Wednesday, March 31, 2010

Kari Tulang Ikan Kurau




Sambal Tumis Sotong Kering


Sotong Kering... Memang febret mama. Lama betul tak makan. Mama suka direndam semalamman sahaja. Tak letak abu cang. Biar liat2 sikit. Sedap!!! Lauk utk orang tua2... budak tak pandang pun...hehehe. Tapi kalau nak kan sambal tumis tu apa salah kan.


ikan kicap untuk Nazli


Bertemu kembali di hari yang sama :D
Hari ni Nazli tak sihat... demam panas!! Pagi tadi suroh mama ambik dari sekolah. Balik rumah tidur... Dlm kol 2 ptg bawak jumpa doctor... temperature naik sampai 39. Sekarang ni dah kebah sikit...

Blm ada selera nak makan... Cik hubby belikan dia McD- Fillet O Fish... makan pulak...hehehe

Rojak Tepung & Mee Rojak


Yang ini mama & hubby makan dengan mee.



Ni pulak Nazli punya.


Lunch semalam cum dinner. Rojak Tepung yang memang dah lama tak buat. Ni mmg febret Shasha. Berulang kali dia makan... Asyik cakap sedap..nyum3x

Okay tak blh celoteh byk2 sebab byk kerja nak settle pagi ni....
Pernah buat ikut resipi dari rumah Hana & Ika. So mama just C&P resipi dari rumah Ika jer..thnks :)


Bahan-bahan


UTK KUAH

10 tangkai lada kering - bleh tmbh klu suka pedas

40g kacang tanah - goreng n blend
40g biskut tawar - blend halus (bleh tmbh lg klu tk cukup pekat)
*segenggam udang kering
*sebiji bawang besar
*5 biji bwg merah
*3 ulas bwg putih
gula melaka
air secukupnyer - dlm 6-7cwn
garam
gula putih - klu tk cukup manis lagi. kuah rojak sedap manis2 pedas :)

UTK TEPUNG ROJAK

2 cwn tepung gandum

satu sudu makan rata yis
3 sudu gula
garam
air
pewarna kuning - optional
myk utk deep fry

BHN SAMPINGAN - ikut suka la mana2 nk buh!
timun - hiris
tauhu - goreng n hiris
tempe goreng - hiris
sengkuang - hiris
salad lettuce - hiris
kangkung celur (optional)
taugeh celur (jika suka)
telur rebus - belah dua (klu suka goreng la)
kentang - rebus n belah2 ( pong bleh goreng dulu)
ayam goreng - nih klu nk wat rojak ayam
mee kuning (celur)- yg nih plak klu nk wat rojak mee

Cara-cara
  • UTK KUAH - basuh lada kering...kemudian toskan. panaskan minyak.goreng sebentar lada tuh.jgn lama sgt nnti hangit kuah jd tk sedap! dh tuh angkat n toskan minyak.
  • blend yang bertanda * dan lada kering td. rebus bhn2 blend (*klu nk tumis bleh gak!)
  • masukkan skali gula melaka n air secukupnya. didihkan.
  • pastuh masukkan serbuk biskut n kacang tanah. kacau rata... perasakan ngan garam dan klu nk tmbh gula lagi bleh la tambah. klu terpekat sgt bleh tmbh air lagik. dan klu kurang pekat leh tmbh biskut blend.pandai2 la ejas yer!
  • bila dh menepati citarasa kuah rojak, matikan api!
  • UTK TEPUNG - bancuh yis ngan air suam.aktifkan!
  • dlm mangkuk lain...masukkan tepung,garam,gula,pewarna n gaul sebati... masukkan air yis td skit demi sedikit. kacau.agak2 adunan cam wat cekodok.
  • perap adunan selama 1 jam.
  • panaskan minyak. goreng tepung td hingga kekuningan.
  • CARA HIDANGAN - susun semua bhn sampingan n tepung td belah empat.curahkan kuah! siap! :)

Lunch date wif my girls





Selamat pagi semua!!!! Pagi Rabu yang sejuk disini :D
Semalam ada problem sikit ngan blogger... tak tahu plak kenapa tak boleh login. So pagi2 ni sebelum berkemas n masak mama upload gambar2....

Ni lunch mama ngan my 2 anak dara on Monday. Kite makan lunch di Shin Tokyo di Yew Tee Point. Hanya kite bertiga aja... kalau ajak cik hubby dia tak berapa gemar sangat ngan makannan Jepun... Nazli pulak at school. So apa lagi my dua anak dara.... bedal lah...hahaha

Friday, March 26, 2010

Hati & Empedal Goreng Berempah

Beli Hati & Empedal Ayam 1 kg. Rebus & Goreng sempoi jer!!!. Mama letak:

bawang besar, bawang putih & halia dikisar. Serbuk cili & serbuk kunyit. Ketumbar, jintan kasar & jintan halus dikisar halus. Garam secukup rasa. Tepung gandum dalam 2-3 sudu makan.

Rebus hati & empedal sehingga masak. Toskan air nyer. Biarkan sejuk sebentar. Masukkan semua bahan serbuk, bahan yg dikisar, garam dan gaul rata baru tabur kan tepung gandum. Goreng dalam minyak yang banyak.


Tak sempat my hubby balik... hati & empedal dah finish di makan oleh kakak2 Nazli :)

Sayur Petola masak bening wif telur




Utk dinner tadi mama masak lauk bening ni as requested by Shasha :D Dia hirup kuah macam itek!!! Telur mama cemplok dalam 10 biji semua. Tambah kan suun... Nazli tak pandang pun lauk2 mcm gini... dia rela masak maggi sendiri.

Kerepek Kulit Epok2


Inti dah habis.... Tinggal kulit jer!! So mama gunting2 dan goreng jadikan kerepek..hehehe utk cik hubby kudapan.

Nazli cakap letak sugar sedap ma!

Epok2 @ Karipap


Epok2 @ Karipap for breakfast :D
Salam & Selamat Malam semua my dear frendz.. besok dah hujung minggu. Times flies.... masa berlalu begitu cepat sekali...Okaylah sebenar nyer inti buat epok2 pusar ada lagi so mama suroh lah my mil isi dan klim buat sarapan pagi tadi :D



Untuk kulit mama gunakan adunan epok2 pusar. Still nice & crispy :D

300g plain flour
1/4 cup vegetable oil
1/2 cup warm water
a pinch of salt

Add salt in flour. Pour in the oil and mix well with the end of your fingers. Bit by bit add in water and continue to knead till dough is not sticky.

Ingredients for Filling:-

2 sweet potatoes peeled and diced ( I used 3 potatoes)
1 big onion minced
2 garlics minced
a handful of dried shrimp, soaked and minced(can also use fresh prawns)
3 tbsp curry powder
1 sprig curry leaves- x letak
salt and sugar to taste
Chinese celery and spring onions to estimate slice thinly- x letak

Saute onions, garlics and add in curry powder and add in some water to prevent from burning. Add in shrimp, saute a little longer and add in sweet potatoes. Add in water till the sweet potatoes sink in. Cook till soft and add salt and sugar to taste. Add in Chinese celery and spring onions and stir well. Turn off heat and let cool.

Thursday, March 25, 2010

Ikan Rebus wif Sambal


Bertemu kembali :D Menu dinner tadi simple... Ikan Rebus wif sambal. Dah penat kat dapur sebenarnye. Kalau tak masak.. mil ada pat rumah, anak2 balik nak makan, cihk hubby pun bila balik tanya masak apa? So terpaksa lah mama masak yang simple.. janji sedap!!!


Ikan selar yang direbus bersama sedikit garam & juga lada sulah.


Untuk sambal mama gunakan cili padi, cili merah, bawang besar, buah tomato, belacan yg dibakar,air asam jawa pekat2 (gunakan air masak) garam & gula secukup rasa. Semua bahan dimasukkan kedalam blender dan kisar kasar2. Rasakan garam & gula. Siap :D

Fish Ball Soup


Hari yang sejuk.. so dinner ngan soup fishball panas2 bersama ikan :) Hari ni makan simple sebab dah beberapa hari makan & masak yang agak berat2. Cik Hubby request for fish n simple2 salad. Mama lum sempat carikan sayur2 salad... tengok lah besok2.

Kuih Jagung Bakar


Kuih Jagung Bakar mama yang penuh tragedy...sob3x
Salam & selamat malam semua. Bila dah siap adunan kuih bakar ni... mama ambil lah acuan pecah lima nak panas dalam oven dulu..sapu dulu acuan ngan minyak sapi. Bila pasang plug..kenapa tak ada api eh??? Me n mil.. tengok juga oven kenapa tak boleh on... tunggu lagi.. on lagi...sob3x akhir nyer setelah 1/2 jam.. confirm!!! oven dah rosak.
Macam mana nak buat eh!! Dah buat tak kan nak buang sayang kan..Tanya mil boleh tak masak atas dapur??? Dia ckp cuba lah. So mama try lah.. gunakan api kecil saja... At last!!! Masak semua..hehehe.


Nampak kat rumah Ayu & Ika... memang lama tak buat kuih bakar ni.. since mil ada pat rumah buat lah untuk minum petang. Mil cakap sedap tak berapa manis..suit to old folks taste kata dier.
So macam biasa lah mama C& P resipi dari rumah Ayu. Nak tengok kat rumah Ika pun blh :D Boleh kan Ika?


Ingredients:-

500g tepung gandum-saya ayak -(500g plain flour-I sieved)
5 biji telur-(5 eggs)
1 tin jagung dalam tin-(1 can cream corn )
1 mangkuk sederhana gula pasir-saya gunakan 1 cawan -(1 medium size bowl sugar-i used 1 cup sugar)
2 mangkuk santan-saya gunakan 500ml + 130ml-(2 bowl coconut milk-I used 500ml +130ml)
sedikit minyak sapi-(some ghee oil)
sedikit garam-(some salt)
sedikit pewarna kuning-(some yellow colouring)

Method:-

Masukkan tepung gandum dalam sebuah bekas kemudian campurkan dengan telur, santan, gula, sedikit garam dan pewarna kuning. Kacau adunan sehingga tidak bergentel2. Sesudah itu masukkan jagung manis dan kacau lagi sehingga rata. Sapukan acuan pembakar dengan sedikit minyak sapi. Tuangkan adunan kedalamnya dan bakar sehingga masak-(saya bakar selama 50 minit @ 175C)-terserah nak kerak macam mana.-

Combine flour, eggs, coconut milk, sugar, some salt and some yellow colouring in a bowl. Fold mixture till incorporated and not lumpy. Add in cream corn and mix well. Grease mould with some ghee oil. Pour mixture into moulds and bake till cook- I baked for 50 minutes@ 175C-depends on how well the crisp you want)


Sources:-From resipicitarasawan.blogspot.com

Wednesday, March 24, 2010

Stir Fry Chicken Masala


Kalau resipi dari Love memang tak menghampakan :D
Semalam nampak kat rumah Ayu lagi. Dia masak lauk Ayam Masala :P ngan Acar.. memang betul cakap Ayu.. eat with plain rice jer dah sedap apa lagi makan dengan nasi yang berflavour :P
Thanks to both Love n Ayu :) muaahhzzz
Can view resipi at both blog LOVE and AYU


Ingredients:-

Marinate (A)-(Perap Bahan A)
1 whole chicken cut medium sizel - (1 ekor ayam potong sederhana)
3 tbsp blended paste of garlic, shallot and ginger-(3 sudu besar bawang putih kisar, halia dan bawang merah)
3 tbsp chili powder-(3 sudu besar serbuk lada) mama letak 4 tbsp
1 tsp turmeric powder-(1 sudu kecil serbuk kunyit)
1/2 tsp fennel powder-(1/2 sudu kecil jintan manis)
1/2 tsp cumin powder-(1/2 sudu kecil jintan putih)
1/2 tsp coriander powder-(1/2 sudu kecil serbuk ketumbar)
1/2 tsp garam masal-(1/2 sudu kecil garam masala)
salt -(garam)

(B)
1/2 tsp cumin and fennel seeds-(1/2 sudu kecil jintan putih dan jinta manis)
1 cinnamon stick-(1 kayu manis)
3 pcs cardamon-(3 buah pelaga)
3 cloves-(bunga cengkih)
2 pcs star anise-(2 bunga lawang)
2 onions sliced-(2 bawang dihiris)
7 dried chillies -sliced into 2 inches length-(7 cili kering di potong 2 inci panjang)
1 sprig curry leaves-(1 helas daun kari)
1 large tomato sliced-(1 biji tomato dihiris)
1/2 tsp grounder black pepper-(1/2 sudu kecil lada hitam kisar)
2 tbsp kerisik/coconut paste(dry-fried and grinded grated coconut)-(2 sudu besar kerisik)
few coriander leaves-( daun ketumbar secukupnya)
salt to tase-(garam secukup rasa)
cooking oil-(minyak masak)


Method:-

Marinate ingredients(A) for about 15-20 minutes. Heat oil in a wok, saute cumin and fennel seeds, cinnamon, cardamons, cloves and star anise till fragrant.Add in the sliced onions, dried chillies and curry leaves. Stir till light brown. Add tomatoes. Now add the marinated chicken stir together and cover for about 15 minutes till chicken cooks. (Make sure the flame is low). Once chicken is cooked, add grounded blackpepper and salt. Stir again and leave it for another 5-10 minutes. Now add the kerisik/coconut paste, mix well and turn off heat. Sprinkle some coriander leaves before serving.

Perap bahan(A) selama15-20 minit. Panaskan minyak dan tumis biji jintan putih dan jintan manis, kayu manis, pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang hingga naik bau. Masukkan bawang hiris, chili kering dan daun kari. Kacau hingga kekuningan. Masukkan tomato. Masukkan ayam yang sudah diperap gaul rata dan tutup periuk selam 15 minit hingga ayam masak. gunakan api yang kecil. Bila ayam sudah masak masukkan lada hitam yang dikisar dan juga garam. Kacau lagi dan biarkan hingga 5-10 minit. Masukkan kerisik dan gaul rata. Matikan api dan taburkan daun ketumbar sebelum dihidang)

Sources:-From love2cook-msia.blogspot.com

Nice to eat with plain reice while its hot dengan acar timun dan keropok papedem ( betul ke spelling??) Very spicy and a bit hot coz mama tambahkan 1 sudu cili serbuk. Nazli macam biasa suka lauk yg kering dan berempah :) Will try it out again maybe wif flavoured rice.

Acar Timun

Salam di tengahari yg bahang disini...
Semalam jalan2 kat rumah kawan2 blogger ternampak kat rumah Ayu. Ayu buat Acar Telur Burung Puyuh. Mama terliuq tengok acar timun... Tengahari ni siaplah Acar Timun mama..hehehe

As usual mama letak resipi disini yer Ayu. Blh lihat resipi kat rumah Ayu atau pun dibawah ni :)

Ingredients:-
1 large cucumber - discard the pulp, and cut into 2inch strips
1 large carrot - peeled and cut into 2inch strips
10 small round baby shallots - peel and crushed a little
1 red chilli - slashed
1 green chilli - slashed
a few slices ginger
a few cloves of garlic
1 tsp tumeric powder
2 tsp chilli powder or chilli paste - mama x letak
1 and 1/2 tsp mustard seeds (biji sawi)
3 tbsp of oil
1/4 cup water
3 tbsp vinegar
2 tbsp sugar
salt to taste

Method:-
Sprinkle some salt generously over cucumber,carrots,ginger,chillies,shallots and garlic and leave it aside for a few hours, turning the veg now and then. The salt will leech out any excess moisture from them , making them crispier and not soggy.Drain.Heat oil, add chilli paste,mustard seeds and tumeric and saute till fragrant. Add water, vinegar, sugar and salt and stir till sugar dissolves. Add the drained veggie,stir for abt 5 mins and quickly turn off the heat. Do not overcook or veggie won't be crisp.

Sources:- From Suhana's Sweet Savoury blog


Tuesday, March 23, 2010

Baked meatball wif pasta

Hahaha...Welcome Back!!! Baru kejap tadi balik dari hsp. My hubby tadi kena buat physio for his backpain. Kesian dier kena start balik dgn exercise.
Sebenar nya semalam anak2 ada kat rumah..Along ada bawak kawan dier datang.. lepas asar shasha pun bring over her friend also. Cuaca sejuk..budak2 lapar so apa lagi mama suroh lah anak2 dara ni masak...

Untuk MeatBall mama try resipi dari rumah JC

BAKE MEATBALLS
Serve:4-6

1 biji telur
1 keping roti whole wheat -kisar mama gunakan plain bread
1/4 cawan parutan keju parmesan
1/4 cawan bawang cincang
2 sudu besar daun parsley dicincang atau 2 sudu teh parsley kering - x letak
1 ulas besar bawang putih cincang
1 sudu teh italian seasoning atau 1/2 sudu teh rosemary kering - letak pizza topping
1/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada hitam
1 pound lean ground meat- mama gunakan 350gm

Caranya:

Panaskan oven suhu 180'C. Gaulkan semua bahan2 kemudian bulat2kan kecik dan susun dlm baking pan. Bakar selama 15 hingga 20 min.

Per Serving (7-11 ketul) 253 calories, 14g fat, 129mg cholesterol, 339mg sodium, 6g carb, 1g fiber, 25g protein.

Untuk Sos pulak mama gunakan yg instant dari Campbell Tomato n Mushroom In tomato sos
tumiskan dengan bawang putih & bawang besar cincang, garam & gula. Pasta jangan lupa tau!


Banyak2 letak mozzarella cheese, BBQ slice cheese, serbuk paprika & serbuk pizza topping


Dah siap dibakar :)


Puding Roti Pandan Kukus


Resipi Dari rumah CT. Memang selalu emak & jiran mama beri waktu bulan puasa. Memang sedap makan waktu panas2 atau bagi sapa2 yg suka sejuk okay jugak... Febret along n shasha.. diorg pun ckp macam nenek buat.... To CT thanks so much for sharing this recipe :) Mama minta izin letak resipi disini :)




Puding Roti Pandan Kukus:
Resepi dari CT

Bahan-bahan:
12-14 keping roti putih/gardenia (tak perlu buang kulit tepi)
15 helai daun pandan
1 biji kelapa parut (CT guna santan kotak 100 ml)
5 cawan air
2 biji telur (dipukul ringan)
1 cawan gula pasir (sukatan manis ikut selera masing2)
1/2 sudu teh esen vanila
sedikit pewarna hijau
sedikit garam

Cara-cara:
1. Bersihkan daun pandan, kerat kecil2 dan blend dengan kelapa parut dan air. Tapis untuk mendapatkan santan yang kini berperisa pandan.
2. Dalam mangkuk besar, masukkan telur, gula pasir, santan dan sedikit garam tersebut. Kacau sekejap untuk melarutkan gula.
3. Masukkan esen vanila dan sedikit pewarna hijau, kacau lagi hingga rata.
4. Celupkan roti dalam campuran santan tersebut hingga serap sepenuhnya dan susun dalam loyang. Buat sampai habis dan tuang sedikit lebihan santan atas roti tadi. (CT letak plastik dalam loyang supaya mudah untuk dikeluarkan nanti).
5. Kukus roti tadi selama 15 - 20 minit. Sejukkan dahulu baru di potong. Selamat mencuba ....

Sotong Masak Hitam


Salam & selamat pagi semua.
Tak sempat nak letak N3 semalam, budak2 tak kasi mama diorang cam nak upload gambar...
Malam semalam diorang semua ada kat rumah. Along N shasha tak kerja.. adik balik cepat dari skools. Hari ni jap lagi.. mama nak temankan cik hubby ke hospital ada appt... so layan gambar2 dulu okay :)

Saturday, March 20, 2010

Karipap Pusar


Selamat pagi semua... eh dah nak tengah hari kat SG..cuaca sejuk & hujan dibumi ini.

Layan gambar & resipi... Mama ambik dari rumah Ayu. Tak berapa elok sangat.. tak pe ni 1st trial mama buat.... next time nak cuba lagi..Happy weekend semua :)



Ingredients for oil base dough:-

300g plain flour
1/4 cup vegetable oil
1/2 cup warm water
a pinch of salt

Add salt in flour. Pour in the oil and mix well with the end of your fingers. Bit by bit add in water and continue to knead till dough is not sticky.

Ingredients for margarine dough:-
150g plain flour
100g margarine- please add bit by bit till dough is not sticky to the hands.(maybe should reduce this to 60g-70g)

Ingredients for Filling:-
2 sweet potatoes peeled and diced ( I used 3 potatoes)
1 big onion minced
2 garlics minced
a handful of dried shrimp, soaked and minced(can also use fresh prawns)
3 tbsp curry powder
1 sprig curry leaves
salt and sugar to taste
Chinese celery and spring onions to estimate slice thinly

Saute onions, garlics and add in curry powder and add in some water to prevent from burning. Add in shrimp, saute a little longer and add in sweet potatoes. Add in water till the sweet potatoes sink in. Cook till soft and add salt and sugar to taste. Add in Chinese celery and spring onions and stir well. Turn off heat and let cool.

Friday, March 19, 2010

Daging Dendeng

Nampak kat rumah Maria KK. Sempat mama menyediakan sebelum cik hubby pulang.
Pada mama memang kena pada tekak sebab tak berapa pedas..begitu jgk ngan Nazli. Tapi cik hubby ckp tak sedap... sebab tak pedas!!!!! Ya lah!!! bang next time mama buat pedas sikit ok...

Kepada Maria thanks yer kerana sudi letak resipi untuk dikongsi bersama... Next time ada resipi baru kita kongsi bersama k :D


Seperti biasa mama C&P dari sana :)

bahan A

1 kilogram daging
2 inci halia(diketuk)
3 batang serai(diketuk)
2 cawan air
garam secukup rasa

bahan B(dikisar)

10 tangkai cili kering
15 tangkai cili merah
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu besra rempah kurma
1 sudu besar gula merah

cara membuatnya

-daging dibersihkan,kemudian digaulkan dengan sedikit garam dan direbus bersama serai dan halia hingga lembut.
-daging dihiris nipis tetapi lebar.kemudian digoreng hingga garing dan angkat.
-tumbukkan daging didalam lesung supaya lebih lembut.
-panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan yang dikisar hingga wangi.
-masukkan daging tadi dan gaulkan hingga rata.
-sesuaikan rasanya kemudian angkat dan hidangkan.

mama tambah sedikit air rebusan daging supaya berkuah sedikit.
blh tambah kan cili padi sedikit jika mahu pedas :)

Macroni Goreng Pedas


Sejuk nyer malam ni...alhamdullillah syukur...Amin
Salam & selamat malam semua!!
Ni BF tadi... Pagi2 mama dah goreng Macroni Pedas. Abah mama ada appt tgk Dr hari ni. Pukol 7.30 mama dah keluar...



Bukan apa... selalu nyer bila tengok Dr kadang2 lambat.. kat rumah nanti tak de makannan kesian kan!!!... alhamdullilah... semua nyer berjalan dgn lancar. Jadi sempat mama balik rumah sebelum Nazli pergi sholat Jumaat.

Thursday, March 18, 2010

Telur Kukus


Bertemu kembali di malam hari yang sama :D
Hari ni macam tebyk N3 plak... hehehe gara2 lauk masak tengahari tak cukup...terpaksa lah mama masak lagi... Telur Kukus ni sempat mama masak sebelum cik hubby balik dari kerja. Cepat & lazat nak menyediakan nyer.


Bahan2
8 biji telur - dipukol sebentar
1 biji bawang besar di potong kasar
1 batang cili merah di hiris tipis2
2 tangkai daun kucai diracik halus
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh kicap cair
secukup lada sulah

Cara2
Sediakan mangkok tahan panas & steamer. Semua bahan2 dicampurkan kedalam mangkok bersama telor yang telah dipukol sebentar kacau semua bahan sehingga rata. Masukkan kedlm mangkok kaca dan kukus dalam 5-10 atau sehingga masak. Boleh dihidangkan bersama sos kegemaran :)


Mama letak sweet n sour sos. Makan telur ni panas2 lagi enak..terasa bawang yg crunchy2.

Udang Masala

Bahan A:-
  • 500 gm udang (dibersihkan )
  • 2 biji tomato (dibelah 4 atau 6)
  • 3 tangkai daun kari
  • 1/2 cawan yogurt asli- xde dalam simpanan
  • 2 tangkai cili merah (dihiris serong) - x letak
  • 2 tangkai cili hijau (dihiris serong) - x letak
  • 2 sudu kecil serbuk cili (*ni akak tambah sikit nk kasi pedas sikit, terpulang ya..)

Bahan B (dikisar):-

  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sudu besar jintan putih - kisar kering
  • 1 sudu besar jintan manis - kisar kering
  • 1 sudu besar lada putih - kisar kering
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit

Cara-Cara:-

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang dikisar dan daun kari hingga wangi.
  2. Masukkan udang dan tomato. Kemudian kacau rata (tambah air sekiranya perlu)
  3. Masukkan yogurt, cili merah dan cili hijau. Kacau sebentar dan tutup api.
  4. Sedia dihidangkan....Senang kaannnnn... ^_^
1 lagi resipi dari rumah teman2 blogger mama :D
Oleh sebab lama tak masak udang ( ada yang allergic kat sini) kali ni nmpk kat rumah Dr Ina terpanggil nak memasaknyer walau pun tak cukup bahan seperti yoghurt.
Nazli makan tengahari tadi cakap sedap ma... sampai ckp boleh tambah lagi..hehehe. Dia tak tahu... ada bahan yg x cukup
Anyway thanks to Dr Ina yg sudi letak kan resipi dari Kak Liza utk dikongsi bersama :D




Quick & Easy Tofu Fa


Kecur tengok kat blog Love...

Selamat petang semua...
Ni gara2 tengok kat blog Love yang memang suka kan Tofu seperti mama jugak :D


Cara yang paling mudah utk menyediakan nyer..the short cut of it..hehehe

Bahan2
pack of Smooth Tofu,
Palm Sugar syrup
-mama gunakan gula melaka masak sehingga gula cair
and a steamer


Instructions :-

  1. Steam Smooth Tofu for 10-15 minutes.
  2. Drain excessive water emerged from the tofu. Scoop few slices gently and fill in a bowl.
  3. Squeeze some Palm Sugar syrup on. Done!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...