Wednesday, February 24, 2010

Posto2



Happy sangat2 *____*
Mama dah dapat kiriman dari teman blogger yang berada nun jauh di semanjung Msia.... Kepada teman mama... Thank U very much... terharu sungguh!!! I will always remember u and really appreciate it :)

Tauhu sumbat dan sos Kak Nor

Salam & Selamat Malam semua
Bertemua di hari yang sama :) Cuaca lepas magrib ni agak berbahang sikit...
Ni kes cut queue... terggoda tengok kat rumah Abbot Tauhu Sumbat dier. Tauhu sumbat yg bersos kan sos popiah... Sedap beb!!! Makan gitu jer tak payah makan nasi..puas hati ah!!! Tapi pada mama pedas2 manis.. mama ikut sos yg Abbot buat... hehehe berpeluh kejap!! Ni mama C&P jer dari rumah Abbot. Thnks Abbot & Nor minta halal yer sis :)


Sos Popia

5 sudu besar cili mesin (aku boh lebeyyy)
2 cawan air (agak2 je)
1 sudu besar kicap manis (aku tmbh 2 sudu beso)
nisan/gula melaka- mama gunakan gula timbang warna coklat
air asam jawa/cuka
2 sudu besar bijan ~ disangai dan tumbuk kasi pecah2 sket (tak boh, pasal tadek stok)- sama lah dgn mama

Masukkan kesemua bahan kecuali bijan.
Renih hingga hampir pekat dan masukkan bijan.
Rasa la masam manis dia dan ikut kepekatan yg disukai.
Padamkan api dan biarkan sejuk baru la digunakan







Sambal belacan Tomato


Makan lauk gulai atau kari kalau tak ada sambal belacan lawan lagi dgn telur asin... memang tak sah kan!!! Tapi semalam semasa menumbuk sambal belacan dalam betu lesung sungguh tragis... boleh terpecik kat mata.... hehehe nanggis jap!!! Ni lah gara2 nak mkn bersama lauk dalca!!


Cili merah 4-5 btg, cili padi 5-10 batang secuklup belacan, buah tomato 2-3 biji yg masak dipotong. Tumbuk dulu cili bersama belacan, masukkan buah tomato dan tekan2 sampai buah tomato penyet2 jer.. tak payah halus2 tambahkan gula kalau pedas!!!

Dalca Ayam


Bertemu kembali... Ni menu semalam yg x sempat nak N3... Tak pernah mkn atau masak pun.. !st time try..selalu Dalca di masak bersama daging... ni dengan ayam pulak. Tapi memang sama sedap pun macam daging sebab suka ngan sayur mayur yg ada pat dalam... tersenyum cik hubby bila balek dari kerja. Hubby memang suka lauk2 begini..lagi kalau lauk daging :)

Resipi macam biasa dari buku koleksi Asmah Laili -minta ampun sedap nye... Mama ada dalam 4-5 buku kesemua nya...

Cara penyediaan Dalca ni secara rebus jer... Mama ubah mengikut cara mama. Mama tumis dulu bahan tumisan, daun pandan & daun kari sampai wangi, baru masukkan semua bahan B sampai naik minyak, baru masukkan ayam, kentang,lobak merak & kacang dal. Bila kentang & lobak merah dah empuk baru masukkan santan, terung, garam gula secukup rasa.


Leher Ayam & Kaki ayam my febret

Resipi sumbangan dari Mumtaj Begum Omar
Dalca Ayam

Bahan A
2 cwn dhal kuning,dicuci bersih dan direbus 1/2 masak dan ketepikan - mama rendam smpai kembang
1 ekor ayam,buang kulit dan lemak ptg 12 cuci bersih dan toskan

BahanB
4 biji bawang besar dihiris halus- mama kisar
2 sudu mkn halia kisar
1 sudu mkn bawang putih kisar
2 biji lada hijau- x letak
5 biji tomato didadu
1 genggam daun pudina - x letak
2 helai daun pandan,disimpul
5 sudu makan rempah kari daging
5 biji buah pelaga- letak 2
5 kuntum bunga cengkih- letak 1
1 btg kayu manis-
1/4 cwn minyak jagung-mama agak2 jer pkai minyak makan
2 cwn air- mama agak2


Bahan C

1 batang lobak merah, diptg 3cm dan dibelah 2
3 biji kentang, diptg 4
2 biji terung,dipotong 4
1 kotak kecil santan - kara 200ml
1 sudu mkn asam diramas dgn 1/2 cwn air & ditapis - mama tambah kan 2-3 asam keping biar masam sikit
2 tangkai daun kari
garam & gula secukup rasa

Cara
Satukan semua bahan B didalam periuk dan gaul rata. Tutup periuk dan masak diatas api yg sederhana sehingga sebati.
Masukkan lobak merah,kentang ayam dan garam. Gaul rata, besarkan api dan masak lagi selama 5 minit. Selepas itu masukkan santan,dhal yg telah direbus,air asam dan terung.Gaul rata dan masak sehingga ayam,lobak merah,kentang & terung empuk dan naik minyak. Padamkan api dan masukkan daun kari. Gaul rata. Enak dimakan dgn setang roti atau nasi.

Kad from love


Salam & Selamat Pagi semua :)

Thanks love for the E kad yang dah lama mama ambik from yr house but each time after N3 terlupa nak tepek... sorry yer sis.. anyway before the next N3... thanks vm :)

Tuesday, February 23, 2010

Seaweed Wrap Roll


Salam & Selamat Pagi semua!!!! Pagi Selasa yg cerah, panas terik.. & sedikit berjelebu kat SG ni :)
Ni sarapan pagi tadi... Nazli suka sangat dengan roti yg begini... Pernah beli di kedai roti halal yang terletak di Bukit Batok... Bakery Roti yg halal dikawasan perumahan terdekat dengan mama...
Mama buat seakan2 jer sbb mereka menggunakan roti yang agak besar sedikit drp the normal roti. Puas hati ah.. dapat sarapan mcm gini bersama air nescafe :)

Pada siapa2 yang memang suka sarapan dgn roti...

Bahan

roti
fish fillets - mama gunakan Bibik brand
timun, lettuce atau apa2 salad kegemaran
mayo, sos thai cili
seaweed

Cara

Fish fillet di goreng terlebih dahulu. Biarkan sejuk dan gunting panjang mengikut saiz roti. Roti di giling tipis. Timun pun dipotong memanjang mengikut saiz roti jugak. Daun lettuce dikoyak2 saja. Sapukan mayo & cili sos keatas roti. Susun fish fillet, timun & daun lettuce di bahagian depan roti..terpulang lah nak letak byk atau sikit,sebelum digulung letak kan seaweed dibahagian bawah roti. Terlebih dahulu seaweed dipotong ikut saiz roti jugak.. dulung roti kemas2 mcm kita buat kek gulung.. Siap!!!


Monday, February 22, 2010

Fish Rolls in tomato sos

Ini kes tak pergi pasar... dalam fridge dah tak de ikan atau pun ayam...
Bedal jer apa yang ada... janji bila cik hubby balik ada makanan untuk mamam... and for the kids also ngap jer.. janji ada something 2 eat...


Ni dia Fish Roll yang ala2 rasa macam ngoh hiang yg mama beli pat Pasar Geylang bahagian frozen.. Mama goreng kan dulu fih roll ni dan tumis kan bawang besar, bawang putih & sedikit halia. Untuk sos pulak mama letakkan sos tomato & cili sos, garam, lada putih & gula secukup rasa. Sedikit air untuk kuah. Tambahkan kentang yg diptg kasar2 & digoreng.. dan letak lah tomato atau lada capcicum bagi yg suka..


Sambal Belacan sebagai penyeri :)



Bertemu kembali dihari yg sama.... Selamat malam semuaaaa... lagi buat apa2???

Nak letak gambar sambal belacan berulamkan kobis. Uols pernah makan macam gini tak??? Pada mama n hubby nilah makannan yg boleh menambahkan selera :)

Sambal belacan yg ditumbuk kasar2.. fuyoo!!!
Salam & Good morning semua....

Macam terasa nak makan kuih lapis ni... Memang dah masuk list agak lama jugak.... So semalam sebelum keluar pergi jemputan sempat sedia kan bahan... Balik terus jer kukus... macam Ika juga, mama buat separuh adunan sajerrr. Memang sedap kuih lapis ni terasa kacang hijau :) resipi dari MYR - Citarasawan.. Ni mama C&P dari rumah Ika untuk buat rujukan kite semua :) Thnks Ika & also Citarasawan :)


KUIH LAPIS KACANG


  • Bahan A
  • 200 gm tepung kacang hijau
  • 50 gm tepung hoon kwee
  • 40 gm tepung kanji>>Tepung Ubi>>Tapioca starch
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh pewarna hijau

  • Bahan B
  • 300 gm gula melaka
  • 100 gm gula halus
  • 2 helai daun pandan
  • 800ml santan pekat KARA
  • 400 ml air
  • Loyang 9" empat segi

Cara-cara

  1. Satukan bahan B, masak sehingga gula larut. Ketepikan.
  2. Satukan semua bahan A, kecuali pewarna didalam mangkuk dan tuangkan bahan B tadi, kacau rata dan tapis.
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian satu bahagian warna asal dan satu bahagian lagi dimasukkan pewarna hijau.
  4. Setiap bahagian pula dibahagi kepada dua. Tuangkan satu bahagian warna hijau dan kukus selama 10 minit.
  5. Apabila masak ambil satu bahagian warna asal dan tuangkan keatas lapisan pertama tadi. Kukus selama 10 minit lagi. Ulangi proses mengukus dengan diselang selikan adunan. Sekiranya selepas 15 minit terdapat takungan air dipermukaan lapisan hendaklah dikeluarkan air tersebut. ini adalah kerana mendapan kacang hijau dan air dari kukusan yang terbentuk dipermukaannya. Tutup loyang dengan aluminium foil untuk mengelakkan air dari menitik.
  6. Untuk lapisan yang terakhir kukus selama 25minit sehingga masak.





Semalam juga dah selesai... Shasha balik kerja nampak kuih lapis ni terus ngap!!!! Suka dier :) Adalah dlm 4-5 potong untuk my parents. Next time blh cuba lagi :)

Saturday, February 20, 2010

Paru Semor Suun


Selain sambal tumis telor cemplok mama masak Paru Semor Suun dari Buku Masakkan Asmah Laili. Resipi sumbangan Hjh Fatimah Md Ibrahim Marican. Di sini mama ingin berkongsi resipi sebagai rujukkan anak2 & teman2 blogger mama :)

Paru Semor Suun

~Bahan~
1 kilo paru- potong empat,cuci bersih dan rebus sehingga empuk sejukkan dan potong serong panjang, jgn terlalu tipis

~Bahan rempah~
2 batang serai yg gemuk*
1/2 jari lengkuas*
3 biji bawang besar*
10 ulas bawang putih*
2 sudu makan lada kisar*
sedikit belacan*
2 ikat suun (rendam)
segenggam lada kering digunting halus
1 cawan kicap manis
1 sudu makan asam jawa digaul dgn 3 cawan air & tapis

~Cara~
Panaskan minyak dan goreng paru sehingga garing. Toskan. Kecilkan api dan goreng lada sehingga warnanya merah & cantik. Angkat & toskan
Keluarkan minyak dan tinggalkan anggaran 1 senduk lauk utk menumis rempah.
Tumis rempah kisar* sehingga garing & wangi. Tuiangkan air asam,kicap manis,garam & gula secukup rasa. Bila rempah nye mendidih,masukkan suun,paru dan lada goreng.
Gaul rata dan balek2kan supaya rempah nye meresap dan pekat sedikit.
Hidangkan ini tidak boleh terlalu kering. Enak dimakan dengan nasi putih,lontong atau roti.

p/s: mama tambahkan kentang yang diptg baji & digoreng sehingga empuk.


Happy Weekend semua!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...