Thursday, August 12, 2010

Bebola Tauhu Udang


Memang anak2 suka kan tahu...so mama try satu lagi resepi tahu dari dapur Che Mat  kite yg memang popular di kalang teman2 blogger :) Resepi asal menggunakan isi ayam tapi oleh kerana isi udang yg memang sudah tersedia ada di dalam fridge mama gunakan nanti simpan lama2 tak sedap pulak..

Memang sedap ditekak mama nih makan bersama anak2 sebelum bulan puasa tempohari... Lagi2 makan panas2 cicah pulak ngan sos thai cili...berebut ngan cik hubby pulak..ki3x. Terima Kaseh Che Mat kongsi resepi nih... mama minta izin letak n C&P resepi dari rumah che mat :)


Bebola Tauhu Ayam - Che Mat

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 cawan isi ayam, kisar halus
1 keping tauhu keras
1 biji bawang besar, dadu kasar dan goreng dengan sedikit mentega, biar sejuk
4 camca besar serbuk roti
1/2 inci halia, parut dan perah jusnya
1 ulas bawang putih, tumbuk lumat
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
1 pokok daun bawang, hiris halus
1 biji cili merah, buang biji, cincang halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lecek tauhu tadi hingga halus, masukkan semua bahan2 diatas kecuali garam, kacau rata dan tambah garam secukup rasa. Gaul dan perap 15 minit.
  2. Panaskan minyak,biar sederhana panas. Sapu tapak tangan dengan sedikit minyak. ambil 1/2 camca besar adunan dan bulat2kan dengan tangan, masukkan kan ke dalam minyak sederhana panas lagi, buat 8 atau 10 biji bebola.
  3. Goreng hingga kuning, besarkan sedikit api dan terus menggoreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan atas paper towel. Hidangkan bersama sos cili atau sos kegemaran anda...

1 comment:

fara dean said...

Salam..

cantiknya bebola mamahawa ni..mesti sedapp!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...