Monday, June 8, 2009

sudah baca.....


NOVEL terbaru beliau bertajuk 'Atas Nama Cinta' kini sedang menanti anda di kedai-kedai buku. Dapatkannya segera sebelum kehabisan.

Kepada anda yang inginkan kelainan jalan cerita daripada beliau, inilah masanya anda dapatkan novel kedua beliau.

Sukarnya Firas menakluki hati dan cinta Ardini. Pelbagai cara dilakukan agar gadis punjaan hati menjadi miliknya yang abadi. Bukankah cinta itu satu pengorbanan? Dan itulah yang menguntumkan kemanisan cinta. Ijab kabul bukti bahawa cinta mereka bukan hanya di bibir.

Gelora ombak dan taufan telah mengaramkan bahtera cinta mereka ketika disinari cahaya bahagia. Namun, mengapa ada insan yang mencemburui keindahan cinta mereka? Mengapa perlu ada duri-duri yang menghalang mereka ke puncak kasih hingga hati mereka tercalar luka?

Atas nama cinta, mereka berpegang teguh pada janji setia



DIBURU masa silam, Tasnim sentiasa kegelisahan. Kepahitan semalam mendera perasaan. Terus, dia tidak berani mencintai. Jauh sekali membiarkan dirinya dicintai. Dia sentiasa sedar di mana dia berpijak. Di penjuru mana dia berdiri.

Kemunculan Zarul, memang tidak diduga. Tanpa sedar, lelaki itu menjadi watak penting dalam hari-harinya. Dia seolah terikat dengan Zarul. Ingin menjauh, tetapi makin dekat pula jadinya. Dalam diam, sedetik rasa mula bertunas dalam jiwanya.

“Awak adalah perempuan yang berjaya membuka pintu hati saya. Siapa pun awak sebelum ini, saya tak kisah.Izinkan saya bahagiakan awak.”

Tasnim terkedu. Pertemuan mereka tidak pernah dirancang. Perkenalan mereka tanpa salam. Lalu, semudah itukah dia melafazkan kata cinta?

Kata pujangga, apabila hati disimbahi cahaya cinta, sinarnya akan dapat dibaca pada seri wajah. Begitulah hebatnya kuasa cinta. Jadi, wajarkah dia menolak hakikat sebuah kehidupan?

Hakikatnya, cinta itu permulaan sebuah derita. Dibayar de-ngan air mata sekalipun belum tentu mendatangkan bahagia sekelip mata.

Pergilah cinta, andai itu mampu mengembalikan kebahagiaan. Biarkan sahaja bahagia kasih itu berlalu, andainya itulah harga sebuah kepahitan yang perlu dibayar. Biarlah rindu ini terus tersimpan dalam lipatan memori cinta



Cerita dalam novel beliau ini sememangnya menarik. Setiap manusia mencari cinta dalam hidup mereka. Tapi, rupa-rupanya, cinta sahaja tidak cukup kalau tiada bahagia. Begitulah episod duka yang dilalui oleh Soraya, Nadya dan Zafir.

Soraya kecewa dalam perkahwinannya. Kehadiran Zafir ibarat peluang baginya menyandarkan harapan. Sedangkan sepuluh tahun dahulu, dia pernah menolak impian pemuda itu.

Nadya pula ingin bahagia di samping Zafir. Tiga tahun mereka bertunang, namun hasrat untuk diijabkabulkan sering tertangguh. Kisah cinta mereka seperti langit, kadangkala cerah, mendung dan cerah kembali.



Sunday, June 7, 2009

JUICE

GREEN APPLE JUICE

This will be the last n3 for today.... Made this drink after magrib..
Requested by my darling.. Cooling and suit our taste bud.
3 green apples, about 2 tablespoon plain yoghurt, about 2 tablespoon syrup and a glass of cold water. Mix in blender.

My darling prefer to be cooled in the fridge about half hour again. But for me .... minum aje.....

Okie dokie goodnight........

siput

LEMAK SIPUT N BATANG KELADI


Salam di petang minggu yg mendung.... Baru balik dari jemputan kat
Sembawang ngan my mil. Semasa menunggu my sil hujan turun ngan lebatnyer.

Ni lauk semln. Tak sempat nak update.... Pagi semalan pergi pasar gombak, ternampak siput ni ngan batang keladi.... apalagi dah dapat menu untuk masak tengahari. Ni lauk utk orang tua. Lauk budak2 simple aje. Gorengkan Nazli sayur kacang buncis letak hotdog ngan fish fillet.





BINGKA KENTANG

Made this yesterday afternoon..... saw this traditional kuih at Cikwan, Ika,Hana and Ayu 'house'.

VIRUS CEPAT MEREBAK gitu kan hehehe.......

Betul juga kata Ayu.... "INTERNATIONAL KUIH BAKAR DAY' for this week....

Mama follow Cikwan resipi.

Mama suka garing2 macam hangus2 sikit kat atas. Kerana tak sabar tunggu kuih sejuk, mama pun apalagi potong2 lah dan terus nyapppp.

Sedap tak brapa manis sangat. Sesuai untuk orang yang tengah diet.....

So thanks Cikwan. Bertambah lah koleksi resipi kiuh bakar mama.
TQ ;p)

Thursday, June 4, 2009

roti kirai=jala


SAMBAL KACANG





SALAD SAYUR


ROTI JALA N KARI AYAM

Salam dimalam hari khamis.... Tadi pagi jalan2 kat umah orang tengok2 resepi...
Dapat ilham nak buat roti jala aka roti kirai. Bab mengirai tanya ngan anak dara dulu
boleh tak mengirai sebab mak dara tak kuasa gitu....

Semua orang tahu macam mana nak masak kari ayam dan roti jala tu. cuma ini kali mama try buat sos kacang tanah ikut kat buku resepi pesta perut. So mama sertakan resipi ini kerana rasa yang ada masam dan juga manis.

Salada sos kacang tanah - Hjh Habibah Djais

Bahan2

1 cawan kacang tanah digoreng
3 sudu makan cuka/perahan air limau
6 biji lada hidup- mama tambahkan 6 biji cili padi
1 sudu teh garam
2 sudu makan gula
4 sudu makan sos tomato 1 cawan air masak putih

Semua bahan dikisar. Rasa,tambah bahan yang kurang. Tuangkan atas salada seperti daun salad atau lettuce, hirisan tomato, telur dan timun.

Mama gandakan semua bahan2 diatas.











Salam di pagi Khamis ni. Selamat Pagi.. dah nak masuk tengahari dah.. Belum masak lagi. Tak tahu lagi menu apa?

Mari kiter layan gambar2 dulu eh. kat atas ni gambar shasha. Nama penuh dia sebenar Nuraishah. kat umah semua panggil dia shasha atau shah aje. Orang nyer pendiam. Besar orangnye sejak kecik lagi. Sekarang dah besar daripada kami semua.

Ni gambar semalam. Dia bersama bestfriend celebrate birthday kat marina. Happi gitu.

Wednesday, June 3, 2009

SHASHA BDAY 18







Today my second daughter Nuraishah (shasha) celebrates her 18th bday. Requested for cupcakes. 18 pieces altogether. Tadi pagi mama bake and garnish with simple chocolate topping. To go along mama cook spaghetti for them. and off to Marina Barrage together with Nazli and a few of shasha's friend.

My darling dah pesan jangan balik lambat. Kalau balik lambat hadiah dapat lambat juga... This morning abah kiss her full pipi. Gebu gitu.

Dah 18thn dah anak mama. 18 year ago when she was born..... among the 3 children, she's the smallest one. But today 2009, she's the biggest among the sibblings and also among the parents.

Anyway mama wish all the best in whatever she's doing and be happy ^_^

Asam Pedas Ikan Pari

ASAM PEDAS IKAN PARI NGAN SAWI ASIN


Salam tengahari semua..... Ni lauk semalam. Dah tak ada idea nak masak ape!
Bukak peti sejuk nampak ada ikan pari. Ikan kari kalau masak asam pedas je enak, kalau lauk lain mama tak tahu pulak. So since my mother in law ada kat sini for the whole one week, masak aje....

So layan aje tekak ni. Sayur, biasa lah campak2. Jadilah sayur goreng ngan tahu telur.

Monday, June 1, 2009


MANGO LASSI

Salam dimalam Isnin ni... Cuaca pada hari ini tersangatlah panas.....
Mango Lassiiii yg sejuk nyaman gitu. Buat tadi lepas dinner utk cool kan badan yg sedang panas. Mama gunakan yogurt plain 1:2 dan hirisan mango. Blender bersama tuangkan dlm gelas dan biarkan dlm fridge about half an hour. Nyamannnnnnnnn



KERABU MANGGA & KEDONDONG


TAHU GORENG

Today was simple.... tahu goreng and kerabu mangga n kedondong yang pedas. Kalau tak pedas tak kick gitu kan. As for the kerabu, masam2 pedas.


Usually mama will read 4-5 books in one month. But sometimes buku2 yang mama nak cari sipnosis tak ada. So kat bawah ni adalah sebahagian dari 5 books yang dah mama baca....

Sometimes kalau jalan cerita nye bagus, dalam masa 2 hari dah habis baca. Orang lain tak blh kacau. Kadang2 my darling ini kan dengki....
Ada ke patut, mama gi toilet cepat2 di tukar kan page...

Anyway reading novel is my passion. Not even my husband can kacau me. Lagi2 kalau cerita sedih leh nanggis gitukan :(


novel





Sinopsis : MOGA KAU MENGERTI
NOVEL beliau bertajuk 'Moga Kau Mengerti' kini boleh didapati di kedai-kedai buku sekarang. Anda pasti teruja membacanya.

Perpisahan membuatkan Adeena Adalia sengsara menanggung rindu. Semakin disisih wajah dan nama Kamali dari ingatan, semakin memanggil-manggil kerinduan di jiwa. Sepuluh tahun berlalu, dia tidak pernah berputus asa menanti agar dipertemukan de-ngan lelaki itu.

Melayari lautan kehidupan yang sesekali bergelora mempertemukannya dengan Dr. Adib yang nyata kasihnya sebening air dari pergunungan. Dia cuba memujuk diri menerima huluran cinta itu. Namun, setiap ceruk hatinya hanya menyebut nama Kamali.

Kehadiran e-mel daripada Wani membuka jalan untuk Adeena menghubungi Kamali semula. Biarpun di persimpangan yang amat mengelirukan, hatinya memilih jejaka yang dikenali sejak di bangku sekolah. Sihir cinta yang dirasai amat luar biasa. Tetapi syurga yang dicari bersama Kamali rupa-rupanya neraka yang tiada penghujung.

Adeena masih tidak berhenti berdoa, masih mengharap agar Kamali mengerti. Cinta bukan untuk dipersenda. Namun, bercahayakah cinta di hati setelah dihancurluluhkan?





Sinopsis : NOTA CINTA BUATMU Perpisahan... terlalu sukar rasanya membuat keputusan. Namun kerana harga diri, kerana kasih sayang, Johanna rela berkorban. Biarlah dirawat hati yang luka, biarlah dilalui hari-hari mendatang tanpa suami di sisi. Pergilah Dihrran, carilah kebahagiaan, carilah kasih sayang yang kau perlukan.

Hidup siapa yang menduga, Johanna dipertemukan dengan Graham. Lelaki yang tidak percaya kewujudan agama dan Tuhan. Namun, lelaki itu lelaki istimewa, lelaki yang sering mengerti, lelaki yang paling cepat memahami. Hati yang luka diubati, jiwa yang kosong kini terisi.

Kalutnya rasa bila cinta datang kali kedua, perlukah diusir atau perlukah dibiarkan menghuni dalam hati. Cuma ketika cinta datang semula, Dihrran yang pernah membuangnya dahulu datang menagih hati, menagih simpati!

Hatinya sudah nekad, apa yang berlaku, biarlah berlalu. Dihrran perlu diajar untuk menghargai, untuk menghormati. Dia bukan wanita yang mudah dibuang dan diambil kembali.

Ahh... cerita luka... duka dan cinta ini perlu ada kesudahannya!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...