
Salam & Selamat petang semua!!!! Hujung minggu ni... cuti raya cina panjang tak kemana2 ke???
Mama ada 2 jemputan kahwin kat Msia. 1 sebelah mak.. nenek saudara kat Batu Pahat buat kerja kahwin... tak tahu lagi my Bro nak pergi...itu pada hari Sabtu. Lagi 1 kat Kulai jer pada hari minggu.. tu pun tumpang ngan my bro in law.

Tadi pagi selepas jumpa Nazli selepas swimming class mama ke Pasar Yew Tee. Ternampak nangka yang dah lama tak masak... So grab lah dalam 3 packet. Mula2 ingat nak masak lemak... fikir2 dah common sangat... sekodeng buku2 masak.. hah terjumpa resipi ni....Meh tengok resipi :)
Resipi dari Hjh Rohana Abu.
Bahan2:1 kg nangka muda -
mama beli 3 pkt1 1/2 biji kelapa (ambil 1 cwn utk dijadikan kerisik. Lebihnye digaulkan dgn air & dpt kan 1500ml santan) -
utk kerisik mama beli yg dah siap gunakan dlm 2 sudu mkn penuhutk santan pulak mama gunakan 1 kotak kecil & sedikit air 200gm tetelan lembu direbus sehingga empuk. Air rebusan jgn dibuang -
mama gunakan ikan bilis yg direndam dan dikisar Bahan rempah:1 sudu makan ketumbar biji*
1/2 sudu teh jintan manis*
1 sudu teh jintan putih*
semua bahan* disangai tanpa minyak & dikisar kering
2 sudu mkn lada kisar }
1/2 sudu teh lada hitam} digaul dgn bahan kisar
1/2 cm halia}
3 ulas bawang besar}
10 ulas bawang putih} -
mama kurangkan kepada 5 ulas 3 batang serai}
1 hiris lengkuas}
Semua Bahan } dikisar halus
1/2 sudu teh kunyit
2 helai daun limau purut
1 helai daun salam -
mama tambah lagi 1 helai2 sudu makan kerisik
2 keping asam gelugur
1/2 cm gula melaka -
mama gunakan gula timbang warna coklatgaram & gula secukup rasa
Nangka dipotong-potong, rebus hingga empuk, buang airnya & toskan. Campurkan nangka yang telah dicelur dgn daging yg telah direbus empuk.
Masukkan santan,daging, air rebusan, nangka, rempah kisar yg digaul rata dan di masak. Setelah mendidih, masukkan kerisik kelapa, asam gelugur, garam, gula melaka, daun salam dan daun limau purut. Masaklah sehingga mendidih dan pekat kuahnya. Opor Nangka ini enak dimasak pagi dan dimakan pada sebelah petang.
Untuk Opor Nangka Ikan KurauBahan2 nya semua nya sama, hanya dikecualikan jintan manis dan limau purut dan daging. Tambahankan 50gm ikan bilis kering - ditumbuk halus dan 100gm tulang ikan kurau kering (dicuci bersih dan dibakar)

Ini lah rupa ketumbar, jintan kasar, jintan halus & lada hitam yang disangai. Buat lebih sedikit... boleh simpan. Harum bau rempah2 yg telah dikisar ni :)