Thursday, September 2, 2010

Ayam Masala

Ayam lagi.... sahur tadi pagi sempat masakkan ayam masala nih... kesian lauk nih tak cukup bahan hehehe. Nak ambik gambar pagi2 pun malas sikit... almaklum mata masih kelat lagi :)

Lauk repeat telecast... blh tgk sini & sini Selain udang & kentang mama gunakan isi ayam. Resepi asal dari rumah Dr Ina.Thanks yer :)

Masala Chicken/Udang/Kentang
Bahan A:-

  • 500 gm udang (dibersihkan )- gantikan ngan kentang
  • 2 biji tomato (dibelah 4 atau 6)- tak letak
  • 3 tangkai daun kari - ganti kan dgn daun ketumbar
  • 1/2 cawan yogurt asli
  • 2 tangkai cili merah (dihiris serong) -tak letak
  • 2 tangkai cili hijau (dihiris serong)
  • 2 sudu kecil serbuk cili (*ni akak tambah sikit nk kasi pedas sikit, terpulang ya..)
Bahan B (dikisar):-
  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sudu besar jintan putih - kisar kering
  • 1 sudu besar jintan manis - kisar kering
  • 1 sudu besar lada putih - kisar kering
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
Cara-Cara:-
  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang dikisar dan daun kari hingga wangi.
  2. Masukkan udang dan tomato. Kemudian kacau rata (tambah air sekiranya perlu)
  3. Masukkan yogurt, cili merah dan cili hijau. Kacau sebentar dan tutup api.
  4. Sedia dihidangkan....Senang kaannnnn... ^_^

3 comments:

zai@umiaiman said...

rajin nyer mama, pagi2 buta wat ayam yg best ni..klau sy sahur2 ni masak ala2 jer...

Mas said...

salam mama, sedapnya tengok ayam masala tu..ada yogurt nanti mas nk try buat juga la...dalam freeze tu ada yogurt strawberi, tak boleh guna pulak...

Mama Hawa/Mama Nani said...

Zai...terpaksa ah!!Habis tak kan nak mkn telur hari... Mata kelat2 pun terpaksa bukak besar2..hahaha

Wslm Mas
hehehe yogurt strawberi jd ayam strawberri pulak :) Try lah tapi kalau gunakan isi ayam tak syiok lah Mas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...