Tuesday, January 26, 2010

Ayam Lemak cili padi Berkerisik


Menu makan malam kami tadi... Ayam Lemak cili Padi Berkerisik...
Lemak ayam yang di letak kobis besar2 yang menjadi kegemaran anak2 mama... Lemak cili padi yang seperti biasa cuma mama letak kan 1 sudu besar kerisik kelapa.


Tengok ni... kobis yang besar2 mama letak dalam 4-5 keping
dan kuah yang banyak... blh surut kalau shasha n Along mkn

Tuna Puff done By Nazli


Ni bukan mama yang buat tau!!!! Di buat oleh Cik Nazli tadi waktu sekolah... hehehe

Salam & Selamat malam my dear frenzzzzzz..... Miss semua teman2. Terima kaseh semua...
Pada hari ni masakan Tuna Puff yang dibawa pulang kelihatan menarik sikit.. walaupun jumlah tak banyak... memadai untuk mama rasa... Boleh tahan lah kali ini :)


Tengok lah inti tuna yang terkeluar dari kulit... hehehe Nazli oh Nazli

Sunday, January 24, 2010

Blackpepper Chicken Chop


Salam & Selamat Malam semua... minggu kalian semua bagaimana????

Malam ni tak mahu cerita panjang2... Menu tengahari tadi sebelum keluar bersama keluarga.
Requested by Cik Hubby nak makan chicken chop. So resepi mama dapat dari MyResipi dari Aeeda 78. Chicken Chop yang berlainan dari yang pernah kite makan... Thumbs Up!!!! from my hubby n the kids and also mama lah :) Mama C&P dari sana :)

Gambar kat atas... setelah dicampur dengan semua sos2 dan diperap. Mama cuma perap dalam 10-15 min saja... nak cepat... hehehe

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • *UNTUK DIPERAP*
  • 2 paha ayam (kalo suke, debone kan. kalo malas, biar je tulang nye)
  • 2 ulas bawang putih (cincang)
  • 1 cm halia (cincang)
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos Lee & Perrins
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap masin
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar madu
  • garam secukup rasa
  • *SOS BLACK PEPPER*
  • 1/2 botol sos lada hitam
  • 2-3 sudu besar sos tiram
  • 3-4 cendawan butang (cincang)
  • 1/2 biji bawang besar (cincang)
  • garam/gula secukup rasa

Cara-cara

  1. gaulkan ayam dengan bahan perapan dan biarkan semalaman. Cucuk-cucukkan ayam dengan garfu supaya bahan perapan dpt diserap dengan elok.
  2. selepas diperap semalaman, sediakan non-stick pan untuk tujuan menggoreng ayam. Goreng dengan minyak yg sedikit saja dan tutupkan pan sehingga ayam dah separuh masak.
  3. balik-balikkan ayam sehingga masak (tapi jgn terlalu masak agar ayam tetap juicy).
  4. lebihan bahan perapan tadi boleh la dijadikan sos utk dituangkan ke atas ayam yg dah siap.
  5. tapi kalo rase tak cukup je sos marinate tu, boleh sediakan sos black pepper nya spt yang tertera di atas.
  6. caranya dengan memasak bahan2 sos black pepper selama satu minit dan adjust la kepekatannya dengan menambah sedikit air, garam dan gula secukup rasa.




Ni mama masak medium rare jer... soft & still moist


Sauce Blackpepper serta lots of mushroom :)


See... Cik hubby jari jempol!!!! Sedap lah tuuu. Hari ni mood nak makan western... Dah jelak makan nasi :)

Friday, January 22, 2010

Jemput2 Pisang


Good morning semua.... Hujan kat sini pagi2..... Best kalau dapat tido tengah sejuk2... tarik selimut....
Hari ni sarapan jemput2 jer... Minum ngan air nescafe....
Pakai tepung self rising flour... tepung gandum dah nyellek. Sedap jgk.. garing2 :)
Jemput sarap everybody :)

Wednesday, January 20, 2010

Rojak Bandung




Ingat Penang jauh.... Bandung lagi jauh... kikiki
Ini lah disebabkan ngidam nak makan rojak petis... :) Belek punya belek buku masak nampak resipi ni... Rojak Bandung


Ni selepas di tuang kuah manyak2... Cik hubby n mama apalagi bedal sampai licin... Orang ngidam... hehehe

Terima Kaseh tuan resipi - Hjh Saodah Mohd Salleh kerana sudi berkongsi resipi :)

Bahan
1 kg sotong kembang, dicelur sebentar dan dihiris ikut suka hati
1 kg kangkung, dicuci bersih dan dicelur kemudian dipotong ikut suka hati
4 keping tauhu digoreng dan dihiris ikut suka hati (mama potong2 )
1 batang timun belah & dihiris serong
1 cawan kacang tanah digoreng ( mama beli yg dah siap- dlm packet) dijisar kasar utk ditabur
sedikit bijan dibakar sebentar utk ditabur ( x letak)

Bahan Kuah
1 cawan sos tomato
1/2 cawan sos cili
1 sudu makan cili boh ( mama letak cili yg dikisar dlm 3 sudu makan)
1/2 sudu makan pes bawang putih
1/2 sudu makan pes bawang merah
1 1/2 sudu makan kicap manis
1/2 cawan gula merah digaul dgn 3 sudu makan gula pasir
1/2 sudu makan petis
1/2 cawan jus limau kasturi atau cuka ( mama letak limau kasturi)

Cara
masukkan semua bahan kuah didalam periuk. Gaul rata dan didihkan diatas api yg sederhana besarnya sehingga pekat sedikit. Kemudian rasa dan tambah apa yang kurang.

Cara menghidang
Masukkan sedikit sotong didalam pinggan mungkum. Hias diatasnya dgn kangkung, hirisan timun & kepinggan tauhu. Siram secukup kuah dan tabur kacang tanah serta bijan..
Siap

Muffin Coklat Pisang


Salam & selamat malam everybody...... Hari ni mood baik :) Membaking kite u...
Nampak kat rumah zalieda... Tapi sebelum dah nampak kat rumah teman2 blogger. Pada mama adunnan okay jgk.. tak brapa manis :) untuk yang lain rasa nyer mmg kuranglah. Mudah & simple... tak payah keluarkan mixer :) sesuai untuk mereka yang nak mencuba :) TQ zalieda kongsi resipi :) Ni mama C&P dari rumah zalieda k.


Bahan-bahan
  • 100g pisang
  • 100g tepung gandum
  • 50g mentega-cairkan
  • 20g serbuk koko
  • 50g gula halus
  • 1 biji telur- suhu bilik
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 50ml susu segar
  • walnut secukupnya (optional) - mama letak coklat chip

Cara-cara

  1. Panaskan oven sehingga 180C. Pukul sedikit telur dengan garfu- tak perlu kembang.
  2. Masukkan gula, tepung gandum, serbuk koko dan baking powder ke dalam plastik. Tutup mulutnya dan goncang biar semuanya sebati
  3. Masukkan pisang ke dalam mangkuk. Lenyekkan dengan garfu.
  4. Masukkan pula susu segar ke dalam pisang tadi dan kacau
  5. Kemudian masukkan pula telur. Kacau biar sebati.
  6. Lepas tu masukkan pula tepung yg dalam plastik tadi dan kacau.
  7. Akhir sekali masuklah mentega cair tadi. Kacau biar sebati. Kemudian dengan sudu cedukkan ke dalam muffin cup. Isikan dengan 2/3 penuh.
  8. Letakkan walnut (chocolate rice) di atas setiap bekas muffin tadi. Bakar selama 25-30 minit.


Tuesday, January 19, 2010

Nazli !st Day Baking @ School


Bila mama tanya Nazli masak apa???? Dengan cepat dia keluarkan bekas yang di bawa tadi pagi. Pumpkin Muffin Wif cheese.
Bila tanya: Ni Adik buat??? Adik letak dalam papercup??? Adik bakar????
banyak songeh pulak mama dia!!!!!


Ini lah ruper dari dekat.... Dari segi rasa..... tak telan!!!!! Bad combination dengan cheese yang tak berapa masak. Nanti mama nak tengok resipi dari buku sekolah dia... hehehe. Olay cukup untuk hari ini... SELAMAT EVERYBODY :)

Ayam kicap Pak Said...


Masak lauk ayam kicap untuk dinner tadi... Sekodeng kat buku2 masak.. terjumpa resipi ni. Simple tapi dari segi rasa... berlain dari masak kicap, kerana menggunakan rempah2. Mama nak berkongsi resipi disini.

Bahan A
1 ekor ayam, beratnya 1.5kg
cuci bersih potong 10 dan toskan
200ml kicap manis
2 sudu makan cuka
2-3 cawan air
Minyak untuk menggoreng & menumis

Bahan B
3 biji bawang besar, dihiris bulat
5 biji bawang putih, dihiris
2 jari halia panjang2 seperti batang mancis

Bahan C
1 biji buah pala
1 sudu makan lada hitam biji
1 jari kayu manis
15 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
10 biji buah pelaga

Cara
Lumur ayam dengan sedikit garam. Panaskan minyak dan goreng ayam, tetapi jgn terlalu garing. Angkat dan ketepikan. Tumbuk halus semua bahan C.(mama- blender kering)

Dengan menggunakan sedikit minyak bekas menggoreng ayam, tumis semua bahan B sehingga bawangnya layu. Masukkan pula bahan C (rempah tumbuk) dan tumis kan lagi sehingga naik aromanya. Tuang kicap, air dah cuka. Gaul rata. Setelah mendidih, barulah dimasukkan kepingan ayam goreng. Balik-balikkan dan masak sehingga pekat sedikit dan rempahnya meresap.

P/S Pada mama bahan C terlalu banyak- mama cuma letakkan ~ 1 sudu makan. Sebab terlalu kuat bau rempah2... bukan apa... nanti budak2 tak mahu makan pulak.

Apa2 pun... sedap lauk masak kicap pak said ni... Ada rasa masam2 sikit dari cuka & rasa & bau rempah yang di blender halus. Pada sapa2 yang kuat pedas blh lah tambahkan cili padi :) Selamat Mencuba

Kobis Goreng Pedas

Selamat malam dan bertemu lagi dihari yang sama :)
Tak de idea nak goreng sayur... so terciptalah kobis goreng pedas. Memang lah pedas... tengok merah menyala.


Dan tak lupa jugak ngan cik suun yang manyak2 sekali :) Mmg febret suun... Blh berebut makan ngan cik hubby tadi... hehehe

Bingka Ubi @ Kuih Bakar Ubi


Ubi yang di import dari Pagoh... manyak. So mama parut dan simpan kat freezer.
Resepi dari Bro Rozzan kite yang expert dengan kuih lapis dia... Memang pro lah Bro kite ni bab kek2 lapis yang bermacam versi :)
Bakar malam semalam... So tadi pagi... selain maggi for breakfast... bekalkan sikit untuk cik hubby.

Adunan agak tebal sikit sebab mama menggunakan loyang 6x9" next time gunakan loyang besar sikit biar nipis... Hasil yang memang sedap... tradisional type of bingka ubi yang tak menggunakan tepung. Tq Bro Rozzan. Hawa minta izin letak resipi disini... dapat teman2 yg lain mencubanya :) Resipi C&P dari rumah Bro kite.

KUIH BAKAR UBI

Bahan-Bahan
1 kg ubi parut (perah dan buang semua kanjinya)
500 ml santan pekat (santan kotak)
150 ml air
250 gm gula
4 biji telur (saiz besar, kalau kecil gunakan 5) –kacau sedikit
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar pes pandan
1 sudu teh garam
sedikit pewarna kuning (utk mendapatkan warna hijau yg lebih menarik)


Peraturan :

1) Satukan ubi parut dan gula dalam sebuah mangkuk besar lalu masukkan minyak sapi dan telur. Gaul rata bahan-bahan ini.

2) Kemudian masukkan santan, pes pandan, air, garam dan pewarna kuning. Kacau lagi sehingga sebati.

3) Sapukan sedikit minyak pada dasar dan keliling loyang berukuran 10 inci. Bubuh adunan ubi tadi. Bakar di dalam oven selama kira-kira 1 jam – 1 jam 10 minit dgn suhu 200/220 darjah Celsius. Oven hendaklah dipanaskan terlebih dahulu.

Biarkan bingka ni sejuk sepenuh nye sebelum memotong. Hah!!! sapa yang nak bahagian yang ireng2 ni buka mulut... mama suapkan... lepas ni jgn mintak lagi tau!!! hehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...