Wednesday, January 21, 2009




Inilah hasil kuih tart nenas.




Sinopis untuk novel Jika Benar Cinta.
Karya
LYNN DAYANA

Dia sukar menyatakan rasa cinta.
Seolah-olah ucapan keramat itu bila diucapkan, bakal menjerut lehernya sendiri.
Pengalaman lalu yang pahitnya masih terasa juga menjadi punca mengapa dia tidak mahu berlindung di bawah payung hati lelaki.
Teduhnya mungkin sementara sahaja.
Kalau boleh, dia mahu terus hidup sendiri.

Namun sejak terpandang senyuman manis Airy, hatinya mula bermukim di laman rindu.
Ada debar membara di dada.
Dia sendiri tidak tahu kuasa mana yang sudah menyampuk dirinya.
Siang terpandang-pandang dan malam terbayang.
Asyik terkenang-kenang.

Gila. Memang benar, cinta boleh membuatkan manusia jadi gila.
Jatuh cinta juga umpama jiwa yang dimahkotakan.
Semuanya indah belaka.

Tetapi..sanggupkah dia menjadikan kebahagiaan hatinya satu taruhan lagi?
Dia sendiri tidak pasti.
Mampukah dia bertahan sekali lagi jika hatinya dilukai?
Dia tidak tahu.
Menyemai kasih tanpa benih di ladang
dan tidak bertanah umpama mencari air yang bergaram di tengah lautan.

Bukan sesuatu yang mustahil,
namun ' jika benar cinta' segalanya memerlukan pengorbanan....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...