Monday, February 28, 2011

Pita Pizza for dinner


For dinner malam ni coz tekak dah mula rasa pahit!!! Hidung sengau!!!!
Supaya orang2 dirumah tak kelaparan..hah pita pizza yg entah apa saja topping.Sorang 2 tau!!! mama dah tak larat nih..jap lagi nak tengok atok!!!



lately susah nak cari roti pita... Last dapat beli di pasaraya NTUC CCK pada hari Sabtu..grab sampai 2 bungkus... Tamat kau !!!

Kuih Bakar Zana

 Petang Jumaat lepas tengah lepak2 depan tv tetiba teringat kan kuih bakar Zana nih... Teringat yg Hasue baru2 pernah buat baru2 ni, apalagi semua bahan2 ada..hehehe dgn cepat nyer :D Sedap!! lagi2 kalau ada kerak2. Ni mama C&P dari dapur Hasue. Thanks to both ladies Zana & Hasue :D



Kuih Bakar Pandan - zana08


Bahan-bahan

* 1 cawan tepung gandum
* 1 cawan gula
* 1 cawan air pandan
* 1 cawan santan
* 1 cawan susu cair (sejat)
* 3 biji telur
* Sedikit pewarna hijau
* Sebagai hiasan- sedikit bijan jika suka

Cara-cara

1. Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan
2. Blender hingga sebati
3. Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan bahan tadi kedalamnya.
4. Taburkan bijan (jika suka)
5. Bakar 40 minit pada suhu 180c/ hingga masak.


Nasi Serai, Ayam Percik & Kangkung belacan


Nasi Serai Set....Menu makan malam pada hari Sabtu lepas.Dah buntu nak masak!!!
Jadi lepas mengeledah dapur2 teman2 lepas tuh kite kemas tau! Maka terhasillah menu yg cukup menyelerakan walaupun mama hanya sempat menikmati nye lps jam 10 mln!!

Seperti biasa untuk Nasi mama ambik resipi dari dapur AYU, manakala ayam percik dari Myresipi dan sayur kangkung pulak biasa2 jer :D

Meh tengok resipi:


NASI SERAI
Sources:-From  serojakitchen.blogspot.com & Ayu


5 cup(rice cooker) Beras Basmathi (Air sama dgn sukatan beras)- mama gunakan beras biasa
2 biji bawang besar (dimayang bulat)
4-5 biji bawang putih* (* dimayang juga)
1" halia(dimayang)
1 kiub ayam KNORR (optional)
200ml santan (santan KARA)
(nak guna susu cair pun boleh)
3 btg serai (diblender tapis airnya) - nak lebih pun boleh
2 btg serai (dititik utk masuk dlm nasi)
3 helai daun pandan
2 sb minyak sapi/minyak masak
Rempah tumis (1 btg kayu manis & bunga lawang)
Garam secukupnya

CARANYA
Cuci beras, rendam dlm 20minit dan di toskan,
Panaskan minyak/mnyk sapi, tumis rempah tumis & daun pandan dan kedua-dua bawang sehingga layu, kemudian masukan bahan yg telah diblender, tumis hingga naik baunya. 

Dlm rice cooker, masukan bahan yg ditumis tadi, air (yg telah disukat = sukatan beras), kiub ayam, santan/susu cair & sedikit garam.
campakkan 2 btg serai yg dititik tadi, tutup rice cooker, biar sehingga mendidih
Setelah mendidih airnya, masukan beras yg telah ditoskan tadi dan tutup rice cooker biar sehingga nasi masak.
*********************************
(Apabila masak aromanya sungguh wangi sehingga menusuk hidung.)
Hidangan : Nasi serai ditabur dgn bwg goreng

Nasi serai lebih kurang macam nasi lemak cuma dia lebih wangi dgn aroma serai.
Lauknya spt: sambal tumis udang/ikan bilis, telur rebus, ikan bilis goreng & hirisan timun.
Boleh juga dimakan dgn lauk2 lain jika suka. 





Ayam Goreng Percik Berkuah

Bahan-bahan ( 6 - 8 orang )

  • Bahan A
  • 1 ekor ayam (dipotong sederhana) - dilumurkan kunyit, garam & digoreng (jgn terlampau garing)
  • Bahan B (* digiling/tumbuk halus)
  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • ****
  • 2 batang serai (dititik)
  • 15 tangkai cili kering (dikisar)
  • 1 biji kelapa (diambil santannya)
  • asam keping (4-5 keping)
  • gula & garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Mula-mula gorengkan ayam dan ketepikan
  2. Kemudian tumiskan bahan B hingga wangi
  3. Masukkan 2 sudu besar cili kisar & serai dan tumiskan hingga naik minyak
  4. Masukkan santan, ayam goreng, asam keping
  5. Masukkan juga garam & gula secukup rasa
  6. Masakkan dengan api perlahan sehingga kuah pekat & hidangkan

Saturday, February 26, 2011

Tauhu Goreng - Mama style


Tauhu goreng for dinner semalam!! Minggu nih tak ada selera nak makan nasi... selain tauhu goreng, goreng mee or makan roti jer sebelah malam mungkin cuaca panas. dan sekarang kat rumah tengah ada 'virus' batuk, flu n deman. Lepas Along, hubby... shasha.... Nazli. Mintak2 lah mama tak jangkit.. Kesian nnt abah!!

Okay...hihihi merepek2 jelah mama ni

Tauhu Goreng dah lama tak buat sendiri..pernah makan kat luar tapi sekarang harga makannan dah melambung naik..bayangkan harga tauhu goreng dulu cuma $2.50... sekarang dah $3 atau $3.50!!! hisshhhh

Beli 6 keping buat sendiri.. puas hati nak makan banyak atau sikit. Sebenar nyer sos tauhu goreng ni mama gunakan daripada resipi sos tauhu telur yg Ayu buat. Ikut pada kesesuaian pedas dan kemanisan yg dikehedaki masing2. Sedap makan panas2


Mari kite tgk resipi;

ROJAK SAUCE

Blended Ingredients:-(Bahan Kisar)
10 red chillies-(10 lada merah)
20 bird eyes chillies-(20 lada padi)
3 garlics-(3 bawang putih)
 


1/2 cup tomato sauce-(1/2 cawan tomato sos)
1/2 cup chilli sauce-(1/2 cawan chili sos)
1/2 cup lime juice-(1/2 cawan jus limau nipis)
5 tbsp palm sugar-(5 sudu besar gula melaka)
4 tbsp fine sugar-(4 sudu besar gula)
1/2 cup water-(1/2 cawan air)
3 tbsp shrimp paste(petis)-(3 sudu besar petis)
1/2 cup dark soy sauce-(1/2 cawan kicap pekat)





Mix all the above and cook over slow heat and mix well-(Gaulkan semua bahan2 dan masak diatas api perlahan)

Friday, February 25, 2011

Murtabak - Larkin


Murtabak yg dibeli oleh Abg mama di Larkin JB...
tak tahu plak sebelah mana. Selalu mama pegi Pasar Larkin atau Larkin Perdana jer.. Kat mana pulak dia dapat info beli nih!!

Semalam malam janji jumpa my bro kat rumah mak... Tebal, besar & banyak sekali daging..berlayer2. Sedap!!  buat bekpes tadi pagi!!

Thursday, February 24, 2011

Ayam Goreng Belacan

 Lauk utk anak2...
1st batch anak mama goreng - Shasha terhangus sikit!!
2nd batch mama goreng plak..hehehe tak menghampakan ayam goreng belacan nih..kalau goreng bau sampai kat depan!! hehehe bau belacan kikiki

Macam biasa... tempat dapur Ayu jgk yg mama geledah :)
Thanks yer Ayu cayang!!! mama C & P from yr kitchen lagi .

Ayam Goreng Belacan - Ayu & Noreen


Bahan-bahan:
12-15 keping kepak ayam
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar madu
1 sudu kecil dark soya sauce
garam secukup rasa
serbuk perasa-(Ayu tambah)

bahan2 kisar:
1 biji cili merah-(Ayu gunakan 2 biji)
4 biji cili padi-(Ayu tambah)
3 biji bawang putih-(Ayu tambah)
2cm halia
2 biji bawang merah
1 inci belacan




cara:

  • satukan semua bahan dan kacaukan sebati sehingga menjadi paste
  • tambahkan sedikit air jika terlalu pekat
  • kemudian masukkan ayam dan gaulkan sebati
  • perapkan selama 1 jam atau lebih
  • kemudian gorengkan sehingga garing dan masak
  • hidangkan panas2 

Lemak Tenggiri Goreng


Langit dah gelap!!! Mungkin jap lagi hujan akan turun...
Lauk bila pun tak ingat ... check dlm thumb drive ada beberapa gambar yg blm sempat di N3 kan...

Lauk lemak tenggiri yg ikan nyer digoreng kali ni. Ada seorang teman mama yg masak lemak begini... Ikan hendak digoreng terlebih dahulu..katanyer anak2 lbh suka begini..



 Lemak Tenggiri Goreng
bahan2
ikan tenggiri - dibersihkan & digoreng sebentar

bahan2 dikisar halus
cili padi - kalau byk sgt pedas sgt
bawang besar
bawang putih
serai
serbuk kunyit

asam keping
santan kotak
garam & gula secukup rasa & secukup air


mama ltk sayur kobis ptg besar2


Cara2
Tumis bahan kisar sehingga wangi & garing. Masukan air, santan kotak agak mana nak kepekatan, asam keping, garam & gula secukup rasa. Masukan sekali kobis biarkan mendidih sebentar sambil dikacau selalu. Baru masukan ikan yg telah digoreng dan masak seketika sehingga kuah pekat sedikit. Siap!!


Wednesday, February 23, 2011

Apam Labu



Hah dah siap pun apam labu ku ini...

Tapi kenapa tak macam Hana buat ... merekah lagi!!!
Tak merekah pun tak pelah..janji ia nyer lembut!! Hah tengok lah betapa tembam nyer apam labu mama nih..cam tuan dier hahahah.

Ramai teman2 yg dah buat... cam demam apam gitu.. Mama pun sampai jealous tengok. Sebenar nyer ada jakun sikit nak tahu rasa nyer bagaimana..hehehe anyway thanks yer Hana mama minta izin C&P dari dapur Hana :)


 
RESEPI APAM LABU

resepi asal : apam keledek kak.madiha@FP
source 1 :
kak.ummi@homesweethome
source 2 : izahdaut@izahmuffin

 
 

Bahan-bahan
Bahan A
  • 3 sudu makan tepung gandum
  • 2 sudu teh yis segera
  • 1 sudu teh gula kastor
  • 3 sudu makan air suam
Bahan B
  • 240 gm labu (dikukus/rebus)
  • 150 gm gula kastor
  • 1 biji telor
  • 150 ml santan pekat
Bahan C: (ayak bersama)
  • 200 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh Double Action Baking Powder
     
Cara-cara
  • Campurkan bahan-bahan A dan kacau hingga sebati. Kemudian biarkan adunan selama 5 - 10 minit.
  • Kemudian campurkan semua bahan-bahan B dan kisar halus. Tuangkan ke dalam mangkuk adunan.
  • Masukkan bahan C ke dalam adunan B yang dikisar sedikit-demi sedikit dan kacau rata.
  • Masukkan pula bahan-bahan A tadi dan kacau hingga sebati. Biarkan adunan sehingga 1 jam (Ummi tutup mangkuk adunan).
  • Panaskan kukusan dan bolehlah dituangkan adunan tadi ke dalam loyang besar atau acuan-acuan kecil yang telah disapu dengan sedikit minyak dan kukuslah hingga masak (Ummi guna acuan kecil dan kukus selama 15 - 18 minit).
  • Hidangkan bersama kelapa muda parut yang digaul dengan sedikit garam dan kukus kelapa sebentar agar kelapa tidak mudah basi.

Kari Ikan Ala India


Kari Ikan Ala India

Bahan-bahan ( 6 - 8 orang )

  • 1 ekor ikan merah, dibersihkan dan potong ikut suka-mama gunakan kepala ikan tenggiri
  • 2 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci halia*
  • 3 biji cili merah*(*dikisar halus)+(mama tambah 1 sudu besar serbuk cili)
  • 3 camca besar rempah kari ikan (mat guna rempah "babas"+(Ayu tambah 3 sudu besar lagi sebab nak banayk kuah)-mama pun
  • BAHAN2 TUMIS:-
  • 2 ulas bawang putih, dihiris halus (kalau besar guna 1 ulas saja)
  • 4 biji bawang merah kecil, dihiris halus
  • 1 camca teh halba campur (terdiri dari halba, jintan putih/kasar dan biji sawi)
  • 2 tangkai daun kari
  • BAHAN2 LAIN:-
  • 2 keping asam gelugor+(Ayu tambah 1 keping lagi)- mama ltk asam jawa
  • 2 biji terung. dipotong dan goreng separuh masak-(mama gunakan bendi)
  • 3 biji tomato, dibelah dua
  • 1/2 cawan pati santan (guna santan kotak)-x ltk santan
  • Garam, gula dan serbuk perasa (jika suka)
  • 2 biji cili merah/hijau, dibelah dua, jgn putus 
  • 1 biji mangga muda-(Ayu tambah) - mama x ltk


 Cara-cara
  1. Bersihkan ikan, perap dgn asam limau dan garam, cuci bersih dan toskan. Satukan rempah kari ikan dan juga bahan2 yg telah dikisar tadi. Gaul rata.
  2. Panaskan 1/2 cawan minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga wangi. Masukkan rempah yg telah dibancuh tadi dan masak hingga terbit minyak. Gunakan api perlahan.
  3. Masukkan air (kurang lebih 700ml, atau ikut suka), dan kacau. Biar hingga mendidih. Masukkan ikan, asam gelugor dan perasakan dgn garam, gula dan serbuk perasa jika suka.
  4. Bila mendidih, masukkan pati santan, terung, tomato dan belahan cili hijau dan merah. Biar mendidih seminit dua. Matikan api dan boleh dihidangkan panas2.


Thanks to both Ayu & CMG for the recipe... Sedap !!! kalau makan besok..lagi power!! hehehe cicah ngan biskut tawar buat sarapan..jemput semua..hahaha

Monday, February 21, 2011

Oatmeal Chips Cookies


Best therapy when down - baked cookies!!!
Akan ulang buat lagi coz dah jadi fav the kids n myself. Untuk Ayu yg mama kasihi...thank u so much...


Oatmeal Chips Cookies
Sources:-From  feedmyworld-sri.blogspot.com
 This makes 4 1/2 dozen cookies.
Ingredients:-
1 cup (2 sticks) butter, softened
1 cup sugar
1 cup light brown sugar
2 eggs, beaten
1 tsp pure vanilla extract
2 1/2 cups quick cooking oatmeal-(Ayu used rolled oats, toasted for a while)- 1/2 portion blended fine
2 cups all purpose flour
1/2 tsp salt
1 tsp baking powder
1 tsp baking soda
1 12-oz package semi-sweet chocolate chips
1 9oz Hershey Bar (milk chocolate), grated
1 1/2 cups nuts (I use walnuts)


Method:-
Preheat oven to 375F.
Lightly grease one or more cookie sheets.
Using an electric mixer, cream butter and sugars together in a bowl until fluffy.
Add eggs one at a time, beating well after each addition.
Add vanilla.
In a food processor, blend oatmeal to a fine powder.
Mix in a bowl with flour, salt, baking powder, and baking soda; add to creamed mixture.
Mix well.
Str in chocolate chips, grated Hershey Bar, oats and nuts.
Roll into balls and place 2 inches apart on cookie sheet.
Bake for 10 minutes.




Next time kalau panjang umur... blh buat cookies ni utk raya..jimat!!! blh dapat manyak2...

Sekarang dah jadi trend.. kat atas meja mesti ada ltk cookies. Buat cemel2an tgk depan tv tak sedar dh separuh habis...hehehe

Saturday, February 19, 2011

Ubi Berempah


Hati & Perasaan...sayu sangat2 sewaktu N3 ni dilakarkan....
Ya Allah kau tabahkan hati & jgk iman ku sebagai anak....




Ubi Berempah ni sesuai dimakan pada bila2 masa saja...
Mama buat minum petang semalam yg agak lewat sikit... bila dah makan kenyang sampai malam!!!
Terjumpa resipi di laman TryMasak... Selalu ubi ni kite rebus atau pun goreng..
Satu koleksi/resipi baru yg saja mama nak ketengahkan di blog ini mungkin ada yg dah pun tahu

UBI BEREMPAH - TRY MASAK - hamidah & abd rahman

Ingredients

1) Ubi Kayu (1 kg)
2) Kari Ikan Baba's (3 sudu)
3) Serbuk Cili Baba's (1 sudu)
4) Garam dan serbuk perasa
5) Gula (2 sudu besar)
6) Telur (2 biji)
7) Air (1/2 cawan)


Bahan A (ditumbuk)
1) Ikan Bilis (sedikit)
2) Bawang Merah (5 ulas)
3) Jintan Kasar (1/2 sudu)
4) Bawang Putih (3 ulas)
5) Jintan Putih (1/2 sudu)




Directions


Ubi kayu direbus hingga empuk.
Tumis bahan A hingga harum baunya. Kemudian masukkan rempah kari Baba’s, serbuk cili Baba’s, dan air.
Tumis hingga terbit minyak, masukkan garam dan serbuk perasa.
Masukkan ubi yang telah direbus dan kacau sebati.
Pecahkan telur dan kacau rata.
Sedia untuk dihidang.

Friday, February 18, 2011

Ikan Goreng Serai


Resipi dari majalah Saji lagi... Majalah keluaran Julai 2005
Kepada penyumbang - Hisham Shahar - terima kaseh

Cukup lah seekor dua utk mama & hubby....
Kalau nak pedas tambah cili padi lebih2...hehehe


IKAN GORENG BERSERAI - Saji 2005

bahan2

3 ekor ikan kembung/selar

bahan dikisar - mama tumbuk kasar2
2 batang serai
5 ulas bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
3cm halia
9 tangkai cili padi

1 cm kunyit - mama guna serbuk
2 sudu besar minyak
1 sudu besar asam jawa
gara & lada sulah secukup rasa


Cara menyediakan:
Bersihkan ikan kembung dan gaulkan dgn kunyit dan garam. Goreng.
Kemudian kisarkan/tumbuk  bahan2 kisar hinga hancur.
Panaskan kuali, tumiskan bahan yg dikisar tadi sehingga garing dan naik bau. Kemudian masukkan ikan. Tuangkan air asam jawa.Perasa dgn garam, lada sulah & gula jika perlu.
Kacau rata dan biarkan selama 20 mint sehingga ikan masak.


Sedap dimakan ketika panas2 bersama nasi putih dan sebagai penyeri ...... CENCALOK atau BUDU pasti mak mentua atau pak mentua lalu tak nampak!!!! hahahaha

Hati & Empedal Goreng Jintan


Satu lagi resipi menarik lagi sedap dari dapur Ayu. Sebenar nyer Ayu gunakan daging, since dlm fridge ada hati n empedal mama cuba lah :P Thanks Ayu :)


Daging Goreng Jintan - Sources:-resepi.mesra.net & Ayu
Ingredients A:-
300g daging dipotong nipis
1 sudu teh jitan manis ditumbuk-Ayu gunakan serbuk aje
1/2 sudu teh lada hitam ditumbuk -Ayu gunakan serbuk aje
1 sudu teh serbuk jintan putih-Ayu tambah
1 sudu teh serbuk ketumbar-Ayu tambah
sedikit kunyit
air untuk merebus daging

Ingredients B:-
3 tangkai cili api dipotong-Ayu gunakan 5-6 tangkai
1 tangkai cili merah dipotong -Ayu xletak
1 biji bawang besar dipotong bulat
1 tangkai daun sup
1 tangkai daun bawang
2 sudu  minyak menumis
sedikit cuka
sedikit kicap
garam + perasa secukupnya






Method:-
Daging digaul bersama Bahan A, Rebus sehingga empuk dan air telah kering. Didalam kuali yang sama masukkan minyak, tumiskan bawang besar, cili daun sup dan daun bawang. Masukkan garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan sedikit cuka dan kicap untuk membangkitkan aroma yang cukup menyelerakan.
Sources:-resepi.mesra.net

Thursday, February 17, 2011

Blueberry Cheese Cake



 
Blueberry Cheesecake - non bake was supper delicious..... even cik hubby likes it :)
Komen dari shasha anak mama was - very silken even though she tak sukakan blueberries..but in the end eating all the topping..hehehehe
 
Recipe kali ni dari dapur Zai KL yg memang expert dlm bab cake2 nih... Thanks yer Zai atas recipe kek blueberry cheesecake nih. Hawa minta izin C & P recipe di sini :)
Blueberry chilled Cheese Cake
Resepi: kzai@Teratakimpian

Bahan-bahan A:
180 gm biskut mudah hadam - mama guna kan biskut Marie
95 gm mentega
Loyang springform 6 atau 7 inci- kalau guna 8 inci kek jd nipis sikit-

Bahan-bahan B:
100 ml krim putar(whipping cream)
100 gm/ml low fat blueberry yoghurt
250 gm krim keju
120 gm gula kastor
1 sudu besar jus lemon

Bahan-bahan C:
15 gm gelatin "halal"*
100 ml air panas*
- *campurkan dan kacau hingga jernih...sejukkan selama 5 minit

Topping:
200 gm blueberry filling - pilih yg ada biji2 blueberry
40 ml air panas
1 camca teh gelatin "halal"





Cara:
  1. Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk.Sediakan loyang acuan berukuran 6-7 inci dan masukkan biskut.
  2. Cairkan mentega dan masukkan dan kacau rata.- akak panaskan dlm m/wave
  3. Tuangkan mentega kedlm bekas berisi biskut tadi. Kacau rata.
  4. Tekankan adunan ini agar menjadi rata.Sejukkan dlm peti ais selama lebih kurang 30 minit agar ia menjadi keras.
  5. Pukul krim putar sehingga pekat kemudian campurkan yoghurt dan gaul sebati.Ketepikan.
  6. Pukul krim keju bersama-sama gula dan jus lemon seingga sebati.Setelah itu masukkan gelatin dan gaul lagi sehingga sebati.
  7. Kemudian tuangkan bahan ini kedlm bekas yg berisi krim putra + yoghurt tadi dan gaul rata dgn menggunakan whisk.
  8. Keluarkan adunan biskut dlm peti ais.Tuangkan adunan krim putar + adunan yoghurt keatas adunan biskut dan ratakan.Kemudian sejukkan semula dlm petiais selama 3-4 jam. Bila dah dikeluarkan hiaskan dgn topping untuk dihidang.
Untuk Hiasan:
-Satukan gelatin dgn air panas dan kacau hingga gelatin larut kemudian satukan dgn blueberry filling.Kacau rata dan bolih digunakan utk menghias atas kek tadi.

Wednesday, February 16, 2011

Udang Kasturi


Udang Kasturi - Saji Oct 2009


1kg udang besar - mama gunakan udang biasa
1/2 cawan cili kisar
3 batang serai dititik

bahan kisar
1 inci kunyit hidup
2 inci halia
1 inci lengkuas
6 ulas bawang merah -mama gunakan 1 biji sedang
4 ulas bawang putih

6 tangkai cili padi - belah dua - kalau nak pedas tambah
1 keping kuib ikan bilis
1 keping kuib tom yam
1 cawan santan
1 cawan air
2 helai daun limau purut- hiris halus
1 sudu teh gula/garam
2 sudu teh jus limau kasturi
minyak utk menggoreng

Cara menyediakan:
1. Bersihkan udang & toskan.
2. Panaskan minyak dlm kuali dan tumis serai serta bahan2 kisar sehingga wangi.
3. Masukkan cili kisar & tumis lagi sehingga garing. Masukkan cili padi, kuib ikan bilis, tom yam, garam & gula & air. Kacau rata.
4. Masukkan udang & kacau lagi. Tuangkan santan dan masak sehingga mendidih. Taburkan daun limau purut & jus limau kasturi. Kacau perlahan2 sehingga pekat. Tutup api & hidangkan.

Monday, February 14, 2011

Kuey Teow Goreng Bersama Sos Plum







 Nak habis kan stock sos plum!
Ada rasa masam manis, pedas2... hehehe sedap!!!
Bahan2... apa saja yg ada dalam fridge gunakan. Alah seperti biasa goreng mee cuma mama tambahkan sos plum dalam 2-3 sudu makan buat menambah rasa masam2....


Kalau nak jgk recipe...meh tengok kat bawah




Kuey Teow Goreng Bersama Sos Plum - style mama

Bahan2

1) Kuey teow
2) Udang
3)Daging
4)Fish Cake
5)Sawi
6) Bawang besar & putih ditumbuk
7) Pes cili -
8) Sos tiram
9) Sos plum
10)Sos tomato
11) Kicap
12) Garam

13) lada jeruk

Cara2
Tumiskan pes cili, bawang besar & putih sehingga garing lalu masukkan daging yg dihiris tipis- agar cepat lembut. Masak sehingga daging lembut, masukkan udang & fishcake kacau sebentar lalu masukkan semua sos2 - sos tomato, sos plum, sos tiram & kicap. Rasakan garam & jugak masam manis nyer kuah baru letakkan kuey teow dan jgk sayur sawi dan balik2kan sebentar.Hidangkan bersama cili jeruk.


Ayam Panggang Ala Chinese


 Salam pagi Isnin semua...

Tak nak cerita banyak2 ... layanlah menu2 hujung minggu mama yg tak seberapa nih :)


 
Resipi dari Hana yg dicuba kali ni.. ternyata tak menghampakan... Sedap esp sos hitam yg digemari oleh anak2. Terima Kaseh Hana sudi berkongsi resipi... mama minta izin C & P dari dapur Hana :)

RESEPI AYAM PANGGANG ALA CHINESE
source : paty`s kitchen / Hana

Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam
  • 3 sb marjerin/mentega
  • 1 sb madu
  • 2 sb kicap cair
  • 2 ulas bawang putih - parut - hana tambah halia
  • garam dan lada sulah - hana buh lada hitam
Untuk Sos - hana bg anggaran kasar je..resepi asal xde sukatan tepat..klu terlebey terkurang ejas ye - mama pun main agak jer
  • 2 sb sos tiram
  • 2 sb kicap pekat
  • 1 sb kicap cair
  • 2 sb air rebusan ayam
  • 1 sb madu - hana tambah
  • 1 sk minyak bijan
  • 1 sb tepung jagung bancuh sedikit dgn air
Cara-cara
  • Bersihkan ayam dan keringkan.Satukan kicap, mentega, bawang putih dan madu . Campurkan semua.Lumurkan ke atas ayam dan perap selama 1 jam.Panaskan oven 400F/200C. Panggang ayam selama 15 minit dan kecilkan suhu ketuhar ke 350 dan terus panggang selama 30 minit lagi sehingga ayam masak.
  • Untuk sos - Satukan semua bahan kecuali tpg jagung ke dalam kuali/periuk kecil. Kacau hingga mendidih. Kecilkan api. Tuang bancuhan tpg jagung sehingga sos agak pekat.
  • Potong ayam dan curahkan sos. Hidangkan dengan nasi ayam.

Friday, February 11, 2011

Ayam Lemak Pucuk Ubi


Lauk fav anak2... tak kira ada kobis atau pucuk ubi pasti habis!!! Kalau tak smuggle sikit buat malam..jawab nyer pasti tak de lauk..hehehe

Best ah!! kalau dapat makan lauk lemak pucuk ubi ngan sambal belacan ulam ngan petai atau jering!!! Ayam tolak tepi.. jauh2 hehehe

Thanks ah Ayu share recipe nih :) Mama C&P recipe yer :)





Ayam Lemak Pucuk Ubi - julnezza@mesra.net/ Ayu


Ingredients:-
½ ekor ayam -(Ayu gunakan 1 ekor)- mama pun
*2 biji bawang merah
*5 ulas bawang putih }ditumbuk
*1 inc halia
2 cwn santan

 pucuk ubi(ubi bandung)RM1.00}ditumbuk-(Ayu blender berasingan) - mama racik kasar2
*5 biji cili padi}ditumbuk -(Ayu buh lebih lagi dari ni)- mama x tambah
2 camca minyak
air secukupnya
garam & perasa secukup rasa

sedikit kunyit serbuk-(Ayu tambah)- mama gunakan kunyit hidup 

Method:-
Ayam dipotong ikut suka,ketepikan.kemudian tumbukkan bahan tumbuk termasuk cili padi.Pucuk ubi tadi ditumbuk sehingga lumat.panaskan minyak dalam kuali,tumis bahan tumbuk tadi biarkan sampai naik baunya.Masukkan ayam dan pucuk ubi,gaul rata-rata.Lepas itu masukkan air dan santan.Biarkan mendidih,masukkan garam.Masaklah sehingga daun pucuk ubi bertukar warna sedikit(hijau gelap).

Omelettte Sambal


Lauk mama & hubby  ^ _ ^
Simple but sedap tau!!! Resepi dari Love cuma mama ubah sikit cara sambal nyer. Mama masakkan sambal tumis sardine dan lebur kan telur dadar dalam sambal. Sedap dimakan bernasi atau roti. Thanks Love for sharing... mama C&P recipe for yr blog :)



OMELETTE SAMBAL by love2cook

Ingredients :~
  • 5 eggs ~ beaten
  • 5 shallots
  • 3-4 tbsp cleaned anchovies ~ soaked in water for 5 mins
  • 1 large onion ~ sliced
  • 4 dried chillies ~ cut 2
  • 1.5 tbsp chilli powder ~ may add more
  • salt to taste
  • sufficient amout of water ~ I used 1 cup
  • oil
Method :~

  1. Fry the eggs like omelette. Cut into few pieces. Set aside.
  2. Pound together shallots and anchovies using mortar and pestle.
  3. Heat oil in wok, saute shallots and anchovies till they turn lighter brown.
  4. Add sliced onion and dried chillies. Stir for 2 minutes.
  5. Pour in enough water, add chilli powder and salt. Leave it to boil for few times.
  6. Lastly, add the omelette pieces. Mix evenly until the omelette is well coated with the sambal.
  7. Dish out.
* The egg will taste really good after leaving it soaked in sambal for sometime
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...