Thursday, August 26, 2010

Award & Tag From LizaHanum



Salam semua.... dah nak masuk petang dah... teman2 semua dah masak? Masak apa utk berbuka?

Bila nak jawab kat Cboz tuh terpandang plak  Liza suroh ambik award..hehehe ingat award jer..ruper2 ada tag jgk.Syarat penerima mesti lah menjawab beberapa soalan..ni yg malas sikit. Tapi tak pelah sebelum mama masuk ke dapur baik amik & buat tag ni bukan apa... takut nanti bila lama lupa lak.
Thank yer Liza sebab sudi beri mama award bentuk kaki atau kasut berbentuk kaki. Okay mama jawap tag ni


Soalannya ialah:
 
Soalan 1
Apakah yang bermain difikiran anda sekarang?
Oh banyak sangat nak di fikirkan... salah satu nyer... nak masak apa utk berbuka nanti. Sampai buntuh kadang2 tapi sib baik ada teman2 blogger blh jenggah dapur diorg jgk :)

 
Soalan 2

Apakah nama samaran anda?

Mama.... Nani




Soalan 3

Siapakah 3 orang yang paling kamu sayang?

Sudah tentu orang tua , suami & anak2

Soalan 4

Panggilan untuk si dia?

darling & Bi (hubby)
 
 Soalan 5

Hadiah yang anda impikan daripada seseorang yang istimewa?

Sebenar nye tak pernah minta apa2 dari orang yg istimewa tapi bila di tanya mintak lah hehehe 
Ingin sangat nak menunaikan Haji semasa masih kuat lagi bersama anak2 dan ingin sekali lagi bercuti ke Australia bersama anak2 & mungkin bakal menantu :)


Soalan 6

Blog mana yang anda selalu lawat?
Tak de specific..main terjah jer blog kekawan:)


 
Soalan 7

Tag 15 orang blogger...

yg ni mama rasa mama tak dapat hendak meneruskan... tapi kepada teman2 blogger yg sudi ambik award & buat tag ni mama ucapkan byk2 terima kaseh

Wednesday, August 25, 2010

Udang Rock N Roll


Udang Rock n Roll utk sahur tadi pagi....
tak blh cerita panjang lagi dh nak masuk dapur masak!!!
Udang Rock n Roll nih.... siapa yg dah mencuba tahu lah rasa nyer ...nyum3x
Terima Kaseh Ummi for the resepi...minta izin letak n C&P resepi :D



UDANG ROCK AND ROLL - Ummi
Bahan:-
  • 500 gm udang (udang besar - akak guna udang galah)
  • 1 sudu besar bawang putih yang dicincang
  • 2 sudu besar minyak
Bahan-Bahan Untuk Sos:-
  • 1 sudu besar taucu biji
  • 2 sudu besar cili padi yang dicincang
  • 2 sudu besar sawi jeruk (kai choy) - dicincang - x letak
  • 2 sudu besar cendawan butang yang dicincang - x letak
  • 2 sudu besar cili sos
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos plum
  • 1 sudu besar gula
  • garam secukup rasa
  • sedikit lada sulah
  • 1 sudu besar tepung jagung dibancuh dgn 3 sudu besar air
  • 200 ml air
  • 3 sudu besar minyak
  • sedikit minyak bijan
Cara Memasak:-
  1. UDANG :- Panaskan minyak dalam non-stick pan dan tumiskan bawang putih. Kacau sekejap dan masukkan udang.. Balik-balikkan biar masak lebih kurang 5 - 6 minit. Tutup api dan ketepikan. Masak sos seperti di bawah
     
  2. BAHAN SOS :- Campurkan bahan2 sos cili, tomato, tiram, plum semua dalam bekas. Kacau rata dan ketepikan. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumiskan cili padi, taucu, sawi jeruk dan cendawan cincang tadi. Kacau dan masukkan bahan2 sos yang dicampur tadi. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa. Masukkan minyak bijan. Kacau rata dan akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau dan bila sos nya agak pekat tutup api. Tuangkan ke atas udang tadi dan gaul rata. Hidangkan..

Shabsuka


Bertemu kembali teman2... nih utk berbuka semalam...
Satu lagi resepi lauk daging. Bulan pose nih byk mkn daging, sotong, ayam & udang. Ikan ada sikit kurang lah tahun ni :D

Resepi dari dapur Yat Maria.Utk mama memang pedas & spicy... tapi si Nazli ckp sedap!!! Thanks Yat mama C&P dari rumah yat okay :)


 
SHABSUKA HAJAH KAMISAH (masakan Arab) 
untuk 6 - 10 orang

Bahan-bahannya
1 kilo daging cincang, digoreng tanpa minyak
2 biji bawang besar, dihiris
1 cawan lada kering kisar
3 sudu makan minyak sapi
3 sudu makan minyak sayuran
1 botol sos tomato Maggi
1/2 botol sos cili Maggi
1 tin sedang tomato puree
6 biji tomato, dipotong dadu
3 biji bawang besar, dipotong dadu
30 sen daun ketumbar
20 sen daun pudina
4 - 5 cawan air
1 1/2 cawan bawang goreng
1 paket sayur campuran (mixed vegetables)
gula secukup rasa
garam secukup rasa
ajinamoto (jika mahu)

Bahan untuk dikisar
6 ulas bawang putih
2 inci halia
4 sudu makan jintan halus
2 - 3 sudu makan lada hitam
3 biji bawang besar
1/2 inci kayu manis
2 sudu makan lada putih

Bahan Hiasan
6 biji telur, digoreng buat mata lembu setengah masak kuningnya

Cara-caranya
1. Panaskan minyak, tumis bawang yang dihiris sehingga wangi. Masukkan lada kering kisar tumis hingga garing dan naik bau. Kemudian masukkan bahan kisar, tomato puree, tomato sos dan cili sos. Gaul rata. Masukkan garam, gula dan ajinamoto secukup rasa.
2. Masukkan dagiing yang telah digoreng tanpa minyak, tomato dan bawang yang telah didadu, sayur campuran dan masukkan air. Masak sehingga mendidih dengan api sederhana.
3. Akhir sekali masukkan daun ketumbar, daun pudina dan bawang goreng. Gaul rata dan matikan api.

Cara Menghidang
Sendukkan shabsuka ke mangkuk dan letakkan sebiji telur mata lembu yang telah digoreng setengah masak atasnya. Ia selalu dimakan bersama roti perancis.



Lepat Pisang


Salam pagi semua.... lepat pisang nih buat berbuka semalam. Resepi dari rumah Ika Bangkok. Terima Kaseh Ika mama C&P dari sana :D.


 
LEPAT PISANG

Bahan-bahan >>buat stgh adunan jer!

  • 700 g pisang emas yang telah dibuang kulitnya
  • 70 g gula melaka, dihancurkan
  • 1 cawan kelapa parut putih (pilih kelapa yang berkulit basah)>>Yg ni kita sangan sampai perang
  • 3/4 camca teh baking powder
  • 1 cawan + 2 camca besar tepung gandum
  • Secubit garam
  • Daun pisang secukupnya, cuci dan layur hingga lembut, potong ikut saiz yang sesuai
  • 2 sb Santan>>Yg ni kita tambah
 Cara-cara
Pisang dilecek bersama gula melaka, garam dan baking powder hingga hancur. Tambah kelapa parut dan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul, hingga habis. Kacau rata.
Sudukan 2 camca besar adunan tadi atas daun pisang yang telah disediakan. Rata dan bungkus seperti membuat lepat biasa. Buat hingga siap (menghasilkan kurang lebih 16 - 17 biji kuih, ikut saiz daun pisang memasing).
Kukus atas air mendidih selama 20 minit. Sejukkan kuih sepenuhnya sebelum dihidangkan untuk minum petang atau sarapan pagi.

Tuesday, August 24, 2010

Pulut Serimuka Jagung


Pulut Serimuka Jagung nih pun utk berbuka semalam.. Memang suka ngan resepi nih senang dan sukatan nye tak banyak sangat...Bukan apa...kalau nak buat banyak2 kat rumah mama diorang bukan suka sangat ngan kuih manis2... jadi lah mama dapat makan sepotong dua..yg lain bagi2 kan jiran2.

Resepi dari Kak Rusnah Fotopages. Terima Kaseh Kak Rusnah.. Hawa suka lah ..tak brapa manis sangat.. sesuai kat tekak nih. Minta izin yer Kak Rusnah letak n C&P resepi dari dapur Kak Rusnah yer :D



Pulut Serimuka Jagung - Kak Rusnah Fotopages
 

Bahagian bawah
1 1/2 cwn beras pulut direndam kemudian ditoskan
1 1/2 cwn santan
sedikit garam dan gula
1 st butter
Kesemua bahan dikacau rata dan dikukus.Bila pulut masak ratakan dan tekan ke dalam loyang bulat 8 inci dan kukus lagi.Semasa pulut panas-panas tuangkan bahagian atasnya dan terus kukus lebih kurang 20 minit.

Bahagian atas
2 biji telur (kak rus guna 1 sahaja)
1/3 cwn gula pasir
1/2 cwn santan pekat
1/3 cwn susu cair
2 sb tepung gandum
1 sb tepung custard
sedikit garam dan vanilla
sedikit pewarna kuning
2 sb jagung cream
Pukul telur bersama gula sebati kemudian masukkan bahan yang lain.Kacau sebentar di atas api bagi naik wap sahaja kemudian tuangkan ke atas pulut dan teruskan mengukus lagi 20 minit.

Cucur Udang


Juadah berbuka semalam... Cucur Udang
Memang best makan panas2. Cicah ngan sos cili nasi ayam...perghhh terasa cuka...mcm gini yg cik hubby suka...sambal masam manis pedas!!
Terima Kaseh Hana. Ni mama C&P resepi dari dapur Hana k :D


Cucur Udang - Hana Jepun
Bahan-bahan
  • 300gm Tepung gandum
  • Udang besar secukupnya, bersihkan
  • Sebiji bawang besar - dimayang nipis-
  • Segenggam taugeh....Nak taruk lebih pun ok !!!-
  • Daun bawang dan daun saderi secukupnya, dipotong kecil2
  • 2 biji telur
  • 1 cawan air panas (bukan air mendidih yaaa... )
  • Air biasa secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 1 camca teh baking powder
  • Minyak untuk menggoreng


Cara-cara
  • Panaskan minyak untuk menggoreng dan sementara menunggu panas, rendamkan bahagian senduk yg bulat. Tujuannya adalah untuk memudahkan cucur udang lekang dari senduk.
  • Masukkan tepung dalam satu bekas.
  • Masukkan semua bahan-bahan lain kecuali air panas dan air sejuk. Gaul-gaul lebih kurang.
  • Tuang air panas sedikit demi sedikit sehingga tepung bersalut air.
  • Tuang air biasa sehingga adunan secukupnya elok untuk dijadikan cucur udang.
  • Keluarkan senduk yg terendam dalam minyak tadi dan isi dengan adunan dan letakkan seekor udang di tengah2nya.
  • Masukkan ke dalam minyak dan tunggu sebentar sehingga cucur lekang dari senduk. Goreng sehingga garing.
  • Ulang hingga habis.
  • Hidangkan dengan sos cili thai, kuah cili pedas atau kuah kacang. ikut selera masing2.



Seperti biasa juadah dari jiran2 mama...hehehe semalam kedua2 jiran mama buat roti jala. So lauk roti jala banyak mama tak payah masak utk sahur...save sikit...heheheh (malas)

Monday, August 23, 2010

Kacang Panjang Goreng Kupang


Kupang ni pulak requested by father... mama masak kat rumah my mom tapau balik utk lauk sahur...hehehe
nampak kat Sheng Shiong tempoh hari..beli lah bang sekilo rebus dulu ambik isi simpan dalam fridge. Semalam baru sempat goreng kan .Goreng biasa jer.

Hati Masak Berempah


Lauk utk bersahur semalam. Masak dirumah my mom. Sebenar nyer mak mama yg requested suroh mama masak kan utk dia :D Hati masak berempah nih agak spicy sikit... lagi sedap kalau dimasak kering2.


Hati Masak Berempah

Bahan2

600g hati lembu- dihiris tipis
2 biji bawang besar
2-3 biji bawang putih
2 batang serai
halia
kunyit
2-3 sudu rempah kari ayam
1 sudu makan penuh lada hitam kisar
2 sudu makan ketumbar biji*
1 sudu makan jintan kasar*
1 sudu makan jintan halus*
* di sangai dan di blenderkan kering atau tumbuk halus
1-2 sudu makan tomato sos
 garam & gula secukup rasa

Cara2
Bawang besar, bawang putih, halia,serai & kunyit di kisar halus. Campurkan bahan kisar bersama rempah kari, lada hitam dan ketumbar, jintan kasar & halus yg telah diblender halus bersama. Kacau semua sehingga sebati. Didalam kuali tumiskan semua bahan2 tadi sehingga garing dan naik minyak baru masukkan hati lembu yg telah di cuci bersih dan dihiris tipis. Masak sehingga hati berubah warna baru masukkan tomato sos, garam & gula. Masak lagi sehingga hati masak atau kuah agak kering.

Kacang Buncis Goreng Kicap


Kacang Buncis goreng kicap... goreng kering2 bersama suun. Memang laku sayur nih buat bersahur... Senang & cepat utk dimasak....



Bahan2
1 pkt kacang buncis dibersih dan diptg serong2
1 biji kentang sederhana besar dibuang kulit, diptg kecil dan digoreng dulu
1 biji bawang besar- dihiris
1 biji bawang putih - dihiris
1-2 btg cili merah- dihiris
1 biji telur
1 ikat suun
garam & kicap secukup nyer

Cara2
Panaskan minyak dlm kuali. Tumiskan bahan2 yg telah dihirs. Tumis sampai semua bahan2 layu masukkan kacang buncis, balik2 kan sebentar baru pecahkan telur dan masukkan garam & kicap gaul2kan sampai semua bahan sebati dan suun masak. Siap.

Ayam Mamak

Salam semua di pagi hari Isnin yg mulia ni..dah nak masuk 2 minggu kite semua umat Islam berpuasa... mungkin ada yg dah mula buat biskut2 raya :D Seperti biasa pagi Isnin yg busy ni... mama post kan N3 yg blm di uploadkan lagi :D

AYAM lagi... resepi mama dapat dari rumah Izah. Ada yg dah mencuba nyer spt MAS & HANA. Sedap ayam mamak nih...kalau nak masak nasi briyani atau nasi minyak pada tekak mama mmg sesuai sekali. Terima Kaseh Izah mama C&P resepi dari dapur Izah :D



AYAM MAMAK

Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam - potong kecil2 dan bersihkan
  • 2 biji limau nipis - ambil jusnya 
  • 1 biji bawang besar - cincang
  • 1 biji bawang putih - cincang
  • 1 cm halia muda - tumbuk
  • 1 batang serai - di ketuk
  • 1/2 cawan air/stok ikan -mama guna stok ayam 
  • 1 susu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar serbuk kari ayam -mama gunakan 2 sudu mkn 
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 senduk gulai cili kisar
  • 2 tangkai daun kari
  • 4 helai daun pandan
  • Garam, gula serbuk lada sulah
Cara-cara
  • Perapkan ayam dgn garam, serbuk lada sulah & jus limau untuk seketika.
  • Panaskan minyak, goreng ayam hingga masak, ketepikan.
  • Dalam kuali berasingan, tumis bawang besar, daun pandan, daun kari hingga naik bau.
  • Masukkan bawang putih, halia, serai, serbuk kari & cili kisar, goreng seketika.
  • Masukkan sos tomato, sos cili, serbuk lada hitam, stok ikan, garam, gula secukup rasa, gaul sebati.
  • Last, masukkan ayam, balik2 kan & tutup api.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...