Wednesday, August 25, 2010

Lepat Pisang


Salam pagi semua.... lepat pisang nih buat berbuka semalam. Resepi dari rumah Ika Bangkok. Terima Kaseh Ika mama C&P dari sana :D.


 
LEPAT PISANG

Bahan-bahan >>buat stgh adunan jer!

  • 700 g pisang emas yang telah dibuang kulitnya
  • 70 g gula melaka, dihancurkan
  • 1 cawan kelapa parut putih (pilih kelapa yang berkulit basah)>>Yg ni kita sangan sampai perang
  • 3/4 camca teh baking powder
  • 1 cawan + 2 camca besar tepung gandum
  • Secubit garam
  • Daun pisang secukupnya, cuci dan layur hingga lembut, potong ikut saiz yang sesuai
  • 2 sb Santan>>Yg ni kita tambah
 Cara-cara
Pisang dilecek bersama gula melaka, garam dan baking powder hingga hancur. Tambah kelapa parut dan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul, hingga habis. Kacau rata.
Sudukan 2 camca besar adunan tadi atas daun pisang yang telah disediakan. Rata dan bungkus seperti membuat lepat biasa. Buat hingga siap (menghasilkan kurang lebih 16 - 17 biji kuih, ikut saiz daun pisang memasing).
Kukus atas air mendidih selama 20 minit. Sejukkan kuih sepenuhnya sebelum dihidangkan untuk minum petang atau sarapan pagi.

2 comments:

Kerull said...

Salam Ma..lawonya lah lepat pisang dan daun pisang tu...tgk pun dah terliur..tapi kat taman kita ni susah btul nak carik daun pisang..hu hu

Mama Nani/Mama Hawa. said...

Wslm Kerull
hehehe lawo?? biasa jer mama tgk.
Kat sana susah ke nak cari daun pisang? Kat Sg kat supermarket pun ada jual..cuma mahal sikit lah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...