

Ingat
Penang jauh....
Bandung lagi jauh... kikiki
Ini lah disebabkan ngidam nak makan rojak petis... :) Belek punya belek buku masak nampak resipi ni...
Rojak Bandung
Ni selepas di tuang kuah manyak2... Cik hubby n mama apalagi bedal sampai licin... Orang ngidam... hehehe
Terima Kaseh tuan resipi -
Hjh Saodah Mohd Salleh kerana sudi berkongsi resipi :)
Bahan1 kg sotong kembang, dicelur sebentar dan dihiris ikut suka hati
1 kg kangkung, dicuci bersih dan dicelur kemudian dipotong ikut suka hati
4 keping tauhu digoreng dan dihiris ikut suka hati (mama potong2 )
1 batang timun belah & dihiris serong
1 cawan kacang tanah digoreng ( mama beli yg dah siap- dlm packet) dijisar kasar utk ditabur
sedikit bijan dibakar sebentar utk ditabur ( x letak)
Bahan Kuah1 cawan sos tomato
1/2 cawan sos cili
1 sudu makan cili boh ( mama letak cili yg dikisar dlm 3 sudu makan)
1/2 sudu makan pes bawang putih
1/2 sudu makan pes bawang merah
1 1/2 sudu makan kicap manis
1/2 cawan gula merah digaul dgn 3 sudu makan gula pasir
1/2 sudu makan petis
1/2 cawan jus limau kasturi atau cuka ( mama letak limau kasturi)
Caramasukkan semua bahan kuah didalam periuk. Gaul rata dan didihkan diatas api yg sederhana besarnya sehingga pekat sedikit. Kemudian rasa dan tambah apa yang kurang.
Cara menghidangMasukkan sedikit sotong didalam pinggan mungkum. Hias diatasnya dgn kangkung, hirisan timun & kepinggan tauhu. Siram secukup kuah dan tabur kacang tanah serta bijan..
Siap