Tuesday, August 16, 2011

Pekasam Goreng Bercili

 Assalamualaikum

Bayankan lah.... tadi pagi kol 3 pagi goreng ikan pekasam ni...hehehe 1 dapur n bilik bau ikan pekasam. Lauk mama & hubby bersahur, anak2 makan ayam bumbu bali yg ada 3-4 ketul jadi lah. Memang berselera betul mama & hubby makan :P Berebut2...kikiki mama siap tambah nasi lagi. Cuma hubby kata next time jgn letak cili padi... pedas pagi2 makan takut nnt sakit perut!

Anyway ni lah hasil pemberian dari teman kenalan alam maya :) Belum pernah bertemu tapi baik hati sungguh mengirimkan ikan pekasam yg jauh dari negeri kedah. nOOrSha terima kaseh byk2 sbb sudi mengirimkan utk mama, hubby & mak mama merasa. Memang unik sekali rasa nyer... ada rasa masin2 sikit... masam2 lemak walaupun ikan tuh digoreng garing tapi isi ikan tuh mcm lembab2 sikit...

Terima kaseh sekali Noorsha... kebetulan kat blog Noorsha pun ada resipi ikan pekasam ni lah yg mama ikut masak!! Cedap :P mama minta izin letak di blog mama utk rujukan kemudian hari yer :)




RESIPI PEKASAM GORENG BERCILI
Sumber: noorsha blogspot.com


Bahan2
Ikan Pekasam
Bawang
Cili Padi
Cili Merah
Jus Limau Kasturi


Cara2
Goreng Ikan Pekasam garing2, tak perlu cuci, goreng terus  ngan beras2 die.pas garing ketepikan.Goreng bawang, cili padi dan cili merah seketika. Angkat, tabur atas ikan pekasam tadi. Curah air limau kasturi. Siap! ~



Monday, August 15, 2011

Ayam Bumbu Bali

 Assalamualaikum 
Hari Isnin yg dingin pada waktu ni 

Bukan tak masak.... tapi malas betul nak ambik gambar...
Ni pun lauk sahur pagi tadi..petik ala kadar jer...

Memang bulan pose ni byk masak & makan lauk ayam!!!
Semalam Nor ada tag mama ngan mskkan Ayam Bumbu Bali di fb.
Teruja plak tengok..tuh yg msk pagi tadi utk lauk bersahur...
Sedap jgk :P 
Sebenarnyer resipi dari daging bumbu bali yg telah di olah semula oleh Nor kepada ayam. hasil nyer pun sama sedap :P 

Terima Kaseh Nor.. ni mama minta izin C&P resipi dari baglo Nor letak di teratak dapur mama plak :)




AYAM BUMBU BALI
olahan dr resipi Daging Bumbu Bali, Cindai Biru@MyR
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1/2 ekor ayam ~ dipotong kecil - mama gunakan ayam seekor  ~ 1.2kg
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu teh serbuk kunyit
5 biji cili merah * - ni mama lebih kan sedikit
3 ulas bawang putih *
3 biji buah keras *
1/2 in halia *  ~  (*diblend)
100ml susu cair ~ tak de stock gunakan santan kotak
100ml air
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap manis
1 kpg asam keping
1 biji bawang besar ~ dipotong bulat
1 biji tomato ~ dipotong4
1 biji cili hijau ~ dipotong serong
garam
gula
minyak

Cara:
Gaul ayam dgn garam dan serbuk kunyit. Goreng 1/2 masak, angkat dan ketepikan.
Tumis bahan2 yg diblend hingga garing dan masukkan kicap pekat, kicap manis dan asam keping.
Masukkan juga susu cair dan air. Masak hingga mendidih dan masukkan ayam. Kacau.
Bila kuah hampir pekat, masukkan daun limau, garam dan sedikit gula. Kacau lagi.
Masukkan bawang besar, tomato dan cili hijau. Kacau sebati dan biarkan seketika.
Padamkan api dan sedia utk dihidangkan.




Wednesday, August 10, 2011

Roti John - Iftar hari ke 10

Assalamualaikum & Selamat malam semua... hari ni dah 10 ramadan :)
Dalam masa 10 hari berpuasa..dah 2 kali buat roti john ni.. memang akan selalu & selalu buat.  Lagi2 roti yg digunakan lembut....apalagi tadi anak mama si Shasha bedal semua!!! Dapat lah mama & hubby makan sekeping... Niari Nazli buka di tempat trainning :)

Sekali lagi terima kaseh Hana for the recipe.. dah byk kali mama buat... kena pada citarasa kami semua di sini


Roti John


Bahan2
  • 150g daging cincang
  • 1/2 biji bawang besar - potong dadu kecil
  • 1 sudu kecil serbuk kari
  • Carrot@kentang - (optional) - potong dadu kecil - mama hiris2 kentang & carrot
  • garam
  • 2 biji telur
  • daun sup - cincang halus
  • minyak@butter
  • Roti Hotdog (roti putih boleh juga)- roti perancis yg lembut
  • Sos Cili@Tomato dan mayonis
  • 1 biji bawang putih- ditumbuk halus }mama tambah
  • 1 hiris halia - ditumbuk halus}

Cara2
  • Tumis bawang besar hingga naik bau.Masukkan bawang putih & halia yg ditumbuk halus tumis sehingga kuning & naik bau. Masukkan daging dan carrot@kentang. Masukkan skali kari yang dibancuh dengan sedikit air. Perasakan dengan garam. Masak hingga agak kering.
  • Mangkuk lain, kocok2kan telur, masukkan daging tadi dan juga daun sup. Kacau.
  • Panaskan butter@minyak sedikit ke dalam kuali. Tuang telur dan daging tadi. Belah roti tak putus dan letak di atas telur. Jika menggunakan kuali besar leh wat banyak sekaligus. Tak perlu balik2kan. Bila telur dah masak, angkat terus roti dari kuali.
  • Paipkan sos dan juga mayonis. Bleh juga jika ingin buh salad atau sebagainya. Kemudian katup smula roti tuh. Potong dan siap dihidang.

Mama suka makan dengan mayo yg dicampurkan sgn sedikit thai cili sos...Enak di makan panas2..yum3x

Monday, August 8, 2011

Tauhu Goreng Daun kari

Assalamualaikun & Salam Ramadan buat semua :)
Alhamdullilah hari dah masuk hari yg 8 kite semua berpuasa :)

Lauk sahur utk mama & hubby semalam.... memang sedap makan kering2. Mama memang suka mkn lauk yg kering2 makan bersama kicap :P dah cukup kenyang!

Resipi dari Ayu...thanks yer :)


Tauhu Goreng Daun Kari 
Sources:-From Syafiza wordpress
Bahan2:-
4 biji tauhu
50 gm cili kering -(Ayu gunakan 7-8 biji cili kering digunting)- ltk 5 biji cili kering
5 gm daun kari-(Ayu gunakan 3-4 tangkai)
5 ulas bawang merah (hiris)-(Ayu guanakn 1 biji bawang besar)
1 sudu kecil halba campur
2 sudu besar serbuk kari ikan
4 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil serbuk kunyit-(Ayu tambah, dalam cara2 ada letak, tapi bahan2 puan punya mungkin terlupa nak type in)
Garam secukup rasa + serbuk perasa-(Ayu tambah)
sedikit air -(Ayu tambah)
mama tambahkan segengam ikan bilis


CARA MENYEDIAKAN:
1. Goreng tauhu kemudian potong empat. Ketepikan.(mama ptg kecil2 baru grg)
2. Tumis bawang merah kemudian masukkan halba campur, cili kering dan daun kari.
3. Kemudian masukkan serbuk kunyit serta serbuk kari ikan dan tumis hingga naik minyak.
4. Masukkan tauhu dan garam dan gaul rata.



Saturday, August 6, 2011

Onde Onde Pulut Hitam iftar hari ke 6

 Salam petang hari Sabtu yg mendung skrg ni...
Menu selain maggi grg buat dessert onde2 pulut hitam recipe
oleh AlongRoz, Ika & Ayu :)
TQ  ladies..tak blh byk songeh nih byk kerja ...
selamat berbuka semua :)



ONDE2 PULUT HITAM
Sources:-From Alongroz, via Ika Bangkok, via Ayu 

Bahan2
  • 90 g Tepung Pulut Hitam*
  • 110 g Tepung Pulut*
  • 2 sb Santan Pekat*
  • Air+Garam secukupnyer*
  • Kelapa Parut+Garam secukupnyer untuk salutan kuih
  • Gula Melaka yg di potong kecik2
Cara2
  • Satukan semua bhn bertanda * dan masukkan air sedikit demi sedikit uli sehingga menjadi doh yg sempurna.
  • Ambil sedikit doh dan bulat2 kan kecik dan isikan dgn gula melaka yg telah dipotong kecil2 td terlebih dahulu, tutup rapat supaya doh nanti bila direbus tidak terkeluar isi gula melaka td. Buat sehingga doh habis.
  • Didihkan air di dalam periuk sehingga menutupi keseluruhan buah melaka tadi, pastikan air mendidih dan masukkan doh yg telah di isi dgn gula melaka td sehingga buah melaka timbul ke permukaan air yg di didihkan tadi, angkat buah melaka yg timbul tadi dan golek2kan dgn kelapa parut yg telah di campurkan dgn garam tadi buatb sehingga habis, tunggu sejuk barulah boleh dimakan untuk keselamatn di dalam mulut ehehe...

Friday, August 5, 2011

Sambal Hitam Pahang


Sambal Hitam Pahang pembuka selera diwaktu sahur..yum2x.
Percaya lah hanya mkn sambal ni bersama ikan bilis goreng atau telur dah memadai :P

Salam Tengahari kepada teman2 mama yg diingati selalu :) hari ni dah 5 hari umat Islam berpuasa...
Walaupun baru 5 hari...tapi dah buntu fikiran nak siapkan waktu berbuka & waktu sahur...
Ni pun utk mama & hubby mkn sambal hitam pahang utk anak2 mama mskkan ayam msk lemak...

Sambal Hitam Pahang ni mama ambik resipi dari dapur Izah..mmg mama sukakan sambal yg jenis begini... pernah buat sekali ..resipi dari Cikgu Zana... mmg sedap rasa nyer masam2 manis :P Hubby pun suka cuma buah belimbing tuh jer kalau mengikut resipi dari Izah kena rebus lama sikit tanpa air...mama rebus ltk sedikit air sampai buah belimbing berubah warna n lembut jer..pun dah sedap...

Thanks yer Izah utk resipi dari Mak Izah... memang sedap ..masam2 manis.. mama kurangkan kepedasan mengikut selera mama ... Thanks jgk buat Mak mama yg berikan buah belimbing muda ada lah dlm 10 biji kecik2...

Meh tengok resipi di bawah :-


SAMBAL HITAM PAHANG

1 mangkuk ikan bilis
1 biji bawang besar - hiris
10-15 biji cili padi *pedas ikut suke
6-7 asam belimbing rebus
sikit kicap
sikit gula
sikit garam
3/4 cwn minyak masak *lebihkurang

caranya:

Tumbuk cili padi sehingga lumat menggunakan lesung batu.
Kemudian masukkan pula asam belimbing dan lenyek2kan dengan lesung biar bercampur dengan cili.
Masukkan pula ikan bilis dan tumbuk separuh hancur.
Panaskan minyak.
Tumiskan bawang, tak perlu tunggu bawang layu atau naik bau, terus aje masukkan ikan bilis yang telah ditumbuk bersama cili tadi.
Goreng menggunakan api sederhana.
Masukkan sedikit kicap, garam dan gula.
Kacau lagi sehingga agak2 garing.
Atau pun mengikut citarasa masing2. Sebab ada suke sambal ni rasa lembut2 je, tak suke garing.  Ada juga suke sedikit garing tambah lembut2 sikit. Jaga2 jangan sampai hangit lak. Maklom sambal dah ler hitam kan. Hehee..


*Asam belimbing rebus tu, asalnya asam belimbing biasa tu yang warne hijau. Tapi orang kampung suke rebus sampai kecut dan bewarne cekelat gitu untuk disimpan lama. Rebus tu bukan dengan air, tapi asam dibersihkan dan diletakkan terus  dlm tong minyak 4 segi beso tu. Pastu letakkan atas api kecik, orang kampung  suke letak atas api kayu dan dibiarkan merebusnya semalaman. Hingga betul2 kering habis air belimbing tu sendiri. Jadi dapatlah asam belimbing warne cekelat mcm di atas tu. Sekian.



Thursday, August 4, 2011

Sambal Goreng Kicap utk sahur hari ke 4

Salam petang semua buat teman2 yg dah mungkin sibuk didapur... Dah hari ke 4 kite semua berpuasa...kejap jer masa berlalu..
 Lauk sahur pagi tadi...macam biasa jer main campak..suun letak lebih2 makan ngan lauk telur goreng jer.
 SELAMAT BERBUKA SEMUA

menu berbuka seperti biasa mee tak blh tinggal!!

Tuesday, August 2, 2011

Ayam Goreng Cajun Berserai

Salam petang semua teman2.... hari ke dua kite berpuasa.... sambil menaip ni ada pulak dtg nyer bau org menggoreng ikan tenggiri masam tuh..aduh!!!!

Dah siap memasak??? Hari ni mama tak masak utk berbuka sebab dah berjanji dgn birthday boy nak berbuka puasa di luar saja... Kepada teman2 mama yg mendoakan kesejahteraan anak bujang mama di sini maupun  di FB  jutaan terima kaseh tak terhingga mama ucapkan :)

Berbalik ke N3 masakkan ... Ayam Goreng Cajun Berserai yg mama buat utk kenduri arwah di bawah kolong blok mama kalau tak silap pada hari Jumaat lepas. Memang berbaloi rasa nyer mencuba resipi dari dapur Hasue ni... ramai yg dah mencuba nyer... Kalau diperap semalaman lagi sedap serai2 yg digoreng bersama ngan ayam. Lebihan goreng ayam tuh jgn dibuang..tapis dan minyak tuh blh digunakan utk menggoreng mee atau pun ikan..hehehe

Thank yer Hasue ...mama panjangkan resipi disini pulak :)



Ayam Goreng Cajun Berserai
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Bahan2:

  • 2-3 ketul peha ayam-Buang lemak dan kulitnya.Potong saiz hidangan,cuci dan toskan - mama gunakan peha ayam
  • 5 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 3cm halia*-bahan2 bertanda * ditumbuk/kisar halus
  • 4 batang serai-boleh letak lebih(biarkan pjg lebih krg 4 inci dari pangkal,tumbuk hampir lumat keseluruhannya dan tambah sedikit air)
  • 1 tbsp serbuk kunyit-boleh guna kunyit hidup yang ditumbuk
  • 1 tbsp serbuk ketumbar
  • 1 tbsp rempah cajun
  • 1 tsp serbuk jintan putih
  • Garam dan perasa(jika suka)
  • Serbuk cili(jika suka pedas)
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng


 Cara2:
  1. Gaulkan ayam dengan semua bahan2(termasuk serai dan jusnya sekali) dan perap seketika (atau semalaman dalam peti ais.)
  2. Panaskan minyak terlebih dahulu dan goreng sehingga keemasan

Noor Nazli's 15th Birthday today.....

picture latest taken 31st July 2011

Assalamualaikum & Selamat pagi teman2 yg mama ingati selalu...
Dah brapa hari ni since last week sibuk jer...

Tapi hari ni mama spare some time sikit disini utk wish anak bujang mama birthday....
Kesian dier terpaksa sambut during fasting month...
takpe yer adik asalkan baba dah kasi hadiah okay per...


Baba, mama, along & kak shasha doakan semoga adik maju jaya dalam bidang pelajaran...
menjadi anak yg soleh pada kedua ibu bapa,taat pada ilmu agama & jgk menjadi kebanggaan  bangsa & jgk negara... 


Kepada semua teman2 mama

SELAMAT BERPUASA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...