Tuesday, August 31, 2010

Nasi Ayam Ipoh


Salam semua...Salam di hari Selasa.
Agak sibuk sedikit utk update blog dan jugak tengah flu sekarang...
Nasi Ayam Ipoh buat berbuka pada hari minggu lepas. Berbuka di rumah my parents... tak sempat nak ambik gambar soup & kicap cili...Resepi seperti biasa dari rumah Ayu.. Thanks yer Ayu :D minta izin c&p resepi :D

Nasi Ayam Ipoh - Ayu

Bahan Unutk Nasi:-Ingredients for Rice:-

4 mug beras-(4 mug rice)
4 1/2 mug air rebusan ayam-(41/2 mug chicken stock)
2 inci halia*-(2 inches ginger)
3 biji bawang putih*-(3 garlics)
3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)-(3 spring onions, take the bulb below)
1 sudu besar minyak bijan-(1 tbsp sesame oil)
2 sudu besar sos tiram-(2 tbsp oyster sauce)
2 helai daun pandan-(2 pandan leaves)
4 sudu mentega-(4 tbsp butter)

Bahan Untuk Ayam:-Ingredients for Chicken:-

1 ekor ayam-(1 whole chicken)
3 biji bawang putih*-(3 garlics)
1 inci halia*-(1 inch ginger)
3 sudu besar kicap lemak manis-(3 tbsp sweet soy sauce)
2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka-(2 tbsp oyster sauce + 1 tbsp vinegar)
1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)-(1 tbsp honey optional)

Bahan Untuk Sup:-Ingredients for Soup:-

air secukupnya-(water to estimate)
4 bawang putih diketuk-(4 garlics crushed)
3 inci halia di hiris-(3 inches ginger sliced)
3 helai batang bawang-(3 spring onions take the bulb)
1 biji sengkuang dipotong dadu-( 1 yam bean diced)
1 sudu besar serbuk lada sulah-(1 tbsp white pepper powder)

Bahan  Untuk Cili:-Ingredients for Chilli Sauce:-

10/15 biji cili burung-(10/15 birds eye chillies)
6 biji cili merah-(6 red chillies)
sedikit halia (ambik dari rebusan)-(a few slices of ginger, taken from soup)
5/6 biji bawang putih-(5/6 garlics)
1 biji limau kasturi/nipis-(1 lime juice)
sedikit air dari air rebusan ayam-(some water from soup)
garam n gula secukupnya-(salt and sugar to taste)
 (Masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur- 

Mix all the ingredients and blend till fine)

Bahan Untuk  Kicap:-Ingredients fro Soy Sauce

5 biji cili burung-(5 bird eyes chillies)
sedikit halia (ambik dari rebusan)-(some sliced ginger from the soup)
4/5 biji bawang putih-(4/5 garlics)
kicap secukupnya-(soy sauce to estimate)
air rebusan ayam secukupnya-(chicken stock to estimate)
tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan) -(corn flour mix with water-for thickening)
(Blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah).-(Blend all the ingredients, heat up in a pan, when slight hot add in corn flour which has been mixed with water to thickens the sauce)

Bahan Hiasan:-(Garnishing)
tomato, salad, daun sup dan bawang, timun-(tomatoes, chicnese celery, spring onions and cucumber)

Method:-

Mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.Selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.-(First make the chicken stock, add all the soup ingredients except yam bean and white pepper powder. When boiling, add in chicken and let it cook for 20 minutes. Dish out and drained .)

Method Untuk Nasi:-Method for Rice

Mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan*  yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.-( Heat butter in rice cooker till melts, add in blended* ingredients and let it cook till fragrant. Add in spring onions bulb and pandan leaves. When soft, add oyster sauce and sesame oil. Stir well and add in washed rice, salt and chicken stock. Let it cook normally)

Method Untuk Ayam:-Method For Chicken

Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan* yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.-(Put drained chicken in a big bowl, add in blended* ingredients and fpllowed by others. Mix well and let it marianted for 30 minutes. Can be fried or baked. Dont fry too long just as long the colour reaches to slightly darkened dish out.)

Method Untuk Sup:-

Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup. (Ayu masukkan 1 kuib ayam, garam dan serbuk perasa untuk ini)
selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.-(The balance chicken stock, continue to boil together with the dice yam bean and white pepper powder. If chicken stock has reduced, add more water and let it boil till cook.( I added 1 chicken cube, salt and msg for this)
When all has been cooked, serve wtih sliced cucumber, tomatoes. chicnese celery and spring onions.)
Sources:- From quinnie@myresip.com


Friday, August 27, 2010

Daging Tomato Pandan


Sambung lagi...hehehe
Sebelum masak berbuka semalam terpadang kan N3 CMG  Daging Tomato Pandan nih... kebetullan baru sahaja beli daging di Giant. Dapat lagi idea utk masak lauk sahur..tapi mama masak sebelum tido bukan apa takut nanti tak sempat atau ter.... bangun lambat.

Sewaktu mama masak daging nih...si Shasha nih asyik tanya mama masak lauk rendang eh? Sebab bau dari rempah2 tuh macam bau lauk rendang!! hehehe tengah2 malam bau lauk nih... semerbak !!! Daging Tomato pandan nih memang sesuai dimakan dgn apa2 jenis nasi atau pun lontong & ketupat kalau dimasak kering2. Terima kaseh CMG berkongsi resipi mudah dan sedap. Kena ngan tekak mama sebab lauk daging nih tak pedas :) Minta izin C&P resepi dari rumah CMG okay :)

Daging Tomato Pandan - CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan*
1 inci halia, tumbuk lumat*
3 ulas bawang putih, tumbuk lumat*(*disatukan dan perap 30 minit)
2 helai daun limau purut
1 helai daun pandan, disimpul
1 batang serai, dititik
1 cawan air
1/2 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
2 biji tomato merah
4 biji cili merah
2 biji buah keras
1 biji bawang besar
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
1/2 camca besar ketumbar biji
1/2 camca teh jintan halus
1/2 camca teh jintan kasar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus, serai, daun limau purut dan daun pandan hingga harum dan terbit minyak. Masukkan daging, gaul rata dan biar daging kecut sedikit.
  2. Tuang air, gaul dan biar mendidih. Kecilkan api dan masak hingga daging lembut dan kuah pekat. Masukkan gula melaka dan garam secukup rasa. Masak sekejap lagi. Kalau nak kering biarkan lagi sekejap. Boleh diangkat dan hidangkan bersama nasi mentega kismis atau nasi putih biasa.

Terung Sambal Tumis


Untuk sahur tadi pagi selain lauk daging... cik hubby requested sayur... cuma ada terung sebatang besar sahaja dalam es box. Ada lebihan sambal tumis..tengah2 ngatuk bangun tadi pagi..gorengkan terung nih dah curahkan sambal tumis ikan bilis kat atas..sempat ambik gambar lagi ...hehehe

Roti Sardine


Hidangan berbuka semalam... selain roti sardine ni ada maggi goreng yg di buat oleh Shasha ... ibarat nye semalam menu anak2. Dah byk kali jgk buat roti sardine resepi dari Nor Trgganu  nih..tapi bila Ayu tayang roti nih ...  nak buat lagi... almaklum sardine mmg febret kat rumah dan stock sardine memang senantiasa ada dlm stock!! hehehe



Roti Sardin - Nor Secubit Garam

10 bj bun burger
1 tin kecil sardin ~ dilenyek hancur
1 labu bawang besar ~ didadukan
1 bj cili merah ~ dicincang
1 sudu besar jus limau nipis
2 bj telur
minyak

Untuk Inti:
Satukan sardin yg dah dilenyek dgn bawang besar dan cili merah.
Masak utk 1 minit dan masukkan jus limau nipis.
Padamkan api dan kacau hingga sebati.
Ketepikan.


Cara2
Potong dua bun burger.Toreh bahagian tengah tp jgn sampai tembus ke belakang.Penyekkan sedikit bun supaya membentuk seakan poket.Masukkan inti sardin ke dalam bun td dan buat la sehinga habis.Celup dlm telur yg dah dikocok hingga sebati di bahagian yg dimasukkan inti td sahaja.Goreng dlm pan yg dah dipanaskan dan dimasukkan sedikit minyak.Bila dah bertukar warna coklat, balikkan biar bahagian bawah bun lak yg digoreng.
Utk bahagian bawah goreng utk seketika jer, kalau tidak hangus nanti.
Gorenglah sehingga selesai, jika minya dah kering, tambahkan sedikit demi sedikit tiap kali nak menggoreng yg lain. Jgn lupa toskan roti yg dah siap digoreng tu ya..Roti ni sedap dicicah dgn sos spt sos popia yg K.Nor buat semalam tu dan juga boleh dimakan dgn sos cili atau sos cili thai. Slmt Mencuba ya..



Dan nak tayang pan yg dah banyak menggunakan nye...hehehe baru kesempatan ambik gambar!!! Puas hati boleh sekali 6 keping menggoreng roti sardine tuh!! Cuma letakkan sikit minyak sahaja. Terima Kaseh Mimi sudi tolong kirimkan pan. Yg kuali kecil tuh mama blm gunakn kan lagi..ingat nak buat apom..tengok lah :)



Nasi Lemak wif Ayam Serai & Telur Dadar mayonis


Salam tengah hari Jumaat teman2 semua..dah fikir nak masak utk berbuka hari nih? Mama lagi buntuh nih.. tak tahu apa juadah berbuka pada petang nanti :(

Sebenar nye nasi lemak tuh hidangan berbuka kelmarin yg tak sempat mama N3 kan oleh sebab kan mama menggunakan camera lain. Camera yg selalu mama gunakan di pakai oleh anak mama along utk tujuan project sekolah... so bila dah gunakan camera lain agak kecok pulak!! Yelah bukan kite punya...so ada gambar yg gelap ada yg terang jgk...
Okay lah tak mahu celoteh panjang2.... Nasi lemak kali nih agak berlainan dari yg selalu mama masak.. Nampak kat dapur sapa lagi kalau Cik Ayu kite... hehehe. Lain sikit nasi lemak ni sebab menggunakan halba, halia & jgk bawang. Tapi dari segi rasa tetap maintain...nasi lemak!!! Thanks yer Ayu..mama C&P dari dapur ayu :)


Nasi lemak - Ayu & malaysiabest.net

Ingredients:-
4 cups of basmati rice-(4 cawan beras basmati)
1 box of coconut milk(200mls) + 1 box of water (from the coconut ilk box)-(1 kotak santan(200mls) + 1 kotak air(gunakan kotak santan)
4 cups of water-(4 cawan air)
1 tsp fenugreek-(1 sudu kecil halba)
1 tiny slice ginger-(1 hirisan halia)
1 -2 shallots sliced-(1-2 bawang merah dihirs)
4 pandan leaves-(4 daun pandan)
salt to taste-(garam secukup rasa)

Method:-
Just cook like usually cook rice. However you need to take care of them, checking if there is enough water because the coconut milk tends to turn oil and make the rice 'sandy'. If the rice is not cooked after the button pop up, try add some water and cook again. If at all failed, then try steaming the rice in the steamer till cook.-(Masak nasi seperti biasa. Tapi harus selalu tengok supaya air cukup sebab santan akan bertukar keminyak dan nasi akan menjadi berbiji. Kalau nasi belum masak, bila butang ternaik, masukkan sedikit air dan tekan lagi. Kalau tak menjadi juga, kukus nasi dalm kukusan hingga masak)



Satu kelainan makan nasi lemak kali nih... dgn lauk ayam. Selalu makan nasi lemak berlauk kan sambal tumis, ikan bilis kacang dan tentu nye timun..tapi kali ni mama tiru style Ayu pulak... makan bersama Ayam Serai dari Love.Thanks yer both of u :) muahs!!
 
 
Sambal Ayam Serai - Ayu & Love
 
Ingredients:-
1 ekor ayam ~ dibersihkan dan dipotong ikut suka (digaul bersama sedikit serbuk kunyit dan garam)-(1 whole chicken cut to preference, marinate with turmeric powder and salt)
*15-20 tangkai cili kering ~ dididihkan bersama air dan garam terlebih dahulu-(soaked and boiled with salt 15-20 dried chillies)
*5 biji bawang merah-(5 shallots)
*3 ulas bawang putih-(garlics)
*1 cm halia-(1 cm ginger)
*1 biji bawang besar-(1 large onion)
*2 batang serai-(2 lemon grass)
*2 cm kunyit hidup-( 2cm fresh turmeric roots)
*6 biji cili padi-(6 birds eye chillies)

3 batang serai ~ diketuk-(3 lemon grass bruised)
2 asam keping-(2 dried tamarind slice)
air ~ ikut suka-(water to preference)
garam secukup rasa-(salt to taste)
minyak masak-(oil)
(saya masukkan sedikit gula dlm 1-2 sudu besar)-(I added some sugar about 1-2 tbsp)

Cara2nya:-
Kisar bersama bahan2 bertanda *.Panaskan minyak dlm kuali. Gorengkan ayam yang telah diperap bersama serbuk kunyit dan garam tadi hingga masak. Angkat dan ketepikan.
Kurangkan minyak, tumis bahan2 kisar dan serai hingga pecah minyak. Kacau selalu.
Tuangkan air dan masukkan asam keping. Biarkan mendidih. Perasakan dgn garam secukupnya.
Masukkan ayam dan gaul sebati. Tutupkan kuali dan biarkan seketika.Kacau sekali lagi dan padamkan api.Sedia dihidang! -(Blend *ingredients. Heat oil and deep fried chickens till cook, dish and put aside. Lessen oil and saute blended ingredients and lemon grass till oil rises up the surface. Stir always. Add in water and dried tamarind slice. Let it boil and add salt and sugar to taste. Add in chicken and mix well. Cover pan and let it for a while. Mix again and turn off heat. Ready.)

 

Dan telur dadar ni sebagai pelakon tambahan... dah banyak kali buat nih... sedap & lemak. Resepi kat sini blh atau pun kat bawah ni pun ada :)

TELUR DADAR BERMAYONIS- Nor Trgganu

3 bj telur
2- 3 sudu besar mayonis
1 labu bawang besar ~ dipotong dadu
2 bj cili merah ~ dibelah dua dan hiris
daun saderi ~ dihiris
sedikit garam
sedikit minyak


Masukkan minyak ke dalam frying pan dan panaskan.
Pecahkan telur ke dalam sebuah mangkuk dan masukkan mayonis.
Pukul dgn garfu hingga sebati.
Masukkan kesemua bahan2 lain dan gaul lg hingga sebati.
Tuangkan adunan telur dan goreng hingga telur dadar masak.
Angkat dan hidangkan.



Thursday, August 26, 2010

Award & Tag From LizaHanum



Salam semua.... dah nak masuk petang dah... teman2 semua dah masak? Masak apa utk berbuka?

Bila nak jawab kat Cboz tuh terpandang plak  Liza suroh ambik award..hehehe ingat award jer..ruper2 ada tag jgk.Syarat penerima mesti lah menjawab beberapa soalan..ni yg malas sikit. Tapi tak pelah sebelum mama masuk ke dapur baik amik & buat tag ni bukan apa... takut nanti bila lama lupa lak.
Thank yer Liza sebab sudi beri mama award bentuk kaki atau kasut berbentuk kaki. Okay mama jawap tag ni


Soalannya ialah:
 
Soalan 1
Apakah yang bermain difikiran anda sekarang?
Oh banyak sangat nak di fikirkan... salah satu nyer... nak masak apa utk berbuka nanti. Sampai buntuh kadang2 tapi sib baik ada teman2 blogger blh jenggah dapur diorg jgk :)

 
Soalan 2

Apakah nama samaran anda?

Mama.... Nani




Soalan 3

Siapakah 3 orang yang paling kamu sayang?

Sudah tentu orang tua , suami & anak2

Soalan 4

Panggilan untuk si dia?

darling & Bi (hubby)
 
 Soalan 5

Hadiah yang anda impikan daripada seseorang yang istimewa?

Sebenar nye tak pernah minta apa2 dari orang yg istimewa tapi bila di tanya mintak lah hehehe 
Ingin sangat nak menunaikan Haji semasa masih kuat lagi bersama anak2 dan ingin sekali lagi bercuti ke Australia bersama anak2 & mungkin bakal menantu :)


Soalan 6

Blog mana yang anda selalu lawat?
Tak de specific..main terjah jer blog kekawan:)


 
Soalan 7

Tag 15 orang blogger...

yg ni mama rasa mama tak dapat hendak meneruskan... tapi kepada teman2 blogger yg sudi ambik award & buat tag ni mama ucapkan byk2 terima kaseh

Wednesday, August 25, 2010

Udang Rock N Roll


Udang Rock n Roll utk sahur tadi pagi....
tak blh cerita panjang lagi dh nak masuk dapur masak!!!
Udang Rock n Roll nih.... siapa yg dah mencuba tahu lah rasa nyer ...nyum3x
Terima Kaseh Ummi for the resepi...minta izin letak n C&P resepi :D



UDANG ROCK AND ROLL - Ummi
Bahan:-
  • 500 gm udang (udang besar - akak guna udang galah)
  • 1 sudu besar bawang putih yang dicincang
  • 2 sudu besar minyak
Bahan-Bahan Untuk Sos:-
  • 1 sudu besar taucu biji
  • 2 sudu besar cili padi yang dicincang
  • 2 sudu besar sawi jeruk (kai choy) - dicincang - x letak
  • 2 sudu besar cendawan butang yang dicincang - x letak
  • 2 sudu besar cili sos
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos plum
  • 1 sudu besar gula
  • garam secukup rasa
  • sedikit lada sulah
  • 1 sudu besar tepung jagung dibancuh dgn 3 sudu besar air
  • 200 ml air
  • 3 sudu besar minyak
  • sedikit minyak bijan
Cara Memasak:-
  1. UDANG :- Panaskan minyak dalam non-stick pan dan tumiskan bawang putih. Kacau sekejap dan masukkan udang.. Balik-balikkan biar masak lebih kurang 5 - 6 minit. Tutup api dan ketepikan. Masak sos seperti di bawah
     
  2. BAHAN SOS :- Campurkan bahan2 sos cili, tomato, tiram, plum semua dalam bekas. Kacau rata dan ketepikan. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumiskan cili padi, taucu, sawi jeruk dan cendawan cincang tadi. Kacau dan masukkan bahan2 sos yang dicampur tadi. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa. Masukkan minyak bijan. Kacau rata dan akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau dan bila sos nya agak pekat tutup api. Tuangkan ke atas udang tadi dan gaul rata. Hidangkan..

Shabsuka


Bertemu kembali teman2... nih utk berbuka semalam...
Satu lagi resepi lauk daging. Bulan pose nih byk mkn daging, sotong, ayam & udang. Ikan ada sikit kurang lah tahun ni :D

Resepi dari dapur Yat Maria.Utk mama memang pedas & spicy... tapi si Nazli ckp sedap!!! Thanks Yat mama C&P dari rumah yat okay :)


 
SHABSUKA HAJAH KAMISAH (masakan Arab) 
untuk 6 - 10 orang

Bahan-bahannya
1 kilo daging cincang, digoreng tanpa minyak
2 biji bawang besar, dihiris
1 cawan lada kering kisar
3 sudu makan minyak sapi
3 sudu makan minyak sayuran
1 botol sos tomato Maggi
1/2 botol sos cili Maggi
1 tin sedang tomato puree
6 biji tomato, dipotong dadu
3 biji bawang besar, dipotong dadu
30 sen daun ketumbar
20 sen daun pudina
4 - 5 cawan air
1 1/2 cawan bawang goreng
1 paket sayur campuran (mixed vegetables)
gula secukup rasa
garam secukup rasa
ajinamoto (jika mahu)

Bahan untuk dikisar
6 ulas bawang putih
2 inci halia
4 sudu makan jintan halus
2 - 3 sudu makan lada hitam
3 biji bawang besar
1/2 inci kayu manis
2 sudu makan lada putih

Bahan Hiasan
6 biji telur, digoreng buat mata lembu setengah masak kuningnya

Cara-caranya
1. Panaskan minyak, tumis bawang yang dihiris sehingga wangi. Masukkan lada kering kisar tumis hingga garing dan naik bau. Kemudian masukkan bahan kisar, tomato puree, tomato sos dan cili sos. Gaul rata. Masukkan garam, gula dan ajinamoto secukup rasa.
2. Masukkan dagiing yang telah digoreng tanpa minyak, tomato dan bawang yang telah didadu, sayur campuran dan masukkan air. Masak sehingga mendidih dengan api sederhana.
3. Akhir sekali masukkan daun ketumbar, daun pudina dan bawang goreng. Gaul rata dan matikan api.

Cara Menghidang
Sendukkan shabsuka ke mangkuk dan letakkan sebiji telur mata lembu yang telah digoreng setengah masak atasnya. Ia selalu dimakan bersama roti perancis.



Lepat Pisang


Salam pagi semua.... lepat pisang nih buat berbuka semalam. Resepi dari rumah Ika Bangkok. Terima Kaseh Ika mama C&P dari sana :D.


 
LEPAT PISANG

Bahan-bahan >>buat stgh adunan jer!

  • 700 g pisang emas yang telah dibuang kulitnya
  • 70 g gula melaka, dihancurkan
  • 1 cawan kelapa parut putih (pilih kelapa yang berkulit basah)>>Yg ni kita sangan sampai perang
  • 3/4 camca teh baking powder
  • 1 cawan + 2 camca besar tepung gandum
  • Secubit garam
  • Daun pisang secukupnya, cuci dan layur hingga lembut, potong ikut saiz yang sesuai
  • 2 sb Santan>>Yg ni kita tambah
 Cara-cara
Pisang dilecek bersama gula melaka, garam dan baking powder hingga hancur. Tambah kelapa parut dan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul, hingga habis. Kacau rata.
Sudukan 2 camca besar adunan tadi atas daun pisang yang telah disediakan. Rata dan bungkus seperti membuat lepat biasa. Buat hingga siap (menghasilkan kurang lebih 16 - 17 biji kuih, ikut saiz daun pisang memasing).
Kukus atas air mendidih selama 20 minit. Sejukkan kuih sepenuhnya sebelum dihidangkan untuk minum petang atau sarapan pagi.

Tuesday, August 24, 2010

Pulut Serimuka Jagung


Pulut Serimuka Jagung nih pun utk berbuka semalam.. Memang suka ngan resepi nih senang dan sukatan nye tak banyak sangat...Bukan apa...kalau nak buat banyak2 kat rumah mama diorang bukan suka sangat ngan kuih manis2... jadi lah mama dapat makan sepotong dua..yg lain bagi2 kan jiran2.

Resepi dari Kak Rusnah Fotopages. Terima Kaseh Kak Rusnah.. Hawa suka lah ..tak brapa manis sangat.. sesuai kat tekak nih. Minta izin yer Kak Rusnah letak n C&P resepi dari dapur Kak Rusnah yer :D



Pulut Serimuka Jagung - Kak Rusnah Fotopages
 

Bahagian bawah
1 1/2 cwn beras pulut direndam kemudian ditoskan
1 1/2 cwn santan
sedikit garam dan gula
1 st butter
Kesemua bahan dikacau rata dan dikukus.Bila pulut masak ratakan dan tekan ke dalam loyang bulat 8 inci dan kukus lagi.Semasa pulut panas-panas tuangkan bahagian atasnya dan terus kukus lebih kurang 20 minit.

Bahagian atas
2 biji telur (kak rus guna 1 sahaja)
1/3 cwn gula pasir
1/2 cwn santan pekat
1/3 cwn susu cair
2 sb tepung gandum
1 sb tepung custard
sedikit garam dan vanilla
sedikit pewarna kuning
2 sb jagung cream
Pukul telur bersama gula sebati kemudian masukkan bahan yang lain.Kacau sebentar di atas api bagi naik wap sahaja kemudian tuangkan ke atas pulut dan teruskan mengukus lagi 20 minit.

Cucur Udang


Juadah berbuka semalam... Cucur Udang
Memang best makan panas2. Cicah ngan sos cili nasi ayam...perghhh terasa cuka...mcm gini yg cik hubby suka...sambal masam manis pedas!!
Terima Kaseh Hana. Ni mama C&P resepi dari dapur Hana k :D


Cucur Udang - Hana Jepun
Bahan-bahan
  • 300gm Tepung gandum
  • Udang besar secukupnya, bersihkan
  • Sebiji bawang besar - dimayang nipis-
  • Segenggam taugeh....Nak taruk lebih pun ok !!!-
  • Daun bawang dan daun saderi secukupnya, dipotong kecil2
  • 2 biji telur
  • 1 cawan air panas (bukan air mendidih yaaa... )
  • Air biasa secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 1 camca teh baking powder
  • Minyak untuk menggoreng


Cara-cara
  • Panaskan minyak untuk menggoreng dan sementara menunggu panas, rendamkan bahagian senduk yg bulat. Tujuannya adalah untuk memudahkan cucur udang lekang dari senduk.
  • Masukkan tepung dalam satu bekas.
  • Masukkan semua bahan-bahan lain kecuali air panas dan air sejuk. Gaul-gaul lebih kurang.
  • Tuang air panas sedikit demi sedikit sehingga tepung bersalut air.
  • Tuang air biasa sehingga adunan secukupnya elok untuk dijadikan cucur udang.
  • Keluarkan senduk yg terendam dalam minyak tadi dan isi dengan adunan dan letakkan seekor udang di tengah2nya.
  • Masukkan ke dalam minyak dan tunggu sebentar sehingga cucur lekang dari senduk. Goreng sehingga garing.
  • Ulang hingga habis.
  • Hidangkan dengan sos cili thai, kuah cili pedas atau kuah kacang. ikut selera masing2.



Seperti biasa juadah dari jiran2 mama...hehehe semalam kedua2 jiran mama buat roti jala. So lauk roti jala banyak mama tak payah masak utk sahur...save sikit...heheheh (malas)

Monday, August 23, 2010

Kacang Panjang Goreng Kupang


Kupang ni pulak requested by father... mama masak kat rumah my mom tapau balik utk lauk sahur...hehehe
nampak kat Sheng Shiong tempoh hari..beli lah bang sekilo rebus dulu ambik isi simpan dalam fridge. Semalam baru sempat goreng kan .Goreng biasa jer.

Hati Masak Berempah


Lauk utk bersahur semalam. Masak dirumah my mom. Sebenar nyer mak mama yg requested suroh mama masak kan utk dia :D Hati masak berempah nih agak spicy sikit... lagi sedap kalau dimasak kering2.


Hati Masak Berempah

Bahan2

600g hati lembu- dihiris tipis
2 biji bawang besar
2-3 biji bawang putih
2 batang serai
halia
kunyit
2-3 sudu rempah kari ayam
1 sudu makan penuh lada hitam kisar
2 sudu makan ketumbar biji*
1 sudu makan jintan kasar*
1 sudu makan jintan halus*
* di sangai dan di blenderkan kering atau tumbuk halus
1-2 sudu makan tomato sos
 garam & gula secukup rasa

Cara2
Bawang besar, bawang putih, halia,serai & kunyit di kisar halus. Campurkan bahan kisar bersama rempah kari, lada hitam dan ketumbar, jintan kasar & halus yg telah diblender halus bersama. Kacau semua sehingga sebati. Didalam kuali tumiskan semua bahan2 tadi sehingga garing dan naik minyak baru masukkan hati lembu yg telah di cuci bersih dan dihiris tipis. Masak sehingga hati berubah warna baru masukkan tomato sos, garam & gula. Masak lagi sehingga hati masak atau kuah agak kering.

Kacang Buncis Goreng Kicap


Kacang Buncis goreng kicap... goreng kering2 bersama suun. Memang laku sayur nih buat bersahur... Senang & cepat utk dimasak....



Bahan2
1 pkt kacang buncis dibersih dan diptg serong2
1 biji kentang sederhana besar dibuang kulit, diptg kecil dan digoreng dulu
1 biji bawang besar- dihiris
1 biji bawang putih - dihiris
1-2 btg cili merah- dihiris
1 biji telur
1 ikat suun
garam & kicap secukup nyer

Cara2
Panaskan minyak dlm kuali. Tumiskan bahan2 yg telah dihirs. Tumis sampai semua bahan2 layu masukkan kacang buncis, balik2 kan sebentar baru pecahkan telur dan masukkan garam & kicap gaul2kan sampai semua bahan sebati dan suun masak. Siap.

Ayam Mamak

Salam semua di pagi hari Isnin yg mulia ni..dah nak masuk 2 minggu kite semua umat Islam berpuasa... mungkin ada yg dah mula buat biskut2 raya :D Seperti biasa pagi Isnin yg busy ni... mama post kan N3 yg blm di uploadkan lagi :D

AYAM lagi... resepi mama dapat dari rumah Izah. Ada yg dah mencuba nyer spt MAS & HANA. Sedap ayam mamak nih...kalau nak masak nasi briyani atau nasi minyak pada tekak mama mmg sesuai sekali. Terima Kaseh Izah mama C&P resepi dari dapur Izah :D



AYAM MAMAK

Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam - potong kecil2 dan bersihkan
  • 2 biji limau nipis - ambil jusnya 
  • 1 biji bawang besar - cincang
  • 1 biji bawang putih - cincang
  • 1 cm halia muda - tumbuk
  • 1 batang serai - di ketuk
  • 1/2 cawan air/stok ikan -mama guna stok ayam 
  • 1 susu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar serbuk kari ayam -mama gunakan 2 sudu mkn 
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 senduk gulai cili kisar
  • 2 tangkai daun kari
  • 4 helai daun pandan
  • Garam, gula serbuk lada sulah
Cara-cara
  • Perapkan ayam dgn garam, serbuk lada sulah & jus limau untuk seketika.
  • Panaskan minyak, goreng ayam hingga masak, ketepikan.
  • Dalam kuali berasingan, tumis bawang besar, daun pandan, daun kari hingga naik bau.
  • Masukkan bawang putih, halia, serai, serbuk kari & cili kisar, goreng seketika.
  • Masukkan sos tomato, sos cili, serbuk lada hitam, stok ikan, garam, gula secukup rasa, gaul sebati.
  • Last, masukkan ayam, balik2 kan & tutup api.

Friday, August 20, 2010

Daging Hitam Manis Berempah


Lauk Sahur semalam... resepi dari dapur HANA resepi asal dari Nor Trgganu.. kepada mereka berdua tima kasih banyak2 cedap tau!!! Mama tambahkan kentang sebab malas nak goreng sayur!!


DAGING HITAM MANIS BEREMPAH - HANA & NOR

Bahan-bahan
300gm daging batang pinang ~dihiris nipis dan toskan

Bahan A

  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan putih
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam ~ lebihkan jika nk lebih pedas
Bahan utk tumis
  • 2 ulas bawang putih ~ ditumbuk
  • 1/2 inci halia ~ ditumbuk
  • 1 labu bawang besar ~ dipotong bucu/wedges
  • 1 bj cili merah ~ dihiris
  • 1 bj tomato ~ dipotong 6 atau 8
  • minyak
Bahan B
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu teh cuka atau perahan limau nipis

Cara-cara
  • Gaul daging dgn bahan A dan perap lebih kurang 1/2 jam.(hana campur skali bwg putih dan halia ms perap)
  • Panaskan minyak dan masukkan bawang putih dan halia. Tumis hingga wangi dan masukkan 1/2 dr bawang besar dan cili merah. Goreng seketika hingga wangi dan masukkan daging yg dah diperap tadi. Kacau2 daging dan goreng lebih kurang 10 min hingga air daging keluar. (Jika guna daging batang pinang tak perlu ditambah air tp kalau guna daging biasa bolehlah dimasukkan 1/2 cawan air utk mengempukkan daging)
  • Masukkan bahan B dan biarkan masak hingga kuah hampir kering. (bolehlah dimasukkan garam dan gula secukup rasa jika perlu) Masukkan lebihan bawang besar dan cili merah serta tomato. Kacau sekejap dan boleh lah dihidangkan panas2.

Bee Hoon Goreng Putih & Roti Sardine Goreng


Selamat petang teman2 semua...mungkin semua dah kat dapur sibuk memasak...hehehe ni mama sempat lagi nak letak N3 sebelum ke dapur... semalam kami berbuka ngan bee hoon goreng putih dan roti sardine  goreng... Ni tak leh berbual pjg2... letak N3 dulu k kawan.....







Sempat goreng roti sardine... sayang tengok sardine bersahur tak habis... buat kan roti sardine ni :P Seperti biasa semalan meja lagi penuh...hehehe rezeki bulan puasa :)

Thursday, August 19, 2010

Bilis Siam


Sahur tadi pagi selain dengan Ikan Bilis ni mama masak sardine kicap bersama sup sayur jer...
Boleh pulak cik hubby makan sardine kicap!! mama ambik sikit jer..tak lalu plak tekak nih..yg laju BILIS SIAM  nih..sedap!! garing2 & masam2 sikit. Tuh lah puas ronda2 rumah teman2 dapat pulak kat dapur NOR di Terangganu..jauh tuh :) Terima Kaseh Nor, mama mintak izin letak n C&P dari rumah Nor yer :D


BILIS SIAM by Ainaibu MyR - Nor Secubit Garam
  • 2 genggam ikan bilis
  • minyak ..untuk goreng bilis
  • 1 biji bawang besar
  • 8 batang cili padi..boleh dikurang/lebih..ikut selera- gantikan ngan cili merah & hijau
  • 4 biji limau kasturi..boleh lebih/kurang ikut kemasaman
  1. bersihkan bilis dan goreng garing
  2. mayang bawang jgn halus sgt..bg rangup sikit
  3. potong cili dan limau.perah limau dan ambik jusnya
  4. campur semua bahan dan rasa ikut selera..makan dgn nasik panas...sedappp..

Simple Mee Rebus

Alamak!!! Gmbr ni jer yg ada!!!

Salam semua teman2. Kat sini hujan baru saja berhenti...sejuk nye hehehe macam nak tidur lagi :)
Tengok lah gambar mee rebus mama yg tak cun... gara2 nak ambik gambar waktu berbuka...tuh pun sempat snap mangkuk cik hubby!!! Tak presentable langsung lah mama nih...tak pe lah sekali sekala ..

Simple Mee Rebus nih tak payah letak daging tetelan atau pun udang segar tapi rasa nyer tetap maintain!!! Meh tengok resepi...kalau2 ada yg berkenan tuh pun kalau ada

Mee Rebus utk 4 org
Bahan2 Kisar
tauco dlm 3 sudu mkn
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 btg serai
4 sudu makan rempah kari daging
garam & secukup gula
secukup air utk kuah
2-3 sudu mkn tepung kentang campur ngan air bagi memekat kan kuah

Mee kuning dlm 1/2 kg
secukup taugih
telur rebus, tahu yg digoreng & diptg dadu, cili hijau dihiris, limau sambal dibelah dua, daun sup & daun bawang dihiris, secukup bawang goreng.

Cara2 nye
Panaskan minyak. Tumiskan bahan kisar sampai naik bau. Kemudian masukkan secukup air, garam & gula . Mee Rebus ni sedap dibuat sedikit manis. Bila kuah mendidih tuang kan air tepung kentang biar kuah agak sedikit pekat. Mati kan api.

Cara menghidang nye: Mee & taugih dicelur lalu toskan. Didalam mangkuk masukkan mee, taugih & tuangkan kuah dan taburkan daun bawang & sup, cili hijau, bawang goreng, limau dan jgk telur rebus. Enak di makan bila kuah masih panas2 lagi.


Wednesday, August 18, 2010

Telur Hancur Sayur


TELUR..tak kira lah!!! Nampak kat blog Kak Hanieliza yg memang pakar dalam masak memasak nih..Terima Kak Liza...anak2 & Cik hubby memang suka kan telur..jadi sayur nih memang sesuai ngan tekak diorang.Lagi pun senang nak memasak waktu pepagi nih... Minta izin kak C&P resepi di sini :)

TELUR HANCUR SAYURAN- Kak Liza
[untuk 2 orang]

Bahan
3 biji telur ayam [kacau rata]
10 batang kacang buncis [potong kecil]
1 tangkai cili merah ] hiriskan
2 ulas bawang merah ]
3 tangkai daun sup [potong kecil]
1 sudu besar minyak
garam secukupnya

Cara Membuat
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan kacang buncis, cili merah dan bawang merah.
2. Masukkan garam dan kacau rata.
3. Tuangkan telur dan biarkan separuh masak.
4. Kacau rata dan biarkan masak sedikit lagi. Tutup api.
5. Masukkan daun sup dan kacau rata.
6. Hidangkan dengan roti.

Sotong Goreng Kunyit


Tadi pagi sahur ngan lauk sotong grg kunyit. Selalu buat kan diorg sambal sotong atau pun sotong blackpepper..tapi kali nih cuma 1 lagi resepi yg lain daripada biasa. Macam biasa dapur Ayu lagi ku geledahi..jgn marah yer AYU sayang!!! tima kaseh :D

Sotong Goreng Kunyit
 Ingredients:-
1 kg sotong putih-(squids)
1 labu bawang besar(dihiris bulat)-(1 large onions cut in rings)
1 batang cili merah(dibelah dua)-(1 red chili sliced to half)
1 biji ubi kentang-(dipotong bulat)-( 1 potato sliced round)
sedikit serbuk kuhnyit-(a bit of turmeric powder)
sedikit kicap-(a bit of soy sauce)
sedikit sos tiram-(a bit of oyster sauce)
garam & bahan perasa-(salt &  seasoning to taste)

Method:-
Sotong dibasuh dan dibersihkan. Kemudian digaulkan dengan sedikit kunyit(ikut suka) dan garam. Potong bulat ubi kentang dan goreng 1/2 masak. Aangakt. Goreng sotong 1/2 masak kemudian masukkan ubi kentang tadi, bawang besar, bawang putih, cili merah, kicap dan sedikit serbuk perasa/garam dan sos tiram. Masak kira-kira 5 minit kemudian bolehlah diangkat. Sesuai dimakan ketika panas.-(Wash and clean squids. Marinate with a bit of turmeric powder and salt. Fried potatoes 1/2 cooked and dish out. Fried squids 1/2 cooked and add in fried potatoes, onions, garlics, red chillies, soy sauce and a bit of salt/msg and oyster sauce. Cook for at least 5 minutes and dish out. Serve hot.)
Sources:-From Norizan Razali@ resepi.mesra.net

Bebola Roti Goreng


Salam pagi buat teman2 semua... semalam berbuka simple ngan Bebola Roti Goreng nih... tak tahu nak masak lauk apa lagi...dah fening kepala mak nih!!! At last pergi lah ke rumah AYU tengok menu2 dia berbuka :) Bebola Roti Goreng. Betul ckp Ayu selalu kite buat jmpt2 roti kali nih kite buat pulak Bebola Roti. Cantik tak cik Shasha kite kepal kan roti nih?? Ada besar ada kecik..tak pe lah asal dia nak menolong mama dia pun dah cukup bagus...hehehe Thanks yer Ayu & LizaHanum share recepi nih :)

 


Ingredients:-
14 keping roti ( plain white bread)-POTONG menjadi kepingan kecil
2 biji telur (saiz besar)

3 batang cili merah (potong kecil2)
1 biji bawang besar (dadu halus2)
sedikit daun sup/bawang (hiris)
2 sudu teh serbuk lada putih
garam secukup rasa
perasa ikan bilis -(Ayu used kiub ikan bilis dilenyek2 sikit)
minyak utk menumis

Method:-
Masukkan roti ke dalam mangkuk yg besar.  Kemudian masukkan telur,  cili merah, bawang,perasa ikan bilis dan daun sup/bawang. Gaul rata-rata. Akhir sekali, masukkan garam dan  lada putih serbuk .Gaul rata2 dan kepal2kan menjadi bebola. Buat bebola roti hingga habis. Gorenglah seperti anda menggoreng jemput-jemput biasa. Hidangkan bersama sos cili yg anda gemari. 

Macam biasa... jiran mama 'Midah' kasi pizza & fruit cocktail (tak sempat ambik gmbr diorg dh bedal) & seorang lagi jiran mama 'Cik Eton' kasi bee hoon goreng. 

Tuesday, August 17, 2010

Nasi Tomato

Bertemu kembali...semalam berbuka ngan nasi tomato. Senang... lauk ayam masak merah boleh buat bersahur..tak payah masak lagi....hehehe

NASI TOMATO - ZAHARAH ROZIZ - CIK BEDAH

bahan2 nya
1 kg bera basmati - mama rendam beras dalam 1/2 jam sebelum dimasak
air mengikut paras beras
4 sudu makan minyak sayur - mama gunakan 2 sudu lagi minyak sapi QBB
1/2 tin susu cair
150gm halia*
60gm bawang besar*
8 ulas bawang putih* - mama kurangkan dlm 4 biji
1 tin kecil tomato puree
2 biji tomato dihiris
1 cawan sayur campur
1/2 cwn pudina- mama gantikan dgn daun ketumbar
4 helai daun pandan
50 gm gajus digrg & dikisar halus
4 sudu teh air mawar
garam secukup rasa
1 jari kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
2 pe'kak
semua bahan yg * di kisar halus
mama tambahkan 1/2 sudu teh serbuk kunyit & 1 sudu makan serbuk cili

Cara2
Panaskan minyak. Tumiskan daun pandan sebentar. Masukkan kayu manis. pelaga, cengkih,pe'kak dan tumis lagi. Apabila naik aromanya, masukkan rempah kisar & tomato puree. Masak sehingga rempah merah. Masukkan air, susu, air mawar, daun pudina, gajus, sayur campur, tomato dan garam. Tunggu sehingga mendidih, kemudian masukkan beras. Masaklah sehingga tanak




Juadah2 dari jiran2 mama. Tiap2 hari ...tak miss mesti ada yg memberi :) Kecuali hari minggu sebab mama berbuka di rumah my parents :)

Simple Kerabu Nenas


Kerabu pembuka selera. Mama & cik hubby memang suka kan kerabu nih..kite orang buat makan sahur. Masam manis....... simple tapi syiok!!!! Tapi kalau makan ngan nasi minyak atau nasi tomato lagi sedap.

Mama cuma potong kan nenas yg separuh masak tuh kecil2 ada lah dalam 1/2 biji jer. Bawang besar 1 biji, cili merah 1 biji & cili padi 3 biji...semua dihiris halus kalau ada daun pudina potong2 kecil. Garam & secukup gula. Semua campur sekali. Simpan dalam fridge time nak makan keluarkan...senang cerita :)

Ayam Masak Merah Bermadu

Lauk utk berbuka semalam..dah pernah buat sekali... dari dapur Nor Trgganu... mmg si Nazli nih suka sangat ngan lauk ayam nih :P Sekali lagi terima kaseh Nor...akan masak lagi n lagi...hehehe Ayam masak Merah bermadu yg di makan bersama Nasi tomato & Kerabu Nenas.

Ayam Masak Merah Bermadu - Nor Secubit Garam

1/2 ekor ayam ~ dipotong dan toskan
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar cili mesin
3 labu bawang besar ~ diblend
3 ulas bawang putih ~ diblend
1/2 in halia ~ diblend
garam
3 sudu besar madu
air asam jawa/tomato sos
1 sudu besar kicap manis
air secukupnya
1 labu bawang besar ~ dipotong bulat
minyak

Gaul ayam dgn serbuk kunyit dan garam. Perap sekejap dan goreng 3/4 masak. Ketepikan.
Tumiskan cili mesin hingga garing dan masukkan bahan yg diblend. Kacau.
Bila bahan2 tumis dah garing, masukkan 1/2 gelas air . Tujuan masukkan air ni utk nak bagi rempah2 tumis tu pecah minyak dgn elok.
Masukkan garam dan masak hingga tumisan garing dan pecah minyak.
Masukkan kicap dan 1 gelas air lagi. Masak hingga mendidih barulah dimasukkan air asam jawa/sos tomato.
Sentiasa gunakan api yg sederhana dan jgn sekali2 kerana nak cepat dibuka api yg besar. Memang kuah kita kering tp rempah2 tu kurang 'masak'.
Masak lah hingga kuah hampir pekat baru la dimasukkan madu. Gaul sebati.
Masukkan ayam dan biarkan hingga ayam masak dan kuah pekat.
Masukkan bawang yg dipotong bulat, kacau2 kejap dan padamkan api.
Hidangkan dgn nasi putih. Boleh gak dimakan bersama nasi tomato, nasi minyak dll..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...