Sunday, May 3, 2009


Pertama kali bertemu Aiman, Datul menganggap lelaki itu tidak sesuai memegang jawatan sebagai pengarah urusan di Iman Holding, syarikat milik ayahnya.

Di pejabat, mereka sering tidak sependapat dalam tugas. Kata mengata dan benci-membenci merupakan senjata untuk mereka bersengketa. Akhirnya, tanpa diduga, Aiman cintakan Datul dan Datul rindukan Aiman.

Masalah timbul bila Amir juga jatuh hati pada Datul tanpa mengetahui gadis itu adalah kekasih abangnya. Aiman bersedia mengundur diri untuk kebahagiaan adiknya. Tapi cinta Datul tidak mungkin ditukar ganti.

Atas desakan keluarga, perkahwinan Aiman dan Datul dilangsungkan. Aiman bertindak menjauhkan diri dari Datul kerana rasa bersalah melukakan perasaan Amir. Sebagai isteri, Datul tertekan dengan sikap Aiman dan bertindak membawa diri.





Marina dalam kepasrahan apabila dicintai oleh pemuda yang pernah menjadi teman sepermainan sejak kecil lagi iaitu Hakimi. Pada masa yang sama dia ingin menjaga Bani yang ditinggalkan di rumah anak-anak yatim. Bani tidak diterima langsung oleh abahnya.

Marina takut menerima cinta Hakimi kerana khuatir tidak mendapat restu keluarga. Apatah lagi kisah silam kedua-dua keluarga mereka masih tercalit di hati sehingga mereka meningkat dewasa.

Ditelan mati emak, diluah mati bapa. Marina tidak dapat membuat keputusan yang tepat. Apakah yang perlu dilakukan untuk menerima cinta Hakimi? Siapakah Bani di hatinya? Apakah kisah silam yang menghantui diri mereka berdua?






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...