Assalamualaikum w w
Selamat tengahari semua teman2 yg mama ingati selalu.... sebenar nyer tadi pagi nak buat N3 menu makan malam kami... bila nak sign in punya lah terperanjat... BLOG NOT FOUND !!!!! AISEYMAN!!!! pagi2 buat darah up seh!!!
Mintak bantuan drp anakanda di rumah mak... teringat plak Yatie pernah buat N3.... Allhamdullilah baru lega ati.... hehehe Terima kaseh Along & jgk Yatie :)
Okay berbalik pada N3 hari ni... semalam ptg mmg belum masak lagi selepas balik dari appt kat hsp bersama cik hubby... bila bukak FB ternampak Yatie buat N3 ikan kukus serai yg simple.. terus print resipi dan tokok tambah apa yg kurang utk di mkn bersama.
Walla!! memang betul tuh Yatie..mmg berbaloi, sedap & mudah penyediaan nyer.Terima Kaseh Yatie & jgk Kak Liza. Izinkan mama berkongsi disini pula...
IKAN KUKUS SERAI
sumber: Kak Liza & Yatie
Bahan-Bahan:
1 ekor ikan siakap atau kerapu [bersihkan dan kelar] mama gunakan ikan talapia
Bahan Hiris
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
3 batang serai - mama gunakan bahagian yg putih saja blh mkn sekali
5 tangkai cili api - lebihkan sikit 8 tangkai
sedikit garam [jika perlu]
1 s/b sos nampla [sos ikan]
1/2 inci halia muda- di hiris halus spt batang mancis ni mama tambah
hiasan
daun ketumbar/daun sup [potong kecil]
hirisan carrot
jus limau kasturi
mama tambahkan sayur brokolli & tauhu lembik
Cara:
1. Sediakan bekas utk mengukus.
2. Bersihkan ikan dan letak kan ke atas manguk kaca [tahan panas].
3. Taburkan bahan yang telah d hiris ke atas ikan tadi.
4. Taburkan sos nampla dan sedikit garam [jika perlu].
5. Letakkan ikan yg telah disediakan tadi ke dalam pengukus.
6. Masak/biar kan ikan dalam pengkukus dengan api yg sederhana selama 30 minit.
7. Bila dah masak, taburkan bahan hiasan dan jusnlimau.
8. Hidangkan dengan nasi putih