Tuesday, July 17, 2012

Telur Hancur Daging Burger


Kalau tengah malas2 or tak ada idea nak masak... telur hancur nie mmg sesuai di makan bersama nasi putih bersama sambal..tak kisah lah sambal tumis or sambal belacan.

Nasib baik cik hubby tak kisah sangat tentang masakkan.... asalkan ada makannan.
Suka tengok bila hubby makan hanya hidang kan telur hancur nie bersama sambal belacan blh bertambah2 nasi dier hehehe



Resipi asal Cili Hijau GorengTelur Hasue yg telah mama ubah suai dgn bahan2 yg ada...
Kalau tengah bermalas2san & kalau jemu jer ngan sambal telur or telur dadar cuba lah Telur Hancur Daging Burger nie hehehe

Telur Hancur Daging Burger 
resipi: mamahawa

Bahan2
3 biji telur - di pukol sebentar
1 biji cili merah- dihiris
1 biji cili hijau - dihiris
1 biji bawang besar- dihiris
cili padi - ikut rasa - di hiris 
sekeping daging burger - di ramas kasar2
1 ulas bawang putih - ditumbuk halus
2 ulas bawang merah kecik - ditumbuk halus jgk
garam & lada putih secukup rasa


Cara2:
Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 yg ditumbuk hingga garing dan naik bau baru masukkan cili merah, cili hijau, cili padi, bawang besar dan daging burger. Tumis sehingga daging burger masak. Perasakan dengan garam dan lada sulah. Masukkan telur kacau 1-2 kali saja dan padam kan api. Siap dihidang panas2!!!

Mi Segera Goreng Sempoi ~ Chef Arm~


Assalamualaikum ^^
Selamat Pagi kpd semua teman2
Kembali bersiaran di pagi hari Selasa..

Tinggal beberapa hari lagi kite semua umat Islam di seluruh dunia akan menyambut kedatangan bulan yg mulia bulan yg ada kaitan dgn bulan Al Quran.. semoga dgn kedtgan bulan Ramadan nnt kite semua dpt menjalankan ibadah puasa & terawih dgn khusuk dan taqwa insyallah amin...



Mi Segera Goreng Sempoi yg dah mama cuba beberapa minggu yg lepas kalau tak silap pada hari Sabtu... mmg ringkas sesuai utk sahur atau pun utk berbuka..
Petikkan dari majalah Saji Julai 2012 resipi sumbangan Chef Arm dgn gaya utk si Bujang bersahur...
Ala2 mi mamak pun ada ... mmg ringkas kena sesuai kan dgn bahan2 yg ada dirumah tak susah mana pun kalau ada vitamin "R" hehehe

meh tgk resipi kat bawah...

Mi Segera Goreng Sempoi
resipi:  Chef Arm Majalah Saji 7/2012
sumber: mamahawa

Bahan2
2 bungkus mi segera - dicelur
1 sudu rempah kari
2 ulas bawang putih - dicincang
1 biji bawang merah - dihiris
1 biji telur
1 biji tomato - di potong dadu
sedikit sawi - potong kasar
2 biji cili api - hiris
1 sudu makan kicap
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam
sedikit minyak masak


suka tengok bunga yg terbentuk lepas di kerat dari batang sawi...


Cara penyediakan:
Tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili api hingga naik bau. Kemudian masukkan mi segera, sawi dan tomato. Kacau rata. Setelah itu masukkan kicap dan rempah kari. Gaul rata. Apabila hampir kering masukkan telur. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa dan angkat.

Wednesday, July 11, 2012

Bubur Lambuk ~Kak Jee~


 As Salam & Selamat Pagi Rabu yg mulai cerah di kawasan tmpt tggl mama ....

Minta maaf byk2 sbb blm berkesempatan BW & balas comments..kejap lagi hendak ke pasar dah kering kontang dlm fridge hehehe.

layan bubur lambuk yg dimasak utk si shasha yg tak brapa sihat pada hari Sabtu yg lepas... tapi orang yg tak sihat pun blh bedal jgk mmg tak masin pun telur asin yg dicampur ke dlm bubur nie. Minta maaf kak Jee Hawa gantikan daging burger kat dlm bubur tuh ... mmg sesedap kat tekak utk org yg sakit dan yg tak sakit.

Minta izin yer kak kongsi  resipi di sini (*-*)


Bubur Lambuk Kampung Baru versi Kak Jee

bahan2nya:


secawan beras
daging ikut suka banyak mana - sekeping daging burger oblong
bawang putih
bawang merah
halia
kayu manis & bunga lawang
telor masin - mama gunakan 3 biji 
½ cawan pati santan
garam dan aji (kalau perlu)
minyak bijan 



CARA: 
cuci beras. kemudian jerang atas dapur. bubuhlah air banyak2.  kemudian daging dipotong kecik-kecik dan dimasukkan bersama beras tadi. campakkan sedikit kayu manis dan bunga lawang.masaklah sampai beras betul2 hancur. kalau tak cukup hancur, tambah air lagi sampai bubur jadi halus. kjee ni guna pressure cooker. 10 minit jer. masukkan sekali dengan daging tau dalam periuk tekanan udara tu.

mama msk dlm periuk nasi jer.. daging burger tuh diramas2 mentah kemudian di masak bersama beras sehingga pekat.. harus kacau selalu takut hangit kat bawah periuk nasi...

kemudian bila beras dah cantik hancur, masukkan sedikit santan. susah nak agak banyak mana. tapi kalo satu cawan beras tu yang dah jadi bubur nasi, masukkan setengah cawan santan pekat. masak lagi sampai mendidih. bubur ni tak usahlah buat pekat atau cair sangat. kalau rasa pekat sangat bubuh air lagi dan masak. begitu juga kalau cair, masaklah bagi dia pekat sikit.

apabila bubur sudah mendidih, pecahkan telor masin ke dalam bubur perlahan-lahan. satu cawan beras tu, bubuhlah dalam empat biji telor asin. masak dengan api pelahan kerana kuning telor masin lambat sikit masaknye. kacau perlahan2 takut telor kuning pecah. guna senduk dan angkat telor masin  utk pastikan ia sudah masak. rasalah. kalo perlu letak garam, letakklah sikit. ada suka bubuh kicap cair sewaktu makan. ada suka bubuh sikit msg masa masak. kemudian tutuplah api.

tumis halia yg telah diracik halus bersama bawang merah dan bawang putih dalam minyak yg sikit. garing jer, tuangkan keatas bubur dalam periuk. tumis darat orang kata? hidangkan dalam mangkuk, bubuh kuning telor masin satu dan taburkan daun sop, daun bawang ker atau bawang goreng. jgn lupa titiskan sikit minyak bijan. ini penting nak bagi aroma yang power.


Tuesday, July 10, 2012

Ungkep Ayam

 Assalammualaikum...
Selamat Petang semua...
maaf kerana blog tak terupdate
busy memanjang jer tuan rumah...
terima kaseh kerana kpd teman2 yg masih berkunjung
tak kira yg lama & jgk yg baru

terima kaseh byk2...
love uols

Koleksi dari Resipi Julai Majalah Saji 2012
Resipi sumbangan dari Kak Jem Sungai Merah Bangi.
Resipi asal menggunakan hati lembu tapi dah digantikan dgn ayam
Lagi lama dimasak ... rempah2 menjadi kering dan meresap kat ayam... mmg sesuai buat berbuka mkn bersama lontong or ketupat. Sesuai jgk dibuat hidangan hari raya apa lagi kalau menggunakan ayam kampung/pencen..

Mari lihat bahan2

Ungkep Hati Lembu/Ayam
sumbangan: Kak Jem Sungai Merah Bangi -Majalah Saji 7/2012

Bahan2
1/2 kg hati lembu - hiris nipis ( mama menggunakan 1/2 ekor ayam dicuci bersih dan ketepikan)
3 keping lengkuas - ketuk ( mama tak letak)
3 batang serai -ketuk
3 helai daun limau purut
20 tangkai cili padi * ( kalau tak nk pedas sgt blh kurangkan)
3cm kunyit *
3cm halia *
5 ulas bawang putih* (mama letak 3 jer)
2 labu bawang besar *
1 sudu besar ketumbar biji *
1 susu besar jintan manis biji *
gula dan garam
1/2 cawan air asam jawa cair
1 ketul pati kuib lembu (mama ltk kuib ayam)

semua bahan * dikisar


Cara memasak:
Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar hingga pecah minyak.
Masukkan hati/ayam serai lengkuas dan daun limau purut
Tutup kuali dan biarkan air hati/ayam keluar dan kacau sesekali.
Setelah hati empuk/ayam masak dan airnye kering, tuangkan air asam jawa dan bubuh garam & gula seckup rasa.
Tutup tudung kuali dan biarkan sehingga ia kering.

Tuesday, July 3, 2012

Talam Berlauk ~ ChaHaya Sheila~



Assalamualaikum & Selamat Pagi semua...

cuaca disini allhamdullilah..sejuk aman terasa damai begitu lah suasana diperumahan tempat mama tinggal... anak2 semua dah naik sekolah semalam mereka cuti kerana menyambut hari belia - youth day!

Pagi nie ingin mama kongsi satu lagi makannan yg memang ada kaitan dengan bulan Ramadan sbb bila time bulan puasa mama mmg tak akan terlepas membuat kuih talam walaupun hanya sekali.

Mmg mama syorkan kawan2 buat kuih talam dari resipi Sheila yg mmg kena betul ngan tekak mama even my hubby "thumbs up" bkn senang tau org lelaki nie nk beri pujian hehehe


kate Sheila kuih talam berlauk nie resipi tradisi dari bundo mertua dier ... sesapa yg mencuba akan berkata sedap hingga menjadi kegemaraan keluarga...


 Selalu kuih talam nie disini akan menggunakan daging cincang ...


Bila tengok resipi hanya menggunakan tepung gandum sahaja.. itu lah yg teruja betul hendak merasa... lagi pun senang jer masuk kan bahan2 tepung ke dlm blender dan mesin sehingga sebati.. mama buat 1/2 adunnan dulu ...

Terima Kaseh Sheila berkongsi resipi tradisi dari bundo mertua. Izinkan letak resipi disini supaya teman2 yg lain dapat mencuba... Memang mama rekemen tak rugi beb!!

Mari tengok resipi


TALAM BERLAUK
resipi asal: ChaHaya Shiela
sumber: mamahawa


BAHAN BAHAN : 
Utk bahagian bawah :

3 cawan tepung gandum
200 ml santan cap Ayam ~~ atau 1 cawan santan segar pekat
4 cawan air ~~ atau santan cair
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 biji telur ayam
1 sudu kecil gula
Garam secukup rasa (lbh kurang 2 sudu kecil)




Utk LAUK :
Udang saiz kecil dlm 200 gm (ikut suka)
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering (ditumbuk)
2 biji cili merah
Sedikit daun sup n daun bawang 
Sedikit serbuk lada sulah
Sedikit gula (dlm 1/4 sudu kecil)
Garam secukup rasa ( lbh kurang 1/2 sudu kecil)
Sedikit minyak utk menggoreng + 1 sudu minyak sapi



Hiris halus bawang merah, bawang putih, cili merah, daun sup dan daun bawang. Udang kering ditumbuk halus. Goreng bawang merah n bawang putih hingga kuning keemasan, angkat. Kemudian masukkan udang kering. Setelah naik bau n garing, masukkan udang idup yg dibuang kulit diikuti dgn cili merah. Bubuh sedikit serbuk lada sulah, sedikit gula dan garam secukup rasa. Bila udang sudah masak, tutup api dan masukkan bawang yang digoreng tadi bersama daun sup dan daun bawang dan gaul rata. Ketepikan.


Satukan semua bahan utk bahagian bawah dan blend. Tapis dan tuang ke dalam bekas. Ketepikan. Asingkan sedikit dalam suku cawan. Kukus selama lebih kurang 15 minit dulu. Kemudian bukak dan tabur bahan lauk yg telah digoreng tadi dan ratakan. Titiskan tepung yg diasing tadi sedikit demi sedikit ke atas permukaan lauk tadi untuk melekatkannya. Kemudian sambung mengukus selama 45 min lagi.. Setelah sejuk, baru dipotong dan bolehlah dihidangkan. Selamat Mencuba.. :)



Monday, July 2, 2012

Kuih Koci Derian ~ Pasir Gudang Mari~


Assalamualaikun & Selamat Malam semua..
Bulan Julai baru 2 hari bermula.. hanya tinggal beberapa hari saja umat Islam diseluruh dunia akan menyambut kedatangan RAMADAN yg mulia..marilah kite sama2 menunggu kedatangan bulan yg mulia ^^

Kenapa eh sejak2 akhir2 nie mmg tak de mood langsung nk update blog!! Padahal gmbr masakkan semua ambik.. tapi nk edit dan nk buat posting mcm dah lemau ... hai entah!!

Okay berbalik pada gambar kuih koci derian nie ... semalam pagi mak sedara belah arwah abah ada buat kenduri arwah di Taman Setia Indah di Jb. Mama kesana bersama hubby dan jgk mak ... mmg kami tak pernah kesana tapi dgn arahan my sepupu kami berjaya sampai lewat tengahari.
Mmg mama menunggu saat2 nie sbb mmg dah lama betul tak jumpa Paksu Hadi adik arwah abah ... mungkin last jumpa 5-6 thn yg lepas... Gembira bercampur sedih sbb setiap kali terpandang wajah2 mereka dpt bayangkan bertemu semula dgn arwah abah.....hanya tggl 3 saja adik2 arwah abah..
dah lah tak nak cerita lagi .. bertambah sedih plak!!! huhuhu



kuih koci berperasa derian ni dibawa kemajlis arwahan dari sepupu mama yg menetap di Pasir Gudang Rozy nama nyer..mmg lembut jer isi kuih koci nie... Bila makan akan teringatkan si Nazli dan jgk arwah abah yg begitu minat sekali sgn kuih muih tradisional....

Bila agak nyer kami semua dpt berkumpul seperti semalam?

Yg pasti 1 hari ... akan mama tunggu insyallah :)

sekian ...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...