Thursday, December 31, 2009

New Year 2010 KaD



E Kad from Abbot. New Blogger Friend. Thank U.

SELAMAT TINGGAL TAHUN 2009... SELAMAT DATANG 2010....
Kepada semua teman2 blogger mama... yang selalu datang sini... yang silent reader... yang belum kenal... dan.... kepada semua lah...

Coconut Blossom


Coconut Blossom yang sangat blossom sekali(merekah)... Tak percaya tengoklah gambar!!!
Buat semalam malam tapi tak sempat nak update sebab diorang ni (anak2 mama) kalau dah kat depan PC... boleh kirim salam!!!!


Sebenar nye mama saja nak share dengan uols semua my friend. Selalu coconut blossom jenis yang biasa kan... tapi yang ni memang yang jenis merekah. Dari segi rasa... sama jer!!!! Resipi ni mama cedok dari Buku masakkan Asmah Laili - mintak ampun sedapnya.... Mari kita tengok bahan2 nye.

Bahan "A"
3 biji telur ayam sejuk
270g gula halus
300g tepung Hong Kong atau Top Flour - mama gunakan Top Flour
150ml coconut cream - santan kotak
30g air daun pandan
2 1/2 sudu teh baling powder
1 sdm ovalette
Sedikit pewarna hijau
Beberapa mangkuk kertas & acuan kuih lompang atau acuan tin yg kecil2

Bahan "B" inti
240g kelapa parut putih
120g gula melaka
30g gula pasir
60ml air
1 sdm tepung jagung
2 helai daun pandan

Cara "A"
Semua bahan dijadikan satu, kecuali warna hijau. Pukul sehingga pekat. Barulah dimasukkan warna hijau & kacau sehingga rata.
Masukkan satu sudu makan adunan kedlm mangkuk kertas & letakkan sedikit inti ditengahnya. Timpakan diatasnya satu lagi sudu makan adunan, kemudian masukkan dedlm acuan kuih lompang. Kukus selama lebih kurang 15 minit atau sehingga masak. Setelah masak, keluarkan dari kukusan & sejukkan.

mama masukkan kedalam beg piping. Senang.... picit kedalam mangkuk2.

Cara "B" Untuk Inti
Masukkan gula Melaka, gula pasir, tepung jagung, daun pandan & air kedalam periuk. Masak sehingga mendidih. Masukkan pula kelapa parut & kacau sehingga rata. Masak dengan api yang sederhana sehingga kering.

Trial & error: 1st batch mama kukus - coconut blossom merekah sebelah... so after awhile baru merekah sepenuh nyer. So kalau boleh biarkan adunan selama 10-15 min baru lah dikukus.

Mini Hotdog Roll wif seaweed


Salam semua & selamat malam semua.... Made simple breakfast for the kids... Today mama the very busy... baru balik dari belanja barang2 groceries & marketing just now with my brother. Belanja di KipMart JB hehehe masih ada barang2 yang belum disimpan lagi. Update N3 dulu ah....


Nazli anak mama suka betul dengan seaweed. Beberapa hari yang lepas beli kan seaweed 1pkt besar... Kalau tak habiskan nanti seaweed 'lemau'... bila dah 'lemau' budak2 ni nanti tak mahu makan pulak. So mama gorengkan bersama hotdog yang memang menjadi pujaan hati diorang ni.... Jadi lah breakfast!!!!

Tuesday, December 29, 2009

Sambal Godok atau sayur godok....


Mana satu betul yer??? Sambal godok atau sayur godok.....
Walau macam mana sayur ni memang bestlah. Lauk orang 'jawa'. Kali ni mama masak style mil. Pernah mama masak letak empedal & hati ayam... pun sedap jugak.


Bahan2:

2 keping tempeh - potong dadu- grg ketepikan
2 keping tahu - potong dadu - grg ketepikan
150- 200g kacang panjang - dihiris
1 biji bawang jepun ( yg putih) - dihiris*
2-3 biji bawang putih - dihiris*
5 batang cili merah - dihiris*
5 batang cili hijau - dihiris*
200g udang hidup
200g empedal ayam - direbus-tak letak
200g hati ayam - direbus- tak letak
1 kotak santan + dgn sedikit air
5-10 tangkai cili padi- tak letak
garam & gula secukup rasa

Cara2:
Tumis kan bahan2 *sehingga layu, masukkan udang & kacau sehingga udang bertukar warna baru masukkan kacang panjang yg telah dihiris, hati, empedal ayam & juga santan & air dan biarkan kuah mendidih sebentar. Akhir sekali masukkan bahan yg telah digoreng terlebih dahulu dan juga cili padi. Tambah kan garam & gula mengikut citarasa masing2. Biarkan sebentar dlm 2-3 minit lagi. Siap utk dihidang!!!

Sambal Belacan


Sambal Belacan wif petai. Hish!!!! Nanti bau lah mulut!!!!! Takpe nanti cik abang nak balik gosok gigi... hehehe
Memang mulut kita akan berbau tapi khasiat makan petai ni setahu mama bagus utk buah pinggang kita.... Ulam2man kadang2 bagus untuk kesihatan kita jugak :)
Tengok lah sambal belacan mama yang ditumbuk tradisionally dengan menggunakan batu lesung. Tumbuk kasar2 je tambah kan cili padi biar terbakar sikit baru ada 'ummph'

Telur Masak Kicap Pedas

Salam & Selamat petang uols.... Petang yang dah nak beransur mendung. Jangan lah air mawar turun... kain baju banyak kat jemuran ni. Kalau nak turun pun tunggu sampai mama dah habis n3 & dah angkat kain semua.... hehehe

Menu hari ini semua dah ulang tayang(dah pernah buat)... Tapi rasa nyer dah lama tak masak...
Telur masak kicap pedas resepi asal menggunakandaging... Mama ganti kan kepada telur. Telur yang telah direbus kemudian digoreng sebentar. Masak mcm biasa. Resipi ini mama ambik dari rumah Zai dulu...




Bahan: ( 5- 6 orang)

400 gm daging batang pinang - mama ganti kan dengan telur dlm 12 biji
1/4 cawan kicap manis
1 keping asam gelugur
1 labu bawang besar - hiris bulat gelang
1 biji cili hijau - belah 4
1 biji cili merah - belah 4
1 1/2 - 2 sb. gula
1/3 cawan air
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

Bahan Tumbuk dan Tumis:-
2 sb cili kering kisar
3 biji bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
1 sk jintan manis - ditumbuk
1/2 sk jintan putih - ditumbuk
1 batang serai - diketuk - x letak
1 batang kulit kayu manis - x letak
1 kuntum bunga lawang - x letak
2 kuntum bunga cengkih - x letak

Cara-Cara:-
1. Panaskan minyak dalam kuali, perlahankan api dan tumiskan bahan2 tumbuk dan kisar, kulit kayu manis, lawang, cengkih dan serai. Kacau hingga naik bau dan cili kisar garing sedikit.
2. Masukkan daging, kacau rata sebentar.
3.Tambahkan kicap dan gaul rata...Masukkan sedikit air dulu..Biar daging mesra dengan kicap.
4. Masukkan pula asam gelugur dan jika daging belum empuk tambah sikit air lagi.
5. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
6. Akhir sekali bila daging telah empuk, masukkan bawang besar dan cili merah dan hijau...Kacau layu sekejap dan angkat.
7. Hidangkan dengan nasi panas2...

Tuna Sandwich


Salam & Selamat pagi... Breakfast tadi pagi. Simple aje!! Sebenar nye dah buntu, tak tahu nak buat apa untuk cik hubby breakfast. So ni lah paling simple nak buat pagi2... hehehe.


Pada tekak mama okay lah... Pedas & masam. Makan ngan slice limau nipis & sepotong cili padi.. pasti terangkat beb!!! Adik mama - si Ayu pasti suka makan sandwich ni sebab ada cili padi... hehehe.

Bahan2
1 tin tuna in water
bawang besar dihiris kasar
limau nipis atau lemon diperah
cili sos
secukup roti

Cara2
Semua bahan2 di campur rata. Sapu kan diatas roti dan takup dua atau tiga.Potong empat. Atas roti letak potongan limau nipis yang telar dibuang kulit & potong kecil & cili padi yang dipotong kecil. Sedia dimakan.

Monday, December 28, 2009

Begedil Tahu

Salam & Selamat petang semua.
Kat luar ni sekarang tengah hujan dengan lebat nyer!!!!
Kalau hujan perut mesti lapar ye.. kenapa kan????
Begedil Tahu. Dah pernah buat dulu... Memang sedap pada tekak mama. Ni menu lunch & dinner. Hari ni mama masak asam pedas ikan merah & sayur kobis goreng. Begedil tahu ni mama goreng sikit dulu... Bila cik hubby balik nnt mama siapkan yg panas2.


Resipi dari rumah Cik Sheila kita... sekarang ni tengah kumpul pinggan mangkok lama and also minat deco2. Kali ini mama tukar sikit. Mama letak kan paste ikan instead of isi ayam. Cuma kali ini mama tak letak daun sup & bawang. Hasil nyer tetap sedap!!! Sebab TAHU.... hihihi

Bahannya


  • 8 keping tahu (4 keping baru RM 1.00) - mama beli 4 keping yg besar 1 - 40cts
  • 1 mangkuk isi ayam di cincang (400gm)
  • 1/2 btg keret - cincang
  • 1 tangkai cili mrh/hju - cincang
  • sedikit daun sup/bwg - cincang
  • sedikit grm/gula
  • sepeket serbuk ayam - sy guna jenama Tumix- mama gunakn Knorr
  • 2 biji telur - di kocak
Caranya

  • Basuh tauhu dan toskan, sementara itu panaskan pegukus
  • Hancurkan kesemua tauhu dgn jari seperti dlm gbr, + masukan semua bhn yg dicincang + grm, gula + serbuk ayam dan gaul semua hingga sebati
  • Kepal2 kan adunan mcm buat begedil kalau ade acuan ais krim boleh di gunakan tekan bg mampat dan susun kedlm loyang seperti dlm gbr
  • Kukus tauhu dlm 10 minit, tujuan masa grg x hancur
  • Panaskan minyak dlm kuali..dgn hati2 angkat tauhu yg sudah di kukus dgn sudu dan masukan kedlm bancuhan telur, dan grg hingga kekuningan

Sunday, December 27, 2009

Ayam Goreng Serai lagi...


Takkan makan mee goreng jer... So mama goreng kan ayam serai ini. Tak sempat nak perap pun... tapi hasil nye tetap sedap!!! Dah pernah cuba yang diperap... rasa2 nye memang lagi sedap yg diperap!!!

Resipi dari teman kite Hasue... Thanks yer!!! Masuk ni dah 2 kali mama buat. Sedap hingga menjilat jari!!!!

*p/s Nak buat correction sikit: Actual resepi from Love not Hasue...hehehe jgn marah love!!! nnt kena jual tau!!!!


Apa2 pun resipi disini atau pun kat bawah ni....

Bahan2 yang diperlukan :-
  • 1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)
Bahan dikisar bersama;
  • 6 ulas bawang putih
  • 7 ulas bawang merah
  • 2 inci halia
  • 2 batang serai
  • 3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
  • 2 sb serbuk kari daging
  • 1/2 sk serbuk jintan putih
  • 1/2 sk serbuk jintan manis
  • 1/2 sk serbuk ketumbar
  • 1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)-mama x pkai
  • garam dan aji secukupnye
  • 3 tangkai daun kari
  • Minyak yang menggoreng

Cara2 memasaknye :-
  1. Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
  2. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
  3. Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
  4. Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Sedia dimakan begitu sahaja! Yummyyyyy!!!!

Mee Goreng Sempoi



Hehehe menu dinner tadi...
Salam & Selamat Malam semua.... Dah 10 Muharam hari ini...
Sekarang ini cuaca best betul lah... sejuk nyaman sekali.... Dah kenyang!! Sambil update N3 sambil dengar Spore Idol.

Goreng mee kuning + sayur mayur+ udang & fish ball. So layan gambar ok... Pasti semua orang tahu goreng mee kan.

Friday, December 25, 2009

Nasi Kari Daging


Betul kata Ijan.... memang mudah nak buat. Mama pun menggunakan daging kambing.

Resipi ni plak dari rumah Ijan di Finland. Resipi asal dari Nure@Myr. Terima Kaseh lah kepada Ijan & Nure for sharing this simple yet delicious :) Mama ada buat beberapa adjustment mengikut citarasa mama.

Resipi Nasi Kari Berdaging

  • 1 kg beras dan air ikut sukatan beras
  • 200g daging (dihiris nipis)
  • 3 sudu besar serbuk kari
  • 2 sudu makan serbuk rempah kurma - mama letak 1 sudu mkn rempah briyani
  • air dan garam
  • bhn hiris: 1 biji tomato, 1 cm halia, 5 bj bwg merah, 3 ulas bwg putih dan 1 biji bwg besar
  1. Tumis bahan yg dihiris. Kemudian masukkan rempah(kedua2 jenis) yg telah dibancuh dgn air. Kacau lagi sampai naik bau.
  2. Masukkan daging dan masak sampai empuk.
  3. Masukkan bhn tumis ke dalam periuk nasi yg telah disukat airnya.Masak nasi macam biasa.
  4. tips: sedap juga kalau dimkn dgn telur rebus yg digoreng. Nk spesel lagi, perap sekejap telur rebus dgn sedikit bhn hiris sebelum digoreng
Mama blender sebahagian dari bawang besar,bawang putih & halia. Campurkan dengan serbuk rempah kari. Sewaktu hendak menumis mama tambahkan kayu manis & the friends supaya bertambah wangi. Masak seperti didalam resipi. Memang mudah sangat. Cepat & ringkas!!!

Jelatah


Jelatah yang dimakan bersama Nasi Minyak, Nasi Briyani, Nasi Tomato atau apa2 nasi pun sedap. Mesti ada masam2 & manis. Tentang pilihan sayur - terpulang kepada kesukaan masing2.

Bahan2
nenas, timun, carrot, bawang besar , & cili

Utk sos
secukup cuka,garam & gula

Cara2
Semua bahan2 dihiris halus2

Untuk sos
Semua dibancuh sehingga larut. Mesti ada masam2 & manis

Masukkan kedalam mangkuk jadi kan satu. Simpan dalam fridge sebelum dihidangkan.

Bebola Kentang Berinti Keju

  • Menu breakfast tadi pagi... Salam & Selamat petang everybody.... Hari ni Christmas Day... so everybody ada dirumah :)
  • Ambik resipi dari rumah Jiya lagi... Memang dah aim nak buat tapi oleh sebab cheese yg macam Jiya tunjukkan tak ada yang plain (semua nyer berflavour) mama gantikan dengan mozarella cheese & grated cheedar cheese yang berwarna oren. Sedap dimakan ketika panas2 bersama sos barbeque, mayonise & off course chilli sos!!!! Nyum3x. Jiya mama C&P jer resipi. Thank u very much. Terima kaseh daun keladi.... kalau ada resipi yg lain kasi lagi ....
  • Add ImageBahan-bahan:

    • 300g kentang kukus, lecek halus
    • 2 sudu makan susu tepung
    • 1 biji kuning telur
    • 1/2 sudu teh garam
    • 1/4 sudu teh serbuk lada sulah
    • 1/4 sudu teh serbuk pala <-- tarak stok

    • 1 sudu makan mentega tawar
    • Minyak
    Bahan inti:

    • 22 ketul kiub keju
    Bahan pelapis:

    • 2 biji putih telur, pukul ringan
    • 100g serbuk roti kasar berwarna oren <-- guna serbuk roti putih tu jer...

    Cara membuat:
    1. Kacau rata bahan kulit
    2. Ambil sedikit adunan. Leperkan. Intikan dengan kiub keju. Bentukkan bebola
    3. Gulingkan dalam serbuk roti kasar. Celupkan ke dalam putih telur. Gulingkan lagi ke dalam serbuk roti kasar.
    4. Goreng dalam minyak yang telah dipanaskan dengan api sederhana sehingga masak.


Thursday, December 24, 2009

Sambal Tumis udang & petai ni memang febret mama & hubby. Semalam sambal tumis ada sikit lagi... jgn membazir!!! Mama tambahkan udang & petai. Makan tak ingat orang seh!!!!


Lihat lah petai2 yg comel2 ni :)

Sotong Masak Hitam


Lauk ni lah kite semua suka.... Tapi cik Nazli kita... betul2 tak menyukaiiii lauk hitam legam ni... Hitam2 sicantik manis walaupun hitam bertambah manis... betul ke????

Telur Dadar ala Parsi again


Salam & Selamat malam semua.... penat betul hari ni... ni pun baru balik terus on PC nak update N3... hehehe anak2 mama ckp mama ni tak sabar betul lah. Memang tak sabor!!!! 1 hari tak blogging dengan teman2 mama mcm tak sah gitu.....Menu simple2 jer hari ni sbb nak settle barang keperluan sekolah Nazli yg masih belum di bereskan.
Menu ulangan. Buat Nazli yg tak mahu makan sotong masak hitam.....Mama cuma tambahkan black pepper sauce 2 sudu makan supaya rasa sedikit pedas!!

Ingredients


1) Telur (4 biji)
2) Kentang saiz sederhana - dihiris nipis (1 biji)
3) Daun ketumbar - dicincang kasar (1 sudu besar) - mama letak daun sop & bawang
4) Bawang besar - dicincang kasar (1/2 biji)
5) Cili hijau - dicincang halus (1 biji)
6) Minyak sapi (1 sudu besar) - mama gunakan minyak masak
7) Serbuk jintan putih (1/4 sudu kecil)
8) Serbuk lada putih (1/4 sudu kecil)
9) Garam (secukup rasa)

Directions


Mula-mula, campurkan telur bersama dengan bawang dan daun ketumbar, cili hijau, garam, jintan putih serta serbuk lada putih.

Kacau rata bahan-bahan tersebut sehinggalah telur kembang. Apabila telah cukup kembang, ketepikan seketika.

Kemudian cairkan minyak sapi dan goreng semua hirisan kentang tersebut sehingga empuk. Apabila garing, ketepikan dan sejatkan minyaknya.

Cairkan lagi sedikit minyak sapi dan kemudian curahkan adunan telur tadi.

Masak di atas api yang kecil supaya bahagian bawah telur tidak mudah hangus.

Apabila telur telah separuh masak, aturkan hirisan kentang goreng tadi di atasnya.

Aturkan kentang tersebut hingga tersusun penuh pada sebelah bahagian.

Kemudian, lipatkan bahagian tanpa kentang tersebut ke bahagian yang sebelah lagi hingga telur tersebut menjadi separuh bulat.

Terbalikkan dan biar beberapa ketika lagi supaya telur tersebut melekat di kedua-dua belah bahagian dan tidak mudah hancur apabila diangkat.

Telur dadar ala parsi sedia untuk dihidang. Selamat memasak!

Wednesday, December 23, 2009

Kangkung goreng belacan


Kangkung Goreng Belacan utk mama & my laling. Makan dengan nasi lemak pun sedap.

Bahan-bahan


1) Sayur kangkung
2) Bawang merah
3) Udang kering
4) Cili merah & cili padi
5) Belacan yang dibakar dan dtumbuk (secukup rasa)
6) Garam
7) Minyak untuk menumis

Cara-cara

Tumbuk udang kering, diikuti dengan bawang merah (dipotong kasar), cili merah (dihiris nipis), dan belacan. Tumbuk hingga sedikit lumat.

Tumis bahan ditumbuk hingga naik bau.

Masukkan sayur kangkung. Kacau hingga layu.

Masukkan garam. Kacau sebati dan sedia untuk dihidang.

Nasi Lemak Hijau & Frendzzz


Salam & Selamat malam semua... Bertemu lagi dihari & waktu yg sama. Sebelum bawa abah mama pergi check-up sempat siapkan lunch cum dinner buat anak2. Nasi lemak hijau bersama teman2 yang menjadi penyedap :)

Tak sempat goreng ikan... So telur mata lembu.


Sambal Tumis mesti adalah... tapi sambal tumis fish ball

Nasi lemak Hijau resipi mama ambik dari rumah Ika Bangkok yg masih x berapa sihat... batuk2. Ika makan ubat yer!!!! Biar cepat2 sembuh !!!!


Bahan-bahan

  • Beras
  • Air pandan secukupnyer (blend daun pandan dan tapis)
  • Santan pekat
  • Garam
  • Halba- x letak
  • Halia
  • Daun Pandan - simpul
  • Pandan emulco@pewarna ijo + sedikit air (utk renjis)
Cara-cara
  • Basuh beras bersih. Campurkan santan pekat dan juga air pandan mengikut sukatan beras.
  • Masukkan skali garam, halba, halia dan juga daun pandan. Jika kaler ijo kurang menarik, bleh tmbh ngan sedikit pandan emulco@pewarna ijo yer!
  • Masukkan rice cooker dan masak hingga beberapa minit nk tanak.
  • Lagi beberapa minit nk tanak tuh, ambil sedikit pandan emulco@pewarna ijau. Campurkan dengan sedikit air (kaler ijo yg ni bior lg pekat dr warna nasik td yer) dan renjis2kan ke atas nasik. jgn gaul dulu. tutup smula periuk dan tanak hingga masak.
  • Dah masak baru gaulkan. so nmpk la nasi lemak anda warna ijo yg cantik! heeeee... Slamat mencube!! :)

Garlic Mashed Potato with garlic sos

Habislah KFC!!!!!
Salam & Selamat pagi semua....
Kalau nak tahu - kenalah buat!! Betul kan Jiya. Nampak kat rumah Jiya... yang buat mama sampai terggoda tak tidur malam... hehehe. Tak lah sampai tak tido.... Semua bahan2 ada dlm simpanan cuma mama dapat sos Lea & Perrin jer. Memang sedap rasa nyer. Ni buat bekpes cik hubby N Nazli tadi kejap... Nyum3x. Ni mama ambik resepi dari rumah Jiya... TQ very much for sharing this recipe :) muahs


Bahan-bahan:
  • 8-9 biji ubi kentang saiz besar (kalau guna Russet potatoes lebih gebu)
  • Air yg cukup untuk merebus + 3 ulas bwg putih diketuk
  • 3 sudu besar butter
  • 2 sudu besar mayonaise
  • ½ cawan susu segar/ fresh cream
  • 1 sudu kecil black pepper

  • Bahan-bahan untuk gravy :
  • 2 ulas bawang putih dicincang halus
  • 2 sudu kecil black pepper- letak black pepper sos
  • 2 sudu besar Worcestershire sauce ( kite gune brand lea&perrin)
  • 4 sudu besar kicap manis + 1 cawan air
  • 2 sudu besar tepung jangung + dgn sedikit air ( untuk memekatan gravy)
  • 1 sudu kecil stock ayam ( kalau buat steak/grilled chicken, guna airnya lg sedap)
  • sedikit minyak untuk menumis bwg putih

Cara membuat:
  1. Kupas kulit ubi kentang dan potong nipis². Rebuskan dalam periuk - isi air cukup-cukup menutupi ubi dan campurkan sekali bawang putih yg diketuk. Tabur sedikit garam. Rebus hingga empuk dan tosskan air lebihan.
  2. Campurkan butter, mayonaise, susu segar dan black pepper ke dalam ubi kentang yang telah direbus tadi dan lecekkannya. Kalau takda potato masher, guna electric mixer/ bontot botol sos pun boleh. Lepas dah hancur & smooth, siap lah mash potato tu.
  3. Untuk Gravy : Tumis bawang putih dan black pepper hingga wangi. (jangan sampai garing sangat, tak sedap)
  4. Masukkan semua bahan-bahan lain kecuali air tepung jagung. Masak hingga didih.
  5. Sambil kacau, tuang air tepung jagung sikit² sampai gravy tu tak pekat, tak cair. (kalau suka pekat², tambah lagi..ikut selera masing²)
  6. Untuk serve, tuangkan gravy atas mashed potato tadi dan ENJOY!

Monday, December 21, 2009

Roti Jala N the geng


Salada Set


Kari Ayam


Menu hari ini Roti Jala complete set. Tempoh hari nampak kat rumah Nur & kalau tak silap kat rumah Dayang... Seingat mama last mama buat roti jala ni dalam bulan puasa. So apabila tgk kat rumah Nur tu yang buat mama ngeces.... hehehe nak kena pakai bib lah :) Mama ambik resipi dari rumah Nor. Senang nak buat rujukan.... Selalu nye mama adunkan secara eyeball je (agak2)
bila ada sukatan senang sikit budak2 nak buat. Nur mama letak resipi nyer disini yer. Halal yer!!!

Bahan-Bahan
500gm tepung gandum
900ml air
200ml susu cair
2 biji telur
dan sedikit pewarna

Cara-Cara
1. Pukul telur dan garam sehingga rata.

2. Masukkan telur yang dipukul kedalam tepung gandum dan kacau rata.

3. Campurkan susu dan air, masukkan sedikit-sedikit dalam adunan tadi.

4. Kacau hingga tepung tidak bergentel atau lebih senang di blend saja.

5. Masukkan pula perwarna kuning dan perap adunan hingga 20 minit sebelum dikirai.

Dah penat main bola... makan time!!!!

Tengok tu.... Dah kelaparan semua.... termasuk lah hubby & mama. Budak2 kalau main bola tak mahu makan yang berat2. Jadi sewaktu pertandingan, air 100plus, buah2han & sedikit tidbits je yang mereka bedal. So bila waktu balik semua dah kelaparan.
Kata cik hubby.... Italian footballers eats itallian foods - so ke Pizza Hut@Lot1 lah kite :)
Belubang besar lah kocek cik hubby kita ni...

Pizza 2 keping besar, 4 lasagna(betul ke spelling) 1 huts platter,1 chicken fettucine,1 Tradditional Bologonise,2 soup & 9 glasses of pepsi.
Riuh & kecoh betul budak2 ni makan kat pizza hut. Dalam ketawa2 budak si Faezil ini cramp kaki dia.... Alamak... Mama come to the rescue...

Malang tak berbau....



Kesian Faezil teman Nazli. Sewaktu permainan terakhir ada kemalangan sedikit. Berdarah hidung budak ni... Kesian betul... sib baik tempat pertandingan ni ada pasukan Medic...Sempat lagi bergurau dengan mama!!!! Hish!!! Tengok tu darah beku yang dapat dikeluarkan!!!! Dan selepas darah beku keluar.... Hidung Faezil yang berdarah beransur2 berhenti... Alhamdullilah.

Futsal @ Fico Jurong


Salam & Selamat petang semua.... Bertemu kembali dihari Isnin yg berangin sekali...
Kluar masuk jemuran itulah adegan tengahhari tadi. Tiba2 saja hujan lepas tu panas lagi.. Tapi sekarang cuaca berangin sekali.. keringlah jemuran mama nanti...

Ni saja nak cerita pasal activity semalam... Nazli bersama teman2 ada pertandingan futsal di kawasan Jurong.Hehehe tengok Nazli bukan main senyum lagi dengan abang2. Mereka semua berada di Fico dlm awal pagi kalau tak silap mama -7 pagi. Talipon mama suroh ke Fico sebab bila nak register tak ada orang dewasa atau team manager... so cik hubby lah jadi team manager for that day.... Tak sia2.... menang tempat ke 3 dlm kategori 14-16 thn.

Saturday, December 19, 2009

Jemput2 Kentang

Lama betul mama tak buat jemput2. Tadi pagi sempat mama buat kan breakfast untuk cik hubby.
Nazli pun sempat sarapan dengan jemput2 ni cicah ngan cili sos... And off he goes for his daily trainning...

tang pat kerak2 yang macam gini.... mama suka sekali.... lagi2 bila digoreng garing2.... Berebut ngan cik Nazli kita hahaha. Okay lah layan gambar, semua orang tahu macam mana nak buat jemput2... Senang baget kan. Terserah nak letak apa dalam adunan tepung. Selamat Berhujung Minggu :)

Cucur Badak

Salam semua dipagi Sabtu yang cerah :D... Cepat benar terasa... dah nak penghabisan tahun 2009. Cuma tinggal beberapa hari lagi nak meninngalkan 2009 :(

Malam semalam mama buat lah cucur badak ni... saja nak try rasa macam mana... Adunan macam lembik sikit sebab mama menggunakan keledek jenis oren... yg putih tak jumpa :(

Buat 1 adunan jer. Nampak kat rumah teman2 blogger mama tu yang teruja nak buat... hehehe... jakun sikit mama ni :) Apa pun mama cendok resipi dari rumah E-Na Zarina dari Jepun. Mama C&P jer dari rumah E-Na.TQ BTW kenapa di namakan cucur badak eh?????

CUCUR BADAK
Bahan-bahannya: (8 biji)
Inti Cucur Badak
  • 70g kelapa kering (kat M'sia guna kelapa muda parut/mesin)
  • 2 tbs santan pekat (untuk memberi 'rasa kelapa' pd kelapa kering, kalau guna kelapa mesin x perlu tambah santan)
  • 3 tbs air
  • 1/2 tsp gula
  • garam
  • 3 tbs minyak masak
Bahan blend /tumbuk
  • 10g udang kering (di rendam dan blend sekali)
  • 1/2 tbs chilli powder(lebihkn jika nk pedas)
  • Secubit jintan manis
  • 1 batang serai
  • 10g halia (1cm)
  • 3 biji bawang merah
  • 1 biji bawang putih
  • sedikit serbuk kunyit
Cara Membuatnya:
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang di blend/tumbuk sehingga wangi.
  2. Masukkan air dan santan pekat dan kacau.
  3. Masukkan gula dan garam, kacau rata.
  4. Masukkan kelapa kering dan kacau sebati.
  5. Masak jangan terlalu kering dan angkat.
UNTUK DOH
Bahan-bahannya:
  • 250g keledek di rebus empuk
  • 3 1/2 tbs tepung gandum
  • 1/2 tsp garam
Cara membuatnya :
  1. Ubi keledek yang masih panas di lenyek.
  2. Masukkan garam dan tepung gandum dan gaul sebati.
  3. Bahagikan kepada 8 bahagian.
  4. Masukkan inti di tengah dan bentukkan ikut citarasa sendiri.
  5. Goreng dengan api perlahan dan angkat bila warna keemasan.
  6. Sedia untuk di hidang....


Friday, December 18, 2009

Ketam cili padi


Dah lama tak makan ketam.... Tadi pagi(tak lah pagi sgt- hujan jadi syiok tido) pergi pasar dekat2 sini... Nampak ketam bunga hissh!!!! kalau masak sambal sedap 2 :P Tapi bila balik rumah menu kena tukar... sbb kalau masak terung sambal nnt tak de kauh plak. So kena buat lencongan... Ketam masak cili padi. manyak juga ketam ni... Dlm 1kg lebih... balance lagi sikit ingat petang2 nnt nak goreng itu pun kalau rajin.... So layan gambar jer ... semua orang tahu masak lemak kan???? Mama x pkai santan... pkai susu cair biar lemak2 & cholestrol turun sikit sbb dah terbanyak makan ni...kikikiki

Sambal Terung


Hari petama & bulan pertama Hijrah.
Salam semua dipetang Jumaat 18th December 2009 bersamaan 1 Muharam 1431.


Bahan-bahan
sebiji- dua terung digoreng dahulu

Bahan2 yang di blend
bawang putih
bawang besar
cili kering- direndam
belacan
udang kering

Cara-cara
Tumis bahan blend sehingga garing masukkan sedikit air. Gaul rata masukkan gula dan garam sedikit mengikut rasa. Apabila bahan tumis dah cukup dgn bahan perasa, matikan api & masukkan terung yang telah di goreng & gaul sebati. Siap

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...