Assalammualaikum...
Selamat Petang semua...
maaf kerana blog tak terupdate
busy memanjang jer tuan rumah...
terima kaseh kerana kpd teman2 yg masih berkunjung
tak kira yg lama & jgk yg baru
terima kaseh byk2...
love uols
Koleksi dari Resipi Julai Majalah Saji 2012
Resipi sumbangan dari Kak Jem Sungai Merah Bangi.
Resipi asal menggunakan hati lembu tapi dah digantikan dgn ayam
Lagi lama dimasak ... rempah2 menjadi kering dan meresap kat ayam... mmg sesuai buat berbuka mkn bersama lontong or ketupat. Sesuai jgk dibuat hidangan hari raya apa lagi kalau menggunakan ayam kampung/pencen..
Mari lihat bahan2
Ungkep Hati Lembu/Ayam
sumbangan: Kak Jem Sungai Merah Bangi -Majalah Saji 7/2012
Bahan2
1/2 kg hati lembu - hiris nipis ( mama menggunakan 1/2 ekor ayam dicuci bersih dan ketepikan)
3 keping lengkuas - ketuk ( mama tak letak)
3 batang serai -ketuk
3 helai daun limau purut
20 tangkai cili padi * ( kalau tak nk pedas sgt blh kurangkan)
3cm kunyit *
3cm halia *
5 ulas bawang putih* (mama letak 3 jer)
2 labu bawang besar *
1 sudu besar ketumbar biji *
1 susu besar jintan manis biji *
gula dan garam
1/2 cawan air asam jawa cair
1 ketul pati kuib lembu
(mama ltk kuib ayam)
semua bahan * dikisar
Cara memasak:
Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar hingga pecah minyak.
Masukkan hati/ayam serai lengkuas dan daun limau purut
Tutup kuali dan biarkan air hati/ayam keluar dan kacau sesekali.
Setelah hati empuk/ayam masak dan airnye kering, tuangkan air asam jawa dan bubuh garam & gula seckup rasa.
Tutup tudung kuali dan biarkan sehingga ia kering.