Wednesday, August 25, 2010

Udang Rock N Roll


Udang Rock n Roll utk sahur tadi pagi....
tak blh cerita panjang lagi dh nak masuk dapur masak!!!
Udang Rock n Roll nih.... siapa yg dah mencuba tahu lah rasa nyer ...nyum3x
Terima Kaseh Ummi for the resepi...minta izin letak n C&P resepi :D



UDANG ROCK AND ROLL - Ummi
Bahan:-
  • 500 gm udang (udang besar - akak guna udang galah)
  • 1 sudu besar bawang putih yang dicincang
  • 2 sudu besar minyak
Bahan-Bahan Untuk Sos:-
  • 1 sudu besar taucu biji
  • 2 sudu besar cili padi yang dicincang
  • 2 sudu besar sawi jeruk (kai choy) - dicincang - x letak
  • 2 sudu besar cendawan butang yang dicincang - x letak
  • 2 sudu besar cili sos
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos plum
  • 1 sudu besar gula
  • garam secukup rasa
  • sedikit lada sulah
  • 1 sudu besar tepung jagung dibancuh dgn 3 sudu besar air
  • 200 ml air
  • 3 sudu besar minyak
  • sedikit minyak bijan
Cara Memasak:-
  1. UDANG :- Panaskan minyak dalam non-stick pan dan tumiskan bawang putih. Kacau sekejap dan masukkan udang.. Balik-balikkan biar masak lebih kurang 5 - 6 minit. Tutup api dan ketepikan. Masak sos seperti di bawah
     
  2. BAHAN SOS :- Campurkan bahan2 sos cili, tomato, tiram, plum semua dalam bekas. Kacau rata dan ketepikan. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumiskan cili padi, taucu, sawi jeruk dan cendawan cincang tadi. Kacau dan masukkan bahan2 sos yang dicampur tadi. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa. Masukkan minyak bijan. Kacau rata dan akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau dan bila sos nya agak pekat tutup api. Tuangkan ke atas udang tadi dan gaul rata. Hidangkan..

5 comments:

mas said...

pepagi makan udang rock n roll ni mesti segar terus kan...ha..ha..mas pun suka udang ni,,,sedap nya..

Mama Nani/Mama Hawa. said...

Mas.. laju jer diorang mkn udang nih... sib baik udang nyer besar2 kalau tidak diorg malas nak kopek kulit. Blh buat lagi nih mas..sedap :P

mummyseri said...

salam mama..
mengancam betolah udangnyer..
kalo dekat dah bawak piring mntak sikit..
hehehe muke x malu nih..

Mama Nani/Mama Hawa. said...

Wslm Seri :)
hehehe kalau dekat dah mama kasi bagi sekor dua..nih jauh sgt lah nak kasi :) apa muka tak malu pulak mmg mama selalu beri jiran2 mama juadah utk berbuka tuh pasal kalau berbuka meja makan kita org penuh..hehehe

LyNn HaMzAh said...

mak aiii...sedapnya...udang ada kat dalam peti ais...boleh la lynn masak utk berbuka nanti...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...