn seafood
fav hubby .. sbb ada bawang putih yg dicincang :P mmg good for the heart kalau mkn selalu!!!
terima kaseh Cik Comey yg sudi berkongsi resipi yg marbeles nie... next time buat seorang seekor yer bang!!! kikiki

Mari tengok resipi yg mama ambik dari MyResipi...


Siakap Stim Limau
resipi asal: Cik Comey MyResipi
sumber: mamahawa


bahan2
1 ekor ikan siakap - sederhana besar
5 biji bawang putih - dicincang
5 biji cili padi - dicincang - sila tambah kalau nk pedas!
1 biji cili merah - dicincang - nie mama x letak
1 inci halia - dimayang - mama gunakan halia muda di mayang halus2


Cara2

Ikan dibersihkan dan dilumurkan garam. Biar serap garam dalam 5 minit.
Campurkan semua bahan bersama ikan. Bungkus ikan yg siap dicampurkan dengan aluminium foil.(nak kukus x nak balut pun boleh jgk)
Kukus dalam 15 minit atau sampai ikan masak. Siap!!




lihat lah bawang putih yg telah mama cincang halus2 lagi banyak lagi sedap... mama gunakan 5 biji bawang putih yg gemuk2... tang cili padi tuh kalau 5 biji tak cukup tambah lagi yer.. mkn sampai berasap telinga hehehe :)

Sunday, April 15, 2012

Puding Triffle Istimewa CMG


Salam Hujung Minggu semua...
hehehe tak pernah2x buat N3 hujung minggu ...
ni gara2 dok melepak kemalasan... kain baju dah settle, makan dah kenyang 
nak tengok tv malas pulak..
hissh teringat plak puding triffle yg 
dah lama mama buat blm di masuk kan ke dlm blog lagi...
sebenar nye cuaca kat luar skrg nie tgh panas!!!
dpt bayangkan kalau dpt mkn triffle 
alangkah indah nyer dunia ni hehehe


sebernar nyer lama betul nk merasa & membuat tapi oleh sebab penghuni rumah nie yg mmg tak brapa suka manis2an.. mama gagahkan jgk diri ini membuat triffle nie..memang dah sah!! mama seorang yg kena habiskan!!! sempat jgk bagi mak mama rasa... byk mana jer yg emak blh mkn....

Hasil dari selukar dapurr Nor nun jauh di Terengganu... Resipi dari dapur Cik Mat kite jgk
Akhir nyer dpt jgk mama merasa Puding Triffle nie..mmg sedap n best time cuaca panas2 mkn nie.. terima kaseh kepada  yer ..izin kan mama letak resipi disini :)




TRIFFLE ISTIMEWA MAT GEBU
resipi : CMGebu
sumber: K.Nor@SecubitGaram

BAHAN KEK SPONGE :-~ k.nor guna swiss roll jer - mama gunakan swiss roll warna hijau
200 gram tepung optima (instant cake flour)
3 biji telur gred B
50 gram mentega, cair dan sejukkan
50 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla

BAHAN KASTARD :-)
200 ml susu sejat IDEAL
100 ml air
2 kuning telur
2 camca besar penuh tepung kastard
4 camca besar gula atau secukup rasa
3/4 camca teh esen vanilla

BAHAN JELLY :-) ~ k.nor guna instant jelly dlm kotak - mama gunakan jelly instant perasa lime
1/2 camca teh konnyaku jelly powder
Gula secukup rasa,
500 ml air
1/2 camca teh strawberry emulco
Beberapa titik pewarna merah

BAHAN LAIN :-)
1 tin besar buah2an koktel, ditoskan, asing jusnya
200 ml whipping cream (1 kotak kecil), disejukkan ~ k.nor skip - mama pun
Jus dari buah2an koktel tadi



suka texture yg kat bawah tak lembik sgt..yg sedang2 aja...

CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK SPONGE CAKE :- 
Satukan semua bahan kecuali mentega cair dan esen vanilla, ke dalam mesin kek, putar pada kelajuan sederhana sehingga semua bahan bersatu, kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat. Masukkan mentega dan esen vanilla, kaup balik hingga adunan rata. Tuang dalam loyang 12 inci x 12 inci yang telah dialas kertas minyak dan bakar pada suhu 180C selama 20 - 25 minit (pastikan oven telah dipanaskan). Sejukkan atas jaringan bila kek masak.

UNTUK KASTARD :- 

Satukan semua bahan kastard kecuali esen vanilla, kacau rata dan masak dengan api sederhana sambil dikacau tanpa henti hingga bancuhan menjadi pekat. Masukkan esen vanilla, kacau rata dan ketikan.

UNTUK JELLY :- 

Satukan semua bahan2 untu jelly dalam periuk, tang gula tu pandai2 lah agak, tapi jangan manis sangat, manis lite2 sudah cukup yea. Kacau rata dengan whisk dan jerang hingga mendidih dan gila hancur, kacau hingga sebati. Ketepikan dan biar sejuk sedikit.

UNTUK TRIFLE :- 

Sediakan bekas sesuai, potong kek sponge tadi, bagi kepada 2 bahagian dan susun 1 bahagian seperti dalam gambar. Basahkan kek sponge tadi dengan jus buah koktel. Sementara itu putar whipping cream hingga kembang dan kental, jangan terlebih putar. Lapiskan whipping cream tadi atas kek. Tabur 1/2 bahagian buah2an koktel tadi.
Susun lebihan kek atas buah2an koktel tadi. Basahkan dengan jus. Tuang kastard suam atasnya dan ratakan dengan spatula. Biar sejukk sekejap. Tabur baki buah2 tadi, rata. Dan akhir sekali, sendukkan jelly cair atasnya hingga memenuhi ruang seperti dalam gambar. Simpan dalam peti ais hingga jelly membeku.. sedap dihidangkan dingin...hnmmm..



sambil tengok2 resipi yg dh bertimbun 
mama bedal 2 gelas besar sorang2 hehehe...
LICIN



Friday, April 13, 2012

Spagheti Goreng Ala Mamak

 Assalammualaikum
Selamat Pagi Jumaat

Jom kite makan spaghetti /spagheti entah betul tak spelling 

Bila Mas tayang maggi goreng ala mamak kecur tgk dibuat nyer...
tapi oleh kerana kat rumah nie mmg antu maggi mak sengaja tukar kan kpd 
spaghetti sbb dah naik jelak tgk bdk2 nie msk maggi grg...

Mama goreng spaghetti nie hari minggu lepas.. mmg lama betul tak mkn spaghetti ala 2 mee kuning...
mmg sedap kat tekak nie... bahan2 semua ada apa lagi 
siap 1 mangkok spaghetti goreng ala mamak!!!!

Tq Mas.. mmg sedap kat tekak we ouls 
next time blh lah try maggi mee pulak!!!
mama minta izin letak resipi disini pulak :)



Maggi Goreng Ala Mamak
Resepi : Mas Duniaku

Bahan :
3 keping maggi kosong - Mas guna brand Cintan - mama gunakan 
1 pkt spaghetti 
udang, daging atau isi ayam
2 biji bawang kecil - dihiris nipis
3 ulas bawang putih - ditumbuk
sedikit udang kering - ditumbuk
1 sudu besar cili mesin
1 sudu besar rempah kari
5 biji cili padi - dihiris 
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos cili
sedikit sos ikan
garam dan gula secukup rasa
sedikit kiub ayam
kobis @ sawi
1 biji tomato - dibelah 6
1 biji telur
1 sudu kecil serbuk lada putih


Cara Memasak :
Panaskan air dalam periuk dan masak seketika maggi kosong hingga lembut dan angkat dan toskan. Masukkan dalam air biasa dan leraikan2kan maggi tu dan toskan. ( ini supaya maggi tu tak melekat2 masa menggoreng nanti ) Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang kecil hingga wangi.
Masukkan bawang putih dan udang kering, kacau seketika hingga wangi.
Masukkan cili mesin, rempah kari dan cili padi.
Lepas tu bolehlah dimasukkan sos tiram, sos cili, kicap manis, kiub ayam, garam dan gula .
Biarkan seketika dan masukkan udang @ ayam @ daging dan tomato.
Biarkan seketika dan masukkan maggi kosong tadi yang dah ditoskan.
Kacau rata maggi tu seketika dan pecahkan telur dalamnya,tutup telur tu dengan maggi, biarkan sekejap dan masukkan terus kobis @ sawi dan sos ikan, kacau sebati semuanya dan last tabur serbuk lada putih.
Angkat dan hidangkan. Tabur hirisan daun saderi dan perahkan limau sebelum dimakan.

Thursday, April 12, 2012

Kerabu Taugeh


Salam pagi khamis yg mendung, hujan guruh yg tetiba saja...
Cantik jer pagi tadi cuaca diluar.. panas bau harum kain2 jemuran..tuptup awam gelap berarak lalu dgn serta merta hujan yg lebat turun membasah bumi Singapura nie ...

Ya Allah!!! kuat nyer geruh dilangit!!! anjat kejap!!

Resipi simple lagi.. kerabu taugeh yg mmg febret!! nie pun resipi dari dapur Nanie mama ambik tapi nak cari link dier dah tak tahu mana pulak..Seandai nyer Nanie membaca blh lah beritahu mama kay!

suka akan keragguppan syr mayur bila dimkn tak brapa pedas dan mudah saja penyediaan nyer!


Kerabu Taugeh 
sumber : Nannie

Bahan2
2 cawan taugeh - dibersihkan dan ditos
8 batang kacang panjang
1 biji bawang besar - dimayang nipis2
limau nipis secukupnyer - ambil jus tanpa biji
garan & gula secukup rasa
kelapa parut secukup nyer - mama beli 1 biji so pandai2 lah adjust bahan2

Bahan  ditumbuk lumat
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 inci belacan - yg dibakar
2 biji cili merah - blh tambah lagi kalau suka pedas
4 biji cili padi merah - nie mama tambah
segenggam udang kering - rendam sekejap



CARA PENYEDIAAN

Bersihkan taugeh dan ditos serta diketepikan dulu. Bersihkan kacang panjang dan dipotong kecil diketepikan dulu. Bawang besar dipotong nipis2 dan masukkan kedalam bekas yg sesuai.
Masukkan kelapa parut putih kedalam kuali bersama bahan yg ditumbuk lumat dan sangai atau goreng tanpa minyak sehingga cukup sebati dan kelapa menjadi sedikit kering anggaran dlm 10-15 minit.
Kacau kelapa dengan sambal sehingga cukup sebati dan boleh ditutup api serta dibiarkan sejuk.
Satukan semua taugeh, kacang panjang serta bawang besar kemudian boleh ia dimasukkan sambal kelapa ni sedikit demi sedikit. Kacau semua bahan dan dimasukkan jus limau nipis secukupnya serta garam secukup rasa. (mama masukkan garam serta sedikit gula ketika kelapa disangai takut garam & gula tak sebati kang)
Bila kerabu ni dah dicampur mengikut selera sendiri boleh lah dihidangkan.



Tuesday, April 10, 2012

Totrtila wif Sambal Burger


Assalammualaikum ... salam sejahtera kepada semua warga blogger!!!
Terima kaseh kerana masih ada yg sudi follow & berkunjung kesini...

Bila teringatkan teman mama yg sorang ni... yg mula2 mama kenal bertegur sapa, berkongsi resipi walaupun dialam maya  yg terpaksa 'tutup sementara blog' perasaan mama sedih sangat2... ada kala nyer mama rasa begitu marah dgn si dalang yg durjana nie... apa2 pun kite warga blogger dpt berhati2 & semoga food blogger yg baru2 berjinak pesan mama jgn lah ambik jln mudah kalau mahu terus dihormati & dihargai... sebagai food blogger harus cuba didapur sendiri walaupun bkn dari resipi sendiri...

Panjang lebar plak pagi2 nie berceloteh!!!





utk N3 nie pon dah lama basi!!! hehehe lps buat sambal burger arituh ... ada belen buatkan simple breakfast utk kami dihjg minggu.. tortila wrap yg mudah bahan2 yg sedia ada didlm fridge.



Friday, April 6, 2012

Garlic Finger Bread



Assalammualaikum
pagi semua..
mesti tengah lepak2 kan hahaha 
sunyi jer kat kawasan rumah mama nie
Best kan kalau dpt lepak2 golek kat atas katil hehehe


Sama lah ngan mama Izah tak tahan ngan godaan tiap kali jln2 kedapur teman2 salin resipi print resipi dah berlambak resipi tak tahu mana nak dimula kan rembat jer lah yg berkenan diati dibuat dulu yg nampak sedap dimata pun langkah bendul dulu hehehe

Ni pun ialah 1 resipi yg terpaksa keluar keudara dulu hehehe gmbr yg dah diedit byk daa beratur  project bersama anak mama si Shasha yg x bekerja semlm... dia tlg timbang & adun lps naik tlg mama dier mengguli & membentuk berpeluh2 mama tgk hehehe takpe sesekali kan *__*

Ghuper nyer ramai yg dah mencuba garlic bread nie mama jer yg ketinggalan.. takpe nie dah cuba dah tahu grasa cam kan... pada mama kalau di letak garlic spread kat dlm roti semasa kite gulung fuh lagi sedap... x pe nie 1st time buat roti berflavour begini next mesti buat lagi!!!

Terima kaseh Izah kasi mama virus garlic bread nie... minta izin mama letak disini jgk berkongsi plak ngan teman2 yg lain yg belum mencuba lagi :)





BASIC BREAD RECIPE
Resepi: Puan Roshayati Johari (no link)
Sumber: Mamafami
Sumber lain: Tun TelaniKak Hana Ika 

Bahan A
500g tepung roti 
100g gula
1 sk garam
30g susu tepung
1 sk bread softener
1 sk bread improver-ni mama ltk
4 sk yis @ 11 gm yis mauripan

Bahan B
250ml air
1 bj telur- pukul sedikit

Bahan C
80g margerine

Bahan D
Gula kasar utk tabur- tun x letak *tak letak

Cara2:

1. Gaul sebati bahan A
2. masukkan bahan B ke dalam bahan A dan uli sampai licin.
3. masukkan bahan C dan uli sampai adunan tidak melekat ditangan
4. biarkan adunan naik 2 kali ganda selama 30-40 minit.,
5. tumbuk2 utk keluarkan angin. uli sebentar, bulat2kan doh sebesar 50g setiap satu. susun dlm loyang, spraykan air atas roti dan biarkan naik 2 kali ganda.
6. taburkan gula kasar jika suka, spraykan sedikit air dan bakar pada suhu 180 C selama lbh kurang 30 minit.
7. bila dh masak, keluarkan dan sapu dgn marjerin utk dapat permukaan yg berkilat.

atau

1. Masukkan semua bahan kecuali Bahan D dalam Bread Maker, pilih setting doh (dlm sejam setengah).
2. bila BM dh siap menguli, kuarkan dan tumbuk2 utk buang angin dia,
3. bulat2kan doh sebesar 50g setiap satu. susun dlm loyang, spraykan air atas roti dan biarkan naik 2 kali ganda.
4. taburkan gula kasar jika suka, spraykan sedikit air dan bakar pada suhu 180 C selama lbh kurang 30 minit.
5. bila dh masak, keluarkan dan sapu dgn marjerin utk dapat permukaan yg berkilat.



GARLIC SPREAD
sumber: kak Yatie @ kak Madihaa

50 gm Butter bergaram ~ suhu bilik
3 ulas bawang putih ~ dicincang halus
2 pokok daun ketumbar ~ dicincang halus
sedikit lada hitam kisar 

Gaulkan semua bahan
Siap digunakan.

CARA IZAH UNTUK FINGER GARLIC BREAD:
(cara kak Nor sgn67)
mama pun ikut cara Izah 

Bila doh sudah diproof dan dibuang angin, ambil doh sebesar 50gm, bulat2 kan dan ratakan doh @canai doh menggunakan penggelek. Kemudian gulung doh tadi menjadi bentuk finger bun. Ulang lagi sehingga semua doh habis.

Proff doh tadi sehingga kembang dan sapu  garlic spread di atas permukaan roti. Bakar roti pada suhu 180 C selama lebih kurang 25 minit atau hingga permukaan roti perang. Dihidangkan bersma mushroom soup. Enjoy!!


Sedap makan begitu saja ketika masih suam2 lagi...

Thursday, April 5, 2012

Crispy Potato Wedges


Assalamualaikum & Selamat Pagi Yg Indah di sini :)

Pagi yg mula cerah.... allhamdullilah blh sidai kain kat luar jap lagi...

Sarapan pagi tadi utk anak bujang yg sesekali request!! Selalu sarapan simple roti & air nescafe segelas... semalam seblm tido sempat pesan ngan mama dier - nak breakfast mama!!

Okay memang dah aim nak buat crispy potato wedges nie bila nampak kat dapur Ucu :) oleh sbb pagi sangat dan resipi ni menggunakan 1 kg kentang... mama gunakan hanya 1 biji kentang Russet yg besar di makan bersama scramble egg & cheese hotdog. Sempat si Nazli ckp..fuyoo berat nie mama!!! Takpe sesekali sarap cam gini... anyway bila Nazli PE semua nyer dah terbakar kpd energy ... betul tak??

meh kite tgk resipi yg senang sekali... Terima kaseh Ucu beri idea & minta izin letak resipi disini pulak :)




Resipi Crispy Potato Wedges
Sumber  : ucubakery

1 kg Kentang saiz besar
1 bungkus tepung segera KFC (adabi)
Telor - di kocok
Minyak





Cara-cara ;-

Buang kulit kentang dan basuh bersih-bersih
Potong/belah ketang
Panaskan minyak
Celupkan kentang ke dalam telur kemudian salutkan pada tepung segera KFC
Goreng dengan minyak yang banyak sehingga empuk
Bila sudah kekuningan itu tandanya dah masak
Boleh lah dihidang

Wednesday, April 4, 2012

Gulai Ayam style Kawah


Gulai Ayam style Kawah yg dimkn ngan coin pratha tempoh ari.. mmg dah jatuh cinta ngan gulai style gini.. pekat, berempah & rasa ala rendang sikit :P

Mmg terbest!! suka lagi lama dipanas makin pekat & sedap :P

Gulai Kawah Daging yg pernah mama msk resipi dari Lina PG cuma kali nie mama tukarkan kpd ayam
tambahkan baby potato n sedikit carrot! terima kaseh sekali lagi Lina PG

RESEPI GULAI KAWAH
resipi: linapg.blogspot.com 

sumber: mamahawa

Bahan 

  • 1/2 kg daging lembu hiris nipis
  • 1paket kerisik (40g) - mama ltk dlm 3 sudu mkn 
  • 1 paket kecil kari daging- mama ltk dlm 5 sudu mkn sbb suka pekat2 
  • 1 labu bawang merah (kisar)
  • 3 ulas bawang merah (kisar)
  • 3 ulas bawang putih (kisar)
  • 2inci halia (kisar)
  • 2 batang serai (ketuk)
  • 3-4 sb cili giling
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 cawan santan pekat
  • Rempah 4 beradik
  • 3sb gula merah - gula timbang brown color
  • 2-3 keping asam keping
  • minyak
  • garam 
  • Air

Cara-Cara: 
  1. Panaskan minyak, tumiskan rempah 4 beradik, bahan kisar,serai ketuk sehingga wangi. 
  2. Masukkan cili giling masak hingga garing dan pecah minyak.
  3. Masukkan daging dan kacau rata.Masukkan sikit air dan kacau rata lagi.
  4. Bila daging agak empuk, masukkan santan, kerisek, garam, gula merah, daun limau purut dan asam keping
  5. Biarkan mereneh hingga daging betul2 empuk.Kacau sekali sekala
  6. Biarkan sampai pekat.Tutup api.
  7. Sedap dimakan dengan nasi atau roti



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...