Tuesday, August 17, 2010

Sosej Gulung Ranggup

Salam & Selamat tengahari  ^___^
Semalam ingat nak berblogging.... habuk pun takde.... dah seminggu lebih nih mama badan mama asyik gatal2 jer dah puas tukar sabun..tukar bedak masih gatal2..tak tahu kenapa.Nih pun semasa mengupdate blog tergaruk2 jgk.. kata hubby kena tgk dr..nih yg malas...

Okay lah kite cerita pasal masak memasak... Sebenar nye tgk kat blog CMG tuh ada sosej gulung..tapi bila tgk dia gunakan puff pastry mana nak cari...yg ada dalam frigde instant paratha..hehehe utk menambahkan menu berbuka atas meja...mama pun teruskan buat sosej gulung.Buat tak banyak adalah dalam 5 ketul jer :) Okay jgk cuma kena bakar lama sikit biar kasi garing2. Tuh pun bakar dah nak dekat magrib- project ngan shasha.
Sorry Che Mat... Hawa ubahkan resepi asal ...tapi sedap jgk :) Minta izin C&P resepi disini buat rujukkan anak2 kemudian hari.


SOSEJ GULUNG RANGGUP - CMG


Bahan-bahan nya
10 batang sosej ayamas ber"madu"
10 keping puff pastry jenama "kawan" berukuran (4 x 4) inci
Mayonnaise
Cili sos
Kuning telur + 1 camca teh susu cair = kacau rata
Sedikit serbuk lada hitam yang baru dikisar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sosej ayam dicelur sekejap, toskan dan biar sejuk. Belah 2 tapi jangan putus untuk setiap batang sosej. Ketepikan.
  2. Ambil 1 keping kulit puff pastry (biar pada suhu bilik). Letak 1 batang sosej dan sapu sedikit sos cili dan mayonnaise antara dua belahan tadi, kemudian gulung puff pastry tadi dan kemas kan. Buat hingga siap dan susun dalam dulang pembakar.
  3. Sapu dengan kuning telur tadi dan tabur serbuk lada hitam atasnya. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 20 minit atau hingga kuning keemasan.
CATATAN MAT GEBU :- Jika oven anda ada sistem "hot fan", boleh on kan masa membakar puff pastry, ini akan menambah kerangupan puff pastry. Mat kelar2 sikit hujung puff pastry sebelum digulung untuk mendapat kesan seperti dalam gambar...

Monday, August 16, 2010

Ayam Ala Ana

Balik dari rumah mak mama kelam kabut siap kan lauk utk bersahur...selalu mama masak pepagi sewaktu bangun sahur...

Satu lagi resepi dari Buku Sheila Rusly yg sempat mama beli sewaktu pergi JB tempoh hari KETUK2 RAMADAN...since ada kurma..mama cuba lah resepi nih..not bad ada rasa2 pedas, manis dan yg paling best kicap!!! hehehe bln pose nih kan kicap tak blh miss lah...Cuma lauk nih agak kering..so kalau mahu kan berkuah tambahkan sedikit air... Meh tengok resepi...

AYAM ALA ANA - HJH SHEILA RUSLY

Bahan2
4 ketul bahagian paha ayam
3 biji kurma - mama rendam dulu dgn air panas dlm 20 min
2 sudu makan madu
1 btg kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
5 sudu makan kicap pedas - tak ada so mama gunakan kicap manis
2 sud makan gula merah
2 tangkai dun kari
5 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering - kalau nak pedas tambah kan lagi
serbuk kunyit
garam
mama tambah kan kentang yg diptg baji dan digoreng





Cara menbuat
Goreng ayam yg telah dilumur kunyit & garam. Angkat bila ayam garing dan letakkan didlm bekas berasingan. Kluarkan sebahagian minyak dari kuali dan tumis kulit kayu manis, daun kari dan buah pelaga serta bahan2 yg telah dikisar tadi seperti cili kering, bawang besar, bawang putih dan buah kurma berasingan. ( mama lebur kan semua)
Kemudian masukkan madu serta gula merah dan kicap pedas. Masukkan garam ikut citarasa anda. masukkan ayam yg telah digoreng tadi dan gaul mesra hingga sebati dengan sos tadi.

Mee & Kuey Teow Goreng, Roti John & Bubur berbuka semalam di rumah mak


Semalam mama & family berbuka di rumah my parents.... Seperti biasa mama akan berbuka puasa setiap hujung minggu bersama mereka. Kecoh , gamat... atuk & nenek happy bila rumah diorang yg tiba2 porak peranda dengan hilai tawa cucu mereka. Mama hanya sempat gorengkan  mee & kuey teow , roti john & bubur kacang durian pemberian dari jiran... sedap makan ramai2.

Ikan Bilis kicap yg tak blh miss...


Ikan Bilis kicap nih memang tak blh miss..dah 2 kali mama buat utk bersahur. Paling best!!! Manis2 ragup2... gambar pun nampak blurr sbb lepas masak terus ambik gambar... Dalam bln pose nih mood nak ambik gambar pepagi nih ada kurennngggg sikit lah...hehehe kepada teman2 yg nak cuba cara mama blh tgk kat bawah nih..macma lah diorg ni tak tahu buat..kacang jer

secukup ikan bilis
bawang besar dihiris
cili merah & hijau
kalau nak pedas lagi cili padi pun alright
secukup kicap

Bawang besar, cili merah & cili hijau dihiris kasar. Ikan bilis digoreng garing2 dan ketepikan. Tumis kan bawang besar, cili merah & hijau sehingga layu angkat dan campurkan ke ikan bilis yg telah digoreng. Tuangkan kicap berapa byk yg kite suka. Gaul semua sehingga sebati.Siap. Ikan bilis akan terasa ranggup bila dimakan.

Ikan Duri Asam Pedas utk sahur


Salam hari isni yg mendung di sini...hujan baru sahaja berhenti.... sejuk... nyaman...rasa2 macam nak tarik selimut lagi...hehehe

Okay banyak menu yg tertinggal tak sempat nak di N3 kan...hehehe macam lah sibuk sangat...bukan sibuk sangat..tapi bulan pose nih perjalannan tuh agak slow sikit...maklum :)

Lauk asam pedas utk ikut selera mama pulak..asyik2 nak ikut selera diorang kan!!! mama pun nak teringin mkn ikan..... beli ikan duri ada lah bang sejenkal besar... masak semua dapat lah dua kali sahur utk mama makan... Selalu masak asam pedas..kali nih cuba pulak resepi dari buku ASMAH LAILI - mintak ampun sedapnya!!!. Sedap jgk rasa asam pedas yg ada rempah2 nih.. Meh tgk resepi :D

IKAN DURI ADAM PEDAS - HJH MAHANI ABDUL RAHIM

Bahan
1 ekor ikan duri atau ikan pari beratnye 1kg - mama agak2 jer
20 biji cili kering*
1 sudu makan ketumbar*
1 sudu teh jintan kasar*
1/2 sudu makan lada hitam biji*
1 sudu makan kerisik*
2 biji bawang besar*
3 biji bawabg putih*
1 sudu makan belacan*
1 jari kunyit hidup*

semua bahan yg bertanda * dikisar halus

2 batang serai, dititk
1 mangkuk daun kesom
200gm asam, diramas dengan 1 cawan air dan ditapis
1 cawan minyak utk menumis
garam secukup rasa

Cara
Ikan dipotong ikut suka hati. Cuci bersih & ditoskanmin (mama rendam dulu dgn air asam & garam dalam 15-20 baru bilas & cuci bersih). Panaskan minyak didlm periuk. Tumis serai sehingga naik bau aromanya. Setelah itu masukkan rempah kisar. Tumis lagi sehingga rempah nye garing. Barulah dimasukkan ikan & air asam. Gaul sehingga rata. Biarkan sehingga mendidih.
Apabila ikannya sudah masak, masukkan pula daun kesum dan garam. Enak dihidangkan dengan nasi putih.

PANDUAN UTK MEMBERSIHKAN IKAN DURI

ikan duri perlu dibuang urat hamisnya, yg terdapat didalam isi ikannya. Biasanya urat yg hamis ini terdapat disebelah atas, bahagian kiri & kanan, yg berwarna putih atau kekuningan. Ini lah urat yg menyebabkan ikan duri hamis. Perlahan -lahan tarik keluar urat2 yg halus ini. Setelah itu dicuci kepingan ikan dengan asam & garam. Utk membuat isinya wangi, rendam sebentar dgn 1 biji limau purut yg dikisar.

Friday, August 13, 2010

Telur Kicap


Lauk bersahur tadi pagi... lepas tengok kat rumah Kak Intan.... kebetulan cik hubby ckp kalau sahur hari2 telur pun tak pe... mama buatkan jgk telur kicap yg simple nih buat mereka semua :D

Senang jer nak membuat nyer.. goreng kan telor berapa yg kite perlukan. Bawang besar, cili merah & cili hijau dihiris serong & of course lah bahan utama KICAP. Tumis bawang besar & cili sehingga layu lepas tuh masukkan kicap biarkan mendidih.. mama tak letak pun air asam. Padam kan api curahkan atas telur yg telah digoreng.. Siap!!!

3rd Ramadan dah...


Alhamdullillah.....
Salam semua... dah hari yg ke 3 kite semua berpuasa... Syukur allhamdullillah :D

Sebenar nya hari ni mama berbuka puasa seorang diri... lepas N3 petang tadi..cik hubby call ckp dia kena OT.. Nazli dah keluar ke stadium menyaksikan acara YOG... Along ngan kawan2 sekolah gi Geylang Bazar.. Shasha kerja... so mama call lah shasha ckp mama buka puasa seorang2.... sedih jgk nih mana tak sedih semua orang takde dia tanya... kite ajak kawan2 shasha buka pat rumah blh tak?? Dgn cepat mama jawab blh lah :D

So mama cepat2 siapkan juadah berbuka..cuma sempat goreng laksa nih saja..tapi seperti biasa jiran2 mama selalu bagi juadah berbuka...hehehe penuh meja :)

Laksa goreng berempah nih main campak2 jer :) Ada letak fishcake, kerang, isi ikan kembung  dan yg pasti daun kesum!!! hehehe

To Meera, Syaf & Nina thanks kerana sudi teman cik berbuka..lot of fun tadi sambil makan sambil ketawa & lepas tuh sempat dengar lagu Maher Zain :D

Pan Dah sampai


Salam semua... tak blh bebel banyak2 nih...blm masak untuk berbuka lagi... Just to let Mimi know that the pan dah sampai dengan selamat nyer..tak de cacat pun..almaklum naik kapalterbang..hehehe. Thanks Chik Mimi sayang..lain kali mama nak order barang lain boleh kan?

Siap posing atas sofa lagi...

Thursday, August 12, 2010

Talam Berlauk


Bertemu kembali.... tadi petang sempat buat kuih talam ..lepas skodeng kat MyResipi....terjumpa resepi nih..
lalu terus kedapur. Mama buat 1/2 adunan sahaja..jadi lah dapat beri jiran2. Teringat pulak bila makan kuih talam ni..dulu2 waktu mama muda2 habis sekarang dah tua lah mak mama selalu jgk buat diorang pakai agak2 jer..tapi kali ni mama dah ada sukatan senang esok2 nak membuat nyer pulak. Kepada Kak Fida dari MYR terima kaseh byk2 kerana sudi berkongsi resepi :)



Talam berlauk -Kak Fida MyR

Bahan-bahan ( loyang 11x11 inc. )

  • Adunan tepung :-
  • *230 g tepung beras (cap gajah)
  • *60 g tepung jagung
  • *2 sk gula
  • *garam secukup rasa
  • *1/2 sk serbuk lada sulah
  • *1,100 ml santan pekat
  • Bahan utk lauk :-
  • 300 g daging cincang
  • 180 g isi ayam - potong dadu- x letak
  • 1 hiris halia - ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 sk serbuk lada sulah
  • garam secukup rasa
  • minyak utk menumis
  • Bahan taburan :-
  • 2 cawan bawang goreng
  • 8 tangkai daun sup dan daun bawang - dihiris
  • 3 batang lada merah - dihiris halus (lebihkan jika suka pedas)

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dan tumis bwg putih dan halia hingga wangi dan masukkan daging dan ayam dan masak hingga kering lalu masukkan perasa dan 1/2 bahan taburan.Gaul rata dan masak terus hingga kering.Sejukkan.
  2. Satukan adunan tepung* ke dlm periuk, kacau hingga tidak berbintil dan masak atas api perlahan hingga sederhana pekat. Kemudian masukkan lauk yg tlh disejukkan tadi dan kacau lagi 5 min.
  3. Tuang adunan ke dlm loyang berlengser minyak dan taburkan permukaan adunan dgn lebihan bahan taburan rata2.
  4. Kukus selama 20 min atau hingga masak. Biarkan kuih benar2 sejuk, potong dan hidangkan.

Telor Mayo Sandwich


Salam & selamat malam semua!! menu berbuka tadi...simple jer mama berbuka bertiga saja hari nih..cik hubby kena OT. Roti hotdog letak ngan telor mayo dan jugak chicken ham sebagai penyeri..hehehe.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...