Friday, March 6, 2009




Reen dan Fahrin - hubungan mereka sedingin salju. Walaupun bersaudara, mereka tidak pernah sehati dan sejiwa. Fahrin bijak dan berkarisma menjadi kebanggan keluarga serta saudara-mara. Kelebihan Fahrin memarakkan lagi perasaan benci Reen terhadapnya. Usaha Fahrin dalam menjernihkan hubungan mereka tidak pernah berhasil sehinggalah masing-masing menginjak dewasa.

Maya dan Fahrin - Kematangan usia membibitkan rasa cinta di hati masing-masing. Namun, segala-galanya sudah tersurat. Hubungan itu tercela hanya kerana sifat ego Maya yang mementingkan dunia pentas teaternya.

Bagaimana kisah seterusnya? Siapa gadis yang sebenarnya bertakhta di hati Fahrin? Apakah hubungan antara Reen dan Maya?










AMEELISA sedar betapa cinta hanya akan bermakna jika dua jiwa bersatu. Dan cinta lebih bermakna jika penyatuan itu disertai restu. Namun dia ragu-ragu, cinta siapa yang mampu menakluki hatinya.

Hairul - Romantisnya...Cinta lelaki ini membuai-buai kasih Ameelisa. Hingga rindulah yang menghiasi jiwanya. Tetapi ada insan lain mengharap cinta Hairul.

Tajul - Ngeri apabila memikirkan lelaki inilah yang pernah meragut Ameelisa. Takdir menemukan mereka kembali dalam situasi berbeza. Terlalu baik hingga lebur kenangan pahit semalam.

Johari - Pintu cinta yang dulu tertutup, kini terbuka untuk Ameelisa. Duda berputera dua ini mahu mengulangi cinta yang pernah kecundang. Dia yakin Ameelisa tidak akan mengecewakannya.

Pelik... wajah Tajul membayangi Ameelisa di setiap langkah. Bercinta dengan peragut? Dia bingung sendiri. Dan ketahuilah, apa yang kita tahu sebenarnya bukan itu yang terjadi.

Sesungguhnya, cinta... sebuah perasaan yang tulus menyayangi sepenuh hati. Persis melodi indah, mendayukan hati. Tetapi, mengapa sukar memahami cinta? Sukar sangatkah?









Novel yang penuh suka duka seorang gadis yang ingin mengembalikan hubungan kekeluargaan yang keruh ini pasti menyayatkan hati anda. Iman Najwa cuba meraih kasih sayang nenek yang menilainya setaraf dengan sampah terbuang. Dia turut berhadapan dengan kemelut cinta tiga jejaka. Antara Alif Iskandar, Badrul dan Kamil merupakan jejaka yang paling rapat dengannya.

Antara kasih sayang, cinta dan persahabatan; antara ego, cemburu dan dendam; juga antara kesetiaan, kecurangan dan pengorbanan... merupakan permainan sandiwara dalam hidupnya. Mampukah dia mengotakan janji dan impiannya menjadi suatu kenyataan? Dapatkah dia memaut sekeping hati nenek yang keras bersalut kebencian itu. Siapakah jejaka yang bertuah bertakhta di hatinya?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...