Monday, November 28, 2011

Pulut Panggang


Selamat Pagi!!!
Sejuk nyer pagi nih...hehehe macam nak tarik selimut balik :D

Since ada balance serunding mama buat pulut panggang.Buat minum petang or breakfast pun sedap lagi2 time cuaca sejuk begini...hissshhh asyik lapar jer. Jawab nyer asyik makan makan makan jer hehehe
Mama buat beberapa hari yg lps saja ada balance daun pisang :)

Sebenar nyer ni dah kes derhaka..opps sorry yer Bro Rozzan mama tak gunakan inti yg ada dlm resipi..mama gunakan pulut serunding daging....
Ampun yer Rozzan :)

Layan dulu gmbr2 yer nnt mama update resipi..nk cepat sbb nk gi JB ngan biras mama ...see ya!!!

Resipi updated...


PULUT PANGGANG
Bahan-bahan :200 gm (½ biji) kelapa putih (diparut kasar) atau beli jer yg dah parut!
500 gm isi ikan (tenggiri, parang, kembong atau yg lain)

atau
400 gm (1 biji) kelapa putih parut
200 gm udang kering (direndam dan tumbuk/kisar halus)
Bahan Kisar3 batang serai
1½ cm lengkuas
½ cm halia
2 biji bawang besar
6 ulas bawang kecil (merah)
6 ulas bawang putih
3 sudu makan ketumbar
1 sudu makan jintan halus
1 sudu makan jintan kasar
3 sudu makan cili kering kisar
1 sudu teh lada putih serbuk
½ sudu teh kunyit serbuk
( Semua bahan di atas dikisar halus )
5 - 6 sudu makan gula pasir (atau secukup rasa)
1 sudu makan air asam (atau secukup rasa)
garam secukup rasa
1 helai daun kunyit (dihiris halus)
sedikit daun limau purut
secukup minyak utk menumis (abt 2 senduk besar)

600 gm pulut
secukup santan pekat
garam secukup rasa
daun pandan (disimpul)
daun pisang secukupnya -dilayukan (saiznya dipotong ikut citarasa anda)




Cara:1) Kelapa parut disangai sebentar hingga kekuningan sedikit. Ikan dikukus dan ambil isinya lalu dihancurkan sedikit. Ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisar sehingga garing dan naik baunya. Masukkan gula, air asam, garam, daun kunyit dan daun limau purut. Kacau sebentar lalu masukkan kelapa dan isi ikan tadi. Sesuaikan rasanya dan tambahkan apa-apa yg kurang jika perlu.

2) Sukat pulut di dalam sebuah mangkuk. Gunakan mangkuk yg sama utk menyukat santannya. Kemudian rendam pulut sebentar (kira-kira 10 minit ) dan toskan. Sediakan kukusan dan biarkan hingga airnya mendidih. Masukkan pulut tadi bersama santan pekat dan garam ke dalam sebuah loyang lalu bubuhkan daun pandan. Masak hingga pulut tanak (kira-kira 25 - 30 minit). Sejukkan sebentar.

3) Ambil sehelai daun pisang dan bubuh sedikit pulut (abt 3-4 sudu makan bumbung) lalu ditekan2 agar ia leper sedikit. Kemudian bubuh pula serunding ikan tadi di tengah-tengah (memanjang). Setelah itu, tangkupkan pulut tu dan gulung daun pisang tadi dgn kemas dan ketat. Akhir sekali sematkan di kedua hujung daun dgn lidi (toothpick). Susun di atas kuali leper dan panggang sebentar. Anda juga boleh memanggang di dalam ketuhar (oven).




Friday, November 25, 2011

Nasi Lemak Sambal Sotong Kurung

Allhamdullilah... kenyang daa perut!!!!

Selamat Petang semua...
Bila dah kenyang... mata mula ngantuk hehehe baik mama update blog!!

Tadi pagi nampak kat dapur Asmah ada tayang nasi lemak santan wangi... kat spore ni so far blm berjumpa lagi ngan santan kelapa sawit. Akibat terliur tgk nasi lemak Asmah... mama msk lah utk tghhari tadi selepas cik hubby keluar solat Jumaat...siap suruh buat sekali sambal tumis sotong tin utk dimkn bersama nasi lemak!!
Bila cik hubby pulang kite mkn bersama2 ngan nasi lemak dibungkus dlm daun pisang... aduh!!! bau harum daun pisang betul2 buat lunch kami sungguh selera & teringat lah zaman mama selalu blk kampung ngan abah bersama Along & Shasha time dierorg kecik2 lagi nazli blm ada lagi. Abah akan singgah diwarung2 tepi jln esp kat Semerah atau Sg Balang.... Nostalgia betul bila ingat kembali...


Ni lah sotong kurung yg mama gunakan buat sambal sotong... skrg harga setin $4.40 hissshh mahel betul!!!

 Ni 2 bungkusan nasi lemak yg dibungkus dlm suratkhabar bersama daun pisang...1 utk mama 1 lagi utk baba.... hehehe


Pernah nampak Ayu masak sambal tumis sotong kurung...kalau nak tgk blh kesini... mama msk macam masak sambal tumis biasa jer ...



And nasi lemak mama ikut cara Asmah masak. Menggunakan beras biasa jer....wangi jer bau haruman dari halia & jgk serai. Terima kaseh Asmah minta izin yer letak resipi disini yer :)


Resipi Nasi Lemak Santan Wangi
Sumber:Dari rumah teres KakAsma

Bahan2:

3 cawan beras basmathi(akak guna cawan biasa kita minum tu)- mama gunakan beras biasa jer
3 cawan santan + 2 cawan air biasa- ni mama agak2 jer
1 biji bawang besar*
sedikit halia*
1 ulas bawang putih*(dimayang halus)
1 batang serai(ketuk)
1 sudu kecil halba
2 helai daun pandan
garam


Cara membuatnya:

  1. Basuh beras kemudian toskan.
  2. Dalam periuk nasi elektrik,panaskan sedikit minyak tumis bahan dimayang hingga layu dan wangi.masukkan halba dan serai juga garam.
  3. Masukkan beras dan daun pandan kacau sebentar.Padam api dan alihkan periuk ke elektik.
  4. Masukkan santan dan air..kacau dan biarkan ia masak sempurna...

Thursday, November 24, 2011

Ayam Masak Kicap Campur


Selamat malam teman2 semua...
Agak nyer tadi sebelum & selepas magrib hujan & kilat sambung menyambung sekarang nih internet kat rumah mama ada sikit punya slow (connection) kadangkala takde langsung!!!



Okay lah berbalik kite pada gmbr diatas dan dibawah ni ada lah hasil kicap campur yg mama buat tempoh ari..byk sgt... hehehe orang tamak!!! Dah msk mee, grg mee & sekarang mama cuba plak masak kicap. Hehehe memang sedap seyes lain rasa masakkan kicap kali nih..

Meh kite tgk resipi...


Ayam Masak Kicap Campur

Bahan2
1 ekor ayam sederhana besar - diptg, cuci bersih, garamkan & kunyitkan goreng setengah masak
Bawang besar - dihiris kasar2 utk ditabur atas
cili merah & hijau - pun dihiris serong.
secukup kicap campur

Bahan utk ditumbuk halus
1 inci halia
3 - 4 ulas bawang putih
1 sudu lada hitam biji - kalau nak pedas sikit blh tambah


Rempah tumis 4 sekawan 

2 sudu makan tomato sos
2 sudu makan kicap manis
secukup air utk kuah



Cara2 memasak
Ayam yg telah dibersih, digoreng separuh masak ketepikan. Tumiskan rempah 4 sekawan sehingga harum masukkan bahan2 yg telah di tumbuk halus/dikisar. Tumis sehingga wangi baru masukkan kicap campur dlm 2 senduk kecil, tomato sos, kicap manis dan akhir sekali masukkan ayam yg telah digoreng. Balikkan sehingga ayam rata dgn sos2x dan kuah kicap mula pekat & berbuih2 baru masukkan sedikit air jika hendak berkuah. Rasa masin, manis kuah dah sesuai rasa biarkan ia mendidih sebentar blh lah tutup..taburkan cili merah & hijau dan jgk bawang yg telah dihiris . Siap!

Selamat Mencuba :D


Wednesday, November 23, 2011

Pulut Serunding ~ Bro Rozzan~



Sejuk nyer cuaca hari... skrang ni ujan !!!!
Sang mentari hanya kejap jer keluar tadi pagi..
Ni pun menu breakfast yg baru nak kluar...hehehe tak sempat pagi tadi nak N3

Resipi Bro rozzan.. mcm nak mkn jer pulut dah berapa ari..alhamdullilah dpt melaksana nyer walaupun dlm keadaan kelam kabut pagi tadi.

Terima kaseh Bro Rozzan...mama letak resipi di dapur mama yer :P


PULUT SERUNDINGBahan-bahan :
1 biji kelapa putih (diparut) – atau beli jer yg dah parut.
200 gm daging cincang (cuci dan toskan)

Bahan Kisar2 sudu makan udang kering (direndam) - mama x letak
2 batang serai
1½ cm lengkuas- mama cuma ltk 1/2 cm jer
1 biji bawang besar
5 ulas bawang kecil (merah)
4 ulas bawang putih
3 sudu makan ketumbar
1 sudu makan jintan halus
1 sudu makan jintan kasar
12 batang cili kering- lebihkan sikit :)
1 sudu teh serbuk kunyit
(Kisar semua bahan di atas hingga halus)

5-6 sudu makan gula timbang (hitam)/gula melaka (atau secukup rasa)
1 sudu makan air asam pekat
garam secukup rasa
beberapa helai daun limau purut
minyak utk menumis

600 gm pulut
secukup santan pekat (dari 1/2 biji kelapa) - boleh gunakan santan kotak
garam secukup rasa
daun pandan (disimpul)

Cara:1) Kelapa parut disangai sebentar hingga kekuningan sedikit. Ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisar sehingga garing dan naik baunya. Kemudian, masukkan daging cincang dan dibiarkan sebentar. Sesudah itu, masukkan gula, air asam, garam dan daun limau purut dan terus kacau hingga rencah pekat sedikit. Akhir sekali, masukkan kelapa. Kacau rata-rata dan sesuaikan rasanya mengikut citarasa anda.Tambahlah apa-apa yang perlu.

2) Sukat pulut di dalam sebuah mangkuk. Gunakan mangkuk yg sama utk menyukat santannya. Kemudian rendam pulut sebentar (kira-kira 10 minit ) dan toskan. Sediakan kukusan dan biarkan hingga airnya mendidih. Masukkan pulut tadi bersama santan pekat dan garam ke dalam sebuah loyang lalu bubuhkan daun pandan. Masak hingga pulut tanak (kira-kira 25 - 30 minit). Sejukkan sebentar.

3) Ambil sedikit pulut tadi dan kepal-kepalkan menjadi bebola yg sederhana besarnya. Golekkan ke dalam serunding dan alihkan ke dalam sebuah bekas/pinggan. Buat begini hingga selesai kesemua pulut tadi. Taburkan lebihan serunding ke atasnya.


Tuesday, November 22, 2011

Sup Tulang Hadyai


Salam & Selamat pagi :)

Pagi nih tayang sup tulang daging korban yg dah dikorban lama daa.hehehe
Hari Raya Haji tahun nih mama tak dapat ke masjid pun ambil daging korban sbb tahun nih MIL beraya bersama..alhamdullilah jiran sebelah tingkap dapur mama berikan sebungkus adalah dlm sekilo g2 buat anak2 rasa amin...

terima kaseh Yatie & Mas :)

Pernah msk sup tulang ni suatu ketika dulu ...blh kesini :)



SUP TULANG HADYAI
Copy resepi Sup Ayam Hadyai : Kak Yatie 

BAHAN - BAHANNYA 
  • tulang  - direbus empuk
  • 5 batang serai, dititik
  • 7 cm lengkuas, diketuk
  • 2 batang saleri, dikerat2
  • 2 biji tomato, belah 4 setiap satu
  • 5 - 6 cawan air (atau secukupnya)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 kuntum bunga lawang#
  • 5 biji buah pelaga#
  • 3 kuntum bunga cengkih#
  • 1 batang kayu manis#(#rempah tumis)
  • 5 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 3-4 biji cili padi*
  • 4 cm halia*
  • 1 camca teh lada hitam*
  • 2 camca besar ketumbar*
  • 1 camca teh jintan kasar*
  • 1 camca teh jintan halus*(*dikisar halus)
  • Hirisan daun sup/daun bawang, untuk hiasan
  • Bawang goreng, untuk hiasan




Sedap cicah ngan sambal kicap... hirup panas kuah nih fuyoo!!! lps tuh perap limau sambal...nikmat hahaha


CARA MEMBUATNYA 
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis rempah tumis, serai, lengkuas dan bahan kisar halus hingga harum.
  2. Tuang tulang dan air rebusan dan masukkan saleri. Gaul rata dan renih seketika.
  3. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula sebagai pemangkin.
  4. Akhir sekali masukkan tomato dan masak 1 - 2 minit lagi.
  5. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  6. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Sedap juga dihirup begitu saja.....



Monday, November 21, 2011

Cucur Sayur


Hari nih mood "R".... tiba2 teringat resipi cucur cendawan Ayu yg menggunakan acuan... dah lama beli acuan tuh cuma blm rasmi ....hehehe blh tgk kat sini yer mintak ampun mama lupa nk ambik gambar.

Buat minum petang tadi cun2 utk kami berdua jer..ari nih takde mood makan nasi padahal lauk ayam masak kicap dh masak



Meh tgk resipi... mama gunakan apa yg ada didapur buat 1/2 adunan ...
Terima kaseh Ayu & kakWan for the recipe :)



Cucur Cendawan
 source: Ayu & KakWan


Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum - gunakan tepung naik sendiri 
1/2 sudu teh baking powder- x letak 
100gm cendawan tiram di dadu- x de
100gm udang kertas kecil / bilis halus-( Ayu gunakan bilis halus-silverfish)- udang kering yg direndam & ditumbuk kasar
 1 tangkai daun bawang dan daun sup dihiris
1/2 batang carot di sagat memanjang
1 biji bawang besar dihiris nipis
1 batang lada merah dibuang biji dihiris nipis
5 biji cili padi dihiris nipis-(Ayu tambah)-x letak takut pedas!!
1 sudu teh garam + secubit perasa
1/2 cawan air **mama agak2 jer sbb buat 1/2 adunan


Cara-cara :
1.  Satukan semua bahan, masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul hingga sebati.  Tambah air jika adunan agak likat.
2.  Panaskan minyak, rendam senduk besi dalam minyak sebagai acuan.  Keluarkan senduk dan biarkan sedikit minyak di dasarnya dan ambil satu sudu kecil adunan dan ratakan memenuhi acuan.  Goreng dengan minyak terendam hingga atasnya keperangan.  Keluarkan dari acuan dan balik-balikkan sehingga masak.  Buat hingga habis.
3.  Jika tidak menggunakan acuan, ambil 1 sudu adunan dan goreng seperti cucur biasa.

Bread Sushi Roll


Roti sushi.. paling senang & sedap dibuat makan!! Anytime of the day (^-^)

Salam pagi Isnin kepada semua teman2 yg berada di mana jua :)

Roti Roll style sushi di buat pada minggu Blog mama di serang virus malware. Ada 2-3 post lagi yg masih menunggu...
Sebenar nyer dpt idea bila tengok Madihaa buat sushi roll nyer  & jgk Ryo :)
Bahan2 plak bergantung pada selera anak2... mama letak fish chips,chicken sausage & jgk timun. Mkn bersama thai cili sos & jgk mayo :P 1 bantal roti selesai dlm beberapa saat saja...hehehe

Thanks Madihaa & Ryo berikan idea & berkongsi resipi...
Mama ltk resipi di bawah..


 Bread Roll Sushi
Resepi : Ryoazhar
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2 :
  • 8 keping bread, potong sisinya
  • 8 keping seaweed
  • 4 btg sosej,dibelah 2 
  •  btg crabstick, dibelah 2-mama tak letak
  • 1 biji telur,didadar & bhg 4.- mama lupa nak taruk
  • mayonis secukupnya
  • timun ~ dihiris memanjang sebanyak 8 hirisan 

Caranya :
  1. Celur sosej & crabstick (celur kejap je)
  2. Sediakan bread atas penggulung sushi*kalo xde penggulung ni pun xpe.
  3. Susun seaweed diatasnya,kemudian telur dadar
  4. Susun crabstick & sosej dihujungnya,picitkan mayonis.
  5. Gulung dengan berhati2,potong kepada 2 bahagian
  6. Dah siap!
Cara MaDiHaA : Letak seaweed di bawah sekali kemudian baru letak roti.  Tekan2 sikit roti lepas tu baru letak bahan2 yang lain.  Then barulah digulung kemas & dipotong pendek menggunakan pisau yang betul2 tajam. (mama ikut cara madihaa)


Friday, November 18, 2011

Roti/Pau Goreng ~Kak Anim~


ASSALAMUALAIKUM W W
SELAMAT PETANG SEMUA TEMAN2 YG MAMA INGATI SELALU

ALLHAMDULLILAH BLOG MAMA DAH PULIH SEPERTI BIASA.. TERIMA KASEH TAK TERHINGGA MAMA UCAPKAN UTK NOR ~ SECUBIT GARAM~ KERANA BANYAK  MEMBANTU SEHINGGA MAMA DPT BERTEMU SEKALI LAGI DI SINI.....

kite balik pada gambar di bawah ini... sungguh marvelous & suka ngan kejadian roti/pau goreng ini... lembut ngan gebu betul :)

Buat minggu lps pada hari Sabtu malam... dah lama simpan resipi. Bila diberi kesempatan berbelanja di JB mama pun cari inti kacang merah instant. Sedap jer inti kacang merah ni lagi2 bila panas .... lembik2 hisshhh buat lapar pulak petang2 begini...

Resipi dari dapor Kak Anim n9... mmg best!!! mesti cuba tau teman2. terima Kaseh Kak Anim.. anak2 cucu kat sini minta izin c&p resipi yer hehehe

ROTI/PAU GORENG

Sumber Resipi : Ilhamdapur/ Kak Anim

Bahan-bahan
  • 1/2 cawan air suam* (-/+)
  • 2 cawan tepung gandum (-/+)
  • 2 sudu kecil yis kering (kita guna brand mauripan)*
  • 3 sudu besar susu tepung
  • 2 sudu besar butter cair
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula*
  • inti red bean paste secukupnya - simpan dalam peti dulu baru senang nak bulatkan - kita beli yg dah siap kat bakeri - mama pun 
  • minyak untuk mengoreng


 Cara-cara

1. Dalam mangkuk satukan bahan-bahan yang bertanda *. Biarkan seketika (1-2 minit) kemudian masukkan butter cair, kacau sebati.
2. Satukan tepung, garam dan susu tepung. Masukkan sedikit-sedikit kedalam no 1 sambil dikacau guna garfu (kacau buat bulatan jam) sehingga adunan tadi bersatu (menjadi seketul) tapi tidak keras. Kemudian boleh la diuli dengan tangan sehingga adunan menjadi licin dan tidak melekat pada tangan (adunan ni mesti lembut, kalau lembik tambah tepung sikit-sikit je, sapu kat tangan gtuw).
3. Tutup mangkuk dengan plastik wrap atau kitchen towel dan biarkan selama 30 minit. Kemudian tumbuk-tumbuk sedikit doh yang telah naik tadi.

4. Ambil sebesar bola golf pastu leperkan sedikit, letak inti yang telah dibulatkan tadi dan tutup elok-elok. Bila nak goreng leperkan sedikit dulu
6. Panaskan minyak dalam kuali dan boleh lah digoreng sebiji-sebiji sambil simbah minyak panas ke atasnya (supaya ianya jadi kembang dan lembut). Goreng sampai habis. Siap..sedap makan yang panas2

ni dier tukang uli.... kalau nak uli pakai tangan takut bsk tak blh bangun hehehe


oleh sbb buat malam ... mama panaskan microwave oven dlm seminit & ltk kan adunnan kedlm dan tunggu sampai adunnan naik 2 kali ganda...

ni lah hasil nyer.....




Thursday, November 17, 2011

testing....TESTING



HAPPY 23RD ANNIVERSARY TO ME N HUBBY

Wednesday, November 9, 2011

Donut Keledek ~ Nor~


 ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT PAGI SEMUA

MAKIN MALAS NAK UPDATE BLOG!!!!

Meh jamu mata pagi nih ngan donut keledek yg entah bila buat mungkin 2-3minggu yg lalu...haissshhh!!!!!

Resipi dari Nor. Mmg suka ngan kejadian donut keledek nih :) Gebu jer hehehe mcm tuan tanah nyer yg makin gebu hahahaha

Terima Kaseh Nor

Meh tengok reispi :)


DONUT KELEDK
sumber: K.Nor@SecubitGaram
500 gram tepung gandum

200 gram keledek yang telah direbus dan dilenyek
4 sudu besar susu tepung
1 biji telur ( dipukul sedikit)
200 ml air suam ~ k.nor lebihkan air sbb guna 1bj telur jer
3 sudu besar marjerin
3 sudu besar gula ~ gula dikurangkan sket sbb keledek dah ada rasa manis
3 sudu kecil yis ~ lain kali nak kurangkan sket 



Caranya.
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.

2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.

3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.

4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..


Tuesday, November 1, 2011

KueTiaw Goreng Basah ~Mas~


 Salam sejahtera ^_^ & Selamat Pagi 

Tayang pagi2 kuetiaw + mee goreng basah hehehe.

Mama masak 2-3 hari yg lepas... kalau tak silap hari Jumaat malam2 bila mood tak nak makan nasi... Bahan simple apa yg ada sahaja... yg penting ada kicap campur semua jadi :)
Seperti biasa resipi dari Mas yg sedang mabuk2. Diharap Mas bertambah sihat dan akan ligat semula didapur seperti biasa...Mama minta izin letak resipi disini.. TQVM Mas!!!


Koewtiaw Goreng Basah
Sumber : MasDuniaku
Bahan :
  • koew tiaw/mee kuning
  • udang
  • ayam - dipotong2- x de
  • sawi ,kobis, tauge, kucai 
  • 1 sudu besar Pes Sambal - kalau tak de letak bawang putih dan cili kering yang ditumbuk halus - ni mama buat lebih sikit sbb takde cili jeruk
  • 1 biji telur
  • Kicap Campur secukup rasa 

mama letak udang ngan fish cake jer. kobis pun takde ehehehe


 Cara memasak :
  • Rebus ayam hingga masak. Tumis pes sambal, masukkan koew tiaw dan kicap campur, kacau rata, masukkan sawi dan kobis, kacau lagi, masukkan ayam yang direbus tadi bersama2 stok ayam dan udang, biarkan mendidih dan udang kemerahan, masukkan telur dan kacau, tutup api dan tuang kedalam pinggan. Sedap dimakan panas2...
mama rebus udang bersama sedikit bawang putih utk mendapatkan air rebusan.

Ni mama punyer..tak basah2 sangat. Suka letak daun kucai lebih2. Stock cili jeruk dah kehabisan so mama msk pedas sikit..


 Ni utk shasha n Nazli tak de letak daun2 semua..mama buatkan berkuah sikit..


Tengok tuh si shasha tak sempat2 blk dari library..dah lapar kata dier!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...