Tuesday, July 3, 2012

Talam Berlauk ~ ChaHaya Sheila~



Assalamualaikum & Selamat Pagi semua...

cuaca disini allhamdullilah..sejuk aman terasa damai begitu lah suasana diperumahan tempat mama tinggal... anak2 semua dah naik sekolah semalam mereka cuti kerana menyambut hari belia - youth day!

Pagi nie ingin mama kongsi satu lagi makannan yg memang ada kaitan dengan bulan Ramadan sbb bila time bulan puasa mama mmg tak akan terlepas membuat kuih talam walaupun hanya sekali.

Mmg mama syorkan kawan2 buat kuih talam dari resipi Sheila yg mmg kena betul ngan tekak mama even my hubby "thumbs up" bkn senang tau org lelaki nie nk beri pujian hehehe


kate Sheila kuih talam berlauk nie resipi tradisi dari bundo mertua dier ... sesapa yg mencuba akan berkata sedap hingga menjadi kegemaraan keluarga...


 Selalu kuih talam nie disini akan menggunakan daging cincang ...


Bila tengok resipi hanya menggunakan tepung gandum sahaja.. itu lah yg teruja betul hendak merasa... lagi pun senang jer masuk kan bahan2 tepung ke dlm blender dan mesin sehingga sebati.. mama buat 1/2 adunnan dulu ...

Terima Kaseh Sheila berkongsi resipi tradisi dari bundo mertua. Izinkan letak resipi disini supaya teman2 yg lain dapat mencuba... Memang mama rekemen tak rugi beb!!

Mari tengok resipi


TALAM BERLAUK
resipi asal: ChaHaya Shiela
sumber: mamahawa


BAHAN BAHAN : 
Utk bahagian bawah :

3 cawan tepung gandum
200 ml santan cap Ayam ~~ atau 1 cawan santan segar pekat
4 cawan air ~~ atau santan cair
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 biji telur ayam
1 sudu kecil gula
Garam secukup rasa (lbh kurang 2 sudu kecil)




Utk LAUK :
Udang saiz kecil dlm 200 gm (ikut suka)
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering (ditumbuk)
2 biji cili merah
Sedikit daun sup n daun bawang 
Sedikit serbuk lada sulah
Sedikit gula (dlm 1/4 sudu kecil)
Garam secukup rasa ( lbh kurang 1/2 sudu kecil)
Sedikit minyak utk menggoreng + 1 sudu minyak sapi



Hiris halus bawang merah, bawang putih, cili merah, daun sup dan daun bawang. Udang kering ditumbuk halus. Goreng bawang merah n bawang putih hingga kuning keemasan, angkat. Kemudian masukkan udang kering. Setelah naik bau n garing, masukkan udang idup yg dibuang kulit diikuti dgn cili merah. Bubuh sedikit serbuk lada sulah, sedikit gula dan garam secukup rasa. Bila udang sudah masak, tutup api dan masukkan bawang yang digoreng tadi bersama daun sup dan daun bawang dan gaul rata. Ketepikan.


Satukan semua bahan utk bahagian bawah dan blend. Tapis dan tuang ke dalam bekas. Ketepikan. Asingkan sedikit dalam suku cawan. Kukus selama lebih kurang 15 minit dulu. Kemudian bukak dan tabur bahan lauk yg telah digoreng tadi dan ratakan. Titiskan tepung yg diasing tadi sedikit demi sedikit ke atas permukaan lauk tadi untuk melekatkannya. Kemudian sambung mengukus selama 45 min lagi.. Setelah sejuk, baru dipotong dan bolehlah dihidangkan. Selamat Mencuba.. :)



16 comments:

Shahriah Abdullah Novelis said...

As'kum MAmaHawa wahh best ni.. lama tak buat bertahun rasanya nak tunggu puasa baru rajin tu pun beli hehee.. gambar cantik i like..:))

Nazrah said...

As'kum Hawa.. memang favourite kita talam berlakuk ni.. kalau ada sos yang kena gaya lagi sedap

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam, mama... semua bahan yang mama tulis ada kat rumah, harapnya dapatlah dipraktikkan hujung minggu ni. Kecur sangat bila baca komen mama tu, hihi..

Mama Hawa/Mama Nani said...

Wslm Sha cayang!!
aah pada tekak mama talam berlauk nie mmg marbeles... tuh ah selalu time bln pose jer buat.. kalau beli selalu time nak dekat bukak mkn dah basi .. so kena rajin kan diri buat tau Sha!!!

Mama Hawa/Mama Nani said...

Wslm Naz :)
Mama mkn g2 jer..
Bdk2 n cik hubby suka mkn bersama sos cili thai..hehehe mmg fav kite semua :P

Mama Hawa/Mama Nani said...

Wslm Sari..
mmg senang jer nak buat sari utk tepung tuh masukkan dlm blender zrup2x 2-3 kali tapis kukus dah siap!! utk inti jer kena tumnuk n tumis senang jer kalau malas gunakan bawang grg....hehehe

Shiela said...

Assalam Mama Hawa.. Terima kasih kerana sudi mencuba.. gambar pun cantek dear.. :)

zila norazila said...

salam mama cyg..dah lama x makn talam berlauk..mould pun cantik la..teruja plk nk mencuba nnt:)

Gee® said...

bestnya Mama... terlior la pulak

hazila said...

Nanti bila bulan puasa mesti banyak dijual di bazaar ramadhan. Kalau buat sendiri tentu mewah accessories tu kan...

Kerull said...

Salam Ma..sedapnya nampak kuih talam tu..tak pernah cuba lagi..satu hari nak trylah..

Mamasya said...

Salam Mamahawa.mudah nampak talam berlauk bakar dlm silicon mould tu. dah lama tak mkn talam berlauk ni...
re; Mamahawa, kat Trgpun jrg org jual laksa kuah merah, biasa yg putih.rasanya lebih kurang laksa Johor.

quinnie said...

aduiii sedapnya...fav saya jugak ni..lama betul tak buat..nak cuba resepi ni pulak la nanti...:)

Azie said...

Tengok gambar yg cantik ni, lagi membuatkan kita sgt terliur. Dah komen baru nak bagi salam pada tuan rumah. Salam kenal dari saya di Azie Kitchen.

Rene said...

Hi can you please help to translate this recipe in English and email to sabrina.aisha@live.com is so much !!!

Ibu Mimi said...

Resepi ni dh jd fav... sedapp

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...