Saturday, May 29, 2010
Roti Sardine
Roti Sardin
10 bj bun burger
1 tin kecil sardin ~ dilenyek hancur
1 labu bawang besar ~ didadukan
1 bj cili merah ~ dicincang
1 sudu besar jus limau nipis
2 bj telur
minyak
Untuk Inti:
Satukan sardin yg dah dilenyek dgn bawang besar dan cili merah.
Masak utk 1 minit dan masukkan jus limau nipis.
Padamkan api dan kacau hingga sebati.
Ketepikan.
Cara2
Potong dua bun burger.Toreh bahagian tengah tp jgn sampai tembus ke belakang.Penyekkan sedikit bun supaya membentuk seakan poket.Masukkan inti sardin ke dalam bun td dan buat la sehinga habis.Celup dlm telur yg dah dikocok hingga sebati di bahagian yg dimasukkan inti td sahaja.Goreng dlm pan yg dah dipanaskan dan dimasukkan sedikit minyak.Bila dah bertukar warna coklat, balikkan biar bahagian bawah bun lak yg digoreng.
Utk bahagian bawah goreng utk seketika jer, kalau tidak hangus nanti.
Gorenglah sehingga selesai, jika minya dah kering, tambahkan sedikit demi sedikit tiap kali nak menggoreng yg lain. Jgn lupa toskan roti yg dah siap digoreng tu ya..Roti ni sedap dicicah dgn sos spt sos popia yg K.Nor buat semalam tu dan juga boleh dimakan dgn sos cili atau sos cili thai. Slmt Mencuba ya..
Salam semua dipetang hari Sabtu yg dah mulai gelap ni..mungkin jap lagi hujan akan turun... buat roti sardin ni utk breakfast tadi. Kalau tak silap buat dalam bulan puasa..memang all time favourite macam kat rumah Nur Ganu sana... ni resipi mama C&P jer dari rumah Nor. Terima Kaseh :)
Friday, May 28, 2010
Crunchy Cornflakes Chicken
Satu lagi resipi yg tak mengecewakan orang2 dirumah ni...3'cs' ahha Crunchy Cornflakes Chicken dari rumah Love. Kawan2 mesti cuba ni..memang best makan dgn potato wedges n coeslaw !!!
CRUNCHY CORNFLAKES CHICKEN (CCC) by love2cook
Ingredients :~
- 2 pcs boneless, skinless chicken breasts ~ cut into smaller pieces
- 1/2 tsp coarse blackpepper
- 2 tsp paprika (may sub with chilli powder)
- salt to taste
- 1/2 cup fresh milk
- 1 egg
- 1/2 cup plain flour
- little salt
- 2 cups Kellogg's Cornflakes – crushed (may add more)
- oil for frying
- butter (if baking)
- chilli sauce
- Mix chicken pieces with blackpepper, paprika and salt. Leave aside for 1 hour.
- In a bowl, beat egg with milk. Add plain flour and salt, mix until a smooth batter formed.
- Place crushed cornflakes on a flat plate.
- Dip chicken pieces in batter, coat well with cornflakes and drop them gently in oil. Deep fry until golden brown/ until chicken is cooked. Dish out and serve with chilli sauce or any ketchup of your favourite.
- * If U prefer baking ~> Dip chicken pieces in batter, then coat well with cornflakes and place them on a foil lined baking tray. Brush some butter over the chicken and bake at 190°C for 1 hour.
Simple Coeslaw & Crispy Potato Wedges
Salam semua dipetang hari Jumaat...
Cuti2 begini masak simple jer....
Buat coeslaw & potato wedges ni utk dimakan bersama chuncy cornflakes chicken atau senang ckp 3'c's.
Jalan2 kat rumah Hana semalam...terjumpa resipi Potato Wedges. Hana pulak ambik resipi dari Noorsha. Tak mahu sokseh panjang2 lah..meh kite tgk resipi dibawah ni :)
Bahan-bahan
Cara-cara - 2 biji kentang saiz XL - potong berbaji
- 2 sudu teh serbuk lada hitam berperisa AJISHIO- mama gunakan yg biasa jer
- 1 sudu teh serbuk cili
- 1 biji putih telur - dikocok
- Tepung gandum secukupnya untuk salut
- Garam
- kentang dibersihkan dengan air suam untuk buang kotoran dikulit. setelah bersih, potong berbaji. kulit kentang tak perlu dibuang.
- Rebus kentang bersama sedikit garam hingga empuk. Setelah empuk, angkat kentang dan toskan.Tunggu hingga agak suam² sedikit.
- Selepas itu, satukan serbuk lada hitam dan serbuk cili di dalam plastik. Masukkan kentang tadi dan goncang² sehingga kedua² serbuk tadi bersalut dengan kentang.
- Kocok telur putih, tak perlu sampai kembang. Masukkan kentang satu demi satu ke dalam telur kemudian salutkan pula dengan tepung sepenuhnya.
- goreng dengan api perlahan hingga keemasan.
- Hidangkan panas² bersama sos thousand island & mayonis.
Thursday, May 27, 2010
Sandwich Sambal Tumis Telur
Salam Sejahtera buat teman2 mama yg diingati selalu...
Selamat pagi semua.. Dah sarapan?? hehehe seperti biasa sarapan pagi..ROTI tapi kalau dah tekak orang melayu..pagi2 esp kat rumah sini mesti yg pedas2..jarang yang manis2. Cik hubby & anak2 suka kalau yang pedas untuk breakfast....
So pagi ni sandwich sambal telur!! 2 layers mama buat.. biar kenyang sikit. Since sambal tumis ada lagi dalam fridge.. mama pecahkan telor ke dalam sambal dan kacau sikit sehingga masak. Letakkan atas roti.. Siap dimakan bersama air Nescafe :D Jemput sarap teman2 :)
Tuesday, May 25, 2010
Burger Ramli Special
Tak ingat pulak bila buat roti ni..tapi for sure utk sarapan!!!
Bahan2
daging burger ramli
telor
sos barbeque
sos cili
butter secukup
Cara2
Roti burger dibelah dua dan disapu butter dan panaskan atas kuali leper atau non stick sehingga kuning sedikit, angkat. Masak daging burger atas kuali sehingga masak. Angkat dan bersihkan kuali. Pecah kan sebiji telur dan lebarkan & ratakan. gunakkan sedikit minyak jika perlu. Bila telur dah agak kering sikit letakkan daging burger, sos cili & sos barbeque dan bungkus kemas.Letak atas roti dgn salad kegemaran. Siap di makan panas!!!
Ayam Halia Muda
Salam petang buat teman2 mama semua :D
Cuba1 lagi resepi mudah & sedap dari Try Masak. Menu semalam untuk anak2 yang tak makan ikan masak lemak...Macam lauk orang tionghua pun ada..orang dalam pantang pun ada...hehehe anak2 suka sebab 'chicken' diorang tak kisah masak jenis apa..asal kan 'chicken'. Meh kite tengok resipi dibawah sini... senang!!!
Ingredients
1) Isi Ayam - dipotong kasar (200g) - mama gunakkan kepak ayam dlm6-7 keping
2) Halia muda - dihiris nipis (100g) - lebihkan lagi sedap!!
3) Cili Hijau - dibelah memanjang (2 biji)
4) Bawang Putih - dicincang (2 ulas)
5) Sos Tiram (2 sudu kecil)
6) Sos Ikan (1 sudu kecil)
1) Isi Ayam - dipotong kasar (200g) - mama gunakkan kepak ayam dlm6-7 keping
2) Halia muda - dihiris nipis (100g) - lebihkan lagi sedap!!
3) Cili Hijau - dibelah memanjang (2 biji)
4) Bawang Putih - dicincang (2 ulas)
5) Sos Tiram (2 sudu kecil)
6) Sos Ikan (1 sudu kecil)
mama tambahkan lada sulah
Directions
Tumis bawang putih dan halia hingga naik bau.
Masukkan isi ayam, sos tiram, dan sos ikan. Masak hingga ayam empuk.
Masukkan cili hijau. Kacau sebentar dan hidang.
Tumis bawang putih dan halia hingga naik bau.
Masukkan isi ayam, sos tiram, dan sos ikan. Masak hingga ayam empuk.
Masukkan cili hijau. Kacau sebentar dan hidang.
Monday, May 24, 2010
Lemak Cili Padi
Lauk untuk orang mama & hubby... Budak2 kalau lauk ikan ada 'slow' sikit.
Ikan ni dalam bahasa orang putih panggil 'Ribbon Fish' mama pun tak tahu nama nyer dalam bahasa melayu..tapi bila cari kat goggle.. nama ikan ni ikan 'Pita'.
Tulang ikan ni agak keras dan bahagian tepi2 ikan ni pun bertulang jgk..tapi isi ikan ni sedap.. lemak2 lagi dimasak lemak cili api... bertambah lemak lah badan mama ni...huhuhu
Pratha Egg Roll
Salam & Selamat petang semua....
Sebenar nye Pratha Roll ni dibuat semalam untuk sarapan kami... so kalau sapa2 yg nak mintak 2..hehehe dah habis yer :D.
Kadang2 binggung nak buat sarapan untuk seharian... so semalam pagi bila bukak fridge terpandang sebungkus instant pratha & sambal tumis... apa lagi ... terjadi lah pratha egg roll ni bersos kan sambal tumis...
Bahan2
10 keping frozen pratha
4-5 biji telor
secukup sambal tumis
Cara2
Panaskan kuali non stick. Goreng pratha sehingga kuning & masak. Buat sehingga semua pratha masak. Panas kan minyak, ambil 1-2 sudu telor yg dipukul sebentar dan masak sebentar, letak kan pratha yg telah dimasak keatas telor dan biarkan sebentar dan diangkat. Sapukan sambal tumis keatas telor dan gulong kemas. Siap!!
Friday, May 21, 2010
Kuih Kaswi Lapis
Bertemu kembali di petang hari Jumaat :)
Sempat buat kuih kaswi lapis ni tadi tengahari...
Resipi kuih Kaswi Lapis ni dari rumah Yatie US. Mula2 takut jugak sewaktu melapis sebab tak pernah buat kaswi lapis..tapi allhamdullillah.. menjadi. Memang sedap.. sesuai untuk orang2 yang tak berapa suka manis..tapi kalau yg hendak manis..tambahkan sendiri amount gula 2...
Mama buat versi yg kecil2 ....
Kepada Yatie mama ucapkan terima kaseh banyak2 kerana sudi berkongsi resipi...Memang tak menghampakan!!!
Meh kita tengok resipi :)
BAHAN A
- 1 1/2 cawan tepung gandum*
- 1/2 cawan tepung ubi*
- 1 camca besar tepung pulut*(*digaul rata dan ayak)
- 1 cawan gula merah ( guna gula melaka pun boleh)
- 1/2 cawan gula pasir
- 3 cawan air
- 2 camca teh air kapur
- 7 helai daun pandan, kerat kecil2*
- 150 ml air*(*kisar dan tapis untuk jusnya)
- 3/4 cawan gula pasir
- 400 ml air
- 150 g tepung beras*
- 70 g tepung ubi*(*digaul rata dan ayak)
- 1 camca teh air kapur
- Beberapa titik pewarna hijau
- Kelapa parut secukupnya, kukus sekejap
- Sedikit garam halus
- Panaskan kukusan, balut tutup kukus dengan kitchen towel bersih. Sapu sedikit minyak pada dasar dan tepi loyang. Alas dasar loyang bulat dengan plastik bersih (potong ikut saiz dasar loyang). Ketepikan.
- Dalam alat pengisar, kisar semua bahan "A" hingga sebati dan halus, tapis ke dalam satu bekas. Kemudian kisar semua bahan "B" hingga sebati dan halus, tapis ke dalam satu lagi bekas.
- Sukat bancuhan "A" sebanyak 400 ml, tuang dalam loyang tadi dan kukus 10 minit. Kemudian tuang pula bancuhan "B" sebanyak 400ml, kukus 10 minit. Buat secara berselang seli hingga habis. Masa kukusan untuk setiap lapis selama 10 minit.
- Akan menghasilkan 3 lapisan gula merah (bancuhan "A") dan 2 lapisan pandan (bancuhan "B"). Biarkan kuih betul2 sejuk sebelum dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam.
CATATAN :- Kacau bancuhan tadi bila hendak menyukat dan ketika menuang ke dalam loyang.
Mini Burger Ramli
Salam & Selamat Pagi Jumaat yg dingin sekali....hmmm
pejam pelik dah hari Jumaat pun... cepat benar masa berlalu dah hujung minggu :)
Pagi ni kite sarapan dengan Mini Burger Ramli. Mama menggunakan Roti Sunshine- Butter Rolls. Dapat idea ni sewaktu Nazli ada match last Saturday.. so one of the parents bawa lah roti burger ni.Memang menarik idea dia..like finger food.
2-3 bite dah finish... Pada mama untuk breakfast diorang pagi2 cukuplah..tak mengenyangkan sangat.
Thursday, May 20, 2010
Pecal
Salam & Selamat malam semua!!!
Nazli cakap "Selamat Datang ke Singapura" hehehe menyampuk dia... ni lagi tunggu kat sebelah dah nak pakai pc.
Teringin pulak nak makan Pecal. Pagi tadi nak masuk MyResipi.com lambat betul. So cari2 dapat lah resipi Cik Sheila Rusdi kita :) Pecal Mak Saya..bukan mak mama tau...hehehe mak Sheila Rusdi :)
Disini mama nak berkongsi resipi Sheila bersama teman2 mama.
Bahan2
500gm kacang tanah - digoreng & ditumbuk
10 tangkai cili kering - ditumbuk halus - mama lebihkan sedikit
2 biji bawang besar - dikisar halus
3 ulas bawang putih - dikisar halus
sedikit belacan - digoreng sebentar
1 sudu makan asam jawa - diramas bersama air suam
garam,gula & minyak secukup
*mama goreng kan cili kering,bawang besar & bawang putih sehingga layu takut rasa bawang yg mentah sebab kuah kacang ni tak perlu dimasak*.
Sayurnya
kangkung/kacang panjang/tauge/tauhu/sengkuang
Cara2 membuat
Tumbuk kacang dahulu kemudian barulah bahan2 yg lain. Gaulkan sekali. Masukkan air suam,asam jawa,gula dan garam secukup rasa.
Gaul sebati ikut sepekat mana dan rasa yang anda mahu. Sedia untuk dihidangkan.
Sebelum dimakan, celur sayur-sayuran dan tos. Kemudian curah kuah kacang pada sayur. Bolehlah dihidangkan.
Award
Salam & Selamat pagi teman2 blogger mama :)
Pagi ni takde gantung gambar makannan...hehehe gantung award. Sebelum terlupa baik mama gantung cepat2.
Dapat award bunga Daisy orange ni dari Nur -My Little Kitchen.Terima Kaseh Nur.. ingat jugak Nur kat mama. Rasa2 mama macam dah lama kenal Nur ni walaupun belum diberi kesempatan bertemu... Mungkin kalau dipanjangkan umur dan rezeki ingin mama berjumpa, beramah mesra lebih dekat lagi Insyallah :)
Di sini mama ingin memanjangkan kan lagi award ni kepada teman2 mama yg sudi menggambil & letak diblog masing...
Wednesday, May 19, 2010
Beef Blackpepper
Salam & Selamat malam semua :)
Lauk daging yg memang favourite hubby n Shasha. Resepi dari rumah Nor Trgganu..yg sekarang menjadi 'part time nurse' to her hubby yg baru jgk menjalani operation heart bypass. Semoga Cik Hubby Nor cepat sembuh & tabah menghadapi penyakit beliau. Amin.
Seperti biasa mama C&P jer dari sana :) Thanks yer Nor :)
Daging Black Pepper
- 500gm daging batang pinang
- 1 sb serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar - lebihkan jika ingin lebih pedas
- 1 biji lada benggala hijau
- 1 biji lada merah
- 3 sb kicap manis
- 2 sb sos tiram
- 1 cawan air
- 1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
- 1/2 sudu garam halus dan 1/2 sb gula
- minyak utk menggoreng
- Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.
- Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada
- Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat spt yg ditunjukajar oleh chef asal supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.
- Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. Peringatan: garam tak perlu letak banyak2 kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram
- Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan hidangkan panas2 dgn nasi putih.
## Kalau nak guna daging biasa pun boleh, hiris nipis2 dan rebus dgn sedikit air sehingga daging tu empuk. Pastu skip aje la step no 3.
Murtabak Mee Segera Maggi
Salam & Selamat pagi semua!!
Pagi ni hujan..sejuk!! Kalau tidur ni memang syiok!!! Memandangkan hari ini dah bertemu janji ngan my biras nak cari barang..terpaksa settle kan kerja rumah dulu.
Ni semalam sewaktu ronda2 di rumah Hana Jepun terpadang resipi Mee Segera yg memang menjadi pujaan hati anak2. So untuk breakfast pagi tadi siap Murtabak Mee Segera Maggi.
Pagi2 kalau makan salad2 simple dan sekeping murtabak maggi bersama secawan air Nescafe memang mengenyangkan.Buah cerry tomato 2 mmg sedap crunchy buat ratah2. Semalam beli di pasarraya NTUC ada offer.. Hana terima kaseh lah sudi kongsi resipi marvelous ni..tak pening2 kepala nak fikir apa nak buat sarapan... Ni mama C&P jer dari rumah Hana tau!!
Bahan-bahan
- 1 bungkus mee segera- mama gunakan maggi kari
- 2 biji telur
- 1 peket serbuk perisa mee segera
- 2 atau 3 sudu besar daging cincang yg dh di goreng terlebih dahulu - mama gunakkan burger daging ajer
- 1 biji bawang besar - dipotong dadu & kecil
- 1 biji cili merah - dadukan halus - x letak
- daun sup@daun bawang - x letak
Cara-cara
- Rebuskan mee maggie sehingga kembang dan toskan airnya. Letak ketepi dahulu
- Pecahkan telur ke dalam mangkuk bersama perisa maggie dan pukul hingga sebati. Masukkan inti karipap,cili merah,daun sup, daun bawang, mee maggie yg sudah direbus tadi dan gaul hingga sebati.
- Panaskan sedikit minyak, tuang adunan dan gorengkan sehingga masak di dalam non-stick pan seperti membuat telur dadar.
Tuesday, May 18, 2010
Ayam Goreng Madras
Assalammuailaikum dan Salam Sejahtera buat teman2 yg diingati :) kesian kat teman2 yg datang berkunjung ke teratak mama yang asyik terpadangkan Sago Puding yg dah basi itu... Sorry lah beberapa hari yang lepas agak sibuk sikit... dapur pun tak berasap.... kes makan kat luar saja. So hari ni dah hilang kepenatan dan jugak kemalasan..hehehe dapur dah kena berasap lah.
Ayam Goreng Madras ni mama nampak kat rumah Leen, Hana & baru2 ni kat rumah Ika pulak..
Resepi mama C&P jer dari rumah Hana. Thanks yer Leen kerana berkongsi resipi :)
AYAM GORENG MADRAS
Source : Majalah Rasa Mei 2010
Bahan-bahan
- 500gm ayam
- 60gm Bawang Merah }
- 60gm Bawang Putih } dikisar
- 60gm Halia }
- 3 sudu makan serbuk kari ayam
- 2 sudu makan serbuk kunyit - mama letak 1 sudu mkn jer
- 1/2 sudu teh lada putih
- 4 sudu makan tepung beras
- Garam secukup rasa
- Minyak masak untuk menggoreng
- 3 sudu makan dadih
- gaulkan bahan-bahan yang telah dikisar bersama ayam
- kemudian masukkan bahan-bahan lain kecuali minyak
- gaul sebati dan perap setengah jam atau lebih
- panaskan minyak, goreng ayam tadi
- hidangkan bersama sos atau pun dadih.
Thursday, May 13, 2010
Puding Sago or Sago Melaka
Salam semua di hari khamis yg mendung di SG. ..
Sambil buat N3 sambil makan puding sago ni..hehehe sejuk kat tekak...hmm mama panggil sago melaka pulak... Nampak kat blog Cikgu Zana tempoh hari... Memang senang cara hendak membuat nyer... Mama ikut step by step cara Cikgu Zana.
Di sini mama C&P cara2 membuat dari rumah Cikgu Zana :) Thanks Yer :)
Masak biji sago ni hingga mendidih n di kacau sekali sekali...hingga masak.. @ bahagian putih dlm biji sagu semakin mengecil..kemudian tutup api .. biarkan sebentar atas dapur.. masa ni biji sagu akan terus masak n menjadi semakin jernih selepas 7- 8 minit... sendukkan 2-3 senduk biji sagu ke dalam penapis kelapa.. basuh biji sagu di paip air yg mengalir untuk membuang kanji2.. bilas dengan air bersih.. tuangkan dalam acuan n sejukkan dlm petiais..
Wednesday, May 12, 2010
Nasi Temasek
Nasi Temasek... hmmnnn bila tengok kat rumah Nur jakun jugak mama ni..warna warni nasi ni..ada ala2 nasi minyak... memang lengkap kalau makan dengan Ayam Berempah & Paceri Nenas Pedas...
Nasi Temasik
Bahan-Bahan
1 kilo beras basmathi - cuci dan toskan
8 biji bawang merah kecil - dimayang
2 1/2 halia - dihiris halus
4 ulas bawang putih - dihiris
5 kuntum bunga cengkih
2 1/2 inci kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
1 tin susu cair
3 camca besar minyak sapi
1 cawan minyak
2 helai daun pandan
air secukupnya
garam secukup rasa
sedikit pewarna hijau, kuning dan merah untuk renjisan
sedikit badam goreng jika suka
sedikit kismis untuk ditabur
Cara-Cara
1. Panaskan minyak bersama minyak sapi didalam periuk. Tumis bawang merah,
kemudian masukkan bawang putih, halia, bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah
pelaga.
2. Apabila berbau wangi dan kekuningan, masukkan daun pandan dan beras. Goreng
beras sebentar sambil dibalik-balikkan perlahan-lahan supaya berasa tidak hancur.
Kemudian masukkan air, susu cair dan garam.
3. Tutup periuk dan biarkan hingga nasi masak. Kemudian renjiskan bahan-bahan pewarna
secara berasingan dan titiskan sedikit air mawar.
4. Apabila nasi telah masak, masukkan kismis. Semasa menghidang taburkan dengan badam goreng. Siap untuk dimakan.
Paceri Nenas Pedas
Paceri Nenas Pedas dari MyResipi
Bahan-bahan ( Makan sekeluarga )
- 1 biji nenas kecil yg dh masak (potong-potong & buang empulur)-mama gunakan nenas dlm tin
- * 1 btg kulit kayu manis
- * 2 kuntum bunga lawang
- * 2 biji buah pelaga
- * 2 kuntum bunga cengkih
- # 4 ulas bawang merah
- # 3 ulas bawang putih
- # 1 inci halia
- # segenggam cili kering (atau 4 sudu makan cili giling)
- # 2 sudu makan udang kering
- 2 sudu makan kerisik- mama x letak
- gula, garam, sos cili & sos tomato (secukup rasa)
Cara-cara
- Basuh dan tumiskan rempah-rempah bertanda * hingga naik bau.
- Sementara itu, kisar bersama semua bahan bertanda #. Masukkan ke no. 1 tadi. Kacau dan tumis hingga agak kering.
- Masukkan nenas dan sedikit air. Gaul sebati, tumiskan hingga nenas agak lembut. Boleh juga merebus nenas terlebih dahulu utk langkah ini.
- Akhir sekali masukkan kerisik dan semua bahan perasa. Sesuaikan rasanya.
Selamat Malam semua :) Bertemu kembali....
Memang sedap ayam berempah ni makan dengan nasi temasek..tambah kan lagi dengan paceri nenas..fuyooo!!!
Resipi dari rumah Nur mama ambik buat hidangan makan malam tadi. Memang sedap rasa nyer kalau ada daun kunyit ... tapi apa kan daya daun kunyit takde dikedai :(
Thanks yer Nur. Mama letak kan resipi disini supaya senang nak rujuk next time :)
Ayam Berempah
Bahan-Bahan
1 ekor ayam dicuci bersih dan di potong lapan atau mengikut cita rasa sendiri.
sedikit kunyit untuk mengorengkan ayam
1 sudu kecil serbuk lada sulah
garam secukup rasa
200 ml santan
3 biji bawang besar di kisar (mengikut saiz pada bawang)
4 ulas bawang putih di kisar
6 cm halia di kisar
4 batang serai di kisar
4 sudu besar cili kisar
2 sudu besar rempah kari
garam secukup nya
sedikit gula (Nur tak letak)
2 helai daun kunyit
1 keping asam gelugur
Minyak masak untuk menumis
Cara-Cara
1. Ayam digaulkan bersama kunyit, garam dan goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak masak. Tumis bahan-bahan yang di kisar bersama rempah kari dan cili kisar hingga naik bau nya.
3. Masukkan santan, garam, asam keping dan juga ayam.
7. Kacau rata dan biarkan kuah menjadi pekat. Akhir sekali masukkan buah tomato jika suka.
Masalodeh
Salam & Selamat Pagi semua... pening sekejap dibuat nyer... takpe tapi hasil nyer menjadi...
Cuba resipi masalodeh ni dari MyResipi - Isya Irfan Terima Kaseh kerana menyumbang resipi yang diperolehi dari penjual kacang putih di stesen bas.
Masalodeh
Bahan-bahan ( Dalam 6-8 biji )
- 2 genggam kacang dal - direndam semalaman
- 1/2 bii bawang besar-didadu
- Cili padi/cili kering/cili merah/cili hijau-dihiris
- Daun kari -dihiris
- 1/2 kiub pati ikan bilis
- 1/2 sudu kecil jintan manis-ditumbuk kasar
- 1/2 biji telur
- secubit tepung ubi -untuk melekatkan adunan, jangan banyak sangat, nanti liat, tp kalau adunan dh agak boleh dibentuk, tak payah letak tepung ubi pun takpe..
Cara-cara
- Kacang dal ditumbuk atau kisar -jangan letak air.Kalau tak hancur sume pun takpe.
- Dalam satu bekas, campurkan kacang dal, bawang, daun kari,cili serbuk ikan bilis, jintan manis, telur, tepung.
- Perasakan dengan sedikit garam dan aji. Jangan risau kalau rasa adunan tu pahit sikit, nanti goreng ok lah dia.(garam jangan banyak sbb serbuk pati ikan bilis dh masin)
- Gaul rata bancuhan dan kepal2 kan. Bahagi kepada 6 atau 8 biji
- Ambik satu biji, kepal2 biar padat dan goreng dalam minyak panas. Semasa menggoreng biar bahagian bawah garing dulu baru terbalikkan, kalau tidak kuih ni cepat berderai. Goreng hingga garing/masak.
- Selamat mencuba.
Tuesday, May 11, 2010
Roti Saj & Sambal Tumis Sardin
Sana sini teman2 mama dah buat Roti Saj. Kalau tengok saja tanpa membuat nyer tak tahu sedap atau tidak. So mama buat tadi petang.. sebenar nyer mama tahu cik hubby kalau balik kerja mesti makan nasi..tak pe lah kalau ada lebih besok boleh breakfast..hehehe save time & save energy :)
Memang betul kata Cikgu Zana... roti mudah & mengenyangkan!!! Kalau Ijan makan dengan jem.. mama, cikgu zana, kalau tak silap AlongRoz makan dgn sambal tumis sardin. Hana pulak ngan kari ayam... mana yg berkenan kat tekak masing!!!!
Resepi asal dari rumah Kak Rusnah... terus menyular... Terima kaseh kak Rus. Nanti boleh cuba pulak ngan kari ayam pulak :)
Ni mama C&P dari rumah Cikgu Zana ... Thanks yer dear!!!
Roti Saj
Memang betul kata Cikgu Zana... roti mudah & mengenyangkan!!! Kalau Ijan makan dengan jem.. mama, cikgu zana, kalau tak silap AlongRoz makan dgn sambal tumis sardin. Hana pulak ngan kari ayam... mana yg berkenan kat tekak masing!!!!
Resepi asal dari rumah Kak Rusnah... terus menyular... Terima kaseh kak Rus. Nanti boleh cuba pulak ngan kari ayam pulak :)
Ni mama C&P dari rumah Cikgu Zana ... Thanks yer dear!!!
Roti Saj
- 1 sb yis mauripan
- 1 sb gula (kak rus ganti ngan susu pekat kacau dalam air suam)
- 1 1/2 cwn air suam
- 3 1/2 cwn tepung
- 1/2 st garam
- sedikit minyak
Campurkan yis, gula, air suam dan garam sebatikan lalu masukkan tepung dan diuli.
Selesai diuli, ketepikan 1 jam…tutup kejap dgn plastik.
Uli lagi dan ketul-ketulkan kpd 7- 8 bahagian (Akak bahagikan kepada 10/11 ketul)…dibulat-bulatkan dan disalut minyak/tepung. (Akak salut minyak)
Pastu terus je ambil seketul (*tak perlu tunggu roti naik dah yea) dan ditekan-tekan dlm pinggan bulat bagi elok bulatnya dan digoreng tohor mcm goreng capati…….bila masak angkat…. (MaDiHaA masak lebih kurang 3 ~ 4 minit bagi setiap belah roti saj & terbalikkan masak lagi) mmmm makan ngan kuah….sedap dan kenyang…
Nasi Goreng ala Pattaya
Salam & Selamat malam semua :) Menu makan tengahari tadi yg simple. Ada lebihan nasi semalam, senang cerita mama goreng pedas. Nanti bila Nazli pulang dari sekolah... dah ada makannan.
Ala.. goreng pedas macam biasa..letakkan hirisan kobis, chicken sausage & crabsticks. Untuk Nazli mama bungkus kan dengan telor ala2 nasi pattaya.
Dengan sekelip mata nasi goreng dah selesai siap tambah lagi.. agak nyer memang dia lapar..lepas exams terus balik rumah.
Monday, May 10, 2010
Kad lagi :)
Ayam Penyet
Bertemu kembali :) Semalam mama masak Nasi Ayam Penyet set utk semua dirumah dan jugak buat kedua "mak" my mom dan jugak my mother in law...
Resipi dari rumah Ijan Finland... jauh ambik resipi ni... hehehe thanks Ijan Mama C&P resipi dari mu... tapi mama buat perubahan sikit. Selalu makan di kedai Ayam Penyet mereka menggunakan nasi putih saja..tapi pada mereka yg ingin menggunakan nasi ayam terpulang mengikut selera masing2 :)
Penyet
Untuk Ayam
1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan
(simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik
- ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
- ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
- 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
- 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
- 1 sudu besar Serbuk Kunyit
- ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
- 3 ulas Bawang putih
- 1cm Halia
- Sedikit Air
- 1 sudu kecil Garam
- Minyak masak untuk menggoreng.
- Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
- Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
- (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat.
- Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
- Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
Untuk Nasi-yg nie resipi sendirik. kite buat ikut resipi ala2 nasi ayam. utk 2 org makan je nie.
- 1 cawan beras dibasuh dan ditoskan
- 3 ulas bawang putih
- satu btg kayu manis
- dua biji buah pelaga
- satu kelopak (kelopak ke? hehe) bunga lawang
- sedikit butter
- garam
- separuh kiub pati ayam/daging
- 2 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)
- Panaskan butter. Tumis 3 ulas bawang putih, kayu manis, bunge lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
- Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
- Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
- Pindah ke periuk nasi letrik dan masak cam biasa.
Hidangkan ayam penyet,tahu, tempe, sambal dan sup bersama ulam seperti daun salad, tomato dan timun dengan nasi.
*Boleh juga perahkan sedikit asam limau pada sambal jika suka masam.
Untuk Sup.
- Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah ayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).
- Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.
Kremes
KREMES
- 60 gram tepung beras
- 1 1/4 cawan air rebusan ayam
- 1/2 cawan air (anggaran)
- 1 biji telur - dipukul sedikit
- 2 sudu teh bahan perapan ayam tadi
Cara membuatnya :
- Gaulkan air rebusan ayam, tepung beras, telur, dan bahan perapan ayam sehingga rata.
- Masukkan air dan kacau menjadi adunan yang agak cair.
- Tambah sedikit garam jika tidak masin.
- Ambil sesudu dan tuang ke dalam minyak yang betul betul panas.
- Sentiasa di kacau sehingga kekuningan.
- Goreng hingga garing.
- Angkat dan toskan.
- Ulang sehingga habis.
- Akhir sekali goreng ayam, tauhu dan tempe.
Tahu & Tempeh utk Ayam Penyet
Sambal Ayam Penyet
Sambal Ayam Penyet
- Sedikit minyak masak
- 20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
- 10 biji Cili padi
- 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
- 3 biji Bawang putih, hiris
- 5 biji Tomato, potong 4
- 5 cm Belacan
- 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
- 3 sudu gula merah/secukup rasa
- Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
- Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
- Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
- Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
- Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
- Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
- Masukkan gula merah dan gaul rata.
- Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.
Subscribe to:
Posts (Atom)