Udang Berempah - Ayu
Bahan A:-
1kg udang
3 biji bawang besar (potong bulat)
1 labu bawang putih-hiris
1 sudu kecil serbuk kari
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk cili
rempah 4 serangkai
10 tangkai cili padi-ikut kepedasan
garam & serbuk perasa secukupnya
gula sikit-buat syarat
daun ketumbar-agak2 aje
Bahan B:-
1/2 sudu kecil serbuk kari
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk cili
Method:-
Gaul rata ke semua bahan B, sedikit garam & perasa bersama udang. Goreng jangan terlalu lama, angkat tos dan ketepikan. Kemudian panaskan minyak, tumis bawang besar & putih. Kemudian masukkan cili padi yang dipotong kecil2 bersama rempah 4 serangkai.
Apabila wangi kecilkan api, masukkan kesemua serbuk didalam bahan A, garam, perasa & gula dan kacau. Apabila semua serbuk tadi dah masak, masukkan udang tadi & gauk rata. Masukkan juga daun ketumbar yang telah dipotong kecil2. Udang berempah siap dihidangkan, Lagi sedap diratah begitu sahaja.
Tambahan:-Masak udang berempah ini tidak meggunakan air walau sedikit pun. Oleh itu ketika masak kesemua serbuk dibaahn A memerlukan api yang kecil & selalu dikacu. Jika api sederhana besar atau besar rempah tadi akan terasa pahit.
mama gunakan semula minyak yg menggoreng udang. Lebihkan sedikit minyak masa menumis supaya rempah2 masak!
perhhh..sedappnya udang tu....
ReplyDeletenanti nak try buat gak la..he..he..