Wednesday, August 4, 2010

Sup Tulang Hadyai


Salam & Selamat malam semua...

Tonight tak boleh banyak cerita.. manyak kerja blm settle. Ni pun terpaksa masak sebab semalam tak masak hanya sempat goreng telor jer untk makan we ouls. Mama lagi bersihkan & cat bilik anak dara mama yg dah bertahun tak bertukar warna...

Busy2 pun sempat jgk masak lauk sup tulang ni. Betul kata Jiya.. masak dalam rice cooker daging cepat empuk... lagi senang  kerja!!!.

Seperti biasa menu dari rumah teman2 mama.. kali ni dari rumah Mas... resepi asal dari rumah Yatie. Thanks yer teman2 kongsi resepi...C&P resepi dari rumah Mas :)

Memang sedap jika dihirup panas2 dan dengan perahan limau nipis lagi menyedapkan lagi sup ni :)

Teman2 yg beri comment kat shoutbox.. minta maaf yer..tak sempat nak balas today..will try to do it asap!!
 
SUP TULANG HADYAI
Copy resepi Sup Ayam Hadyai : Kak Yatie 

BAHAN - BAHANNYA 
  • tulang  - direbus empuk
  • 5 batang serai, dititik
  • 7 cm lengkuas, diketuk
  • 2 batang saleri, dikerat2
  • 2 biji tomato, belah 4 setiap satu
  • 5 - 6 cawan air (atau secukupnya)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 kuntum bunga lawang#
  • 5 biji buah pelaga#
  • 3 kuntum bunga cengkih#
  • 1 batang kayu manis#(#rempah tumis)
  • 5 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 3-4 biji cili padi*
  • 4 cm halia*
  • 1 camca teh lada hitam*
  • 2 camca besar ketumbar*
  • 1 camca teh jintan kasar*
  • 1 camca teh jintan halus*(*dikisar halus)
  • Hirisan daun sup/daun bawang, untuk hiasan
  • Bawang goreng, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA 
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis rempah tumis, serai, lengkuas dan bahan kisar halus hingga harum.
  2. Tuang tulang dan air rebusan dan masukkan saleri. Gaul rata dan renih seketika.
  3. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula sebagai pemangkin.
  4. Akhir sekali masukkan tomato dan masak 1 - 2 minit lagi.
  5. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  6. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Sedap juga dihirup begitu saja.....

2 comments:

MAS ( DUNIAKU ) said...

rajinnya mama...dalam mengecat bilik sempat lagi masak sup tulang hadyai...sedap kan mama...mas pun suka...berpeluh2 masa hirup sup tu..nampak sup mama sedap sangat, tergoda dibuatnya...mas pun masak sup dalam rice cooker, ha..ha..jimat gas...mama cat bilik anak dara mama warna apa....mas teka warna pink..betul tak...

Mama Nani/Mama Hawa. said...

Mas.. kalau suroh diorg buat sampai bln pose tak bercat.. penat mmg penat Mas tapi bila fikir dapur tak berasap kesian plak ngan cik hubby mama tak kan nak mkn telur hari2... kalau bdk2 kena ngan maggi diorg tak kisah..apa nak buat... nasib badan lah...hehehe mmg sedap sup ni... cik hubby puji lagi..kembang teliga..kikiki. Warna carnation seakan warna oren tapi pastel color...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...