Friday, March 27, 2009

SEGMEN ILMU

KEBAHAGIAAN KELUARGA
Erti bahagia adalah suatu nikmat,kesenangan,ketenangan dan kedamaian. Bahagia meliputi aspek memiliki dan rasa keselesaan dihati. Khususnya keupayaan seseorang insan utk memperolehi aspek2 kesempurnaan dlm mengharungi bilah2 hari.
Aristotle membahagikan factor2 yg mempengaruhi aspek kebahagiaan:
1. Factor luaran: Kejayaan,pangkat,keluarga dan keturunan
2.Factor jasmani:Kesihatan,kekuatan dan kecantikan
3.Factor dalaman:Kebijaksanaan,keadilan dan keberanian
Bahagia meliputi perasaan yg tenteram dan bebas dari segala sesuatu masalah yg menyesakkan. Kebahagiaan dlm rumahtangga dan keluarga pula, berhubung kait dgn ketenangan jiwa dan hati sepanjang masa, bergantung pada hasrat awal yg tertanan serta berusaha utk saling mengekalkan perhubungan dan perkahwinan.

Ini hanyalah sebahagian yg tercatat didlm buku yg telah dibaca. Buku bertajuk "KUUTUS RINDU" oleh intan arnida adinda kpd penulis dan pakar motivasi DR HM TUAH ISKANDAR.

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

Sunday, March 22, 2009




MURTABAK SEGERA

Bahan2 (6keping)

100gm daging cincang
2 biji ubi kentang
1 sudu setengah kari rempah
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
daun sup/bawang
minyak
1 sudu kecil garam
kulit popiah
2 biji telur

Cara2

  • Mula2 buat inti murtabak. Bawang putih & besar dipotong dadu. Tumiskan bawang.
  • Apabila bawang sudah layu, masukkn rempah kari yg tlah dibancuh dgn air,grg sehingga pecah minyak, kemudian masukkn daging cincang.
  • Apabila daging masak,masukkn kentang yg tlh diptg dadu.Masukkn garam.Jika tlah kering, tmbahkn air. Masak sehingga kentang empuk.Akhir skali masukkn daun sup/bawang.
  • Pukol telur didlm mangkok.Masukkn inti daging kedlm telur.Kacau sehingga sebati.
  • Ambil kulit popiah & bungkus inti daging segiempat.Cara bungkus murtabak sama spt bungkus popiah.
  • Goreng murtabak dgn api perlahan dgn sedikit minyak.

Friday, March 6, 2009




Reen dan Fahrin - hubungan mereka sedingin salju. Walaupun bersaudara, mereka tidak pernah sehati dan sejiwa. Fahrin bijak dan berkarisma menjadi kebanggan keluarga serta saudara-mara. Kelebihan Fahrin memarakkan lagi perasaan benci Reen terhadapnya. Usaha Fahrin dalam menjernihkan hubungan mereka tidak pernah berhasil sehinggalah masing-masing menginjak dewasa.

Maya dan Fahrin - Kematangan usia membibitkan rasa cinta di hati masing-masing. Namun, segala-galanya sudah tersurat. Hubungan itu tercela hanya kerana sifat ego Maya yang mementingkan dunia pentas teaternya.

Bagaimana kisah seterusnya? Siapa gadis yang sebenarnya bertakhta di hati Fahrin? Apakah hubungan antara Reen dan Maya?










AMEELISA sedar betapa cinta hanya akan bermakna jika dua jiwa bersatu. Dan cinta lebih bermakna jika penyatuan itu disertai restu. Namun dia ragu-ragu, cinta siapa yang mampu menakluki hatinya.

Hairul - Romantisnya...Cinta lelaki ini membuai-buai kasih Ameelisa. Hingga rindulah yang menghiasi jiwanya. Tetapi ada insan lain mengharap cinta Hairul.

Tajul - Ngeri apabila memikirkan lelaki inilah yang pernah meragut Ameelisa. Takdir menemukan mereka kembali dalam situasi berbeza. Terlalu baik hingga lebur kenangan pahit semalam.

Johari - Pintu cinta yang dulu tertutup, kini terbuka untuk Ameelisa. Duda berputera dua ini mahu mengulangi cinta yang pernah kecundang. Dia yakin Ameelisa tidak akan mengecewakannya.

Pelik... wajah Tajul membayangi Ameelisa di setiap langkah. Bercinta dengan peragut? Dia bingung sendiri. Dan ketahuilah, apa yang kita tahu sebenarnya bukan itu yang terjadi.

Sesungguhnya, cinta... sebuah perasaan yang tulus menyayangi sepenuh hati. Persis melodi indah, mendayukan hati. Tetapi, mengapa sukar memahami cinta? Sukar sangatkah?









Novel yang penuh suka duka seorang gadis yang ingin mengembalikan hubungan kekeluargaan yang keruh ini pasti menyayatkan hati anda. Iman Najwa cuba meraih kasih sayang nenek yang menilainya setaraf dengan sampah terbuang. Dia turut berhadapan dengan kemelut cinta tiga jejaka. Antara Alif Iskandar, Badrul dan Kamil merupakan jejaka yang paling rapat dengannya.

Antara kasih sayang, cinta dan persahabatan; antara ego, cemburu dan dendam; juga antara kesetiaan, kecurangan dan pengorbanan... merupakan permainan sandiwara dalam hidupnya. Mampukah dia mengotakan janji dan impiannya menjadi suatu kenyataan? Dapatkah dia memaut sekeping hati nenek yang keras bersalut kebencian itu. Siapakah jejaka yang bertuah bertakhta di hatinya?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...