Monday, March 19, 2012

Gulai Kawah


Gulai Kawah nie ada ala2 rasa spt rendang... mungkin kegunaan kerisik dlm bahan. Tapi makin lama dipanas makin sedap kuah yg pekat2... sesuai dimakan bersama nasi minyak, nasi putih, roti jala ataupun roti canai/prata :P

Sekali lagi resipi dari dapur Lina Pg jgk ...hehehe manyak2 terima kaseh kerana sudi berkongsi resipi yg sedap lazat pada tekak kami dirumah :P Izinkan mama ltk resipi disin.. mana lah tahu teman2 yg lain yg mau mencuba nyer kelak :)


RESEPI GULAI KAWAH
resipi: linapg.blogspot.com 

sumber: mamahawa

Bahan 

  • 1/2 kg daging lembu hiris nipis
  • 1paket kerisik (40g) - mama ltk dlm 3 sudu mkn 
  • 1 paket kecil kari daging- mama ltk dlm 5 sudu mkn sbb suka pekat2 
  • 1 labu bawang merah (kisar)
  • 3 ulas bawang merah (kisar)
  • 3 ulas bawang putih (kisar)
  • 2inci halia (kisar)
  • 2 batang serai (ketuk)
  • 3-4 sb cili giling
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 cawan santan pekat
  • Rempah 4 beradik
  • 3sb gula merah - gula timbang brown color
  • 2-3 keping asam keping
  • minyak
  • garam 
  • Air



Cara-Cara: 
  1. Panaskan minyak, tumiskan rempah 4 beradik, bahan kisar,serai ketuk sehingga wangi. 
  2. Masukkan cili giling masak hingga garing dan pecah minyak.
  3. Masukkan daging dan kacau rata.Masukkan sikit air dan kacau rata lagi.
  4. Bila daging agak empuk, masukkan santan, kerisek, garam, gula merah, daun limau purut dan asam keping
  5. Biarkan mereneh hingga daging betul2 empuk.Kacau sekali sekala
  6. Biarkan sampai pekat.Tutup api.
  7. Sedap dimakan dengan nasi atau roti

Nasi Minyak Jus Oren

Assalammualaikun & Selamat Pagi Isnin.... 
(nie auto published tuan rumah pagi2 dh kluar pegi JB)

N3 tertunggak lagi... dah tak ingat bila hidangan nasi minyak nie dimasak.... tapi yg pasti masih mengingati keenakan memakan nasi minyak yg berperisa Jus Oren Sunquick. Dengan menggunakan brasmati jenama 'Anarkali' nasi nyer jadi cantik dan panjang. Suka I hehehe

Resipi kali nie mama ambik dari dapur Lina.Pg ... mmg best nasi nie digandingkan bersama gulai kawah & kerabu epal hijau... mama ikut bulat2 dari menu nasi minyak Lina..
Thnks yer Lina.. minta izin ltk resipi kat sini pulak :)



RESEPI NASI MINYAK JUS OREN
sumber: Mamahawa
  • 1 kg beras (dibasuh dan ditoskan)
  • Air sama sukatan ngan beras (10pot beras=10pot air)
  • 1/2 cawan mentega/majerin/myk sapi- gunakan minyak sapi qbb lagi wangi
  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 5 biji bunga cengkih
  • 2-3 kuntum bunga lawang
  • 2-3 biji buah pelaga
  • 2 kiub pati ayam
  • Sedikit kismis
  • 1 cawan susu cair )
  • 2-3 sm jus oren sunquick
  • sedikit daun ketumbar dan gajus
  • sedikit pewarna kuning
  • 2-3 helai daun pandan di simpul
  • sedikit perwarna kuning & oren 
  • sedikit jer air mawar kasi wangi - nie mama tambah 



Cara-cara :
  1. Panaskan mentega dan kemudian masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga bersama bahan dihiris hingga berbau wangi.
  2. Kemudian masukkan daun pandan bersama kiub ayam, air dan susu cair serta jus oren
  3. Biarkan mendidih kemudian masukkan beras.
  4. Setelah nasi agak kering,kecilkan api buat lubang dgn belakang sudu,titiskan pewarna kuning
  5. Tutup periuk dan tunggu hingga nasi masak
  6. Setelah nasi masak, gembur2kan nasi menggunakan garfu. Taburkan kismis,daun ketumbar dan gajus.


Bila tengok gambar nie baru prasan tak tabur daun ketumbar...hehehe apa2 nasi minyak nie dapat jari jempol dari cik hubby n the kids!!! bkn senang tau nak dpt pujian dari hubby

Friday, March 16, 2012

Terung Sambal Tumbuk


 Selamat Petang & Salam Jumaat kpd semua teman2 yg diingati selalu :)

Lauk ringkas lagi...
cepat dimasak & sedap dimakan
Resipi asal menggunakan terung yg bentuk kecik2... 
tapi kat Spore ni mana lah nk cari so tukar lah kpd
terung jenis yg purple...
pun sedap jgk agak nyer kalau grg telur buat sambal cam gini pun 
SEDAP 

Resipi dari dapur Ummi... mmg cepat dimasak & also cepat habis dimakan 
hehehe TQ Ummi for sharing simple2 dish 
suka Hawa hehehe :P :)

Meh tengok resipi dari dapur Ummi


TERUNG SAMBAL TUMBUK
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-

  • 20 ulas terung ungu mini (boleh jgk guna terung2 lain)- mama gunakan terung purple sederhana besar  dlm 7-8 btg digrg sebentar
  • 3 tangkai cili merah (dibuang biji) *
  • 4 biji bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1 inci belacan yg dibakar * (bahan * ditumbuk2 kasar)
  • 1 - 2 sudu besar cili kering kisar
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • 6 tangkai cili padi thai - diketuk
  • 2 sudu besar gula/secukup rasa
  • garam secukup rasa
  • 4 sudu besar minyak untuk menumis




Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan tumbuk sebentar hingga naik bau.
  2. Masukkan pula cili kering kisar dan kacau hingga naik minyak (guna api perlahan).
  3. Masukkan gula dan air asam jawa, kacau.
  4. Masukkan terung diikuti dengan garam secukup rasa.
  5. Masukkan cili padi thai dan kacau balik terung dan cili padi hingga sedikit layu sahaja (rasa keras2 sikit bila dimakan) dan seimbangkan rasa. Tutup api.

Thursday, March 15, 2012

Muffin Pandan Eggless (ENO)

 Assalammualaikum

Selamat Pagi Khamis
mendung jer disini

Muffin yg lembut cuma bahagian atas yg bergerutu
tapi bila tgk kat dapur Izah pun mmg cam g2



Betul tuh Izah ..mcm adunnan apam kembang jer 
so jgn ltk byk dlm mangkuk
nanti bila dibakar membuak!!

Terima Kaseh Izah share resipi ... resipi asal dari  Joayee@myR dan jgk Dayang Jack. Terima kaseh semua!

MUFFIN PANDAN EGGLESS (ENO)
resepi: Joayee@myR
sumber: kak DayangJack


Bahan-bahan ( 6 )
1 1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula 
1/2 sudu kecil soda bicarbonat
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 cawan minyak masak 
1 cawan santan pekat (kurangkan sedikit kalau santan cair)
1 sudu besar Andrews Liver Salt/antacid or di malaysia- ENO
sedikit perasa Pandan + Warna hijau 




 Cara-cara:
1.Campurkan bahan kering (tepung, gula, soda bicarbonat, baking powder) ke dalam satu bekas.
2.Campurkan bahan basah (santan, minyak, colour, perasa pandan) ke dalam satu bekas yang lain.
Masukkan (2) ke dalam (1), sambil dikacau dengan garpu.
Akhir sekali, ayakkan Andrew Liver Salt/ ENO. Kacau dengan garpu, biar sebati, tapi jangan terlebih kacau.
Rehatkan 5 minit.( cukup masa untuk ENO bertindak mengngeluarkan bubble)- mungkin tak berapa nampak, tapi mixture akan kurang likatnya.
Masukkan ke dalam bekas muffin, bakar selama 30 min, 160 deg C.


Untuk perasa lain boleh try contoh di bawah.
***Actually kukus lagi best kalau nak try option di bawah. kalau bakar kering sgt la pulak.
OPTION1: @Banana Muffin@: 2 biji pisang size kecil, 3/4 cawan susu soya [x]
OPTION2: @Apple Muffin@: 4 sudu besar Bramley apple source, 3/4 cawan susu soya
Dari resepi ni, macam-macam perasa boleh buat. Selamat mencuba.



Tuesday, March 13, 2012

Kerapu Sambal Tomato


Salam pagi yg mulai cerah.....
beberapa pagi mentari seakan sembunyi dibalik awal 

lama betul ikan masak sambal tomato terperap di dlm folder
hehehe menanti utk di tayangkan di sini hehehe


Resipi asal menggunakan ikan keli ... tapi sebab tuan yg memasak yg tak makan ikan keli nie ditukar lah kepada ikan kerapu.... tapi kalau menggunakan ikan yg lain pun rasa nyer mmg sedap. Suka makan bersama nasi kering ngan sambal tomato yg sedikit manis2 masam...




Resipi dari dapur Mas .. Tq very much :P


Keli Sambal Tomato
Resepi : MasDuniaku

Bahan :
  • 3 ekor ikan keli - bersihkan dengan asam jawa @ air limau - gunakan ikan kerapu 
  • 5 biji cili merah - dikisar
  • 4 biji cili padi merah - ikut pedas yerk - dikisar
  • 1 biji bawang besar - dikisar
  • 2 ulas bawang putih - dikisar
  • 1 biji tomato - dikisar
  • 1/2 biji bawang besar - dihiris
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili thai - sos maggi thai 
  • garam dan gula  secukup rasa 
  • sedikit pati ikan bilis



Cara memasak :
  1. Keli dibersihkan dan diperap dengan asam jawa @ jus limau nipis ( boleh letak daun dan batang kesum @ daun pisang yang diramas2 dalam rendaman keli tu sekali ) dan sedikit garam selama 5 minit untuk hilangkan hanyir, cuci bersih dan perapkan sekali lagi dalam 5  minit dan cuci kembali dan toskan.  Lumurkan ikan keli dengan garam dan kunyit. Goreng hingga garing, angkat dan toskan, ketepikan.
  2. Tuang minyak secukupnya dan tumis bawang besar yang dihiris tadi hingga wangi dan masukkan bahan - bahan kisar dan masak hingga wangi , masukkan sos tiram dan sos cili thai, kacau rata, jika sambal agak pekat masukkan sedikit air, kacau rata.
  3. Masukkan garam dan gula secukup rasa, letakkan juga sedikit kiub ikan bilis, seimbangkan rasa. Masak hingga sambal garing.
  4. Kemudian masukkan ikan keli yang digoreng garing dan kacau rata.
  5. Angkat dan boleh dihidangkan.


Friday, March 9, 2012

Ikan Sepat Sambal Cili Padi


Kembali bersiaran pada ptg hari Jumaat yg berbahagia ni..
Lauk samping utk dimakan ngan sayur lemak pucuk ubi.. tapi kalau makan bersama bubur nasi pun sedap!

Menjadi kegemaran kami dirumah cuma seperti biasa mama kurangkan lah cili padi tuh!! rasa2 nyer dgn menggunakan cili padi kampung ter...sangatlah pedas. Tapi pada penggemar cili padi ikut lah kepedasan yg di inginni..mmg ringkas cepat penyediaannyer dan mmg sesuai utk orang2 spt mama yg nk cepat2 msk hehehe malasssss


Meh tgk resipi yg digeledah dari dapur Mbak Ayu  hehehe terima kaseh ayu!!!


Ikan Sepat Sambal Cili Padi
Adapted from Ikan Sepat Sambal Cili Padi Terung Limbang
Sources:-From majalah Rasa Julai 2010
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction

Bahan:-
5 ekor ikan sepat masin
100g terung limbang-(Ayu tak letak ni)mama pun
1 biji bawang holland-dipotong bulat -(Ayu guna bawang besar biasa aje)
3 ulas bawang putih -dihiris
15-20 biji cili padi-ditumbuk kasar ni mama kurangkan ke 10 biji
garam & gula secukup rasa
minyak untuk menggoreng dan menumis






Cara:-
Panaskan minyak dan goreng ikan sepat masin yang direndam seketika dan ditoskan sehingga garing. Angkat toskan dan ketepikan.
Dengan menggunakan minyak gorengan ikan sepat masin tadi, panaskan minyak dan tumis bawang holland serta bawang putih sehingga layu dan naik bau. Kemudian masukkan cili padi yang ditumbuk tadi dan tumis sehingga pecah minyak. Setelah itu masukkan ikan sepat masin dan terung limbang. Kacau  rata. Akhir sekali perasakan secukupnya. Angkat dan sedia untuk dinikmati.



Thursday, March 8, 2012

Lemak Pucuk Ubi dgn Kupang


Assalamualaikum dan Salam pagi Khamis yg dingin di sini... awal pagi tadi hujan turun dgn lebat nyer! Allhamdullilah syukran!

Terima kaseh kepada teman2 yg masih setia mengunjung ke dapur mama yg kejap2 ada.... dan kejap2 hilang hehehe ...

Ok lah kali nie nk berkongsi resipi yg sgt sedap... lauk2 begini kdg2 blh menambahkan selera dan bertambah2 nasi! hehehe banyangkan mkn bersama ikan grg + sambal belacan jer dah mencukupi..alhamdullilah :P

Resipi yg mama ambik dari dapur Cik Adnan kite. Byk resipi2 dari dapur beliau yg mmg best2 kadang2 malu jgk mama tgk anak muda spt beliau yg mmg rajin memasak/ baking.
Terima Kaseh daun keladi nnt ada resipi yg lain mama terjah lagi hehehe :)

Izinkan mama berkongsi di sini pulak :)

Lemak Pucuk Ubi dgn Kupang
resipi: Cik Mat -DTS
sumber:  mamahawa

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak pucuk ubi
1 genggam isi kupang, cuci dan toskan
2 batang serai, dititik
1 keping asam gelugor
1 liter santan cair
300 ml santan pekat
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
2 biji cili merah
10 biji cili padi
1/2 inci belacan




CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pucuk ubi diasingkan dari tangkainya, cuci, tos dan rebus hingga 3/4 lembut. Toskan dan cuci dengan air, perah dan hiris kasar. Masukkan ke dalam periuk bersama isi kupang, bahan kisar halus dan serai titik. Gaul rata dan tuang santan cair. Masak hingga mendidih.
  2. Bila pucuk ubi lembut, tuang santan pekat. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula, kacau dan masak dengan api sederhana hingga mendidih. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ikan masin/ikan goreng....Pengsaaannn >___<




Wednesday, March 7, 2012

Chocolate Bottom Banana Squares


Assalammualaikum w w & Salam petang Rabu...

kejap jer dah nak pukol 5 ptg. Tak blh nak sok seh pjg2... meh tgk kek pisang ala2 style brownies yg rendah jer yg jgk dipenuh dgn chocolate chips!!



hasil godaan dari Tun Telani.. mmg tak blh berhenti makan asyik nak ngap jer! bayangkan cik hubby  ckp sungguh  sedap & mkn dlm 3-4 keping !!! Mmg sedap lah tuh! hehehe

Anyway thnks yer Tun mmg mama blm pernah mencuba this type of cake! berbaloi!!



Chocolate-Bottom Banana Squares
recipe: tammy

Bahan2:                                                                             
  • 1/2 cwn Butter -113g (lembutkan)
  • 1 cwan gula - 3/4 cwm
  • 1 bj telur
  • 1 sk vanilla
  • 3 bj pisang- mashed - 2 large pisang del monte
  • 1 1/2 c tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk baking soda
  • 1/2 sk garam
  • 1/4 cwn sebuk koko  
  • 1 cwn chocolate chips- next time less kan sikit choc chips byk sgt susah nk ptg hehehe

mama gunakan loyang 7' x 10'


Cara2:
  •  pukul butter dan gula sampai light n fluffy.
  • masukkan telur, vanilla dan pisang yg dh lenyek, dan pukul lagi.
  • ayak tepung, baking powder dan baking soda, dan masukkan dlm adunan di atas, masukkan garam dan gaul rata.
  • bahagikan adunan kepada dua. masukkan cocoa powder (tun masukkan choc emulco) dlm separuh adunan dan gaul rata.
  • ratakan adunan coklat dlm loyang. tun taburkan juga coklat chip, lepas tu ratakan pula adunan yg lagis separuh atas adunan coklat td. 
  • springkle coklat chip kat atas. bakar pd suhu 180 C, selama 30 minit atau hingga adunan x melekat bila di cucuk. HATI2 JGN OVERBAKE, nnti jd kering.
  • tunggu sejuk, baru potong petak2. 
  • SEDAP SGT!! selamat mencuba ^^




Thursday, March 1, 2012

Mee Bandung

 Assalammualaikum salam sejahtera dan selamat pagi Khamis semua...
pagi nie nak buat N3 tertunggak yg sedang beratur utk kluar jer... so gmbr2 nie semua dah lama semua nyer dah jadi baja hahaha ... tapi gmbr tak lah basi kan3x..

berbalik pada gmbr mee bandung nie mama try dari dapur Yatie.. mudah saja penyediaan nyer. Hasil nyer pun sedap. Suka ngan cara menyediakan telur cemplok :)
Thanks yer Yatie.. Izinkan mama kongsikan resipi disini jgk :)

Mee Bandung
Resipi:  Yatie
sumber: mamahawablogspot


Bahan-bahan:
* Mee kuning- dbasuh dan di celur sekejap(saya guna spaghetti je..)
* 5 sudu besar cili kisar(lada kering)
* 4 ulas bawang putih - dikisar
* 1 biji bawang besar - dikisar
* 5 sudu besar udang kering - dikisar
* 1 inci halia -di kisar
* 2 btng serai- di titik
* 2 biji kentang di rebus dan di lecek-utk pekatkan kuah

* 1 cawan udang basah
* 1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
* 1/2 cwn sos cili
* 1/2 cwn sos tomato
* 4 biji telurTelur - rebus berasingan iaitu pecahkan dalam air panas dngn api sederhana
* 1 cwn kacang tanah digoreng ~ ditumbuk halus
* 4 cwn air
* Garam dan gula secukup rasa.
* 1 pokok sayur sawi-di celur sekejap
* 2 biji tomato biji
* Bawang goreng dan daun bawang serta hirisan limau kasturi- sebagai hiasan








Cara penyediaan:
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan- bahan yang dikisar serta serai sehingga naik bau.
  2. Masukkan sos cili dan sos tomato, kacang tanah dan air rebusan daging dan biar seketika.
  3. Tambahkan garam dan gula secukup rasa dan biarkan kuah sehingga pekat.
  4. Masukkan kentang yg di lecek tadi dan gaul sebati.
  5. Masukkan udang, daging rebus dan kacau sebati. Masukkan buah tomato tadi. Sekiranya rasa dah ok, bolehlah di hidangkan.






Cara hidangan:
  1. Masukkan sedikit mee yg telah di celur kedalam mangkuk.
  2. Letak sawi dan telur... tuangkan kuah di atas mee tadi.
  3. Taburkan daun bawang dan bawang goreng serta letakkan hirisan limau.
  4. Setelah siap, bolehlah di makan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...