Monday, November 30, 2009

Banana Muffin


Ni mama nampak kat blog Nur tempoh hari. Memandangkan budak2 kat rumah ni memang suka kepada pisang... mama cuba resipi dari rumah Nur plak. Memang moisssstttttt !!!! Sedap Nur lain kali boleh buat lagi...
Cuma mintak maaf & ampun ya Nur mama tukar gula pasir kepada gula perang... Jangan marah ye Nur.... Kalau marah nanti kena ....jual hehehe....

Bahan-Bahan
3 atau 4 biji pisang (lebihkan pisang jika ingin ia lembab sedikit)
1 atau 1/2 cawan gula pasir
1 biji telur dipukul ringan
1/3 cawan mentega dicairkan
1 sudu teh baking soda
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
1 1/2 cawan tepung gandum

Cara-Cara
1. Pisang dilecekkan terlebih dahulu. Satukan pisang bersama gula, telur dan juga mentega yang telah dicairkan tadi.

2. Ketepikan, dalam sebuah mangkuk yang lain satukan tepung, garam, baking powder dan juga baking soda.

3. Satukan bahan basah dan kering, kacau sebentar saja.

4. Masukkan dalam tin pembakar muffin ataupun casing muffin.

5. Bakar pada suhu 180 darjah celcius kira-kira dalam 20 minit.





Telur Dadar ala Parsi

Salam & Selamat malam kepada semua teman2 mama.....
Nampak resipi ini dari TryMasak - Telur Dadar ala Parsi. Ni mama C&P dari sana.

Ingredients


1) Telur (4 biji)
2) Kentang saiz sederhana - dihiris nipis (1 biji)
3) Daun ketumbar - dicincang kasar (1 sudu besar) - mama letak daun sop & bawang
4) Bawang besar - dicincang kasar (1/2 biji)
5) Cili hijau - dicincang halus (1 biji)
6) Minyak sapi (1 sudu besar) - mama gunakan minyak masak
7) Serbuk jintan putih (1/4 sudu kecil)
8) Serbuk lada putih (1/4 sudu kecil)
9) Garam (secukup rasa)

Directions


Mula-mula, campurkan telur bersama dengan bawang dan daun ketumbar, cili hijau, garam, jintan putih serta serbuk lada putih.

Kacau rata bahan-bahan tersebut sehinggalah telur kembang. Apabila telah cukup kembang, ketepikan seketika.

Kemudian cairkan minyak sapi dan goreng semua hirisan kentang tersebut sehingga empuk. Apabila garing, ketepikan dan sejatkan minyaknya.

Cairkan lagi sedikit minyak sapi dan kemudian curahkan adunan telur tadi.

Masak di atas api yang kecil supaya bahagian bawah telur tidak mudah hangus.

Apabila telur telah separuh masak, aturkan hirisan kentang goreng tadi di atasnya.

Aturkan kentang tersebut hingga tersusun penuh pada sebelah bahagian.

Kemudian, lipatkan bahagian tanpa kentang tersebut ke bahagian yang sebelah lagi hingga telur tersebut menjadi separuh bulat.

Terbalikkan dan biar beberapa ketika lagi supaya telur tersebut melekat di kedua-dua belah bahagian dan tidak mudah hancur apabila diangkat.

Telur dadar ala parsi sedia untuk dihidang. Selamat memasak!



Sunday, November 29, 2009

Serawa Durian


Baru saja selesai makan serawa durian bersama roti perancis. Makan panas2 memang sedap!!!
Mama tambahkan dengan gula melaka. Selalu buat gunakan gula pasir tapi hari ni mama gunakan gula melaka. 1 batang roti perancis yg panjang kita bertiga kerja kan!!! Jawab nye bila Nazli bangun biar dia makan dengan roti biasa.... hehehe mak & bapak makan tak ingat anak!

Nasi Goreng Cili Kering


Salam di petang minggu yang membosan kan!!!! Macam boring jer ari ni... Tak tahu knapa?????
Nasi goreng cili kering. Tadi pagi mama goreng nasi style begini.... Dulu2 mama selalu makan nasi goreng begini.... Takde udang, ayam ataupun sayur.... Cuma gunakan cili kering,bawang besar, bawang putih dan belacan. Semua bahan2 ni ditumbuk kasar2. Gaulkan kepada nasi. Didalam kuali panaskan minyak, masukkan nasi yg telah digaul bersama bahan tumbuk dan masak. Jangan lupa plak garam & sedikit gula. Mama suka makan bersama bawang mentah.

Saturday, November 28, 2009

Kepak ayam my dad lagi

Ni juadah kat rumah mak mama. Mak mama masak ayam masak merah & rebus lontong adabi jer. Selain lontong, mama goreng kan mee siam untuk sarapan pagi.


Kepak ayam 'my dad' dah repeat banyak kali . Anak2 suka makan kepak ayam ni. Semalam pagi mama goreng kan buat ratah2 selepas diorang balik dari solat raya.

Kepak Ayam 'My Dad'

Bahan-bahan:

1/2 kg kepak ayam : 2 sudu makan minyak bijan : 2 sudu makan madu : 1 sudu sos tiram : Garam : Kicap pekat : Gula : Lada putih : Minyak utk menggoreng :

Cara membuat: Perapkan ayam bersama campuran sos tiram, minyak bijan, garam, kicap pekat, gula, madu dan lada putih. Lebih kurang satu jam baru goreng

Masak Untuk Kenduri

Salam semua dipagi Sabtu. Masih suasana raya korban lagi.... Sekejap lagi nak ke Masjid, ambik daging korban. Kebanyakkan Masjid di Singapura menjalankan ibadah korban hari ini bukan semalam.
Ni mama saja nak cerita pasal malam raya... Selalu hari raya aidil fitri mama sekeluarga akan pulang kerumah mak mama so activity memasak semua dilakukan disana. Pagi2 seblm sembahyang raya kite dah sampai rumah mak mama yang tak jauh pun.
Gambar diatas acara masak memasak dgn anak2 mama(along & shasha) Kecoh dibuat nye!!
Dari acara menghidupkan arang sampai lah lauk masak!! Suasana begini lah yang buat kemeriahan nak beraya. Suka dengan aroma arang & acara kipas mengipas!!! Anyway mama sempat siapkan dua jenis lauk untuk dibawa oleh cik hubby n Nazli untuk kenduri di bawah kolong blok berhampiran.

Ni daging rendang yg sempat di masak malam raya. Mama masak 2 kg daging jer!


Ni sambal goreng jawa yang sempat mama siapkan untuk kenduri sebanyak 4 kg semua


Thursday, November 26, 2009

Kad Raya


Dari Alimaz



Dari SakuraEmi

Kepada teman2 blogger, mama sekeluarga mengucap kan Selamat Hari Raya Aidil Adha Atau Hari Raya Korban.

Wednesday, November 25, 2009

Pulut Hitam Wif Durian


Ni pasal tengok kat rumah Ika tadi pagi2.... Ika buat bubuh kacang letak pulut ngan durian sampai terggoda mama tengok :P
Kacang hijau takde yang ada pulut hitam.... So terjadi lah pulut hitam yang bercampur dengan durian.... Alangkah nikmat nyer makan waktu malam2 begini... Sila jemput!!!!!


Begedil


Hasil Tangan Nuraishah Mohd Rauf..... Psal dah lapar 2 yang terpaksa tolong mama... gentel kentang nak buat Begedil...


Soto kalau tak ada Begedil & Cili Kicap & Taugih macam tak complete!!!

Mee Soto



Hah yang ni untuk Nazli dan untuk sapa yang nak second helping. Mama buat 2 version. Lontong & mee. Biar diorang pilih yang mana satu idaman kalbu :)

Soto Babat


Ni dinner mama tadi. Soto Babat. Pernah makan??? Mama pun kali pertama makan di Pasar Geylang dalam 2-3 minggu yang lepas. Oleh sebab tak puas makan.. Mama buat sendiri... Muai... cik hubby makan bertambah :P

E Kad Aidil Adha dr Hasue


Salam & Selamat pagi semua.... Dah bangun semua???

Pemberian dari Hasue. Seronok :) Terima kaseh manyak2 Hasue. Semoga persahabatan ni terus kekal selama nyer... Aminnn

Dengan ini jugak mama nak ucapkan kepada semua teman2 mama SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.

Tuesday, November 24, 2009

Blueberry Tarts/ Tart Gulung Blueberry


Ni project tadi petang.... Soorang2 duduk pat dapur buat tart gulung ni....
Payah jugak nak mengulung :( Sebab resipi asal kuih tart bukan tart gulung. Tak de kerja cari kerjakan!!! Nasib baik buat 1 adunan kalau tadi buat 2 adunan... jawap sampai ke malam lah.
Adunan memang lembik sikit sebab adunan tepong agak2. Mama pun lupa kat mana mama ambik resipi ni.... kat MYR ke atau ResipiNet???
Meh tengok resipi

Bahan
1 biji kuning telur
1 sudu makan susu manis
1 sudu makan susu tepong
250 gm butter
400-450 gm tepung gandum - jgn tuang semua/gaul sehingga x melekat kat tangan
1/2 sudu teh vanila
secukup inti nenas

Cara2
Satukan semua bahan. Butter,kuning telur,susu manis,susu tepung & vanila di pukul rata, lalu masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sehingga rata. Canai & terap & letakkan inti nenas diatas. Bakar pada suhu 170c atau sehingga tart masak.



Ni lah rupa tart gulung mama yang telah dihias dengan bunga kecil & manik. Adunan agak lembut tu yang mama letak kan kedalam papaer cup kecil2 supaya tak hancur...

Empedal Goreng Rempah

Bahan2nya:-
½ kg pedal– dicuci dgn tepung gandum tuk hilangkan hanyir dan digoreng terlebih dahulu bersama serbuk kunyit n sedikit garam -(chicken gizzard - mix with plain flour to get rid of the smell and marinate with salt and turmeric powder then fried)
( * bahan kisar ) -(*blended ingredients)
*1 biji bawang besar-( large onion)
*3 ulas bawang putih-( garlics)
*1 inci halia-( ginger)
* 1 sudu besar ketumbar-( tbsp coriander powder)
* ½ sudu besar jintan manis-( tbsp fennel)
1 batang serai – diketuk-(lemon grass crushed)
2 pelepah daun kari-( 2 sprigs of curry leaves)
1 sudu besar penuh rempah kari daging-(tbsp meat curry powder)
2 sudu kecil serbuk lada/cili – nk pedas sendiri adjust yer-(tsp chili powder )
1 sudu besar kerisik-( tbsp kerisik)
Air secukupnya-( water to estimate)
Garam, gula n bahan perisa secukup rasa-(salt, sugar and msg)
Minyak untuk menumis-( oil for saute)

Cara2nya:-
Panaskan kuali, masukkan daun kari gaul sebentar dan masukkan bahan kisar, tumis sehingga wangi dan garing. Masukkan serai, rempah kari dan serbuk lada/cili kacau sehingga sedikit kering. Masukkan hati yg telah siap digoreng terlebih dahulu td dan kacau sebati dan masukkan kerisik dan jika terlalu kering masukkan air sedikit demi sedikit bergantung pd kehendak masing2. Akhir sekali masukkan gula, garam dan bahan perisa secukup rasa. Siap!-( Heat oil and saute curry leaves for a while and add in blended ingredients till fragrant. Add in chili powder, lemon grass, curry powder and stir still a bit dry. Add in fried chicken gizzards, kerisik and stir well. Add some water bit by bit according to preference. Lastly add in salt, sugar and msg to taste. Ready.)

Empedal Masak Rempah. Sedap!!!! Terasa tekak mama!!!!Suka pada rempah2 & kerisik. Sedap makan kering2 dengan lontong. Boleh cuba lagi dan lagi. Buat 1/2 kg empedal. Kebetulan ada dalam frezzer... Memang budak2 suka empedal dari hati ayam. Resipi mama ambik dari rumah Ayu. Tq mama minta izin C&P k :)

Monday, November 23, 2009

Cantonese Egg Tarts

Nampak kat rumah Ika Bangkok & kenalan baru mama Cikgu Zana yg menetap di Batu Pahat Muar. Ni kalau tak silap mama, kalau nak ke kampung my grandmothers mesti lalu Batu Pahat dulu.. My late grandmother kat Semerah ni sebelah my father, sebelah my mother plak pat Sungai Balang.Sekarang sejak my grandmother sebelah my mother dah ikut anak2 x pernah lagi pergi sana. Miss masa kecil2 dulu selalu turun kampung :(

Okay... Oleh sebab dah lama x makan egg tarts ni, mama cuba lah resipi ni... Mula2 pastry agak lembik... mungkin kerana telur yg mama gunakan besar... perap kan dalam 1/2 jam .

Suka sangat2 sebab pastry crunchy & custard yg lembut & lemak. Anak2 mama suka sangat2.. lagi2 shasha... Tq Cikgu Zana & Dik Ika kerana sudi berkongsi resipi di blog masing2. Akan buat lagi sebab anak2 suka makan :) Mama C&P resipi dari rumah cikgu Zana yer. TQ

Ingredients of crust:
225 gm plain flour
125 gm butter
55 gm icing sugar
1 egg, whisked
a dash of vanilla extract

Ingredients of custard:
3 eggs
110 gm caster sugar
225 gm hot water
85 gm evaporated milk
1/2 tsp vanilla extract

Method (making crust):
1.Place butter at room temperature until softened. Cream the butter and sugar with an electric mixer over medium speed until the mixture is smooth, fluffy and light in color.
2.Add in whisked egg, half at a time, beat over low speed. Add vanilla extract, mix well.
3.Sift in flour in two batches, scraping down the sides of the bowl between additions with a spatula, and make sure all ingredients combine well. Knead into dough. (see picture)
4.Roll out the dough to a 1/2 cm thickness. Cut dough with a cookie cutter that is just a bit smaller than your tart tin in size. Line dough in the middle of tart tins, one by one. Lightly press the dough with your thumbs, starting from the bottom then up to the sides. While pressing the dough, turn the tart tin clockwise/anti-clockwise in order to make an even tart shell. Trim away any excess dough.
Method (making custard):
1.Add sugar into hot water, mix until completely dissolved.
2.Whisk egg with evaporated milk. Pour in sugar water. Mix well.
3.Sift egg mixture to get rid of any foam into a tea pot. Carefully pour egg mixture into each tart shell.

Method (baking tarts):
1. Preheat oven to 200C. Position rack in lower third of oven. Bake tarts for 10 to 15 minutes until the edges are lightly brown.
2. Lower the heat to 180C. Keep an eye on them. Once you see the custard being puffed up a bit, pull the oven door open about 2 to 3 inches. Bake for another 10 to 15 minutes until the custard is cooked through. Just insert a toothpick into the custard. If it stands on its own, it’s done.



Scallop Suun


Bertemu lagi dihari yang sama.... cuma sekarang dah malam hihihi.
Hari ni ada sikit rajin :) Dah dapat update N3 tadi pagi... Nak update lagi ... budak2 kalau kat depan PC berjam2!!! Kena tunggu macam buah tak jatuh!!!!
Dah... tak nak cerita panjang2... sampai besok pun tak habis....

Ni mama buat scallop suun. Pernah makan dish ni suatu waktu dulu. Introduce by my friend. Sejenis cold dish. Gambar kat atas- ruper scallop yang belum dimakeup. Scallop ni mama beli di Giant last Sunday- frozen 1 pkt abt $8-tengah offer ambik jer...


Bahan
1 pkt scallop - mama kira ada dlm lebih 20 ketul, cuci bersih dgn kulit2 kukus dlm 5-8 mins atau sehingga masak
1 pkt kecil suun - rendam dgn air panas sehingga lembut, gunting2
2 biji bawang kecil
1 sudu makan udang kering direndam
1 biji limau nipis- ambil air nye
5-6 batang cili padi - kalau nak pedas tambah lagi
secukup sos ikan & gula

Cara
Bawang kecil, udang kering & kecil padi ditumbuk halus.
Masukkan kedalam bekas, tuangkan air perahan limau nipis, sos ikan & gula.
Kacau sehingga semua bahan bersatu. Tambah gula & sos ikan mengikut taste buds masing2.
Akhir sekali masukkan suun, gaul rata. Siap utk diletak atas scallop yg telah dikukus. Jika suka tabur dengan daun ketumbar. Siap untuk dimakan!!!


Ikan Kukus Sos Tom Yam


Ikan Kukus Sos Yam resipi dari buku masakkan Warna 94.2FM -Resipi Pesta Perut tahun 2000.
Pertama kali cuba resipi ni. Untuk tekak mama lah kira okaylah. Lauk kalau makan panas & makan ramai2 memang sedap.
Komen cik hubby - tak pedas & tak 'ummph' lebih suka pada yg normal plain (chinese style)
Apa2 pun dalam masakkan kite ni... mesti ada trial and error.... Next time mama will try to improvice sikit.
So disini mama sertakan resipi. Mama kukus ikan ni plain tanpa sayur mayur sbb dah ada hotplate vege to along...

Bahan2
1 ekor ikan siakap - abt 600gm (disiang & dicuci bersih)
5cm halia muda (dirampai)
1 pkt sayuran campur (yg mengandungi brocolli,lobak,bunga kobis,cendawan & lada gajah yg sudah siap dipotong)

Sos Tom Yam
1 cube rencah tom yam
3 biji jus limau nipis
1/4 cawan sos hitam manis - mama letak kicap cair & kicap manis
8 biji lada padi (dicincang) - kalau tumbuk lagi power!
beberapa titis minyak bijan
1/8 cawan air - mama agak2 jer

Cara
Gaul rata semua bahan sos. Buat beberapa belahan diatas ikan & isikan halia yg dirampai. Letakkan ikan kedalam pinggan kukusan dan letakkan sayur mayur diatas dan sekeliling ika itu. Curahkan pula sos tom yam, dan kukuslah selama 8 hingga 10 min atau sehingga ikan masak.

Lazat dihidangkan panas2 dengan nasi putih

p/s sedap cicah ngan air asam


Hot Plate Beancurd & Vegetables


Salam & Selamat Pagi semua.....
Hari ini pagi2 lagi mama dah update N3... takut nnt bila diorg(anak2) dah conquer computer takde can lah mama nak update!
Time ni tengah hujan... tadi pagi Nazli dah pergi sekolah. Hari ni ada tournament bola pat sekolah dia.... tapi ni hujan plak tak tahu sama ada cancel atau tunggu hujan reda.
Menu semalam.... so sapa2 yang nak mintak sorry lah dah abis semua hehehe.....
First time try buat dengan menggunakan hot plate! Makan panas2!!! Lagi2 makan dengan famili... memang syiok!!



Friday, November 20, 2009

Tempeh Hitam Manis


This dish Tempe. Dari koleksi buku KETUK KETUK RAMADAN lagi. Tempe Hitam Manis ni satu lagi koleksi bagi sapa2 yg suke makan tempeh - seperti Cik Hubby mama lah!!!Ada rasa pedas2 dari cili padi dan manis dari kicap manis yang mama gunakan. Disini mama ingin kongsi resipi kepada teman2 mama atau pada penggemar 'tempeh'.

Bahan2
4 keping tempeh(dihiris & digoreng)
200 gm ikan bilis (digoreng)
cili padi - mama letak dlm 10 tangkai ditumbuk halus
3 ulas bawang merah (dihiris halus)
2 ulas bawang putih (dihiris halus)
Kicap manis
garam
gula
cili benggala merah, hijau & kuning -(di potong memanjang)- mama x letak

Cara2 membuat
Panaskan minyak. Tumiskan bawang merah, bawang putih yang dihiris halus sehingga garing. Masukkan cili padi yang telah ditumbuk tadi.
Tumiskan hingga garing. Masukkan tempe yang telah digoreng & ikan bilis satu persatu terlebih dahulu.
Kacau hingga sebati dan masukkan kicap manis,gula,garam dan akhir sekali cili benggala merah,hijau & kuning sebagai penyeri. Sedia untuk dihidangkan.

Ikan Tenggiri masak Asam


Masih di hari & waktu yang sama....
Ikan tenggiri masak asam... Simple & mudah untuk disediakan.
Banyak menggunakan bawang besar & cili merah & cili hijau. Kalau nak pedas tambahkan cili padi. Air asam dah semesti nye ada. Tak kira lah jenis ikan apa yang nak digunakan. Tapi selalu nyer mama suker menggunakan ikan tenggiri ni sbb isi nyer sedap bila digoreng sebentar.

Sengkuang Petis



Salam semua.... Penat betul... penat apa? Penat kemas rumah 'baru'. Ni pun belum habis berkemas!!! langsir belum pasang lagi... takpe pelan2.
Pagi2 dah siap masak. Susah lah kalau hujan... Kain baju tak kering2. Ni lah manusia... hujan salah tak hujan pun salah!! Tak pernah bersyukur dengan Pemberian Dari Nye.




Pernah makan macam gini????
Sedap tau!!! Macam makan rojak petis, cuma takde timun ataupun nenas.
Teringat waktu kecik2 dulu. My mother selalu buat macam gini. Kiter orang suka rata2 jer.
Sekarang ni dah tua2 kadang2 macam flashback pulak. Teringat zaman kanak2 yang tak seperti zaman anak2 kita. Banyak membebel pulak mama ni... hehehe dah baik.

Wednesday, November 18, 2009

Banana Cake


Actually yesterday mama and my hubby celebrates our 21st anniversary... We actually plan to go out and catch movie... Tapi oleh sebab kedua2 nye tak sihat... batal kan saja niat tu dulu. Tunggu bila both of us dah sembuh.

Actually bila mama imbas kembali 21 tahun yg lepas.... We get to know each other very fast... get engaged on 30 Jan 1988... married on 17 Nov 1988. A year later my first child was born 18 Nov 1989. So setiap kali mama & hubby celebrates anniversary we will remember her bday.

NURJANNAH MOHD RAUF.
" Mama n abah wish u all the best in life... Semua ibu bapa mahukan yang terbaik utk anak2 nyer!
May u find happiness in your life.... Find a good job and a good husband."

So yesterday mama saja2 bake Banana Cake for everybody at home. Got these recipe from Periplus Mini Cookbooks "Malaysian Cakes & Desserts" To my judgement- to sweet but moist banana cake. Recipe to share with everybody. Several adjusment have been made.

Ingredients:
150g very ripe bananas (mama used pisang emas)
2 teaspoon lime juice
150g butter
150g sugar (mama used 100g castor sugar 50g brown sugar)
3 medium eggs, beaten
150g self raising flour
pinch of bicarbonate of soda
Banana essen ( not in recipe - 1 teaspoon)

Method:
Line the base of an 18cm round or square cake tin with greaseproof paper and brush the sides lightly with softened butter. Preheat oven to 170c (240F).

In a small bowl, mash the banana with a fork and stir in the lime juice. Set a side.

Cream the butter and sugar together until light and fluffy(beating with an electric mixer, or by hand with a wooden spoon). Pour the eggs in a little at a time, beating well in between additions.

Using a large metal spoon, fold in half the flour and bicarbonate of soda without over-stirring or beating the mixture which would otherwise toughen the cake) Fold in the mashed bananas until well incorporated and then finally, the rest of the flour.

Turn the mixture out into the prepared tin, hollowing out the middle slightly to prevent it rising to a dome in the middle. Bake in the preheated oven for about 40 minutes or until cake is well risen and golden brown.

Allow cake to cool on the tin for 10minutes before running a knife around the edges and turning it out to cool on a wire tray.


Deep Fried Oyster Mushroom



Salam semua di malam hari Rabu... Masih belum sembuh daripada batuk yg tahap bila batuk terasa otak di kepala pun turut bergegar (batuk kering). Secara kebetulan my hubby pun kena...

Bukan tak masak... masak simple2 buat budak2 jer.....


Ni tadi mama goreng cendawan. Dah banyak kali mama buat. Memang suka sekali pada cendawan goreng ni sebab ada rasa macam ayam goreng.. Seperti biasa resipi dari rumah sapa... sapa lagi rumah AYU lah....

Ingredients:-
2 packets oyster mushrooms
4 garlics minced
2 tbsp coriander powder
2 cups rice flour
1 cup potato starch (I used tapioca flour)
1 egg
1/2 tsp bicarbonate of soda
salt to taste
water to estimate

Method:-
Mix all the above, except the mushroom. When mixture ready, dip in mushrooms and deep fry till golden brown. Ready. Nice to eat while its hot.

Monday, November 16, 2009

Tahu Goreng


Tauhu goreng for the kids... Enjoy the scene of tauhu day for today!!!

Tahu Sumbat



Tak brapa sihat beberapa hari... Nampak kat rumah Ayu dah lama...Requested by Hubby yesterday... So layan jer gambar tahu ari ni.



Ingredients:-
5 hard beancurd sliced diagonally and fried
cucumber sliced thinly
bean sprout

Ingredients for sauce:-
*3 shallots
*3 garlics
*4 - 5 red chillies
4 tbsp sugar
1/2 cup tamarind juice (or vinegar)- mama used vinegar
salt to taste
(*blended ingredients)

Put all the ingredients into a saucepan to boil. Adjust to taste.

Method:-
Slit in the centre of the diagonally cut beancurd.Deep fried beancurd, dish out and let cool. Sliced cucumber thinly like thick match sticks. Detailed bean sprout and blanched in boiling water and drained.

Stuff sliced cucumber and bean sprout into slitted holes and add in chili sauce to preference. Ready to be served.

Cik hubby suka makan dengan kuah berladung.... manyak2...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...