Wednesday, May 30, 2012

Cekodok Pisang Gebu

 Salam pagi rabu yg ceria disini ^^

Cekodok atau kat rumah panggil jemput2 pisang yg telah dibuat beberapa hari yg lepas...
Seperti biasa kalau dah fav kat rumah mama akan cuba hidangkan utk keluarga sbb tahu makannan tuh akan cepat habis...

Terggoda gara2 tgk makyung dari Dubai nie..Sabar yg sedang menanti kelahiran anak pertama beliau...
sebelum terlupa nak wish jgk kat sini si Mas yg telah selamat melahir baby boy pada 29 mei kalau tak silap nama baby Muhd Adam. Semoga Mas & baby sihat dan selamat berpantang yer Mas hehehe

Balik ke cerita cekodok pisang gebu nie .... mmg gebu hasil nyer! bahagian kulit luar garing2 dan isi didlm gebusss jer hehehe alala mkn kek pisang pun ada wangi jer :P

Blh terlupa plak nak snap gmbr utk tgk isi ..takpe blh ke dapur Sabar atau ke dapur Cik Mat kite
terima kaseh kedua nye mama minta izin letak resipi disini ^^



Cekodok Pisang Gebu
Source: Che Mat Gebu/Saba
BAHAN-BAHANNYA :-)
8 biji pisang emas
3/4 camca teh soda bicarbonat
1 camca besar gula peerang @ 

1/3 camca besar gula halus | saba ltk gula halus - mama ltk 1 sudu besar
1 cawan tepung gandum
1/4 camca teh garam halus
Minyak untuk menggoreng

1/8 sudu baking powder | ni saba tambah - letak secubit jer
1 biji telur | ni saba tambah- letak jgk



CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Kupas pisang, lecek bersama gula, garam dan soda bikarbonate hingga hancur. Masukkan tepung dan gaul rata hingga sebati. Perap 30 minit. | saba masukkan sekali telur dan baking powder
  2. Panaskan minyak pada tahap kepanasan sederhana. Basahkan hujung jari dalam air, jemput kan adunan tadi ke dalam minyak panas, pastikan jangan banyak2, mat buat dalam 10 biji macam tu, sebab ianya akan kembang. Tapi ini bergantung pasa saiz kuali yang anda gunakan.
  3. Goreng hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian cekodok. Angkat dan toskan. Letak atas paper towel dan biar minyak terserap. Hidangkan bersama kopi atau teh...

Tuesday, May 29, 2012

Crunchy Nestum Cookies



Assalamualaikum teman2 semua...
sedih fikir kekadang orang tak ingat kite :((
ye lar apa lah yg ada pada kite kan3x
dah lah blog mcm tak ruper orang lain... gmbr2x tk cantik2 resipi pun entah!!... apalagi ...

argggghhhhh!!!!!
malas lah nk ckp...*pujuk ati*


anak mama si Shasha ckp ..."tak suka betul lah ngan kukis nie!!!"
mama tanya kenapa? " tak sedap ke Sha?"
shasha jawab.... "menci lah rasa mcm kukis RAYA"
mama: *tepuk dahi* "apa lah si bdk nie" hehehe


cookies nie kalau tak silap mama buat bln lepas... semasa ada persatuan order epok2 dari mama utk dijamu kat masjid!... mama buatkan cookies ni dan pack kan kecil utk diberi kan pada jemaah sebagai cemil2lan...

resipi mama ambik dari dapur Nadz... cuma mama tak letak buah cerry merah atau hijau jer sbb mmg tak letak coz bdk2 nnt tak mkn... mmmg crunchy sedap garing n wangi jer bau cookies nie.. mama buat 2 adunnan sekali bolat2 kecil2... alhamdulliah syukaran :)

Terima kaseh Nadz utk resipi izinkan mama letak resipi disini pula dan berkongsi pada teman2 yg lain yer minta halal yer /(^*^)\


CRUNCHY NESTUM COOKIES (BISKUT NESTUM RANGUP)

Bahan-bahan A :
  • 1 cawan tepung gandum - ayak
  • 1 1/2 tsp serbuk penaik - ayak
  • 2/3 - 1 cawan bijirin NESTUM original - dikisar halus
  • 1 cawan bijirin NESTUM original - tak perlu dikisar
Bahan-bahan B :
  • 125 gm butter
  • 1/2 cawan gula kastor (boleh kurangkan 1-2 Tbsp untuk kurangkan sikit rasa manisnya)
  • 1 tsp esen vanilla
  • 1 biji telur gred A @ B
Bahan-bahan C (untuk hiasan) :
  • Bijirin NESTUM secukupnya - letakkan di dalam sebiji pinggan
  • Buah ceri yang dipotong kecil - mama x letak




Cara penyediaan :
  1. Satukan semua bahan A ke dalam sebuah mangkuk. Ketepikan.
  2. Di dalam mangkuk pengadun, pukul butter dengan gula hingga sebati. Masukkan esen vanilla dan telur dan terus memukul hingga sebati lagi.
  3. Masukkan bahan A ke dalam bahan adunan dan uli hingga membentuk doh yang lembut. Balut doh dengan plastik pembalut dan simpan ke dalam peti sejuk selama 20 minit.
  4. Keluarkan adunan dari peti sejuk. Cubit sedikit adunan dan bulat-bulatkan menjadi bebola. Golekkan bebola-bebola ini di dalam pinggan berisi bijirin nestum. 
  5. Susun bebola-bebola ini di atas dulang pembakar yang telah dilapik dengan kertas kalis minyak. Tekan sedikit bebola-bebola ini dengan hujung garfu agar leper sedikit. 
  6. Ambil buah ceri dan tekankan di tengah-tengah doh sebagai hiasan.
  7. Bakar biskut di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 C selama 20-25 minit atau sehingga biskut bertukar warna menjadi perang. Sejukkan biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.



Friday, May 25, 2012

~Sambal Gesek Buah Kuiini~

 hah!! baru kena mkn ngan lauk tumis labu!!!!
sedap hingga menjilat jari no!!! hahaha


mmg kat sini tgh musim buah kuiini... kalau ke pasar lalu depan kedai buah mesti bau harummmm!!!
tapi mama beli yg muda2 sikit sbb takut ada orang kat dalam!!! allhamdullilah semua ke 4 biji yg dibeli semua bersih dari benda alah tuh!!

Bacang or kuiini bila google sama jer!! Mama panggil kuiini mana2 ajer lah
Terggoda lps kak anim tayang sambal gesek buah bacang perghhh!! mmg marbeles tak pernah rasa sambal gesek sebelum nie... mmg tak gunakan belacan yer kak Anim?

Meh tgk resipi yg di salin dari dapur kak Anim... thanks yer Hawa minta izin letak disini yer :)


Sambal Gesek + Bacang Muda
by anymz mykitchen

Bahan2

1 biji bacang muda bersaiz sederhana-di cincang kasar
5 biji cili hidup
8 biji cili api/padi - letak 4 jer
3 ulas bawang kecil
segenggam ikan bilis yang sudah di kopek bersih
sedikit garam
sedikit perahan air limau kasturi.- x letak sbb dh terasa masam buah kuiini



Cara

Bersihkan bacang muda.Buang semua kulit bacang dan cincang kasar isinya.ketepikan
Cili hidup di belah dua dan di kerat tiga..(supaya senang nanti nak blender)
Masukkan cili hidup ke dalam blender kering.
Masukkan juga ikan bilis yang sudah di bersihkan
Masukkan garam
Kisar kasar.Jangan halus sangat nanti tak sedap
Ketepikan cili hidup
Kisar cili padi bersama bacang
Kisar kasar juga
Kemudian semua bahan di satukan bersama.
tambah garam jika perlu..
Dah siap sedia untuk di hidangkan dan jangan lupa perah asam limau sebelum di hidangkan ya..


mama masukkan jer semua dalam pengisar kering.. nak tumbuk hehehe malassss!!!!

Tumis Air Labu Manis ~ lauk kite~

 Salam Jumaat buat semua!!!

lauk air begini mmg menjadi kegemaraan mama & baba
tapi kalau anak2 yg berdua tuh 
jeling2 manja jer hehehe

mmg sesuai ditekak kami 
makan bersama sambal belacan jer dah memadai 
tak sanggup ku bertambah nasi lagi hehehe

Resipi yg di celok dari dapur sapa lagi... cik mat gebu lah yg mmg byk mskkan kampung & baba nyonya. Kekadang sampai naik kecur air liuq bila tgk gambar masakkan beliau!!. Terima Kaseh cik mat minta izin mama berkongsi resipi yg paling mudah & lagi menyelerakan nie disini :)



Tumis Air Labu Manis
sumber: Cik Mat DTS


BAHAN-BAHANNYA :-)

500 gram labu manis, kupas kulit dan dipotong kiub sederhana besar

8 tangkai kacang panjang, diketat 1 1/2 inci panjang, cuci dan toskan- mama x letak
1/2 kiub pati ikan bilis
1 camca besar udang kering, rendam, toskan dan tumbuk hancur
1 biji bawang besar saiz sederhana, hiris halus
4 ulas bawang putih, dititik
1 batang serai, dititik
1/4 camca teh serbuk kunyit
3/4 camca teh lada hitam biji, ditumbuk halus
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang besar, bawang putih, serai dan udang kering hingga harum dan bawang sedikit layu. Masukkan serbuk kunyit dan tuang air. Tambah labu dan kiub ikan bilis. Biar mendidih.
  2. Bila labu 1/2 empuk, masukkan kacang panjang, lada hitam dan perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Masak sekejap hingga labu empuk tapi tidak hancur. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, sambal belacan dan ikan goreng...

Thursday, May 24, 2012

Nasi Komok

 Pagi yg terang disini... 
Allhamdullilah syukur atas nikmat yg di beri :)

Salam pagi Khamis buat teman2 semua yg diingati selalu... Perasaan mcm missing sesaorang lah tapi bukan sesaorang ada 2-3 teman2 blogger yg mcm dh kureng sikit menghapdate N3 mcm rindu gituuuu :(((

Berbalik pada N3 pagi nie .... Zila cayang mmg sah2 dah lama habis tau!!! hehehhe
tak tahu kenapa nama nasi ni di panggil nasi komok????? Tapi dari segi rasa nasi nie ada rasa2 sikit mcm nasi berempah dan ada jgk rasa mcm nasi ayam mungkin kerana mkn ngan sambal cili yg seakan2 cili nasi ayam... apa2 pun memang sah sedap di tekak kami semua dirumah!!! Cuma ayam nyer mama ikut resipi dari dapur Diana mmg marvebeles beb!!

Ramai yg dah mencuba resipi nasi komok nie mama jer yg blm terpggl utk membuat nyer jer hehehe
Izinkan mama panjangkan resipi di sini pulak... terima kaseh semua yg terlibat!!! muahhhzzzz




:: Resipi Asal ~ Azian @ Azian Collections  ( TQ )



Nasi Komok ( Khao Mok Gai )


 Bahan² Rempah Komok
2 tsp serbuk kari ayam / daging _ ( Diana guna rempah kari ayam dan daging Baba's ) - mama pun
1 tsp serbuk kunyit
1 tsp serbuk ketumbar
1/2 tsp serbuk jintan putih
1/2 tsp serbuk jintan manis
1/2 tsp serbuk kayu manis
1 tsp garam
1 tbsp gula

Bahan²
5 cawan beras basmathi
4 sudu minyak sapi
4 - 5 ulas bawang merah*
1 Inci halia*
4 Ulas bawang putih*
3 batang akar ketumbar
2 - 3 sudu rempah komok _-( Rujuk bahan Rempah Komok di atas. Diana bubuh kesemuanya )
200 ml susu cair
1 ekor ayam
8 cawan air
Garam secukup rasa
Rempah penumis ~ 1 batang kulit kayu manis, 2 bunga lawang, 3 biji pelaga, 4 biji bunga cengkih
Bawang goreng
Cara ²
  1. Cuci ayam ( seeloknya di potong 4 saja )
  2. Cuci beras basmathi dan rendam sebentar.
  3. Hiris nipis bahan bertanda *
  4. Tumis rempah penumis dan bahan yang dihiris dengan minyak sapi / minyak zaitun hingga naik bau.
  5. Masukkan rempah komok dan kacau selalu supaya tidak hangus. Setelah nampak garing masukkan air dan akar ketumbar. 
  6. Masukkan ayam dan rebus ayam hingga hampir masak.
  7. Angkat ayam dan toskan. Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit ( Diana lumur ayam dengan serbuk cili, halia tumbuk, garam, sedikit asam jawa, sos manis ABC dan tepung jagung ). Perap sebentar biar ia mesra. Goreng ayam yang di perap samada garing atau tidak ikut citarasa sendiri. 
  8. Keluarkan 1 cawan kuah tadi untuk sos cili.
  9. Masukkan kuah ke dalam periuk nasi dan masukkan susu. Biar ia menggelegak sambil di kacau. Masukkan garam secukup rasa.
  10. Masukkan pula beras yg telah di toskan.Tutup dan biarkan ia masak.
  11. ** Cara Diana pula ~ Masukkan beras ke dalam periuk nasi elektrik. Kemudian masukkan 6 cawan kuah, susu cair, garam secukup rasa serta kuib ayam. Gaul rata dan masak seperti biasa. Setelah petunjuk masa kat periuk nasi menunjukkan 4 minit lagi nasi hendak masak, masukkan biji gajus goreng dan kismis. Tutup penutup periuk semula dan biarkan nasi masak. Setelah nasi masak, biarkan seketika sebelum digemburkan. Sedia untuk dihidang. 

Bahan² Sos Cili
1 Cawan air kuah nasi komok* ( sedikit halia dari kuah pun Ayu masukkan )
6 biji cili merah*
Segenggam cili padi*
4 ulas bawang merah
2 Ulas bawang putih*
4 tangkai daun ketumbar*
Gula, garam ,cuka _ secukup rasa

Cara²
  1. Kisar semua bahan bertanda *.
  2. Masak hingga agak pekat.
  3. Perasakan ia dengan garam, gula dan cuka secukup rasa.
  4. Hidang bersama nasi komok.

Wednesday, May 23, 2012

Pu3 Ayu

 Assalamualaikum w 

Pagi Rabu yg dingin setelah hujan turun ngan lebat sekali lbh kurang
jam 4.30 awal pagi...
sekarang pun disini hujan gerimis lagi...
allhamdullilah diharap sejuk & dingin cuaca hari

kain baju dah settle semua di lipat 
so dapat lah menghapdate blog sementara 
fikir2 apa nak dimsk utk petang nnt...


Apabila Sabar di Dubai  tayangkan kuih puteri ayu nie mama begitu terggoda sbb petama mmg lama betul tak mkn or buat kuih nie kedua sbb berwarna warni lain drp the normal kuih pu3 ayu hehehe

Buat 2 minggu lps tak byk buat 1/2 adunnan jer jadi lah utk mkn2 lepas kan mengidam hehehe betul tuh Saba ... lembut jer n resipi pun senang kalau nk sukat kan 1/2 adunnan.. puas ati dpt makan hahaha

Jom semak resipi... Saba ambik resipi dari dapur Ros yg resipi asal dari Myr Kak Rohaya1710 terima sekalian.. Mintak halal yer mama ltk resipi disini pulak :)


Kuih Puteri Ayu
Resepi Asal : Kak Rohaya1710 ~ myresepi
Source Saba: Kak Ros Jintamanis


Bahan-bahan ( 25 - 30 biji )

2 biji telur
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1 sudukecil ovellete
1 sudukecil perisa pandan
pewarna hijau * saba ltk kaler kuning, hijau, coklat, dan pink - mama gunakan pink, hijau & coklat
kelapa putin + dgn sikit tepung gandum dan garam


( ros tambahkan 1 sudu kecil baking powder dan ayak bersama tepung gandum)





Cara-cara

1. pukul gula dan telur hingga kembang, masukkan ovellete dan pukul lg.
2. masukkan tepung, santan, perisa pandan dan pewarna, pukul lg hingga sebati
3. isikan kelapa putih dlm acuan, tekan sikit supaya mampat, tuangkann adunan dan kukus lebih kurang 7 minit.


Nota tambahan untuk menghasilkan puteri ayu yang gebu lembut.- ros@jintanmanis.com

-langkah yang paling penting masa pukul telur tu, ros pukul dulu telur hingga berbuih, baru ros masukkan gula, dan pukul lagi sampai betul-betul kembang, kemudian baru ros masukkan ovellete, bila masukkan ovalette tu pukul lagi sehingga ovelette tidak kelihtan dalam adunan, dan akhirnya baru masukkan bahan-bahan yan lain.

*Petua bagi puteri ayu senang dikeluarkan dari acuan- ros@jintanmanis.com*

1. pastikan acuan di sapu dengan minyak terlebih dahulu.

2. Pilih acuan yang tinggi sedikit dan permukaan dalam acuan puteri ayu berkilat, supaya senang dikeluarkan nanti. ( ros ade dua jenis acuan puteri ayu yang dalam nye tak berkilat dan yang berkilat, ternyata acuan yang dalamnye berkilat lebih senang digunakan).

3. Pastikan kelapa tu dimampatkan betul-betul ke dasar acuan, setelah siap dikukus terus keluarkan puteri ayu perlahan-lahan dari acuan.



Monday, May 21, 2012

Syrup Nata De Coco


Assalamualaikum w w
Selamat Malam kpd semua teman2 yg dikasihi & dirindui...

Malam2 tayang air syurp!!!
dah brapa hari cuaca hangat & panas
Jom kite minum air sejuk hilangkan haus hehehe



Wednesday, May 16, 2012

Apam Pisang tanpa TELUR n MINYAK


Assamualaikum selamat pagi rabu 
kepada semua teman2
yg sudi berkunjung disini 
terima kaseh yg sudi komen
love u all many hehehe

pagi nie dah okay sikit 
hidung dah tak sok seh lagi hehehe

Ni pun N3 tertunggak jgk.. bila lah nak habis 




Mmg senang nak buat.. kacau2 jer hehehe mama mkn tak de kelapa parut pun.. makan g2 jer... kalau rajin mkn ngan kelapa putih n gula oren pun best jgk...

Resipi dari dapur dik Ika yg menyepi... mana lah bdk si Ika nie!!! anyway tq izinkan mama share di shin yer :)

APAM PISANG TANPA TELUR DAN MINYAK
Resepi Asal : KAK FIDA MyR

Bahan-bahan ( 1 familly )

  • 1 cawan pisang lecek
  • 1 cawan gula perang / gula halus (akak guna 150g campuran gula)
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 1 1/2 sk bicarbonate soda>>yg ni kita letak secubit ajerr sbb allergic dgn rasa SB ni ehehe.. mama ikut jgk
  • 4 sb susu segar




Cara-cara
  1. Tepung dan bicarbonate soda diayak bersama.
  2. Pisang lecek, gula dan susu dikacau rata.
  3. Masukkan campuran tepung dan kacau hingga sebati.
  4. Tuang adunan dalam acuan kecil atau loyang yang digris dan dipanaskan dahulu dan kukus hingga masak.
  5. Hidangkan dengan kelapa parut putih yang dikukus jika suka.

Tuesday, May 15, 2012

Donut "Paling Sedaaaaappppp"

 Assalamualaikum & Selamat Petang Semua!!!

Aichooooooo!!!!
opppsss sorry ter aicho plak
*sambil lap idung & mata*

gini lah kalau dah allergy...
nak buat cam mana kan
sob sob
terima kaseh buat teman2 yg sudi bertandang
n maaf sbb komen N3 yg lepas masih tak terreply...

meh layan donut keledek yg entah bila buat...
yg pasti ...
enak , lembut, gebus



Walaupun adunnan agak lembik sikit & terpaksa dibuat bulat2 begini... tapi hasil memang best!!!
Tq Izah ... sadis jgk bila membaca cerita abang n adik tuh ...huhuh
Izinkan mama letak recipe disini agak dpt di kongsi bersama2 teman2 yg lain ...tq very much muaaahhhhh


DONUT KELEDEK JEPUN
by: izah 

Bahan2
200 gm tepung gandum
1 1/2 sk yis segera mauripan
100gm ubi kentang *izah guna keledek jepun- mama gunakan keledek oren
1 sudu besar susu pekat manis
50gm gula halus
1 1/2 sb mentega
1 biji telur kuning
1/2 sudu teh garam
60ml air
Gula ising untuk salutan
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara :
1. Kupas kentang, rebus hingga empuk dan lenyek hingga halus ketika masih panas.
Sejukkan.
2. Satukan tepung, gula dan yis, gaul rata. Masukkan kentang lenyek dan bahanbahan lain kecuali air. Gaul hingga rata dan masukkan air sedikit demi sedikit dan uli
hingga menjadi doh yang lembut dan elastik.
3. Rehatkan adunan selama 15 minit dan tutup dengan kain / plastik sehingga
mengembang.
4. Canai dan terap dengan acuan donat dan letak di atas dulang yang ditabur sedikit
tepung. Rehatkan selama 20 minit lagi hingga mengembang
5. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
6. Salut dengan gula halus atau coklat mengikut suka.



Friday, May 11, 2012

Nasi Ayam Ipoh Q n kad Sha


Assalamualaikum teman semua yg diingati...
Salam pagi Jumaat yg ceria sekali disini
matahari cantik sekali menyinar
sambil buat N3 nie kain baju dlm washing machine...
tgk lah kalau sempat BW 




sebelum apa2... nak tayang kad dari Sha novelis aka chef yg cun melecun nie..asyik terlupa jer nak gantung... okay Sha mama dah gantung kad nie..tq manyak2 yer :)


Okay berbalik pada gmbr2 nie rasa2 nyer ramai yg dah mencuba Nasi Ayam Ipoh. Masa nak google resipi nmpk kat Myr resipi nie tak tahu plak resipi dari Q... mmg ternyata sedap sesuai ditekak kami dirumah...suka ngan rasa kicap pekat yg dicurah kat atas ayam tuh ada rasa pedas2 sikit. Tapi tang sambal mama kurang kan cili padi nyer sbb mcm rasa pedas sgt!!

kalau tahu dah lama mama cuba... tuh lah selalu jer ketinggalan keteapi hehehe :)

Mekasih Q... mmg sedap rugi sapa tak mencuba nyer :P
Izinkan mama share disini  yer ^___^

Nasi Ayam Ipoh
Resepiquinnie@qasehququinnie.blogspot.com


Bahan-bahan ( sekeluarga )

  • *BAHAN NASI*
  • 4 mug beras
  • 4 1/2 mug air rebusan ayam
  • 2 inci halia*
  • 3 biji bawang putih*(bahan*ditumbuk lumat)
  • 3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 helai daun pandan
  • 4 sudu mentega + sedikit minyak masak
  • 1 sudu kecil garam

  • *BAHAN AYAM*
  • 1 ekor ayam
  • 3 biji bawang putih*
  • 1 inci halia*( bahan* ditumbuk lumat)
  • 3 sudu besar kicap lemak manis
  • 2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe) 
  • 2 sudu besar kicap pekat (optional)
  • *BAHAN SUP*
  • air secukupnya
  • 4 bawang putih diketuk
  • 3 inci halia di hiris
  • 3 helai batang bawang
  • 1 biji sengkuang dipotong dadu
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah 
  • garam
  • *BAHAN CILI*
  • 10/15 biji cili burung - kurangkan dlm 7-8 biji jer
  • 6 biji cili merah
  • sedikit halia (ambik dari rebusan)
  • 5/6 biji bawang putih
  • 1 biji limau kasturi/nipis
  • sedikit air dari air rebusan ayam
  • garam n gula secukupnya 
  •  
  • *BAHAN KICAP*
  • 5 biji cili burung
  • sedikit halia (ambik dari rebusan)
  • 4/5 biji bawang putih
  • kicap pekat dan kicap cair secukupnya
  • air rebusan ayam secukupnya
  • tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan) 
  • 2 sudu besar sos tiram

  • *BAHAN TAMBAHAN*
  • tomato, salad, daun sup dan bawang, timun, bawang goreng



Cara-cara

  1. mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih. 
  2. selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.
  3. cara utk masak nasik, mula2 masukkan majerin dan minyak masak dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di tumbuk lumat. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.
  4. penyediaan ayam, ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan * yg telah di tumbuk lumat dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.
  5. cara penyediaan cili, masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur.
  6. cara penyediaan kicap, blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah.
  7. cara2 penyedian sup, baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup.
  8. selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi. 
(nota: kalau ikut resepi asal...nasi tu letak skit lemak ayam kat dlm dia masa nak tumis tu..saya kadang2 kalau rajin buat..kalau malas saya tak letak pun...sup tu kalau tak dek sengkuang elok tambahkan rempah tumis  4 sekawan tuk naikkan rasa dia....)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...