Tuesday, January 19, 2010

Maggi for breakfast



Maggi untuk sarapan pagi tadi :)
Salam & selamat pagi semua... Cuaca pagi Selasa hari terang dan berangin disini...
Hari ni macam takde mood pulak... tak tahu kenapa?????

Monday, January 18, 2010

Tauhu Brintik


Jumpa resepi ni kat blog MamaJenn. Memang kat sini hantu Tauhu... Betul jugak kata MJ... sebenarnya benda2 yg simple dan kreatif ni la yg sesuai dikongsi dgn org. Mmg x terfikir blh pulak dijadikan juadah yg sedap.... Mama ucapkan terima kasih kepada MJ yang sudi berkongsi resipi. Muaaahhhhhz

Bahan2nya:
- Tauhu - potong saiz yg bersesuaian
- telur - dipukul sedikit
- Tepung goreng ayam - mama gunakan Kentucky All purpose seasoned flour

Caranya:
- Tauhu dipotong dan dicuci bersih.
- Celup dlm telur dan digaul dgn tepung.
- Goreng minyak banyak/tenggelam.

* Sedap dimakan begitu sahaja atau dicicah dgn sos cili yang dicampur dgn mayonis

Terung Garam Asam


Satu lagi koleksi lauk orang 'Jawa' yang menjadi pujaan cik hubby... Memang kalau ada kenduri, selain sambal godok,urap lauk ni macam satu kemestian buat keluarga cik hubby yang memang typical jawa....


Mama ambik resepi dari Buku Asmah Laili untuk dibuat rujukan. Selalu masak pakai campak2 jer. Resepi oleh Puan Zaharah Roziz.

Bahan
5 biji terong hijau, dibelah dua, kemudian belah tengah jgn putus
5 batang kacang panjan, dipotong sejari pjg ( mama tak letak)
50g udang kering, direndam ~
4 biji bawang putih~
2 biji bawang besar~
2 batang serai~
sejari lengkuas~ (mama tak letak)
sejari halia~

1 sudu teh belacan*
6 biji buah keras*
7 biji lada kering* (mama letak cili padi dlm 6-7 btg)

2 biji bawang besar dihiris
5 biji lada merah dihiris

1 sudu makan asam }
1 cawan santan } diramas & ditapis

sedikit minyak untuk menumis
gula & garam secukup rasa

Cara
Bahan yg bertanda ~ dikisar jangan terlalu halus. Sementara bahan yg bertanda * dikisar halus.
Gaul rata kedua bahan. Panaskan sedikit minyak, goreng terong dan kacang panjang sebentar sehingga layu. Angkat dan toskan.
Tumis hirisan bawang besar dan lada merah sehingga layu. Masukkan rempah kisar, goreng sehingga garing dan wangi baunya. Tuangkan santan, taburkan gula dan garam. Gaul rata dan masaklah sehingga mendidih dan pekat sedikit. Masukkan terong dan kacang panjang. Gaul rata dan matikan api.

Asam Pedas Ikan Patin

Salam sayang & selamat malam semua.... Lagi buat apa semua :)

1st time mama cuba masak ikan patin masak asam pedas. Selalu nyer mama masak lemak cili padi... tapi oleh kerana dah lama tak pekena dengan asam pedas... & dalam fridge tinggal ikan patin jer...terhasil lah asam pedas ikan patin yg pekat2.


Isi ikan patin yang begitu lembut... & lemak2.... Mama bukan apa takut bila masak nanti bau hamis... bukan senang nak cari ikan ni kat sg... ni pun beli kat JB pasar KipMart. So layan gambar jer lah... sbb semua orang tahu masak asam pedas kan!

Sunday, January 17, 2010

Tortilla Wrap


Tortilla Wrap ni tak ingat buat bila pulak... tapi yang pasti untuk breakfast sebab bila anak mama Nazli balik dari sekolah nak kan lagi tortilla ni...


Simple & mudah menyediakan nye... Untuk inti terpulang kepada citarasa masing2 untuk letak.
Untuk mama ini bahan2 nye.

1 packet instant Tortilla (mama menggunakan plain jer sbb skrg dah ada yg berperisa spt bawang putih/wholemeal etc

1 packet chicken popcorn
1 packet Beef Ham
secukup mayonise, thai cili sos & BBQ sos
mozarella cheese yg diparut atau apa2 cheese yg digemari

Cara
Panaskan keping tortilla sebentar. Goreng chicken popcorn sehingga masak.
Sapukan mayonise diatas tortilla, letakkan beef ham, chicken popcorn, cili sos, bbq sos & taburkan cheese dan lipat tortilla macam kita lipat popia. Bungkus dengan aluminum foil. Buat sehingga habis. Letakkan tortilla yang telah dibungkus atas kuali non stick dan balik2 agak2 dalam 3-5 min supaya cheese yang kat dalam cair... Siap!!!

Suun Goreng Kicap


Ternampak kat Pasaraya disini Sheng Siong. Suun yang berbentuk besar2. Tapi bila dimasak seperti kuey teow pulak.


Di rendam dalam air panas selama 10-15 minit. Dan goreng mengikut cita rasa masing2... Mama goreng bersama kentang & telur.

Kacang Panjang Goreng Belacan


Selalu kita gunakan kangkung... kali ni mama gantikan kepada kacang panjang... Tak kick sangatlah!!!! Sedap lagi kalau menggunakan KANGKUNG

Udang Galah Lemak Cili Api


Menu2 yang tak sempat nak di upload kat N3...
Udang galah masak lemak cili padi... 1 kg pada harga RM13. Beli sewaktu ikut my Bro belanja kat KipMart JB. Sayang anak2 tak berapa gemar dengan udang jenis ni.... So mama & cik hubby yang menghabiskan nya....

Mashed Garlic Potato

HeLLooooo Semua!!!!!
Selamat PaGi di hari minggu ni.... dah nak masuk tengahari pun....
Salam sayang buat semua teman2 mama!!!! Rindu sangat2 kat blog mama yang dah tak terjaga & also tak terlayan.... Maaf yer teman2 semua...

Sarapan pagi yang mudah disediakan & mengenyangkan. Makan bersama fish fillet goreng. Mashed garlic potato ni dah banyak kali buat sebab anak2 & mak bapak suka sangat2. Untuk resipi blh dapat disini

Friday, January 15, 2010

Salam semua buat teman2 mama yang tak penat menggunjung ke blog mama ni walaupun sudah lebih kurang seminggu tak bersiaran... Terima kaseh banyak2...

Alhamdullillah mama sihat2 belaka... yang tak sihat... computer mama... sakit masuk hospital!!!!
Hari ni baru lah balik 'rumah' Kesian kan!!!

Mama misssssss semua teman2. Bila computer down... buat kerja semua tak kena... macam something missing gitu... Kata bak pepatah... makan tak kenyang... mandi tak basah betul ke???

Okay lah sampai disini dulu... mama akan update N3 kemungkin besok... Banyak yang nak diceritakan sepanjang seminggu ni... Okay happi weekend kepada semua :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...