Thursday, August 12, 2010

Talam Berlauk


Bertemu kembali.... tadi petang sempat buat kuih talam ..lepas skodeng kat MyResipi....terjumpa resepi nih..
lalu terus kedapur. Mama buat 1/2 adunan sahaja..jadi lah dapat beri jiran2. Teringat pulak bila makan kuih talam ni..dulu2 waktu mama muda2 habis sekarang dah tua lah mak mama selalu jgk buat diorang pakai agak2 jer..tapi kali ni mama dah ada sukatan senang esok2 nak membuat nyer pulak. Kepada Kak Fida dari MYR terima kaseh byk2 kerana sudi berkongsi resepi :)



Talam berlauk -Kak Fida MyR

Bahan-bahan ( loyang 11x11 inc. )

  • Adunan tepung :-
  • *230 g tepung beras (cap gajah)
  • *60 g tepung jagung
  • *2 sk gula
  • *garam secukup rasa
  • *1/2 sk serbuk lada sulah
  • *1,100 ml santan pekat
  • Bahan utk lauk :-
  • 300 g daging cincang
  • 180 g isi ayam - potong dadu- x letak
  • 1 hiris halia - ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 sk serbuk lada sulah
  • garam secukup rasa
  • minyak utk menumis
  • Bahan taburan :-
  • 2 cawan bawang goreng
  • 8 tangkai daun sup dan daun bawang - dihiris
  • 3 batang lada merah - dihiris halus (lebihkan jika suka pedas)

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dan tumis bwg putih dan halia hingga wangi dan masukkan daging dan ayam dan masak hingga kering lalu masukkan perasa dan 1/2 bahan taburan.Gaul rata dan masak terus hingga kering.Sejukkan.
  2. Satukan adunan tepung* ke dlm periuk, kacau hingga tidak berbintil dan masak atas api perlahan hingga sederhana pekat. Kemudian masukkan lauk yg tlh disejukkan tadi dan kacau lagi 5 min.
  3. Tuang adunan ke dlm loyang berlengser minyak dan taburkan permukaan adunan dgn lebihan bahan taburan rata2.
  4. Kukus selama 20 min atau hingga masak. Biarkan kuih benar2 sejuk, potong dan hidangkan.

4 comments:

Unknown said...

Masyaallah sedapnya..tgk gambar rasa kuih tu dok kt bibir ni...hu.hu..ni malas mai umah mamahawa..dpt tgk yg enak saja tpi rasanya mustahil dapat.Dulu kakak ipar buat masa majlis kawin anaknya kt Singapore..semua cukup rasa...

LENDANUAR said...

salam mamahawa: saya suka makan talam berlauk ni.masa skul dulu dok asrama,ader sarapan kuih ni diberi...nak buat xpandai...saya mjamu mata disini ajelah ye ma....

Mama Hawa/Mama Nani said...

Kak Norli.. hehehe alah kak jgn gini lah dtg selalu lah :) setakat tgk gmbr jer..tak jadi salah pun :)

Lendanuar... Wslm Lenda..tulah mmg lama tak mkn duih nih..seingat2 time remaja... berapa tuh!! akak pun tak pandai buat tapi bila tgk resepi & ikut peraturan..menjadi pulak :) cubalah :)

azura said...

salam mamahawa, macam mana sukatan kuih ni kalau guna cawan ye...TQ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...