Thursday, September 2, 2010
Award & Tag Dari Faradean
Sebelum buat N3 tentang masak2 baik mama letak N3 nih... Award n jgk tugasan tag dari FARA thnks yer Fara :)
1. Senaraikan 7 makanan kegemaran untuk berbuka n bersahur...
Mama suka makan mee utk berbuka & bersahur sukakan lauk kering
mee siam goreng tauco, laksa, jemput2, asam pedas ikan pari utk sahur dan jgk telur ceplok kicap
2. Kedua, kena tagged 5 rakan blogger lain untuk terima award nie.
Ni yang susah sikit.... actually semua rakan2 blogger layak menerima award nie. Tak pe pada teman2 mama yg singgah sini sudi2 lah kira nyer amik award nie yer :)
mama senarai kan jgk nama 5 orang teman blogger....yg tak tersenarai jgn kecik ati yer :)
Ayu, Nur SG, Yat Maria, Ika & Mas
Wednesday, September 1, 2010
Sotong Goreng Belacan
Selain telur goreng mama goreng kan Sotong Goreng Belacan nih. Nampak kat blog CMG nih dan Ayu jgk dah mencuba nyer. Hmmm sedap makan panas2 ada kuah sikit2. Thanks CMG for the resepi mama minta izin C&P yer :)
Sotong Goreng Belacan - CMG
BAHAN-BAHANNYA :-)
5 ekor sotong saiz besar
2 biji cili hijau, hiris serong
1/4 camca teh serbuk kunyit
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 camca besar sos tiram
1/2 inci belacan + 2 camca besar air = larutkan
Sedikit air, untuk kuah
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-)
- Sotong dibersihkan, asingkan kepala dari badan, buang mata dan paruh sotong, manakala badan sotong potong gegelang, cuci sekali lagi dan toskan.
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar, bawang putih, serbuk kunyit dan cili hijau, kacau rata hingga layu. Masukkan sos tiram dan belacan tadi. Kacau rata.
- Masukkan sotong, masak hingga sotong berubah warna, tuang air dan perasakan dengan garam dan secubit gula. Kacau dan biar mendidih sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segeran bersama nasi hangat..
Telur Goreng
hahaha..... dah tak de idea lagi.
Lauk sahur tadi pagi...selain dari sotong goreng belacan mama goreng kan anak2 telur. Telur yg digoreng & dicurahkan sos cili & tomato sos. Senang jer :D
Secukup telur yg digoreng
bawang besar & bawang putih yg dihiris
tomato sos dlm 1 sudu makan- mama agak jer
thai cili sos dlm 2-3 sudu makan
tumis bawang besar & bawang putih sehingga layu, masukkan kedua2 sos dan biarkan mendidih sebentar lalu curahkan keatas telur yg sudah digoreng. Senang kan!
Paratha Rolls
Untuk anak2 dan jiran2 mama buat kan pratha rolls nih. Dah lama tak buat... Makan satu prata roll nih bersama segelas air Milo atau Nescafe pasti mengenyangkan. Untuk inti terserah kepada citarasa masing2. mama menggunakan daging cincang bersama kentang yg disagat dan dimasak kering.
Pratha Roll - Noreen & Muna & Ayu
Ingredients:-
6 frozen instant parathas
3-4 eggs lightly beaten (just w fork)
Ingredients for Filling:-
3 chicken breast diced (I sliced)
2 tsp coriander powder
1 tsp dried chili which has been cut to small pieces( I used chili powder- about 2 tsp)
2 garlics minced
3 tomatoes diced - x letak
1/2 tsp turmeric powder( I used 1 tsp)
1/2 inch ginger minced
2 tbsp coriander leaves sliced thinly- x letak
1 tsp garam masala- x letak (tak dpt cari)
salt and MSG to taste
Method For Filling:-
Heat oil and saute garlic, dried chili and coriander powder till fragrant. Add in diced tomatoes and stir well. Slow down the heat and cook till tomatoes are soft. Add in turmeric powder, ginger and half of coriander leaves and stir well. Add in chicken and stir again. Sprinkle salt and MSG to taste. When chicken has cooked, add in the balance coriander leaves and garam masala. Stir well and turn off heat. Put aside.
Method for Parathas:-
Heat some oil and fried paratha till golden yellow. Dish out and put aside. Heat oil and add in 2 tbsp beaten egg and let it for a while. Add fried paratha ontop of egg. When ready dish out.
Method For Serving:-
Place egg paratha facing up. Add on filling and roll paratha like swiss roll. Ready to serve

Lempeng kelapa
Salam hari pertama di bulan September... hari ni dah hari Rabu... huhuhu tertiba rasa macam sedih pulak..tak tahu lah kenapa... maybe mama terlalu emosi kot.... Mana tak emosi... sebenar nyer abah mama dah masuk hari yg ke 6... terkena air panas mendidih kat peha dia..agak teruk jgk melecur... orangtua nih takut nak ke doctor. tuh sebab mama agak sibuk sikit mana dengan urusan rumah, nak masak berbuka, buat kuih muih dan tiap2 hari selepas waktu berbuka agak2 dalam kol 8 g2 akan kerumah abah utk buat kan dressing di peha nyer.
Kalau mama letak gambar2 peha abah yg melecurkan kat blog mama nih... agak disturbing pulak sebab nih blog makanan dan rasa2 tidak sesuai lah...Hari petama semasa mama hendak mencuci & membersih kan luka2... abah menangis....sakit kata nyer....ni sambil menaip mama tak tahan rasa...sob3x
Okay lah mama tak mahu lagi bercerita tentang abah.....
Menu berbuka semalam... Lempeng Kelapa. Memang ingin mencuba nyer apabila terlihat di rumah Zana... ni pun main agak2 jer... anak2 tak brapa menggemari nye mungkin ada rasa kelapa. Mereka suka kan yg plain sahaja. Tak pelah... asal mama dapat merasa macam mana lempeng kelapa tuh pun dah cukup.Sedap dimakan bersama sambal tumis.
Tuesday, August 31, 2010
Nasi Ayam Ipoh
Salam semua...Salam di hari Selasa.
Agak sibuk sedikit utk update blog dan jugak tengah flu sekarang...
Nasi Ayam Ipoh buat berbuka pada hari minggu lepas. Berbuka di rumah my parents... tak sempat nak ambik gambar soup & kicap cili...Resepi seperti biasa dari rumah Ayu.. Thanks yer Ayu :D minta izin c&p resepi :D
Nasi Ayam Ipoh - Ayu
Bahan Unutk Nasi:-Ingredients for Rice:-
4 mug beras-(4 mug rice)
4 1/2 mug air rebusan ayam-(41/2 mug chicken stock)
2 inci halia*-(2 inches ginger)
3 biji bawang putih*-(3 garlics)
3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)-(3 spring onions, take the bulb below)
1 sudu besar minyak bijan-(1 tbsp sesame oil)
2 sudu besar sos tiram-(2 tbsp oyster sauce)
2 helai daun pandan-(2 pandan leaves)
4 sudu mentega-(4 tbsp butter)
Bahan Untuk Ayam:-Ingredients for Chicken:-
1 ekor ayam-(1 whole chicken)
3 biji bawang putih*-(3 garlics)
1 inci halia*-(1 inch ginger)
3 sudu besar kicap lemak manis-(3 tbsp sweet soy sauce)
2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka-(2 tbsp oyster sauce + 1 tbsp vinegar)
1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)-(1 tbsp honey optional)
Bahan Untuk Sup:-Ingredients for Soup:-
air secukupnya-(water to estimate)
4 bawang putih diketuk-(4 garlics crushed)
3 inci halia di hiris-(3 inches ginger sliced)
3 helai batang bawang-(3 spring onions take the bulb)
1 biji sengkuang dipotong dadu-( 1 yam bean diced)
1 sudu besar serbuk lada sulah-(1 tbsp white pepper powder)
Bahan Untuk Cili:-Ingredients for Chilli Sauce:-
10/15 biji cili burung-(10/15 birds eye chillies)
6 biji cili merah-(6 red chillies)
sedikit halia (ambik dari rebusan)-(a few slices of ginger, taken from soup)
5/6 biji bawang putih-(5/6 garlics)
1 biji limau kasturi/nipis-(1 lime juice)
sedikit air dari air rebusan ayam-(some water from soup)
garam n gula secukupnya-(salt and sugar to taste)
(Masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur-
Mix all the ingredients and blend till fine)
Bahan Untuk Kicap:-Ingredients fro Soy Sauce
5 biji cili burung-(5 bird eyes chillies)
sedikit halia (ambik dari rebusan)-(some sliced ginger from the soup)
4/5 biji bawang putih-(4/5 garlics)
kicap secukupnya-(soy sauce to estimate)
air rebusan ayam secukupnya-(chicken stock to estimate)
tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan) -(corn flour mix with water-for thickening)
(Blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah).-(Blend all the ingredients, heat up in a pan, when slight hot add in corn flour which has been mixed with water to thickens the sauce)
Bahan Hiasan:-(Garnishing)
tomato, salad, daun sup dan bawang, timun-(tomatoes, chicnese celery, spring onions and cucumber)
Method:-
Mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.Selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.-(First make the chicken stock, add all the soup ingredients except yam bean and white pepper powder. When boiling, add in chicken and let it cook for 20 minutes. Dish out and drained .)
Method Untuk Nasi:-Method for Rice
Mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.-( Heat butter in rice cooker till melts, add in blended* ingredients and let it cook till fragrant. Add in spring onions bulb and pandan leaves. When soft, add oyster sauce and sesame oil. Stir well and add in washed rice, salt and chicken stock. Let it cook normally)
Method Untuk Ayam:-Method For Chicken
Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan* yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.-(Put drained chicken in a big bowl, add in blended* ingredients and fpllowed by others. Mix well and let it marianted for 30 minutes. Can be fried or baked. Dont fry too long just as long the colour reaches to slightly darkened dish out.)
Method Untuk Sup:-
Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup. (Ayu masukkan 1 kuib ayam, garam dan serbuk perasa untuk ini)
selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.-(The balance chicken stock, continue to boil together with the dice yam bean and white pepper powder. If chicken stock has reduced, add more water and let it boil till cook.( I added 1 chicken cube, salt and msg for this)
When all has been cooked, serve wtih sliced cucumber, tomatoes. chicnese celery and spring onions.)
Sources:- From quinnie@myresip.com
Friday, August 27, 2010
Daging Tomato Pandan
Sambung lagi...hehehe
Sebelum masak berbuka semalam terpadang kan N3 CMG Daging Tomato Pandan nih... kebetullan baru sahaja beli daging di Giant. Dapat lagi idea utk masak lauk sahur..tapi mama masak sebelum tido bukan apa takut nanti tak sempat atau ter.... bangun lambat.
Sewaktu mama masak daging nih...si Shasha nih asyik tanya mama masak lauk rendang eh? Sebab bau dari rempah2 tuh macam bau lauk rendang!! hehehe tengah2 malam bau lauk nih... semerbak !!! Daging Tomato pandan nih memang sesuai dimakan dgn apa2 jenis nasi atau pun lontong & ketupat kalau dimasak kering2. Terima kaseh CMG berkongsi resipi mudah dan sedap. Kena ngan tekak mama sebab lauk daging nih tak pedas :) Minta izin C&P resepi dari rumah CMG okay :)
Daging Tomato Pandan - CMG
BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan*
1 inci halia, tumbuk lumat*
3 ulas bawang putih, tumbuk lumat*(*disatukan dan perap 30 minit)
2 helai daun limau purut
1 helai daun pandan, disimpul
1 batang serai, dititik
1 cawan air
1/2 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS :-)
2 biji tomato merah
4 biji cili merah
2 biji buah keras
1 biji bawang besar
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
1/2 camca besar ketumbar biji
1/2 camca teh jintan halus
1/2 camca teh jintan kasar
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus, serai, daun limau purut dan daun pandan hingga harum dan terbit minyak. Masukkan daging, gaul rata dan biar daging kecut sedikit.
- Tuang air, gaul dan biar mendidih. Kecilkan api dan masak hingga daging lembut dan kuah pekat. Masukkan gula melaka dan garam secukup rasa. Masak sekejap lagi. Kalau nak kering biarkan lagi sekejap. Boleh diangkat dan hidangkan bersama nasi mentega kismis atau nasi putih biasa.
Terung Sambal Tumis
Untuk sahur tadi pagi selain lauk daging... cik hubby requested sayur... cuma ada terung sebatang besar sahaja dalam es box. Ada lebihan sambal tumis..tengah2 ngatuk bangun tadi pagi..gorengkan terung nih dah curahkan sambal tumis ikan bilis kat atas..sempat ambik gambar lagi ...hehehe
Roti Sardine
Hidangan berbuka semalam... selain roti sardine ni ada maggi goreng yg di buat oleh Shasha ... ibarat nye semalam menu anak2. Dah byk kali jgk buat roti sardine resepi dari Nor Trgganu nih..tapi bila Ayu tayang roti nih ... nak buat lagi... almaklum sardine mmg febret kat rumah dan stock sardine memang senantiasa ada dlm stock!! hehehe
Roti Sardin - Nor Secubit Garam
10 bj bun burger
1 tin kecil sardin ~ dilenyek hancur
1 labu bawang besar ~ didadukan
1 bj cili merah ~ dicincang
1 sudu besar jus limau nipis
2 bj telur
minyak
Untuk Inti:
Satukan sardin yg dah dilenyek dgn bawang besar dan cili merah.
Masak utk 1 minit dan masukkan jus limau nipis.
Padamkan api dan kacau hingga sebati.
Ketepikan.
Cara2
Potong dua bun burger.Toreh bahagian tengah tp jgn sampai tembus ke belakang.Penyekkan sedikit bun supaya membentuk seakan poket.Masukkan inti sardin ke dalam bun td dan buat la sehinga habis.Celup dlm telur yg dah dikocok hingga sebati di bahagian yg dimasukkan inti td sahaja.Goreng dlm pan yg dah dipanaskan dan dimasukkan sedikit minyak.Bila dah bertukar warna coklat, balikkan biar bahagian bawah bun lak yg digoreng.
Utk bahagian bawah goreng utk seketika jer, kalau tidak hangus nanti.
Gorenglah sehingga selesai, jika minya dah kering, tambahkan sedikit demi sedikit tiap kali nak menggoreng yg lain. Jgn lupa toskan roti yg dah siap digoreng tu ya..Roti ni sedap dicicah dgn sos spt sos popia yg K.Nor buat semalam tu dan juga boleh dimakan dgn sos cili atau sos cili thai. Slmt Mencuba ya..
Dan nak tayang pan yg dah banyak menggunakan nye...hehehe baru kesempatan ambik gambar!!! Puas hati boleh sekali 6 keping menggoreng roti sardine tuh!! Cuma letakkan sikit minyak sahaja. Terima Kaseh Mimi sudi tolong kirimkan pan. Yg kuali kecil tuh mama blm gunakn kan lagi..ingat nak buat apom..tengok lah :)
Nasi Lemak wif Ayam Serai & Telur Dadar mayonis
Salam tengah hari Jumaat teman2 semua..dah fikir nak masak utk berbuka hari nih? Mama lagi buntuh nih.. tak tahu apa juadah berbuka pada petang nanti :(
Sebenar nye nasi lemak tuh hidangan berbuka kelmarin yg tak sempat mama N3 kan oleh sebab kan mama menggunakan camera lain. Camera yg selalu mama gunakan di pakai oleh anak mama along utk tujuan project sekolah... so bila dah gunakan camera lain agak kecok pulak!! Yelah bukan kite punya...so ada gambar yg gelap ada yg terang jgk...
Okay lah tak mahu celoteh panjang2.... Nasi lemak kali nih agak berlainan dari yg selalu mama masak.. Nampak kat dapur sapa lagi kalau Cik Ayu kite... hehehe. Lain sikit nasi lemak ni sebab menggunakan halba, halia & jgk bawang. Tapi dari segi rasa tetap maintain...nasi lemak!!! Thanks yer Ayu..mama C&P dari dapur ayu :)
Nasi lemak - Ayu & malaysiabest.net
Ingredients:-
4 cups of basmati rice-(4 cawan beras basmati)
1 box of coconut milk(200mls) + 1 box of water (from the coconut ilk box)-(1 kotak santan(200mls) + 1 kotak air(gunakan kotak santan)
4 cups of water-(4 cawan air)
1 tsp fenugreek-(1 sudu kecil halba)
1 tiny slice ginger-(1 hirisan halia)
1 -2 shallots sliced-(1-2 bawang merah dihirs)
4 pandan leaves-(4 daun pandan)
salt to taste-(garam secukup rasa)
Method:-
Just cook like usually cook rice. However you need to take care of them, checking if there is enough water because the coconut milk tends to turn oil and make the rice 'sandy'. If the rice is not cooked after the button pop up, try add some water and cook again. If at all failed, then try steaming the rice in the steamer till cook.-(Masak nasi seperti biasa. Tapi harus selalu tengok supaya air cukup sebab santan akan bertukar keminyak dan nasi akan menjadi berbiji. Kalau nasi belum masak, bila butang ternaik, masukkan sedikit air dan tekan lagi. Kalau tak menjadi juga, kukus nasi dalm kukusan hingga masak)
Satu kelainan makan nasi lemak kali nih... dgn lauk ayam. Selalu makan nasi lemak berlauk kan sambal tumis, ikan bilis kacang dan tentu nye timun..tapi kali ni mama tiru style Ayu pulak... makan bersama Ayam Serai dari Love.Thanks yer both of u :) muahs!!
Sambal Ayam Serai - Ayu & Love
Ingredients:-
1 ekor ayam ~ dibersihkan dan dipotong ikut suka (digaul bersama sedikit serbuk kunyit dan garam)-(1 whole chicken cut to preference, marinate with turmeric powder and salt)
*15-20 tangkai cili kering ~ dididihkan bersama air dan garam terlebih dahulu-(soaked and boiled with salt 15-20 dried chillies)
*5 biji bawang merah-(5 shallots)
*3 ulas bawang putih-(garlics)
*1 cm halia-(1 cm ginger)
*1 biji bawang besar-(1 large onion)
*2 batang serai-(2 lemon grass)
*2 cm kunyit hidup-( 2cm fresh turmeric roots)
*6 biji cili padi-(6 birds eye chillies)
3 batang serai ~ diketuk-(3 lemon grass bruised)
2 asam keping-(2 dried tamarind slice)
air ~ ikut suka-(water to preference)
garam secukup rasa-(salt to taste)
minyak masak-(oil)
(saya masukkan sedikit gula dlm 1-2 sudu besar)-(I added some sugar about 1-2 tbsp)
Cara2nya:-
Kurangkan minyak, tumis bahan2 kisar dan serai hingga pecah minyak. Kacau selalu.
Tuangkan air dan masukkan asam keping. Biarkan mendidih. Perasakan dgn garam secukupnya.
Masukkan ayam dan gaul sebati. Tutupkan kuali dan biarkan seketika.Kacau sekali lagi dan padamkan api.Sedia dihidang! -(Blend *ingredients. Heat oil and deep fried chickens till cook, dish and put aside. Lessen oil and saute blended ingredients and lemon grass till oil rises up the surface. Stir always. Add in water and dried tamarind slice. Let it boil and add salt and sugar to taste. Add in chicken and mix well. Cover pan and let it for a while. Mix again and turn off heat. Ready.)
Dan telur dadar ni sebagai pelakon tambahan... dah banyak kali buat nih... sedap & lemak. Resepi kat sini blh atau pun kat bawah ni pun ada :)
TELUR DADAR BERMAYONIS- Nor Trgganu
3 bj telur
2- 3 sudu besar mayonis
1 labu bawang besar ~ dipotong dadu
2 bj cili merah ~ dibelah dua dan hiris
daun saderi ~ dihiris
sedikit garam
sedikit minyak
Masukkan minyak ke dalam frying pan dan panaskan.
Pecahkan telur ke dalam sebuah mangkuk dan masukkan mayonis.
Pukul dgn garfu hingga sebati.
Masukkan kesemua bahan2 lain dan gaul lg hingga sebati.
Tuangkan adunan telur dan goreng hingga telur dadar masak.
Angkat dan hidangkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)


