Tuesday, August 17, 2010

Sosej Gulung Ranggup

Salam & Selamat tengahari  ^___^
Semalam ingat nak berblogging.... habuk pun takde.... dah seminggu lebih nih mama badan mama asyik gatal2 jer dah puas tukar sabun..tukar bedak masih gatal2..tak tahu kenapa.Nih pun semasa mengupdate blog tergaruk2 jgk.. kata hubby kena tgk dr..nih yg malas...

Okay lah kite cerita pasal masak memasak... Sebenar nye tgk kat blog CMG tuh ada sosej gulung..tapi bila tgk dia gunakan puff pastry mana nak cari...yg ada dalam frigde instant paratha..hehehe utk menambahkan menu berbuka atas meja...mama pun teruskan buat sosej gulung.Buat tak banyak adalah dalam 5 ketul jer :) Okay jgk cuma kena bakar lama sikit biar kasi garing2. Tuh pun bakar dah nak dekat magrib- project ngan shasha.
Sorry Che Mat... Hawa ubahkan resepi asal ...tapi sedap jgk :) Minta izin C&P resepi disini buat rujukkan anak2 kemudian hari.


SOSEJ GULUNG RANGGUP - CMG


Bahan-bahan nya
10 batang sosej ayamas ber"madu"
10 keping puff pastry jenama "kawan" berukuran (4 x 4) inci
Mayonnaise
Cili sos
Kuning telur + 1 camca teh susu cair = kacau rata
Sedikit serbuk lada hitam yang baru dikisar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sosej ayam dicelur sekejap, toskan dan biar sejuk. Belah 2 tapi jangan putus untuk setiap batang sosej. Ketepikan.
  2. Ambil 1 keping kulit puff pastry (biar pada suhu bilik). Letak 1 batang sosej dan sapu sedikit sos cili dan mayonnaise antara dua belahan tadi, kemudian gulung puff pastry tadi dan kemas kan. Buat hingga siap dan susun dalam dulang pembakar.
  3. Sapu dengan kuning telur tadi dan tabur serbuk lada hitam atasnya. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 20 minit atau hingga kuning keemasan.
CATATAN MAT GEBU :- Jika oven anda ada sistem "hot fan", boleh on kan masa membakar puff pastry, ini akan menambah kerangupan puff pastry. Mat kelar2 sikit hujung puff pastry sebelum digulung untuk mendapat kesan seperti dalam gambar...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...