Sunday, January 31, 2010
Se petang di Turf City Bukit Timah...
Friday, January 29, 2010
Sambal Tumis Terung
This Dish for cik hubby. Requested few days ago... Hari ni baru sempat masak...
Semasa mama update N3, cik hubby belum pulang dari kerja ...OT lagi. Kalau dia balik nanti, tengok terung ni ............... ^-^
Boleh makan sambal terung ni bersama nasi putih sahaja... tanpa lain2 lauk.
Tak payah letak resipi lah. Semua orang tahu buat sambal tumis kan!!!
Hah!!! Panjang umur Cik hubby mama.... Dah balik pun... Okay Bye!!! Adios Frenzzzz
Telur Dadar wif Blackpepper & Mushroom sos
Simple... Sos Blackpepper Chicken Chop ada lagi, so mama dadar jer telur dan siram sos kat atas telur. Siap utk dimakan oleh Shasha n Nazli...
- *SOS BLACK PEPPER*
- 1/2 botol sos lada hitam
- 2-3 sudu besar sos tiram
- 3-4 cendawan butang (cincang)
- 1/2 biji bawang besar (cincang)
- garam/gula secukup rasa
Apam Beras
Salam semua & selamat malam :)
Sana sini kat rumah teman2 dah berjangkit dengan virus "APAM" Virus yang very powerful!!!! Dengan cepat sekali merebak... hahaha
Ini lah hasil nya.... Mama ambik resipi ni dari Rumah Anis. Anis pulak ambik dari Rumah Am.. begitu lah seterus nye.... Silap mama tak letak penuh sangat. Tak pe ini percubaan pertama. Jangan putus asa!!!! lain kali bolih cuba lagi :)
Meh tengok resipi :) C&P jer dari rumah Anis. TQ :)
Bahan-bahannya:
2 cawan nasi
21/2 cawan air
1 cawan gula perang
3/4 cawan gula pasir
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 sudu teh yis kering
Cara-caranya:
1. Masukkan nasi, air, gula perang dan gula pasir dalam pengisar dan kisar hingga halus. Ketepikan.
2. Dalam mangkuk besar, campurkan tepung gandum, tepung beras dan yis kering. Gaul mesra.
3. Masukkan bahan-bahan yang dikisar ke dalam mangkuk berisi campuran tepung tadi dan kacau hingga sebati serta tidak bergentel.
4. Bahagikan kepada 4 bahagian dan warnakan setiap bahagian dengan pewarna merah, hijau, kuning dan original.
5. Rehatkan selama 3 jam. Sapu minyak masak pada acuan, tuang adunan dan kukus selama lebih kurang 15 minit di dalam kukusan yang telah siap dipanaskan.
Tengok Apam ni... mkn tanpa gula n kelapa pun enak :)
Thursday, January 28, 2010
Ikan Cencaru Bakar
Cicah Budu
Hai... Selamat Malam semua... Hari ni lambat sikit update N3... tadi petang baru balik belanja di KipMart JB ngan 2 anak dara mama, my mom and of course my Bro....
Ni jer yg sempat buat dinner tadi... Ikan bakar cencaru & utk cicahan BUDU
Ni lah BUDU yg telah di campur dgn perahan air limau nipis, bawang besar dadu & of course cili padi alot/ many2 for cik hubby cicah. For the kids... cili kicap :)
Prata Wrap
Salam & Selamat pagi utk semua teman2 bloggers mama yang dikasihi selalu... yang selalu datang dan tinggal jejak kat cboz atau yang dtg jenguk2 tak tinggal jejak pun Tq banyak kerana sudi menziarahi 'rumah' yang tak seberapa ni :)
Dapat idea untuk buat breakfast pagi tadi... ambil idea dari Chicken Prata Egg Roll yang pernah mama buat dulu.
Bahan:
Prata Instant yg plain
secukup pop corn chicken
mayo
thai cili sos
telur dadar
sayur mayur terpulang - mama gunakan timun
Cara:
Masak instant prata seperti biasa. Pop Chicken digoreng dulu. Telur dikocok sederhana. Panas kan kuali letak kan dlm 2-3 sudu telur dan masak sebentar letak kan instant prata yang telah dimasak keatas telur dan biar kan dalam 1-2min. Angkat.
Cara menghidang:
Letak prata telur kedalam pinggan leper, sapukan mayo, susun timun atau sayur kesukaan. Letak lah 2-3 ketul pop corn chicken dan tuangkan sos cili. Gulung prata ketat2 dan bungkus dengan aluminium foil. Siap dihidang panas2
Wednesday, January 27, 2010
Udang goreng Cereal
Secukup udang dibersih tinggalkan ekor dan belah belakang udang. Putih telur, Nestum secukupnye & garam. Udang dicelup kedlm putih telur yang dipukol sekejap. Balik2 kan kedalm nestum sambil pegang hujung ekor udang. Goreng dalam minyak terendam. Hati2... udang goreng kadang2 meletup.. hehehe Patik dah pun terkena tempias nye minyak goreng panas itew!!!! Hati2 tau
Sapa2 nak ... bukak mulut besar2 ni mama suap kan :)
Lepat Ubi
Hai... salam & selamat tengahari.... :)
Semua lagi buat apa???? Lagi baring2... nak tito :)
Hehehe... Ubi lagi!!! Ada lagi dlm fridge... mama beku kan. Senang bila teragak.. bahan2 ada senang membuat nya. Lihat lah daun pisang yang muda sekali.. tapi percaya tak sepelepah panjang nya lebih kurang 1 lengan mama berharga sedollar!!!! Kecik darah betul!!!! Tapi bila mana ketiadaan daun pisang... begini lah keadaan di Singapura. Hendak tak nak terpaksa beli jugak :) Boleh dimakan waktu pagi, petang atau malam... sendiri suka lah :) hehehe
Tuesday, January 26, 2010
Kacang Botol Goreng
First time mama goreng kacang botol ni... Selalu buat ulam makan ngan sambal belacan... tapi hari ni mood nak menggoreng pulak :)
Subscribe to:
Posts (Atom)