Tuesday, September 27, 2016

Mee Goreng Tahu

Kelentang keletung pepagi ni....

Resepi dari:
yatiememories.blogspot.sg/2013/07/mee-goreng-tauhu.html?m=1
Bahan-bahan
  • 1 bungkus mee kuning (1 kg)- cuci dan toskan
  • 1 cwn daging yg telah di rebus
  • 1 cwn fish ball/fish cake
  • 3 keping tauhu- di hancurkan
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 1 biji tomato belah 6
  • taugeh dan sawi secukupnya
  • garam dan sedikit gula
  • minyak utk menumis
Bahan di kisar
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 3 sudu besar udang kering-rendam dan toskan
Cara-cara
  1. Kisar bawang putih, bawang merah dan udang kering sehingga halus.
  2. Panaskan minyak & tumis bahan2 yg di kisar tadi hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis lagi.
  3. Bila cili dah masak, masukkan tauhu yg telah di hancurkan dan gaul sebati. Masukkan daging.
  4. Masukkan sos tiram,sos cili, sos tomato dan kicap. Tambah garam dan sedikit gula.
  5. Masukkan mee & gaul rata,masukkan sawi dan tomato, biarkan dalam 5 minit. Masukkan taugeh dan gaulkan biar rata.
  6. Bila rasa dah ok, matikan api dan bolehlah di hidangkan bersama hirisan timun dan hirisan limau kasturi.

Wednesday, October 14, 2015

Salam Maal Hijrah

Salam buat semua ☺
Alhamdullilah kiter bertemu kembali di tahun baru calendar Islam
Bersarapan dgn pisang tanduk yg sempat dibeli semasa merempit di kluang kelmarin hehehe.

Wednesday, September 23, 2015

Malam Eid Adha

Salam rindu. Rindu serindu rindu rindu nyeeeeeee.
kembali semula setelah 2 tahun 'menghilangkan' diri 
dari dunia blogging :)
mcm jangkal gitu hehehehe
okay menu biasa2 dimalam raya
ayam msk padang yg mmg selalu masak resipi dari DJ




Ayam Masak Padang
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam sederhana (dipotong ikut suka)
  • 300 ml santan (boleh tambah atau kurang)
  • 100 ml susu cair
  • garam dan sedikit gula
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 2 keping asam gelugur
Bahan-bahan kisar :
  • 6 tangkai cili merah (dibuang biji)
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 2 batang serai
  • sedikit kunyit hidup
  • 10 biji cili api

Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak di dlm periuk. Tumis serai dan bahan-bahan kisar hingga terbit bau.
  2. Masukkan ayam dan sedikit air. Biarkan ia mendidih sebentar.
  3. Masukkan santan dan susu cair. Akhir sekali masukkan garam, sedikit gula dan asam gelugur. Kacau dan biarkan ia


Sunday, September 13, 2015

Posting test

 After gazillion months of not updating. This page will be alive soon. Wait up for post baru dan updated. Salam sayang dari mama.

Wednesday, October 9, 2013

Puffy Roti Sardine


Assalamualaikum dan selamat mabeli semua teman2 yg dirindu..
Dah mln baru nk tayang breakfast tadi pagi...hhehehe
Simple saja... kalau tak silap pernah buat suatu ketika dulu... Sedap mkn panas2 bersama secawan air nescafe hangat!!







Nie dier sardine packet yg mama beli di pasaraya Tesco tempoh hari.hehehe suka kan packing mcm gini sb kalau tak habis blh simpan kat fridge... okay bye out dulu ♡♡

Sunday, October 6, 2013

Bertemu kembali


Salam yg teramat rindu buat semua teman2 blogger yg amat di rindui ♥♥...
Entah tak tahu dimana nak bermula... kalau blh byk yg hendak diluarkan disini..  In Syaa Allah & mudah2an nie bkn yg terakhir..

Berbalik pd gmbr mknnan ini di ambik sewaktu pergi ke jemputan pada bln lps di Melaka Tampin... Pada mama lah jemputan kahwin kalau nk dibandingkan di sini mmg berbeza sekali...   lauk pauk
yg cam gini lh yg menambah selera para jemputan yg dtg. Dan yg pasti mama dan suami makan dengan selera sekali hehehe

Monday, April 22, 2013

Lama nyer tak update!!!



Salam Rindu teramat rindu buat semua yg pernah berkunjung di sini di teratak yg dah sunyi sepi berabuk bersawang dgn sarang labah!! hahaha

Entah tak tahu dimana hendak bermula...
Tapi yg pasti semenjak mama kehilangan arwah abah setahun yg dulu * al faeteha Hj Othman B Abd Samad* semua nyer berubah tak tahu kenapa.. mood dah malassss

dan jgk semenjak bergelar mak mentua jgk * anak yg sulong dah pun bernikah pada January lepas* mcm malasss semua nyer..entah lah tak tahu apa nak jadi dgn blog mama nie.. Adakah ia nyer akan terkubur buat selama2 nye atau adakah kerajinan buat diri ini utk ambil gmbr2 semula?? Haisss

entah lah mama pun tak tahu....







Tuesday, July 17, 2012

Telur Hancur Daging Burger


Kalau tengah malas2 or tak ada idea nak masak... telur hancur nie mmg sesuai di makan bersama nasi putih bersama sambal..tak kisah lah sambal tumis or sambal belacan.

Nasib baik cik hubby tak kisah sangat tentang masakkan.... asalkan ada makannan.
Suka tengok bila hubby makan hanya hidang kan telur hancur nie bersama sambal belacan blh bertambah2 nasi dier hehehe



Resipi asal Cili Hijau GorengTelur Hasue yg telah mama ubah suai dgn bahan2 yg ada...
Kalau tengah bermalas2san & kalau jemu jer ngan sambal telur or telur dadar cuba lah Telur Hancur Daging Burger nie hehehe

Telur Hancur Daging Burger 
resipi: mamahawa

Bahan2
3 biji telur - di pukol sebentar
1 biji cili merah- dihiris
1 biji cili hijau - dihiris
1 biji bawang besar- dihiris
cili padi - ikut rasa - di hiris 
sekeping daging burger - di ramas kasar2
1 ulas bawang putih - ditumbuk halus
2 ulas bawang merah kecik - ditumbuk halus jgk
garam & lada putih secukup rasa


Cara2:
Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 yg ditumbuk hingga garing dan naik bau baru masukkan cili merah, cili hijau, cili padi, bawang besar dan daging burger. Tumis sehingga daging burger masak. Perasakan dengan garam dan lada sulah. Masukkan telur kacau 1-2 kali saja dan padam kan api. Siap dihidang panas2!!!

Mi Segera Goreng Sempoi ~ Chef Arm~


Assalamualaikum ^^
Selamat Pagi kpd semua teman2
Kembali bersiaran di pagi hari Selasa..

Tinggal beberapa hari lagi kite semua umat Islam di seluruh dunia akan menyambut kedatangan bulan yg mulia bulan yg ada kaitan dgn bulan Al Quran.. semoga dgn kedtgan bulan Ramadan nnt kite semua dpt menjalankan ibadah puasa & terawih dgn khusuk dan taqwa insyallah amin...



Mi Segera Goreng Sempoi yg dah mama cuba beberapa minggu yg lepas kalau tak silap pada hari Sabtu... mmg ringkas sesuai utk sahur atau pun utk berbuka..
Petikkan dari majalah Saji Julai 2012 resipi sumbangan Chef Arm dgn gaya utk si Bujang bersahur...
Ala2 mi mamak pun ada ... mmg ringkas kena sesuai kan dgn bahan2 yg ada dirumah tak susah mana pun kalau ada vitamin "R" hehehe

meh tgk resipi kat bawah...

Mi Segera Goreng Sempoi
resipi:  Chef Arm Majalah Saji 7/2012
sumber: mamahawa

Bahan2
2 bungkus mi segera - dicelur
1 sudu rempah kari
2 ulas bawang putih - dicincang
1 biji bawang merah - dihiris
1 biji telur
1 biji tomato - di potong dadu
sedikit sawi - potong kasar
2 biji cili api - hiris
1 sudu makan kicap
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam
sedikit minyak masak


suka tengok bunga yg terbentuk lepas di kerat dari batang sawi...


Cara penyediakan:
Tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili api hingga naik bau. Kemudian masukkan mi segera, sawi dan tomato. Kacau rata. Setelah itu masukkan kicap dan rempah kari. Gaul rata. Apabila hampir kering masukkan telur. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa dan angkat.

Wednesday, July 11, 2012

Bubur Lambuk ~Kak Jee~


 As Salam & Selamat Pagi Rabu yg mulai cerah di kawasan tmpt tggl mama ....

Minta maaf byk2 sbb blm berkesempatan BW & balas comments..kejap lagi hendak ke pasar dah kering kontang dlm fridge hehehe.

layan bubur lambuk yg dimasak utk si shasha yg tak brapa sihat pada hari Sabtu yg lepas... tapi orang yg tak sihat pun blh bedal jgk mmg tak masin pun telur asin yg dicampur ke dlm bubur nie. Minta maaf kak Jee Hawa gantikan daging burger kat dlm bubur tuh ... mmg sesedap kat tekak utk org yg sakit dan yg tak sakit.

Minta izin yer kak kongsi  resipi di sini (*-*)


Bubur Lambuk Kampung Baru versi Kak Jee

bahan2nya:


secawan beras
daging ikut suka banyak mana - sekeping daging burger oblong
bawang putih
bawang merah
halia
kayu manis & bunga lawang
telor masin - mama gunakan 3 biji 
½ cawan pati santan
garam dan aji (kalau perlu)
minyak bijan 



CARA: 
cuci beras. kemudian jerang atas dapur. bubuhlah air banyak2.  kemudian daging dipotong kecik-kecik dan dimasukkan bersama beras tadi. campakkan sedikit kayu manis dan bunga lawang.masaklah sampai beras betul2 hancur. kalau tak cukup hancur, tambah air lagi sampai bubur jadi halus. kjee ni guna pressure cooker. 10 minit jer. masukkan sekali dengan daging tau dalam periuk tekanan udara tu.

mama msk dlm periuk nasi jer.. daging burger tuh diramas2 mentah kemudian di masak bersama beras sehingga pekat.. harus kacau selalu takut hangit kat bawah periuk nasi...

kemudian bila beras dah cantik hancur, masukkan sedikit santan. susah nak agak banyak mana. tapi kalo satu cawan beras tu yang dah jadi bubur nasi, masukkan setengah cawan santan pekat. masak lagi sampai mendidih. bubur ni tak usahlah buat pekat atau cair sangat. kalau rasa pekat sangat bubuh air lagi dan masak. begitu juga kalau cair, masaklah bagi dia pekat sikit.

apabila bubur sudah mendidih, pecahkan telor masin ke dalam bubur perlahan-lahan. satu cawan beras tu, bubuhlah dalam empat biji telor asin. masak dengan api pelahan kerana kuning telor masin lambat sikit masaknye. kacau perlahan2 takut telor kuning pecah. guna senduk dan angkat telor masin  utk pastikan ia sudah masak. rasalah. kalo perlu letak garam, letakklah sikit. ada suka bubuh kicap cair sewaktu makan. ada suka bubuh sikit msg masa masak. kemudian tutuplah api.

tumis halia yg telah diracik halus bersama bawang merah dan bawang putih dalam minyak yg sikit. garing jer, tuangkan keatas bubur dalam periuk. tumis darat orang kata? hidangkan dalam mangkuk, bubuh kuning telor masin satu dan taburkan daun sop, daun bawang ker atau bawang goreng. jgn lupa titiskan sikit minyak bijan. ini penting nak bagi aroma yang power.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...