Tuesday, July 17, 2012

Telur Hancur Daging Burger


Kalau tengah malas2 or tak ada idea nak masak... telur hancur nie mmg sesuai di makan bersama nasi putih bersama sambal..tak kisah lah sambal tumis or sambal belacan.

Nasib baik cik hubby tak kisah sangat tentang masakkan.... asalkan ada makannan.
Suka tengok bila hubby makan hanya hidang kan telur hancur nie bersama sambal belacan blh bertambah2 nasi dier hehehe



Resipi asal Cili Hijau GorengTelur Hasue yg telah mama ubah suai dgn bahan2 yg ada...
Kalau tengah bermalas2san & kalau jemu jer ngan sambal telur or telur dadar cuba lah Telur Hancur Daging Burger nie hehehe

Telur Hancur Daging Burger 
resipi: mamahawa

Bahan2
3 biji telur - di pukol sebentar
1 biji cili merah- dihiris
1 biji cili hijau - dihiris
1 biji bawang besar- dihiris
cili padi - ikut rasa - di hiris 
sekeping daging burger - di ramas kasar2
1 ulas bawang putih - ditumbuk halus
2 ulas bawang merah kecik - ditumbuk halus jgk
garam & lada putih secukup rasa


Cara2:
Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 yg ditumbuk hingga garing dan naik bau baru masukkan cili merah, cili hijau, cili padi, bawang besar dan daging burger. Tumis sehingga daging burger masak. Perasakan dengan garam dan lada sulah. Masukkan telur kacau 1-2 kali saja dan padam kan api. Siap dihidang panas2!!!

15 comments:

Liza said...

salam mama, tgk pun dah tau sedap, mkn dgn roti pun sedap tu kan...perggghhhh

hazila said...

Salam mama,
Bagus idea ni. nanti sahur boleh makan dengan roti.

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

senang masak bila suami & anak2 tak cerewet kan mama... hee... btl kata hazila.. sesuai jadikan lauk sahur.. hehe..

ibundo said...

salam. apa saja yaang bernama telur.. pasti laku.

Sari Yusa Ibrahim said...

Salam, Mama.. betul tu, sedap makan dengan sambal ni, nasi hangat2, bestnyaaaaaaaa!

Amie said...

Setuju sangat idea teman-teman di atas tu, buat lauk sahur... thanks Mama!

inahar ali said...

salam rindu mama cayang..lamanye x kesini..windu aarr!! moga mama sihat sokmo ye! menu telur adalah menu yg plg sempoi tp sodaap dan menjadi pujaan ramai kan..hehe!

tun_telani said...

salam mama.. mmg lauk2 express gini sesuai laa utk bersahur kan. tp tun dh lama betul x beli daging burger.. ada hotdog je kt umah nih.

zila norazila said...

salam mama cyyyggg..i mis u la..
senang jew hubby mama tu x cerewet pun..he hhee lauk2 best time sahur nie..leh tiru nie:)

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

I like simple simple like this! hehehe...

Hru dear? :)

Alin Marlini said...

dah 2 bulan lebih tak blh makan telur..pantang..dapnyer

NEKCIK said...

Salam Mama..daging burger ni mmg selalu kena ada..untuk emergency..Nekcik selalu guna daging burger ni goreng sama kobis yang di hiris halus..sodaap!! tak caya..cuba buat..

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin Mama

MulutPayau said...

wahhhh...memang nampak sedap dan mnyelerakan...boleh cuba buat jugak nanti.....

Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin....

Alin Marlini said...

menyelerakan kak hawa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...