Wednesday, August 18, 2010

Telur Hancur Sayur


TELUR..tak kira lah!!! Nampak kat blog Kak Hanieliza yg memang pakar dalam masak memasak nih..Terima Kak Liza...anak2 & Cik hubby memang suka kan telur..jadi sayur nih memang sesuai ngan tekak diorang.Lagi pun senang nak memasak waktu pepagi nih... Minta izin kak C&P resepi di sini :)

TELUR HANCUR SAYURAN- Kak Liza
[untuk 2 orang]

Bahan
3 biji telur ayam [kacau rata]
10 batang kacang buncis [potong kecil]
1 tangkai cili merah ] hiriskan
2 ulas bawang merah ]
3 tangkai daun sup [potong kecil]
1 sudu besar minyak
garam secukupnya

Cara Membuat
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan kacang buncis, cili merah dan bawang merah.
2. Masukkan garam dan kacau rata.
3. Tuangkan telur dan biarkan separuh masak.
4. Kacau rata dan biarkan masak sedikit lagi. Tutup api.
5. Masukkan daun sup dan kacau rata.
6. Hidangkan dengan roti.

3 comments:

Kerull said...

Salam Mama..kalau ada telur je dalam menu tu msti best aje..he he almaklumlah peminat telur saya ni...

Raihana-ريحانا said...

nie memang sedap ... ada telur apa pun jadi sedap, betul kata Kerull.

Mama Nani/Mama Hawa. said...

Wslm kerull.. Betul tuh ..kalau ada telur jer semua byer best...hehehe kat sini pun febret Kerull :)

Raihana.. . telur!!! semua nyer best kan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...