Monday, February 8, 2010

Rendang Hati & Empedal Ayam


Ni lauk untuk dinner... baru saja selesai masak. Untuk tengahari tadi kita orang makan lauk2 simple jer... ikan goreng cicah dengan bawang besar potong dengan cili padi yg dipatah2... baru lah tekak ni terasa... hiassss



Rendang Hati & Empedal Ayam yang dimasak Rendang seperti biasa... Mama cuma ganti kan cili kering kepada cili padi :) Fuyoo... tekak yang tak rasa... tiba2 rasa pedas!!!!!!


Ni jer lauk yg dimakan bersama nasi putih panas2....

Popiah Sayur





Salam & Selamat Petang di hari Isnin yang cerah lagi panas....
Tak berapa sihat semenjak hari Jumaat yg lepas...kesian dapur mama ... berabuk & tak berasap.... Cik hubby and the kids beli saja makannan...

Alhamdullillah hari ni dah beransur pulih dari deman & flu... cuma ada sisa2 batuk jer :)
Popiah Sayur buat untuk breakfast... Simple....Berinti kan taugih dan mama tambah kan crabstick :)

Friday, February 5, 2010

Burger Sardines :)


Hai semua :) Selamat tengahari
Tak leh celoteh lama2 dah nak kluar ambik passport.


Breakfast tadi :)
Nampak kat rumah sapa... Tak ingat


Tapi memang sedap sambal tumis makan dengan roti burger :P

Thursday, February 4, 2010

Apam Pisang

Since pisang ada lagi... buat apam pulak. Apam Pisang. ambik resipi dari rumah Nur Sg. Tak menghampakan... sedap & lembut Nur. Sedap dimakan begitu saja atau pun dengan kelapa kukus... Nyum3x. Nur mama C&P dari rumah Nur yer!!! Thank u :)


1 cawan tepung gandum*

1/2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)
2 biji telur gred A
100 ml minyak jagung (atau mentega cair)
1/4 cawan gula (mat guna gula perang)
4 biji pisang emas, sederhana besar*

1/2 camca teh soda bicarbonate*

Secubit garam*(*disatukan dan lecek hingga halus)

Cara membuatnya


1. Pukul minyak, gula dan telur hingga sebati menggunakan whisk. Masukkan pisang lecek, gaul rata. Masukkan pula tepung, kacau hingga sebati. Ketepikan.

2. Panaskan kukusan, sediakan acuan kegemaran (mat guna acuan kecil2), sapu dengan sedikit minyak pada acuan, panaskan 2 minit. Tuang adunan apam 3/4 penuh dan kukus 12 - 15 minit. Buat hingga siap.


3. Keluarkan dan boleh dihidang bersama kelapa parut atau begitu sahaja. Balut tutup kukus dengan kitchen towel untuk mengelakkan air menitis atas apam.



Sebenar nyer..... (bisik2) mama terlupa nak letak baking powder!!!!! hehehe
Tapi dari rasa memang lembut, manis2 buah


Sambal Tumis Sardin


Lama betul tak makan sardin... Hah!!! ambik kau... sampai 2 tin mama masak...
Tapi sambal tumis sardin kalau tak habis boleh makan dengan roti for breakfast besok kan???




Found my way to decorate the onion & tomato using small sharp knife :)

Popiah Gunting

Salam & Selamat malam hari Khamis semua :)
Hari ni mama macam penat sekali... Banyak kerja rumah nak disettle kan...
Besok nak gi ambik passport baru.... hehehe yang paling suka Nazli lah sebab selalu dia kena beratur pat custom.. kena check passport.. sekarang tak payah lagi :)


Ni tadi tengahari buat Popiah Gunting.. buat utk cik hubby yang suka cemil2lan sewaktu tgk tv...
Pernah makan popiah yg bersira gula tapi bergulung... mama malas nak gulung- gunting jer, senang kerja.


Tuesday, February 2, 2010

Kek Pisang Lembab


C&P dari rumah Ika Bangkok.... TQ Ika :) Nyum3x
Ni lah orang tak sabor... panas2 keluarkan dari acuan. Mama & Shasha lah.. hehehe. Very moist & suit to our taste... yang sedang2 saja....


KEK PISANG LEMBAP


Bahan2

250 g tepung gandum
*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*(*digaul rata dan diayak)
15 g ovallate
150 g gula halus
5 biji telur gred A
125 g mentega, dicairkan dan biar sejuk
100 g minyak jagung
225 g pisang emas + 1 camca teh vanilla, dilecek halus


Cara2
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser bund-pan dengan mentega, tabur tepung rata dan ketuk keluar lebihan tepung. Ketepikan. (kalau guna tin kek warna hitam, turun kan suhu jadi 160C..sebab tin hitam kadar penyerapan haba dia lebih tinggi).
  2. Putar gula dengan ovallate hingga sebati, masukkan telur (kesemuanya) dan putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan naik dan pekat (seperti adunan baulu). Perlahankan speed dan masukkan pisang lecek, gaul rata.
  3. Masukkan tepung berselang seli dengan metega cair + minyak jagung tadi. Buat hingga siap dan gaul rata. Tuang dalam tin yang telah disediakan. Bakar 55 - 60 minit atau hingga masak, mengikut oven masing2.
  4. Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika keluar bersih, tanda kek dah masak. Biar kan kek sejuk sedikit, longgar2kan dari tin dan terbalikkan. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan sebelum dihidang....


Ni lah hasil kek Pisang Lembab yang memang sungguh lembab :P Dah tinggal sebelah jer... di bedal oleh kite semua :)



Beancurd Patties

Bahan2

A
150gm udang tanpa kulit, dicincang - mama gunakan ayam cincang bhgian dada
2 keping tauhu di hancurkan - mama ginakan tauhu telur 150gm x2

B
2 camca besar tepung jagung
2 camca besar bawang besar cincang
1 biji telur, dipukul sebati
2 camca teh minyak masak
2 camca teh kicap cair
2 camca teh cili merah dicincang
1 camca teh gula
1/2 camca teh minyak bijan
garam & lada sulah secukup rasa

3/4 cawan corn flakes di kisar halus
Minyak utk menggoreng terendam

Cara membuat nya:

Campur cincangan udang atau ayam dengan tauhu dan bahan B.
Kaup balikkan corn flakes. Buat campuran ke pergedil kecil.
Goreng terendam hingga kekuningan & tos.
Jika suka hidangkan bersama daun salad bersama sos cili atau tomato.

P/S: Adunan yg mama buat agak lembik mungkin kerana mama menggunakan tauhu telur.


Monday, February 1, 2010

Tempeh 'Sengget'

TEMPEH... satu lagi makanan yang menjadi kan atau dilabel kan sebagai kemestian bagi orang2 Jawa. Sometimes tak tahu kenapa tempeh dilabel kepada orang Jawa and Ikan Tongkol untuk orang Bawean???

Resepi from my late father in law. Al Fateha buat nya.... Since mama tahu membuat nye.. nak share dengan teman2 mama disini.

Bahan2
10 keping tempeh
3 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
3 sudu makan penuh ketumbar*
2 sudu makan penuh jintan kasar*
2 sudu makan penuh jintan halus*
50-60 gm gula pasir
130 -150 gm gula timbang ( warna coklat)
2-3 batang serai di titik
secukup air & garam

Cara2
Bahan yg bertanda * di kisar kasar. Di dalam periok susun tempeh,serai yg dititik dan tuang kan bahan yang telah dikisar dan secukup air. Lihat gambar no. 2. Masak diatas api yang sederhana besar sehingga tempeh kelihatan jernih baru masukkan gula timbang & gula pasir. Rasa garam & gula. Mesti rasa manis sikit.. sebab nanti bila digoreng ada rasa manis2 dan rempah2. Masak lagi dalam 30 minit atau sehingga tempeh bertukar warna.



Ni lah hasil nyer setelah di goreng
sedap di makan panas2 bersama cili kicap



Sotong Masak Kunyit


Hai selamat malam semua!!!!!

Kali ni cuba 1 lagi resipi baru dari rumah Hasue. Jalan2 pat rumah Nor Trgganu ternampak resipi sotong ni... Selalu sotong ni mama masak sambal, blackpepper atau masak hitam...cuba lah resipi Sotong masak Kunyit... Memang betul kata Nor... not bad for a difference :)

Meh tengok resipi. Ni mama C&P jer dari rumah Nor Trgganu. Thx to Hasue kerana resipi & Nor kerana hawa copy resipi dari rumah Nor :)

Sotong Masak Kunyit


400g Sotong (saiz sederhana)-Buang kulit dan dakwat sahaja,potong jika suka.

2 Tangkai cili merah* (boleh letak cili api jika suka pedas)
mama letak cili padi 5-6 biji
2 Ulas Bawang Merah*

1-2 Ulas Bawang Putih*

1cm Halia*

4 cm Kunyit Hidup*

1/2 sudu kecil Belacan*

1 Batang Serai (dititik)

3-5 Keping Asam Gelugor(bergantung pd citarasa)

1 Sudu garam,secubit gula,secubit perasa(semuanya bergantung pd citarasa masing2)

  1. Sotong dicuci bersih dan toskan airnya. Bahan2 bertanda * ditumbuk lumat.
  2. Panaskan sedikit minyak,tumis bhn dah ditumbuk sehingga naik bau dan agak garing..Masukkan asam gelugor dan serai.Kacau rata..
  3. Kemudian,masukkan sotong dan kacau sehingga sebati..masukkan sedikit air dan semua bahan perasa..
  4. Jangan masak terlalu lama. Padamkan api apabila semua bahan sudah sebati dan cukup rasa..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...