Friday, March 30, 2012

Bahulu Pandan Chocolate Rice


Assalamualaikum 
Selamat Pagi Jumaat...

Cepat nyer dah hujung minggu...
Anyway pagi2 begini 
mesti semua sibuk!!


seperti biasa N3 tertunggak lagi... tak hingat bila Bahulu Pandan Chocolate Rice di buat sbb dari tengok gmbr yg diambil ... kalau tak silap gunakan camera lama so quality x brapa cantik

Resipi dari dapur DJ n kalau x silap Gee pun pernah buat tapi x dpt nk cari link plak  mmg sedap n lembut kek bahulu warna hijau pulak ..my fav ada bau pandan lagi chocolate rice yg di ltk tak lah manis sgt.


Terima kaseh DJ izinkan kan mama c n p resipi yer...


Bahulu Pandan Chocolate Rice
resipi asal: DapurKu SaYang DJ
sumber: mamahawa


bahan-bahan :
  • 100 gm tepung gandum
  • 4 biji telur A
  • 90 g gula kastor
  • 50 ml minyak jagung 
  • 1 sk ovalette
  • 2 sb susu segar
  • 1 sk pandan emulco / pes pandan
  • 2 sb chocolate rice (boleh tambah jika suka)





cara-cara :
  1. Panaskan oven pd suhu 180C. Sediakan loyang yg bersesuaian atau muffin/paper cup. Sapukan mentega dan taburkan dgn sedikit tepung. (Jangan lupa alaskan dgn baking paper jika menggunakan loyang).
  2. Sediakan mangkuk adunan. Satukan telur, gula dan ovalette. Putarkan hingga pucat dan kembang. 
  3. Kemudian masukkan tepung, susu dan pandan emulco/pes pandan. Putar lagi hingga sebati.
  4. Masukkan minyak jagung dan kacau sebati (kaup balik) dgn menggunakan rubber spatula.
  5. Akhir sekali, masukkan coklat urai. Kacau perlahan2 sehingga rata. Tak perlu dikacau terlalu lama.
  6. Bakarlah selama 25-30 minit atau sehingga kek  masak (DJ guna suhu 180C pd 20 minit pertama dan kemudian diturunkan kpd 160C utk 10 minit terakhir). Suhu bergantung pd jenis oven masing-masing.
  7. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu. Hiaskan dgn topping kesukaan jika su


Krim Aising : cadangan - ni mama x buat
  • 1/3 cawan gula aising
  • 60 g mentega lembut
  • kelapa parut kering
  • 1 sb jus oren
Cara-cara : satukan gula, mentega dan jus oren di dlm mangkuk pengadun dan putar hingga gebu. Sapukan pd kek dan taburkan kelapa parut kering



Wednesday, March 28, 2012

Homemade Chicken Nugget

 Allhamdullilah pagi yg cerah!
Selamat pagi yg ceria kepada semua teman2 yg diingati selalu... terima kaseh kerana masih sudi ke blog nie walaupun taun rumah kekadang hilang2 ehehehe

Pagi nie nak tayang chicken nugget walaupun dah ramai yg mencuba nyer.. mama terpanggil hendak membuat nugget nie bila Cikgu Dzana kite ada buat tayangan di blog dier. Ni petama kali buat nugget sendiri selalu beli jer dalam pkt...

Project hari minggu lps.. mmg berbaloi buat sendiri.
Terima Kaseh Dzana.. minta izin mama C&P resipi disini :)



NUGGET AYAM
(Olahan : Inspirasiku dari dapur Inilah Ceritaku

Bahan-bahannya
500 g isi ayam, dikisar
2 ulas bawang putih (cincang halus)
sedikit  oregano
3 sb tepung gandum
sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa

Coating
serbuk roti/oat  .. secukupnya  utk 'coating'
1- 2   biji telur




buat bentuk love..



Cara-caranya 
1. 
Campurkan semua bahan kecuali  telur dan serbuk roti/oat dan gaul sebati
2. 
Ambil sedikit adunan bentukkan mengikut suka.. (bulat/leper)  ulang sehingga habis.
3. Kemudian celup ke dalam telur dan lepas itu digolek ke dalam serbuk roti.
4. Ulang semula dgn mencelup ke dlm telur dan serbuk roti jika hendakkan permukaan  luar yang tebal.
5. Goreng dengan api perlahan sehingga kekuningan.

Tuesday, March 27, 2012

longan & sea coconut



Selamat Malam Semua!!!
Aduh!!! Busy sangat2... terima kaseh kpd teman2 yg masih sudi kemari ...
Blm sempat balas komen2 pada n3 lalu... ingat lps ltk N3 nie nak bw jap!!!

Tekak yg dahaga sedap di sejukkan dgn minuman sejuk gabungan longan &  sea coconut!!!
Pernah nmpk kat blog teman tapi dh tak hingat dari blog sapa...hehehehe minta ampun yer!!!

senang jer nak buat beli 2 tin longan 1 tin sea coconut campur jer semua tambahkan 1 tin air jarang masukkan semua dlm bekas simpan dalam fridge... perghhhh sejuk sikit tekak hahaha

Tuesday, March 20, 2012

Kerabu Epal Hijau

 Bismillahhirahmannirrahim

Assalamualaikum
Selamat Pagi
kepada semua rakan taulan

SENYUM

Sepatut nyer N3 nie dibuat semalam bersama nasi minyak & gulai kawah tapi oleh sbb masa tak mengizinkan terpaksa lah dibuat pagi ini...

Betul kata Lina.. sapa yg blm pernah buat kena buat jgk... sangat sedap dan terlalu mudah hendak sediakan- guna ayat Lina jgk hehehe

Resipi asal dari Kak Hanieliza yg dikongsikan bersama oleh Nor Trgganu. Terima Kaseh kpd kedua2 sifu kami dan tak lupa jgk kpd Lina yg sudi berkongsi bersama.. mama kongsi plak disini. 


mmg terBEST sapa2 yg blm mencuba mesti cuba senang jer nk buat... ada rasa masam manis... krap krup dari carrot bila tergigit serai & bunga kantan alamak!!!  Sedap Giler Beb!!! hehehe saja nk kasi ngences kikiki....


RESEPI KERABU EPAL HIJAU by kak hanieliza
sharing : http://linapg.blogspot.com/
sharing: mamahawa

Bahan-Bahan 
  • 2 bj epal hijau 
  • 1/2 btg lobak merah 
  • 5 biji tomato ceri dibelah (linapg tambah)mama pun
  • 2 bj cili merah - mama gantikan 3 biji cili padi
  • 2 bj cili hijau 
  • 1/2 labu bwg besar
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 1 batang serai (linapg tambah)mama ikut
  • 1 pokok daun ketumbar
  • 1 bj lemon (diambil jusnya)
  • 1 sudu kecil gula
  • garam secukup rasa
Bahan:
  1. Epal dan lobak merah disagat atau diracik panjang.
  2. Semua bahan lain dihiris.
  3. Gaulkan semua bahan dan tuangkan jus limau kasturi
  4. Kacau rata dan rasakan masamnya
  5. Sedia dihidangkan


Mama gaulkan dulu jus lemon, gula & garam rasakan dulu masam manis nyer baru masukkan hirisan bawang,serai, bunga kantan sambil diramas2kan sedikit. Baru masukkan epal & karrot kacau rata dan dah siap simpan dlm peti ais waktu nk makan baru taburkan daun ketumbar & buah ceri tomato...walla!!!



Nie lah set nasi minyak jus oren yg enak banget.. sampai cik hubby suruh buatkan lagi!! hehehe

Monday, March 19, 2012

Gulai Kawah


Gulai Kawah nie ada ala2 rasa spt rendang... mungkin kegunaan kerisik dlm bahan. Tapi makin lama dipanas makin sedap kuah yg pekat2... sesuai dimakan bersama nasi minyak, nasi putih, roti jala ataupun roti canai/prata :P

Sekali lagi resipi dari dapur Lina Pg jgk ...hehehe manyak2 terima kaseh kerana sudi berkongsi resipi yg sedap lazat pada tekak kami dirumah :P Izinkan mama ltk resipi disin.. mana lah tahu teman2 yg lain yg mau mencuba nyer kelak :)


RESEPI GULAI KAWAH
resipi: linapg.blogspot.com 

sumber: mamahawa

Bahan 

  • 1/2 kg daging lembu hiris nipis
  • 1paket kerisik (40g) - mama ltk dlm 3 sudu mkn 
  • 1 paket kecil kari daging- mama ltk dlm 5 sudu mkn sbb suka pekat2 
  • 1 labu bawang merah (kisar)
  • 3 ulas bawang merah (kisar)
  • 3 ulas bawang putih (kisar)
  • 2inci halia (kisar)
  • 2 batang serai (ketuk)
  • 3-4 sb cili giling
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 cawan santan pekat
  • Rempah 4 beradik
  • 3sb gula merah - gula timbang brown color
  • 2-3 keping asam keping
  • minyak
  • garam 
  • Air



Cara-Cara: 
  1. Panaskan minyak, tumiskan rempah 4 beradik, bahan kisar,serai ketuk sehingga wangi. 
  2. Masukkan cili giling masak hingga garing dan pecah minyak.
  3. Masukkan daging dan kacau rata.Masukkan sikit air dan kacau rata lagi.
  4. Bila daging agak empuk, masukkan santan, kerisek, garam, gula merah, daun limau purut dan asam keping
  5. Biarkan mereneh hingga daging betul2 empuk.Kacau sekali sekala
  6. Biarkan sampai pekat.Tutup api.
  7. Sedap dimakan dengan nasi atau roti

Nasi Minyak Jus Oren

Assalammualaikun & Selamat Pagi Isnin.... 
(nie auto published tuan rumah pagi2 dh kluar pegi JB)

N3 tertunggak lagi... dah tak ingat bila hidangan nasi minyak nie dimasak.... tapi yg pasti masih mengingati keenakan memakan nasi minyak yg berperisa Jus Oren Sunquick. Dengan menggunakan brasmati jenama 'Anarkali' nasi nyer jadi cantik dan panjang. Suka I hehehe

Resipi kali nie mama ambik dari dapur Lina.Pg ... mmg best nasi nie digandingkan bersama gulai kawah & kerabu epal hijau... mama ikut bulat2 dari menu nasi minyak Lina..
Thnks yer Lina.. minta izin ltk resipi kat sini pulak :)



RESEPI NASI MINYAK JUS OREN
sumber: Mamahawa
  • 1 kg beras (dibasuh dan ditoskan)
  • Air sama sukatan ngan beras (10pot beras=10pot air)
  • 1/2 cawan mentega/majerin/myk sapi- gunakan minyak sapi qbb lagi wangi
  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 5 biji bunga cengkih
  • 2-3 kuntum bunga lawang
  • 2-3 biji buah pelaga
  • 2 kiub pati ayam
  • Sedikit kismis
  • 1 cawan susu cair )
  • 2-3 sm jus oren sunquick
  • sedikit daun ketumbar dan gajus
  • sedikit pewarna kuning
  • 2-3 helai daun pandan di simpul
  • sedikit perwarna kuning & oren 
  • sedikit jer air mawar kasi wangi - nie mama tambah 



Cara-cara :
  1. Panaskan mentega dan kemudian masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga bersama bahan dihiris hingga berbau wangi.
  2. Kemudian masukkan daun pandan bersama kiub ayam, air dan susu cair serta jus oren
  3. Biarkan mendidih kemudian masukkan beras.
  4. Setelah nasi agak kering,kecilkan api buat lubang dgn belakang sudu,titiskan pewarna kuning
  5. Tutup periuk dan tunggu hingga nasi masak
  6. Setelah nasi masak, gembur2kan nasi menggunakan garfu. Taburkan kismis,daun ketumbar dan gajus.


Bila tengok gambar nie baru prasan tak tabur daun ketumbar...hehehe apa2 nasi minyak nie dapat jari jempol dari cik hubby n the kids!!! bkn senang tau nak dpt pujian dari hubby

Friday, March 16, 2012

Terung Sambal Tumbuk


 Selamat Petang & Salam Jumaat kpd semua teman2 yg diingati selalu :)

Lauk ringkas lagi...
cepat dimasak & sedap dimakan
Resipi asal menggunakan terung yg bentuk kecik2... 
tapi kat Spore ni mana lah nk cari so tukar lah kpd
terung jenis yg purple...
pun sedap jgk agak nyer kalau grg telur buat sambal cam gini pun 
SEDAP 

Resipi dari dapur Ummi... mmg cepat dimasak & also cepat habis dimakan 
hehehe TQ Ummi for sharing simple2 dish 
suka Hawa hehehe :P :)

Meh tengok resipi dari dapur Ummi


TERUNG SAMBAL TUMBUK
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-

  • 20 ulas terung ungu mini (boleh jgk guna terung2 lain)- mama gunakan terung purple sederhana besar  dlm 7-8 btg digrg sebentar
  • 3 tangkai cili merah (dibuang biji) *
  • 4 biji bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1 inci belacan yg dibakar * (bahan * ditumbuk2 kasar)
  • 1 - 2 sudu besar cili kering kisar
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • 6 tangkai cili padi thai - diketuk
  • 2 sudu besar gula/secukup rasa
  • garam secukup rasa
  • 4 sudu besar minyak untuk menumis




Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan tumbuk sebentar hingga naik bau.
  2. Masukkan pula cili kering kisar dan kacau hingga naik minyak (guna api perlahan).
  3. Masukkan gula dan air asam jawa, kacau.
  4. Masukkan terung diikuti dengan garam secukup rasa.
  5. Masukkan cili padi thai dan kacau balik terung dan cili padi hingga sedikit layu sahaja (rasa keras2 sikit bila dimakan) dan seimbangkan rasa. Tutup api.

Thursday, March 15, 2012

Muffin Pandan Eggless (ENO)

 Assalammualaikum

Selamat Pagi Khamis
mendung jer disini

Muffin yg lembut cuma bahagian atas yg bergerutu
tapi bila tgk kat dapur Izah pun mmg cam g2



Betul tuh Izah ..mcm adunnan apam kembang jer 
so jgn ltk byk dlm mangkuk
nanti bila dibakar membuak!!

Terima Kaseh Izah share resipi ... resipi asal dari  Joayee@myR dan jgk Dayang Jack. Terima kaseh semua!

MUFFIN PANDAN EGGLESS (ENO)
resepi: Joayee@myR
sumber: kak DayangJack


Bahan-bahan ( 6 )
1 1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula 
1/2 sudu kecil soda bicarbonat
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 cawan minyak masak 
1 cawan santan pekat (kurangkan sedikit kalau santan cair)
1 sudu besar Andrews Liver Salt/antacid or di malaysia- ENO
sedikit perasa Pandan + Warna hijau 




 Cara-cara:
1.Campurkan bahan kering (tepung, gula, soda bicarbonat, baking powder) ke dalam satu bekas.
2.Campurkan bahan basah (santan, minyak, colour, perasa pandan) ke dalam satu bekas yang lain.
Masukkan (2) ke dalam (1), sambil dikacau dengan garpu.
Akhir sekali, ayakkan Andrew Liver Salt/ ENO. Kacau dengan garpu, biar sebati, tapi jangan terlebih kacau.
Rehatkan 5 minit.( cukup masa untuk ENO bertindak mengngeluarkan bubble)- mungkin tak berapa nampak, tapi mixture akan kurang likatnya.
Masukkan ke dalam bekas muffin, bakar selama 30 min, 160 deg C.


Untuk perasa lain boleh try contoh di bawah.
***Actually kukus lagi best kalau nak try option di bawah. kalau bakar kering sgt la pulak.
OPTION1: @Banana Muffin@: 2 biji pisang size kecil, 3/4 cawan susu soya [x]
OPTION2: @Apple Muffin@: 4 sudu besar Bramley apple source, 3/4 cawan susu soya
Dari resepi ni, macam-macam perasa boleh buat. Selamat mencuba.



Tuesday, March 13, 2012

Kerapu Sambal Tomato


Salam pagi yg mulai cerah.....
beberapa pagi mentari seakan sembunyi dibalik awal 

lama betul ikan masak sambal tomato terperap di dlm folder
hehehe menanti utk di tayangkan di sini hehehe


Resipi asal menggunakan ikan keli ... tapi sebab tuan yg memasak yg tak makan ikan keli nie ditukar lah kepada ikan kerapu.... tapi kalau menggunakan ikan yg lain pun rasa nyer mmg sedap. Suka makan bersama nasi kering ngan sambal tomato yg sedikit manis2 masam...




Resipi dari dapur Mas .. Tq very much :P


Keli Sambal Tomato
Resepi : MasDuniaku

Bahan :
  • 3 ekor ikan keli - bersihkan dengan asam jawa @ air limau - gunakan ikan kerapu 
  • 5 biji cili merah - dikisar
  • 4 biji cili padi merah - ikut pedas yerk - dikisar
  • 1 biji bawang besar - dikisar
  • 2 ulas bawang putih - dikisar
  • 1 biji tomato - dikisar
  • 1/2 biji bawang besar - dihiris
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili thai - sos maggi thai 
  • garam dan gula  secukup rasa 
  • sedikit pati ikan bilis



Cara memasak :
  1. Keli dibersihkan dan diperap dengan asam jawa @ jus limau nipis ( boleh letak daun dan batang kesum @ daun pisang yang diramas2 dalam rendaman keli tu sekali ) dan sedikit garam selama 5 minit untuk hilangkan hanyir, cuci bersih dan perapkan sekali lagi dalam 5  minit dan cuci kembali dan toskan.  Lumurkan ikan keli dengan garam dan kunyit. Goreng hingga garing, angkat dan toskan, ketepikan.
  2. Tuang minyak secukupnya dan tumis bawang besar yang dihiris tadi hingga wangi dan masukkan bahan - bahan kisar dan masak hingga wangi , masukkan sos tiram dan sos cili thai, kacau rata, jika sambal agak pekat masukkan sedikit air, kacau rata.
  3. Masukkan garam dan gula secukup rasa, letakkan juga sedikit kiub ikan bilis, seimbangkan rasa. Masak hingga sambal garing.
  4. Kemudian masukkan ikan keli yang digoreng garing dan kacau rata.
  5. Angkat dan boleh dihidangkan.


Friday, March 9, 2012

Ikan Sepat Sambal Cili Padi


Kembali bersiaran pada ptg hari Jumaat yg berbahagia ni..
Lauk samping utk dimakan ngan sayur lemak pucuk ubi.. tapi kalau makan bersama bubur nasi pun sedap!

Menjadi kegemaran kami dirumah cuma seperti biasa mama kurangkan lah cili padi tuh!! rasa2 nyer dgn menggunakan cili padi kampung ter...sangatlah pedas. Tapi pada penggemar cili padi ikut lah kepedasan yg di inginni..mmg ringkas cepat penyediaannyer dan mmg sesuai utk orang2 spt mama yg nk cepat2 msk hehehe malasssss


Meh tgk resipi yg digeledah dari dapur Mbak Ayu  hehehe terima kaseh ayu!!!


Ikan Sepat Sambal Cili Padi
Adapted from Ikan Sepat Sambal Cili Padi Terung Limbang
Sources:-From majalah Rasa Julai 2010
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction

Bahan:-
5 ekor ikan sepat masin
100g terung limbang-(Ayu tak letak ni)mama pun
1 biji bawang holland-dipotong bulat -(Ayu guna bawang besar biasa aje)
3 ulas bawang putih -dihiris
15-20 biji cili padi-ditumbuk kasar ni mama kurangkan ke 10 biji
garam & gula secukup rasa
minyak untuk menggoreng dan menumis






Cara:-
Panaskan minyak dan goreng ikan sepat masin yang direndam seketika dan ditoskan sehingga garing. Angkat toskan dan ketepikan.
Dengan menggunakan minyak gorengan ikan sepat masin tadi, panaskan minyak dan tumis bawang holland serta bawang putih sehingga layu dan naik bau. Kemudian masukkan cili padi yang ditumbuk tadi dan tumis sehingga pecah minyak. Setelah itu masukkan ikan sepat masin dan terung limbang. Kacau  rata. Akhir sekali perasakan secukupnya. Angkat dan sedia untuk dinikmati.



Thursday, March 8, 2012

Lemak Pucuk Ubi dgn Kupang


Assalamualaikum dan Salam pagi Khamis yg dingin di sini... awal pagi tadi hujan turun dgn lebat nyer! Allhamdullilah syukran!

Terima kaseh kepada teman2 yg masih setia mengunjung ke dapur mama yg kejap2 ada.... dan kejap2 hilang hehehe ...

Ok lah kali nie nk berkongsi resipi yg sgt sedap... lauk2 begini kdg2 blh menambahkan selera dan bertambah2 nasi! hehehe banyangkan mkn bersama ikan grg + sambal belacan jer dah mencukupi..alhamdullilah :P

Resipi yg mama ambik dari dapur Cik Adnan kite. Byk resipi2 dari dapur beliau yg mmg best2 kadang2 malu jgk mama tgk anak muda spt beliau yg mmg rajin memasak/ baking.
Terima Kaseh daun keladi nnt ada resipi yg lain mama terjah lagi hehehe :)

Izinkan mama berkongsi di sini pulak :)

Lemak Pucuk Ubi dgn Kupang
resipi: Cik Mat -DTS
sumber:  mamahawa

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak pucuk ubi
1 genggam isi kupang, cuci dan toskan
2 batang serai, dititik
1 keping asam gelugor
1 liter santan cair
300 ml santan pekat
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
2 biji cili merah
10 biji cili padi
1/2 inci belacan




CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pucuk ubi diasingkan dari tangkainya, cuci, tos dan rebus hingga 3/4 lembut. Toskan dan cuci dengan air, perah dan hiris kasar. Masukkan ke dalam periuk bersama isi kupang, bahan kisar halus dan serai titik. Gaul rata dan tuang santan cair. Masak hingga mendidih.
  2. Bila pucuk ubi lembut, tuang santan pekat. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula, kacau dan masak dengan api sederhana hingga mendidih. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ikan masin/ikan goreng....Pengsaaannn >___<




Wednesday, March 7, 2012

Chocolate Bottom Banana Squares


Assalammualaikum w w & Salam petang Rabu...

kejap jer dah nak pukol 5 ptg. Tak blh nak sok seh pjg2... meh tgk kek pisang ala2 style brownies yg rendah jer yg jgk dipenuh dgn chocolate chips!!



hasil godaan dari Tun Telani.. mmg tak blh berhenti makan asyik nak ngap jer! bayangkan cik hubby  ckp sungguh  sedap & mkn dlm 3-4 keping !!! Mmg sedap lah tuh! hehehe

Anyway thnks yer Tun mmg mama blm pernah mencuba this type of cake! berbaloi!!



Chocolate-Bottom Banana Squares
recipe: tammy

Bahan2:                                                                             
  • 1/2 cwn Butter -113g (lembutkan)
  • 1 cwan gula - 3/4 cwm
  • 1 bj telur
  • 1 sk vanilla
  • 3 bj pisang- mashed - 2 large pisang del monte
  • 1 1/2 c tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk baking soda
  • 1/2 sk garam
  • 1/4 cwn sebuk koko  
  • 1 cwn chocolate chips- next time less kan sikit choc chips byk sgt susah nk ptg hehehe

mama gunakan loyang 7' x 10'


Cara2:
  •  pukul butter dan gula sampai light n fluffy.
  • masukkan telur, vanilla dan pisang yg dh lenyek, dan pukul lagi.
  • ayak tepung, baking powder dan baking soda, dan masukkan dlm adunan di atas, masukkan garam dan gaul rata.
  • bahagikan adunan kepada dua. masukkan cocoa powder (tun masukkan choc emulco) dlm separuh adunan dan gaul rata.
  • ratakan adunan coklat dlm loyang. tun taburkan juga coklat chip, lepas tu ratakan pula adunan yg lagis separuh atas adunan coklat td. 
  • springkle coklat chip kat atas. bakar pd suhu 180 C, selama 30 minit atau hingga adunan x melekat bila di cucuk. HATI2 JGN OVERBAKE, nnti jd kering.
  • tunggu sejuk, baru potong petak2. 
  • SEDAP SGT!! selamat mencuba ^^




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...