Thursday, September 29, 2011

Kari Daging Kerisik


Assalamualaikum w.w semua

Ada yg rindu kat kite tak????
yg pasti mama rindu sangat2 kpd teman2... masih blm sempat BW lagi.

Resipi dari dapur Mas.. Mama dah tak sempat nih nnt blk dari rumah Mak update sikit okay ciao dulu!!!!

updated: Terima kaseh Mas diatas kesudian berkongsi resipi kari daging kerisik ni. mmg ada kelainnan sedikit lauk kari ni.. cuma bila dah sejuk agak pekat sikit. Mama msk semalam tgh hari lps teruju tgk post Mas di FB hehehe. Tadi pagi sempat buat bekpes makan bersama prata instant yum3x
Maybe next time nak mencuba kat ayam pencen plak..mesti sedap :P




Kari Daging Kerisik


Bahan-bahan ( 1 famili )

  • 1 kilo daging -dipotong nipis dan rebus empuk. - mama gunakan daging kari
  • 2 sb cili kisar - gunakan cili serbuk
  • 1 biji bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1/2 jari halia*
  • 4-5 sb rempah kari daging-dicampur sedikit air dan jadikan pes
  • 1 batang serai - dititik
  • 2 lembar daun kari
  • sedikit kayu manis,cengkih,pelaga (penumis)
  • 3 biji kentang - dibelah 4 ni ltk lebih sikit
  • 3 biji tomato - dibelah 4
  • 2 batang lada hijau - dibelah 2 - tak letak pun
  • 1/2 cawan kerisik
  • 1 keping asam gelugur
  • garam secukup rasa
  • minyak masak - untuk menumis
  • 1/2 biji bawang besar - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • air secukupnya utk kuah
  • daun pandan - Mas & mama ltk utk menumis biar harum

Cara-cara

  1. Kisar bahan2 bertanda * dan campurkan bersama cili kisar.
  2. Panaskan minyak dlm periuk dan tumis bwg besar dan bwg putih yg dihiris juga daun kari hingga layu dan masukkan campuran bahan kisar,penumis dan serai dan terus tumis hingga hampir kering lalu masukkan pes rempah kari dan tumis hingga wangi dan terbit minyak.
  3. Masukkan daging rebus bersama air rebusannya sekali dan juga kentang.Bubuh garam,asam gelugur,kerisik,kacau rata dan masak hingga mendidih.Tambah air jika perlu dan masak lagi biar mendidih dan kentang empuk.
  4. Kecilkan api dan masukkan cili hijau dan tomato.Renihkan lagi 10-15 min.Siap untuk dihidangkan.



Friday, September 2, 2011

German Cookies


Assalamualaikum w.w

Selamat Hari Raya 
Maaf Zahir Batin 
seandainyer ada yg menyinggung perasaan
atau tersilap bahasa 



setelah lama tak berupdate blog ku ini ...
kesian betul banyak sangat betul habuk2 & sarang labah2 yg dah buat rumah kat sini
nak buat macam mana...
rumah sendiri setakat dapat kemas alah kadar jugak :(


Antara cookies yg sempat mama buat... paling senang tapi agak lembik sedikit adunnan mama simpan kejap dlm fridge dlm 10min baru digentel. Mmg sedap cookies ni melt into yr mouth. Ramai teman2 yg dah buat spt Nor, Ika & Diana.

Minta izin yer Nor mama panjangkan resipi disini pulak :)

German Cookies
source: Rima/Nor


Ingredients
125g butter
40g icing sugar (sieved)
125g potato starch
80g superfine flour 

Method
1. Beat butter and icing sugar till fluffy and lighter in colour.
2. Sift in potato starch and plain flour, mix to form a soft dough.
3. Roll into small balls (about 7g each) and arrange on lined baking tray - i used 1/2 tbsp to get the same size
4. Dip the tip of the fork in a bowl of water and press on cookie dough.
5. Bake in preheated oven at 170 deg C for 15 min.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...