Thursday, March 31, 2011

Talam Ubi Keledek


 Salam pagi semua...
Buat kuih talam keledek nih semalam.. dapat lah merasa pagi ni n kejap lagi nak tengok abah.. blh lah jgk bawakan kuih2 talam yg mmg fav abah.

Resipi kuih talam ni mama dapat dari dapur kak Anim - My kitchen. Sedap & lembut jer kuih talam yg mama buat dalam bekas2 kecil.. cuma tang isi bahagian bawah-keledek mama lebihkan..tuh yg x nampak sangat bahagian atas-putih.. tapi dari rasa mmg marbles!!

Thanks yer Kak Anim.. Hawa minta izin C&P resipi disini yer :D

Talam Ubi Keledek
source majalah saji
source:anymz my kitchen.

bahan2 untuk lapisan bawah

300gm keledek merah - akak guna keledek biasa-rebus hingga empuk dan lecek
75 gm tepung beras
75 gm tepung ubi
150 gm santan - akak guna santan kotak 
150 gm air
250 gm gula pasir - akak guna 200 gm
1 sudu kecil garam
1/2 st esen vanila-akak tak letak
sedikit pewarna kuning
250 gm gula pasir - akak guna 200 gm
1 sudu kecil garam
1/2 st esen vanila-akak tak letak
sedikit pewarna kuning
 
bahan2 untuk lapisan atas

100 gm tepung ubi
200 gm santan pekat + 200 gm air
2 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil garam
 
cara

untuk lapisan bawah

Bancuh tepung beras dan tepung ubi dgn campuran santan hingga sebati.kemudian tapis.
Akak blend semua bahan termasuk keledek.
Kemudian masukan ke dalam periuk dan kacau di atas api sederhana hingga pekat.
Tuangkan ke dalam loyang.boleh juga gunakan acuan kecil hingga paras separuh sahaja dan kukus selama 7 min.
Jgn lupa sapu acuan dgn sedikit minyak dahulu

Untuk lapisan atas

Akak blend juga semua bahan dan masukan ke dalam periuk dan kacau atas api hingga pekat dan tuang ke atas adunan keledek tadi dan kukus semula selama 10 min.bila dah masak sejukan dulu baru di potong ataupun keluarkan dari acuan.

Wednesday, March 30, 2011

Kupang Serai


Lauk utk orang tua..hehehe kalau budak2 nak makan apa salah nyer :D
tak cukup bahan lauk ni..ada bahan2 yg kurang spt.. daun kunyit & semua bahan yg sepatut di tumbuk mama blender kan sampai halus. Tapi walaubagaimana pun tetap sedap and pedas!! Thanks lah AYU :D
 
KUPANG SERAI - AYU
Ingredients:-
1 cup of boiled mussels
6 lemongrass slice thinly( I used just 2 and I blended)
*3 cloves garlic
*5 shallots
*10 birds eys chilies(can add more if want hotter)
*1 inch fresh turmeric root
1/4 cup tarmarind juice
1 cup coconut milk1 cup coconut milk
*1 tsp salt
1 tbsp sugar
3 tbsp oil for frying
2 turmeric leaf sliced finely
2 kaffir leaves sliced thinly



Method:-
Pound ingredients 3, 4, 5, 6 and 9 (me I just blended).
Heat oil and saute blended ingredients and fry till oil goes up the surface.
Add in all the ingredients except sugar and turmeric leaves.
Cooked till fragrant and stir well.
Add in sugar and turmeric leaves and stir till the leaves soft.
Turn off heat and ready to be served

Sausage Tauhu Telur Ala Teriyaki


Selamat tengahari semua teman2 mama yg dikasihi...
Kids menu.. anak2 memang suka makan sausage..tak kira lah sausage ayam yg plain, yang berperisa satay, char siew , cheese, blackpepper dan etc... kalau masak kena tambahkan bahan lain seperti tauhu atau pun mushroom..kalau tidak tak cukup! 

 Lepas nampak kat dapur AYU tempoh ari..cepat2 print resipi :) Taraaaaa..... dah sampai dapur mama pun!!

Resipi asal dari Ummi & dan sampai kat dapur Ayu pulak. Thanks Yer Ummi & Ayu for the recipe.. kite letak kat sini pulak :D

SAUSAGE ALA TERIYAKI
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 1/2 paket chicken cocktail - (boleh gantikan dengan apa2 sosej jgk)
  • 3 ulas bawang putih - dicincang halus
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar kicap ABC Heinz-(Ayu gunakan kicap masin cap kipas udang)- mama pun
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu kecil cuka
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit minyak untuk tumis

Cara Memasak:-

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukkan sosej dan kacau sebentar.
  3. Masukkan kesemua jenis sos dan cuka, garam dan gula secukup rasa.
  4. Kacau balik sosej hingga kuah pekat dan melekat-lekat pada sosej.
  5. Angkat dan hidangkan.

Tuesday, March 29, 2011

Cili Hijau Goreng Telur Hasue


nampak simple... tapi paling sedap dimakan panas2 bersama nasi putih jer kalau tak sempat masak!!!
dah 2 kali mencuba..tapi baru kali nih dapat tangkap glamor dlm blog mama ...hahaha :D

Sakit tekak & batuk2 skrg ni... tapi sempat merempit ngan cik hubby tadi pagi makan dim sum kat JB the Puteri Pacific.. lepas kan gian nak makan dim sum!!! hehehe

Thanks Hasue... mama dah cuba & ada buat adjustment kat tekak yg x blh makan pedas sangat nih :P Mama minta izin letak resipi di sini okay ^-^

Cili hijau Goreng Telur >> HaSue

Bahan2:
  • 10 btg cili hijau- 6 btg cili hijau yg besar
  • 1 btg cili merah
  • 5 biji cili api(optional-kalau cili hijau n merah dah pedas takyah laa letak) mama ltk jgk dlm 3 biji
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 biji telur ayam - mama gunakan 2 biji telur
  • Garam n perasa/gula secukupnya
  • Sedikit minyak untuk menumis



Cara2:
  1. Cili hijau dipotong memanjang kemudian dihiris agak halus. Buang bijinya
  2. Tumbuk halus-cili merah,bawang merah dan bawang putih
  3. Telur dipecahkan dalam mangkuk n dipukul sedikit
  4. Panaskan minyak dalam kuali,tumiskan bahan yang sudah ditumbuk sehingga wangi kekuningan
  5. Masukkan garam n perasa/gula.
  6. Masukkan cili hijau yang sudah dipotong,kacau sebentar
  7. Masukkan telur,kacau kaup balik perlahan lebih kurang 5 saat dan padamkan api.

Monday, March 28, 2011

Pla Lui Suan@ Ikan Dalam Taman


Bertemu kembali...
Hari Jumaat lepas mama masak kan cik hubby lauk ni... sungguh selera betul cik hubby n mama makan!!! Kami makan berulam kan celery & timun sahaja..siap ratah lagi ikan tilapia putih ni :) Memang tak sia2 mama buat pes cili sangai lebih2...


Ikan tilapia yg mama goreng begitu saja..letak kunyit ....kalau nak buat macam Nor salut ngan tepung boleh jgk :)
Sos tu mudah aje disediakan, cuma hiris semua bahan2 dan gaulkan dgn bahan2 selebihnya. Kepada Nor mama ucapkan terima kaseh leh banyak2 diatas kesudian berkongsi resipi ...Mama minta izin letak resipi disini supaya senang buat rujukan dibelakang hari.. thanks yer!!

IKAN DALAM TAMAN @ PLA LUI SUAN - Nor Secubit Garam

1 ekor ikan siakap - mama gunakan ikan tilapia digrg dgn kunyit
 1/2 caw tepung serbaguna
minyak utk menggoreng

Bersihkan dan keringkan.
Celup ikan dlm tepung serbaguna dan goreng hingga garing.
Toskan dan letak atas piring.

Bahan2 Sos
1/4 cawan bawang putih
1/4 cawan bawang merah
3 helai daun limau purut
2 sudu besar daun ketumbar yg dipotong
3 batang serai
3 - 5 bj cili api
3 sudu besar sos ikan
4 sudu besar air limau nipis
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar pes cili sangai 
 pes cili sangai mama letak dalam 3 sudu makan penuh..biar lagi pedas!!!


Hiris halus bawang merah, bawang putih, daun limau purut, serai dan cili api.
Masukkan kesemua bahan dan gaul sebati.
Curah bahan2 ni atas ikan yg dah siap digoreng td.
Boleh la dihidangkan..

Ta-Koh Sa-Ku.. Puding Sagu dgn Pati Santan


Salam Monday morning semua teman2... a quick update. Buat puding ni minggu lepas. Bila nampak kat rumah Izzah cepat2 print resipi.. Memang betul kata Izah! kalau letak gula melaka/merah lagi sedap agak nyer tu yg dikomen oleh anak mama si along. Mungkin mama akan mencuba nyer lagi minggu ni :)
Tak susah membuat nyer.. paling mudah sekali. Thanks Izah & Nor share & ketengah kan resipi dessert yg mudah lagi enak dimkn bila2 masa sahaja :P

PUDING SAGU DENGAN PATI SANTAN
sumber: kak Nor@ myR
&


Bahan-bahan ( 6 bekas )

1/2 cawan sagu
1/4 cawan tepung ubi/tepung jagung *saya guna tpg jagung
3 cawan air
1/4 cawan air pandan pekat atau 1 sudu teh pandan paste
2/3 cawan gula (lebih kurang 9 sudu besar)

Bahan2 utk pati santan:
1 cawan santan pekat
1 cawan air
1/2 cawan tepung beras
1 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam

Cara-cara

Basuh sagu dan rendamkan lebih kurang 1/2 jam dan toskan.
Masukkan sagu, air, tepung ubi/tepung jagung dan air pandan/pandan paste ke dalam periuk. Kacau atas api sederhana.
Apabila campuran menjadi pekat, masukkan gula dan kacau hingga gula larut dan bancuhan bertukar menjadi jernih.
Sudukan ke dalam bekas dan ketepikan.
Cara2 utk membuat pati santan:
Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk dan kacau atas api kecil sehingga masak dan pekat.
Sudukan ke atas Puding Sagu. Sejukkan dulu baru la dihidangkan
 
 

Friday, March 25, 2011

Karipap Inti Sedap

 
Salam hari Jumaat teman2 semua...dah makan semua??? Kat sini mama belum masak pun. Semua anak2 tak de dirumah. Malas nak masak siang..

Karipap inti sedap ni mama dah buat banyak kali dah..cuma kali ni mama buat lebih sikit.. frozenkan so bila tekak teringin nak makan ... senang goreng sahaja..

Ni lah hasil BW kat dapur teman2...
Thank u Mas and also Hana for sharing recipe karipap Inti Sedap ni..memang sedap coz ada ayam & telur.

Meh tengok recipe :D

Karipap Inti Sedap
Copy : Kak Hana
          Izah
Bahan-bahan :
  • 250g tepung gandum
  • 2 sudu besar marjerin - panaskan (klu nk buh semua myk panas pon bleh)
  • 2 sudu besar minyak masak - panaskan
  • garam
  • air
Bahan untuk inti :
  • 5 biji kentang@keledek - bleh juga dicampur
  • 200g daging@ayam cincang@ peha ayam boneless potong kecik2@ bleh nk masukkan tulang2 ayam skali, tp masa nk isi inti asingkan la tulang2 tuh. cara yg nih lg sedap!
  • setangkai daun kari
  • daun sup - cadangan dr mamakastam.tQ!
  • 2 biji telur rebus - di belah 6/lebih setiap biji@ potong dadu.
  • 21/2 sudu besar kari ayam/daging
  • 1 biji bwg besar
  • 2 ulas bwg putih
  • garam
  • gula - jika perlu
  • air

Cara-cara :
  1. Untuk membuat kulit karipap - campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Gaul rata gune sudu sbb panas.Bancuh garam dan air. Masukkan sedikit2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.
  2. Untuk buat inti - kentang@keledek dikupas dan dipotong dadu dan ketepikan.
  3. Blend bawang besar dan bawang putih. Tumiskan bhn2 tersebut dan juga daun kari hingga naik bau. Masukkan pes kari dan kacau rata. Kemudian masukkan kentang@keledek, ayam@daging, air dan garam secukup rasa. Rebus sehingga kentang empuk dan ayam@daging masak dan air kering.last skali taburkan daun sup yg dipotong halus.
  4. Apabila inti telah sejuk, boleh la mulakan proses mencanai. Asingkan daun kari dan juga tulang2 ayam jika ada.
  5. Masukkan inti kentang dahulu dan buh satu hirisan telur tadi dan tutup serta kelim@cetak mcm biasa. *telur rebus bleh juga dipotong dadu dan dcampurkan ngan inti kentang@keledek tadi.
  6. Goreng dengan api yang sederhana. Dah masak bleh la mkn....:)

Custard TeaCake



Custard TeaCake yg menjadi sefamous famous dalam beberapa hari saja!!!
And the virus spread very powerful until it reaches here in SINGAPORE!!! Hahahaha :D

 Semalam petang sempat bake Custard teacake ni... sementara tunggu kek sejuk dapat update N3 utk masakkan tengahari..tapi bila dah petik gambar and after clearing kat dapur kemas mana yg patut.. penat pulak & dah malas pulak nak N3. Tak pe lah tak lari gunung dikejarkan...

Nak kasi tahu sapa yg dah buat..rasa2 mama dah ramai teman2 buat teacake nih :) CMG, Mas, Nor, Izah, Tun Telani, Noorsha, Hasue..sapa lagi???

So kepada yg dah buat dah tahu apa rasa kek ni dah yg belum buat kena lah buat utk mengetahui apa rasa kek nih nak explain & kasi tahu rasa susah sgt

Meh tengok resipi nyer... Mama ambik resipi dari dapur DJ kerana letak warna n flavour.. utk custard mama buat 2 adunan coz 1 adunan dpt sikit.

Thanks yer DJ and the rest of the gang masak2 for sharing this recipe. DJ mama minta izin link C&P resipe dari dapur DJ.

Custard TeaCake
Source: Kak Ida &Che Mat Gebu & HaSue

BAHAN KEK :-)
 
125 gram mentega
1/3 cawan gula halus @ gula kastor
1 biji telur gred A
3/4 cawan tepung naik sendiri (self raising flour)
1/2 cawan tepung kastard
1/2 camca teh esen vanilla

BAHAN KASTARD :-)
 
1 camca besar tepung kastard
1 camca besar gula kastor
2/3 cawan susu segar ( lebih kurang dlm 8 sudu makan)
15 gram mentega (kurang lebih 1 camca teh)
2 camca teh esen vanilla


bahan-bahan yang DJ tambah :
  • 1 sudu besar serbuk koko + 1 sudu besar air panas (dibancuhkan)
  • 1 sudu kecil pandan paste + pewarna hijau epal


CARA MEMBUATNYA :-)

1. UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.

2. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat saiz 7 inci (mat guna acuan kaca macam dalam gambar). Ketepikan.

3. Putar mentega dengan gula halus hingga berkrim, masuk telur dan putar hingga kembang. Tambah esen vanilla. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung naik sediri + tepung kastard sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata. (DJ bahagi dua adunan: satu bahagian dicampurkan dgn bancuhan koko dan satu lagi perisa pandan)

4. Masukkan 1/2 adunan ke dalam bekas yang telah disediakan, ratakan dan buat sedikit lubang ditengah2nya. Tuang kastard, ratakan dan tutup dengan baki adunan, ratakan dan bakar selama 30 minit atau hingga masak.

5. Sejukkan sebelum dihidangkan. Jika suka boleh ayak gula aising atas permukaan kek sebagai penyeri...Selamat mencuba!!!

Thursday, March 24, 2011

Sotong Berempah


Tak kan nak mkn sayur jee.... . Lama tak masak sotong.. Sedap jgk sotong masak rempah gitew.. Resipi dari TryMasak kali nih..ingin mencuba something different. Pedas... coz gatal letak cili padi.. masam...saja tambah kan sos tomato...hehehe tak pe janji sedap!! Thanks TryMasak..minta izin letak resipi disini :)

SOTONG BEREMPAH
Ingredients

1) Sotong kecil (300g)
2) Bawang merah (6 ulas)
3) Bawang puth (2 ulas)
4) Halia (1cm)
5) Daun kari (secukup rasa)
6) Pes cili (1 sudu besar)
7) Serbuk jintan manis (1 sudu teh)
8) Serbuk jintan putih (1/2 sudu teh)
9) Serbuk kunyit (1/2 sudu teh)
10) Garam (secukup rasa)
11) Air asam jawa (1 sudu teh)
12) Air (1 cawan)
 sedikit halba utk menumis
sedikit cili padi
1-2 sudu sos tomato
Directions

Campurkan sotong bersama kunyit dan garam.
Goreng sotong seketika. Apabila separuh masak, angkat dan ketepikan.
Hancurkan 1 ulas bawang putih, 4 ulas bawang merah, jintan, dan pes cili.
Hiris nipis bawang putih, bawang merah dan halia.
Tumis bahan yang dihiris itu hingga wangi, diikuti dengan bahan yang ditumbuk.
Masukkan daun kari, asam jawa, air, gula dan sotong. Kacau sebati hingga sotong masak.

Bayam & Jagung Masak Bening


Cuaca walaupun panas terik di sini... angin sepoi2 ... alalala ni yg malas!!! Blh tertido !!!
Sayur bayam yg ada ltk jagung.. pernah nampak kat rumah AYU.. so mama ni teringin sangat nak makan!!! Sedap kan sambil makan & hirup2 kuah bening2... Thank yer Ayu :)

Bayam & Jagung Masak Bening
Ingredients:-
1-2 cekak bayam disiang daun & batangnya
1-2 biji jagung dipotong 3
1 batang lada merah dihiris
1 biji bawang besar dihiris
2-3 biji bawang putih dihiris
air secukupnya
garam+ gula+ perasa secukup rasa


Method:-
Bubuh air dalam periuk ikut banyak mana. Campakkan hirisan, lada merah, bawang besar & bawang putih dan biarkan ia mendidih. Masukkan,  jagung dan biarkan hingga lembut & masak. Masukkan bayam, perasakan dengan garam, gula & perasa. Biarkan seketika hingga bayam agak2 dah layu. Matikan api.

Nasi Lemak Sr Pandan and the geng



Nasi Lemak Sri Pandan
Sumber : Buku Senangnya memasak Nasi Chef Hanieliza
Servings: 7-8 orang. (dgn kiraan seorang dewasa: 130gm beras)

bahan2


  • 1 kg beras AAA [basuh n toskan] - mama gunakan beras biasa
  • 4 cawan santan-(2cawan santan pekat +1 cawan santan cair)
  • 10 helai daun pandan - dikisar (Nurindah: boleh kisar dgn 1-2 cawan air) - (2 cawan air daun pandan + 1 cawan air)
  • 2 inci halia -dihiris
  • 3 biji bawang merah -dimayang
  • garam secukup rasa
  • sedikit gula - sekiranya suka -mama x letak
  • 1 helai daun pandan - disimpul

Cara

  1. Daun pandan dikisar dan ditapiskan.
  2. Masukan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga beras sebati dengan santan.
  3. Apabila nasi sudah kering, kacau rata dan tutup semula tudung. Biarkan ia sentiasa panas dalam periuk rice cooker.
  4. Bila sudah masak boleh hidangkan.

Tuesday, March 22, 2011

Talam Nangka


Ramai yg dah mencuba..mama jer yg ketinggallan...kereteapi!!! hehehe Panjang betul list mama tak terkejar rasa nyer!!!
Terggoda melihat teman2 buat... so bila beli nangka siap pesan ngan anak2 & cik hubby jgn makan nangka tuh..mama nak buat kuih!! hehehe.
Resipi mama ambik dari dapur Ayu... resipi asal dari Yatie the "Talam Queen" thanks both ladies dan jugak teman2 yg dah mencuba resipi ni.. Sedapkan teman??

Talam Nangka
Bahan-Bahan
Lapisan bawah 

  • 1 cawan nangka- di cincang- mama ptg2 dadu kecik
  • 1 cawan tepung beras
  • 3 s/b tepung jagung - mama letak 2 sb tepung jagung + 1 sb tepung hoon kwee
  • 3/4 cawan gula pasir-mama letak 1/2 cwn - coz nangka masak & manis betul
  • 3 cawan santan cair
  • 2 helai daun pandan
  • sedikit garam
Cara menyediakan lapisan bawah.
  1. Panaskan kukusan, lapiskan plastik dan sapukan minyak pada loyang 8 inci bulat/ 4 segi..
  2. Satukan tpng beras, tpng jagung, gula, garam dan santan cair dan kacau rata...tapiskan.
  3. Masak adunan sebentar sehingga nampak naik wap, masukkan sekali daun pandan supaya wangi....
  4. Masukkan nangka yg di cincang...kacau lagi hingga nangka dan adunan sebati.( keluarkan daun pandan tadi, barulah tuang adunan ke dlm loyang)
  5. Tuangkan adunan kedalam loyang, ratakan dan kukus selama 20 minit.
Lapisan Atas - 
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 4 s/b tpng jagung
  • 3 cawan santan pekat
  • 1 s/k garam
  • 2 s/b gula pasir
  • 2 helai daun pandan
  • pewarna oren (terpulang pada selera masing2)
Cara menyediakan lapisan atas
  1. Gaulkan semua bahan utk lapisan atas dan tapiskan.
  2. Masakkan sebentar adunan ni diatas api yg sederhana perlahan...masukkan sekali daun pandan... sentiasa kacau supaya adunan ni tidak berketul2.(adunan berwap saja...)
  3. Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan adunan oren atas permukaan nangka tadi...(keluarkan dulu daun pandan tadi..)
  4. Kukus lagi selama 20 minit.
  5. Kuih hendaklah benar2 sejuk barulah di potong dan hidangkan


Tom Yam Koong Noodle



Salam tengahari semua.... Dah masak ke belum??? Mama hari masak lambat sikit..anak2 semua balik lambat...
Hidang mee ni mama masak pada petang hari minggu yg lepas.. Puas hati lah kata cik hubby ( hubby suka sgt mskkan yg pedas2 & jgk yg masam2 cam along) Sedap!!!

Sebenar nyer resipi asal adalah Tom Yam Koong Nor yg menggunakan bahan2 seafood... biasa lah kalau seminggu tak masak mee.. nasi pasti tak laku. Thanks Nor kongsi resipi.. minta izin C&P resipi dari dapur Nor :)


Tomyam Koong
Bahan210 - 15 ekor udang
5 - 6 keping hirisan lengkuas ~ ketuk2 skit biar pecah
3 btg serai ~ diketuk
3 helai daun limau purut ~ dihiris halus
2 1/2 cawan air
1/4 cawan pes cili sangai
3 sudu besar sos ikan
3 sudu besar jus limau nipis
5 biji cili api ~ ditumbuk
# sedikit akar daun ketumbar
# 3 - 5 tangkai daun ketumbar # yg ni K.Nor saja2 tambah...
# sotong & lala

Didihkan lengkuas, serai dan air dlm periuk.
Masukkan pes cili sangai, cili api, sos ikan, jus limau nipis dan sedikit air dalam sebuah bekas.
Kacau hingga sebati dan curahkan kedalam periuk td.
Masukkan daun dan akar ketumbar kedalam periuk dan perisakan dgn garam.
Bila mendidih, masukkan udang, sotong dan lala serta daun limau purut dan masak lah hingga mendidih dan padamkan api.
Kalau tak cukup pedas, tambah cili lagi dan kalau tak cukup masam tambah jus limau ya..
alaaaa....... pandai2 laa ejjas tu kan...............

So terhasil lah Tom Yam Koong Noodle yg sangat menyegarkan & kepedasan nye pun tergantung pada taste bud masing2 .Mesti ada masam2, pedas & manis sikit. Blh lah ejjas sendiri yer! Letak lah apa saja yg disukai..fishball, crabstick, sotong dan etc....




Ni lah sos/pes yg digunakan..masak lebih2 simpan dalam fridge..bila2 hendak masak senang dah tak payah nak menumis lagi..

PES CILI SANGAI
1 cawan udang kering ~ (1/2 cawan)
2 cawan barang putih ~ (1 labu)
2 cawan bawang merah ~ (9 biji)
1 cawan cili kering ~ ( 1 genggam)
1/4 cawan air asam jawa pekat
1/4 cawan gula melaka ~( 1kpg nisan)
1/4 cawan sos ikan
1/4 cawan minyak sayuran ~ (minyak masak biasa jer)

*yg dalam kurungan tu yg k.nor buat, sbb stok udang kering dah nak abis ler.. so kena la pandai2 ejjas bahan2 lain..Mama ikut cara2 yg Nor berikan

Bawang merah dan bawang putih dihiris2.
Goreng bawang merah hingga kekuningan dan masukkan bawang putih dan cili kering yg dah dipotong2. Goreng sehingga bawang2 keemasan. Ketepi kan sebentar.
Tumbuk bahan2 yg digoreng td bersama udang kering. (K.Nor blend kesemuanya dlm food prosseser jer.. )
Panaskan minyak sayuran dan tumiskan bahan2 yg dimesin td hingga wangi.
Masukkan gula melaka, sos ikan dan air asam jawa.
Masaklah dgn api sederhana hingga pes menjadi pekat.
Dah siap pes, boleh la digunakan dlm masakan di atas dan selebihnya disimpan dlm peti ais.

Monday, March 21, 2011

Ikan Bakar Atie


Salam Hari Isnin teman2...

Tak mau cerita panjang2..byk urusan & kerja yg hendak diuruskan...Ikan Bakar Atie yg dibuat minggu lepas... dah lama betul simpan recipe nih...hehehe maaf lah Atie asyik terlepas jer & ter..cut queue jer..hahaha tapi akhir nyer berjaya di masak dan puas ati dengan ikan bakar yg dimakan bersama cencalok..fav cik hubby bertambah2 & berpeluh2 dia makan hahaha - cili padi yg menyengat pedas dan dimakan dengan nasi panas2 sahaja!!! Sedap!! Yum3x!!!

Kepada Atie@Azatie mama doakan semoga cepat sembuh dan kembali berblogging spt sedia kala..We miss u!!! Thanks yer Atie... spt biasa mama C&P recipe dari blog atie yer!!

Ikan Pari Bakar

Bahan-Bahan:

1 Ekor Ikan yg Disukai(atie beli ikan pari)
1 Btg serai(ketuk)
Sedikit daun Limau Purut(hiris)
Sedikit Air asam jawa
Daun Pisang & Alaminium Foil
Sebiji Limau Nipis(ambil jusnya)

Bahan kisar:

5 Biji Cili Merah
5 biji Cili Kering
5 Biji Cili Api
5 Biji Bawang Merah
3 Ulas bawang Putih
3 btg serai
Garam
Sedikit Minyak masak.



Cara-cara:
1.panaskan minyak dlm kuali & tumiskan bahan2 kisar hingga wangi serta naik minyak,masukkan serai(yg diketuk),garam & air asamjawa.
2.Letakkan daun pisang dlm Alaminium Foil,letakkan separuh sambal yg ditumis tadi.kemudian letakkan ikan diatas sambal.
3.Kemudian tutup ikan dengan baki sambal lagi tadi.
4.Tutup daun pisang dgn foil,bakar dengan api yg kecil hngga ikan masak dikedua-dua belahnya.hidang dgn air asam.

Sunday, March 20, 2011

Biskut Chocolate Oats Crips


Biskut Chocolate oats Crips cicah ngan susu lewat malam sambil nonton tv...hehehe... Mama buat last Friday petang. Tak susah buat nye.. tak gunakan acuan pun gentel2 size kecil2 pun dapat banyak nih. Buat kudapan anak2 dan jgk cik hubby semasa tengok tv.... pssst tahu2 container cookies nih lesap!! tahu2 ada kat bilik budak2...hehehe.

Thanks yer Mas, Mama minta izin C&P resipi supaya senang next time nak buat lagi :)

Biskut Chocolate Oats Crips
Bahan :
  • 130g tepung gandum - ayak
  • 30g tepung jagung - ayak
  • 20g serbuk koko -  ayak
  • ½ sk serbuk penaik - ayak
  • ¼ sk serbuk kulit kayu manis - ayak * Mas dan Izah tak letak - mama pun
  • ¼ sk garam
  • 90g Quaker Oat Segera - mama gunakan rolled oats & bakar sebentar & kisar kasar2
  • 4-5 sudu nestum * Mas dan Izah tambah - mama x letak
  • 200g mentega
  • 120g brown sugar
  • ½ sk esen vanilla
  • badam nips(saya tambah sendiri)* Mas letak 1/2 cawan choc chips- mama letak choc rice
Cara membuatnya :
  1. Masukkan kesemua bahan yang diayak tadi dalam bekas.
  2. Masukkan garam, Quaker Oats segera, choc chips dan gaul rata.
  3. Pukul mentega, gula, vanilla sehingga gebu.
  4. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit.
  5. Uli hingga kental. Canai doh di atas papan yg ditabur sedikit tepung.
  6. Potong atau terap dan letak atas dulang.
  7. Bakar dengan suhu 160 selama 12-15 minit .

Friday, March 18, 2011

Ubi Ungkep


Sedap dimakan bila2 masa saja...
Ubi yg sedap di rebus, goreng, dibuat kuih dan sedap jgk dimasak begini.. kalau orang 'Jawa' ungkep tuh semua masuk & rebus sekali.. setahu mama lah :)

Cikgu Zana..sedap lah Ubi Ungkep ni... minta izin C&P and ltk recipe di sini supaya senang anak2 nak buat di belakang hari.. Terima kaseh :D


UBI UNGKEP
Sumber : Inspirasiku- Zana

Bahan2
1 kg ubi - potong spt nak merebus n bersihkan..
4 sb ketumbar*
3 biji bwg merah*
3 ulas bwg putih*
segengam ikan bilis*- lagi byk lagi best..
sedikit kunyit
garam secukup rasa.
Sedikit minyak untuk menumis
* mama gunakan biji ketumbar & sedikit jintan kasar & halus 


Cara2.
1. Tumbuk bahan*.
2. Tumiskan bahan* dalam kuali hingga berbau harum..dan masukkan garam
3. Masukan ubi dan gaul rata
4. Masukkan air hingga paras ubi/menutupi ubi
5. Tutup kuali, dan biarkan sehingga ubi empuk.
6. Apabila air ubi hampir kering, buka tutup kuali dan kacau rata supaya tidak hangit.
7. Kacau perlahan sehingga air ubi kering.. tutup api

Thursday, March 17, 2011

Chilled Oreo Cheesecake

N3 tertunggak... Tadi pagi nak update N3 & upload gambar..punya lah slow!!!
Give up!!! terus keluar pegi tgk abah...

Actually buat Chilled Oreo Cheesecake yg ada ala2 secret recipe nih last week. Utk hubby & his office mates. Buat 2 adunan... 1 to his office n the other 1 utk orang2 di rumah...
Pernah buat suatu masa dahulu... lama dah!! Recipe dari bro Rozzan. Thanks Bro for sharing :)


CHILLED OREO CHEESECAKE (ALA-ALA SECRET RECIPE)
Sumber: Smile (FRD)

Bahan-Bahan
200 gm Oreo (buangkan krimnya)-hancurkan - mama ltk 230gm
60 gm mentega (dicairkan) - 80gm
1 biji lemon (diambil jusnya)- mama gunakan 1/2 biji jer coz lemon juicy

500 gm krim keju (creamcheese)
65 gm mentega (pada suhu bilik)
100 gm gula halus
2 sudu besar gelatine
300 ml whipping cream
100 gm biskut Oreo - dipotong 4- mama lbh kan 150gm




CARA

1. Gaulkan 60gm butter bersama 200gm biskut Oreo tadi dan bubuh ke dalam loyang kek keju (bulat) lalu tekan hingga mampat. Masukkan ke dalam peti sejuk.

2. Pukul whip cream sehingga pekat dan ketepikan.

3. Pukul krim keju bersama 65gm butter dan gula sehingga kembang dan putih.

4. Campurkan jus lemon dgn gelatine dan panaskan dlm microwave oven lalu kacau hingga gelatine larut.

5. Masukkan whip cream ke dalam mixture krim keju tadi (3) dan bubuh gelatine dan biskut Oreo. Gaul sehingga rata.

6. Sejukkan dalam peti sejuk selama 4-5 jam

* utk mendapatkan potongan cheesecake yg bersih dan cantik ... rendamkan pisau kedlm bekas air panas. Setiap kali potong pisau di celup dlm bekas air panas pasti potongan akan kelihatan bersih & cantik :- dari penggalaman mama :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...