Wednesday, June 15, 2011

Babat masak lemak berempah, Sambal Belimbing & Ikan kembung grg Tepung


*auto publish ni.... tuan rumah gi jln2 ngan mak ke JB*

Salam teman2 yg diingati selalu... menu yg sempat di masak oleh tuan rumah setelah penat berjalan ...hehehe BW kat dapur2 rumah teman2..cam lama betul tak dpt meronta2 melihat2 dapur teman2 yg senantiasa beroperasi..hehehe :-D

Sempat masak utk hidangan malam lepas Asar... babat yg dah direbus terlebih dahulu dan siap disimpan di tempat beku... Masak lemak simple jer tapi menggunakan susu cair konon2 nak menggurangkan lemak2 yg dah berkumpul dibadan sejak akhir2 nih...... tapi...... lihat lah!!!!


*
*
*
*
*
*
*





 *
*
*
*
*
*
*







Sib baik semalam mak mama ada berikan sedikit belimbing hijau. Resipi memang dah siang2 print bila tengok kat rumah Cikgu Zana.... mmg best lah sambal nih...mama masak kering sedikit. Kepedasan sambal nih masih boleh mama terima ... kalau sapa2 nak pedas blh lah tambah cili padi lagi lah. Thanks yer Zana & kawan nyer.. Ustazah Rokiah :) Minta izin C&P resipi dari dapur Zana yer :)
simpankan sikit utk mak rasa :P


SAMBAL BELIMBING
source: Zana & Ustazah Rokiah 


Bahan2
Segenggam ikan bilis*
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
10 biji lada cili (ikut pedas)*
sedikit belacan*
6- 7 biji belimbing*- belah 2
Air secukupnya
Garam dan gula
Minyak untuk menumis

Cara2
1. Tumbuk bahan-bahan* sehingga hancur .. guna lesung batu yer..
2. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan* hingga sedikit garing
3. Masukkan air lebihkurang 1/2 cawan.. lebih pun tak apa..gaul rata
4. Masukkan belimbing , perlahankan api.. masaklah sehingga belimbing lembut
5. Boleh tambah air untuk melembutkan belimbing.. bila dah lembut tekanlah dengan sudip/senduk.. gaul rata..
6. Perasakan garam dan gula.. masakkan sehingga sambal kering sedikit.



Utk completekan hidangan... Ikan Goreng Tepung yg garing dimakan bersama sambal belimbing... bila nasi dah habis... ratah jer ikan goreng ni bersama sambal..yum3x... kenyang perut semalam mkn seorang2...hehehe

Utk resipi ikan kembung goreng tepung mama ambik dari dapur CT yg glamour bersama Chef Liza :) Sedap & garing walaupun hanya menggunakan ikan kembung jer... cuma mama tak letak bunga lawang..mmg tak suka ngan bau bunga lawang nih. Thanks yer CT mama salin resipi dari dapur CT yer :-D

Ikan Kembung Goreng Tepung
source: Sajian Sedap & Dari Dapur CT

Bahan2
6 ekor ikan kembung
1/2 sudu air limau nipis
1/2 sudu teh garam

Bahan perap: (dikisar halus)
2 biji lada merah
3 ulas bawang merah
2cm kunyit hidup - mama gunakan serbuk
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada putih
1/2 sudu teh bunga lawang- mama x letak

larutan tepung: (kacau rata)
75gm tepung gandum
3 sudu makan tepung beras
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh garam
1 biji telur
125ml air

Cara2
1. Gaul ikan kembung dgn air limau nipis & garam. Biarkan selama 10 min.
2. Gaul lagi ikan tersebut bersama bahan perap. Perapkan selama 15 min.
3. Akhir sekali, celup ikan kembung kedalam larutan tepung. Goreng sehingga garing

Tuesday, June 14, 2011

Ikan Bawal Lemak Hijau


Sib baik Madihaa aka Ratna ingatkan mama resipi nih...betul2 terlupa lepas tempoh ari kemas2kan majalah2 yg bertimbun kat sebelah katil dah susun dalam laci terlupa plak... hehehe

Masak lauk nih minggu lepas .... memang kena pada tekak kami ni lauk orang tua2.... bdk2 tak sentuh pun  
suka ngan rasa daun ketumbar yg selain di blender dibuat ulam mkn bersama kuah yg pekat2 ada rasa manis masam dari nenas dan for sure ada pedas2 dari cili padi hijau!!! I see GREEN hehehe

Thanks jgk kepada Ummi yg sudi berkongsi resipi di majalah Jelita keluaran mac lalu
Thanks yer Madihaa.. spt biasa C&P resipi dari dapur sana yer :)

Ikan Bawal Lemak Hijau
Resepi: Ummi Zaihadi@ Majalah Jelita Mac 2011
Source : MaDiHaA a.k.a Ratna
 

Bahan:-

  • 1 ekor ikan bawal (sederhana besar)
  • 1 cawan santan pekat
  • 1/4 biji nenas - dipotong nipis
  • 2 sudu kecil gula
  • garam secukup rasa
  • hirisan daun ketumbar
  • 3 sudu besar minyak masak untuk menumis

Bahan Kisar:-
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cm lengkuas
  • 2 cm kunyit hidup
  • 3 tangkai daun ketumbar
  • 2 biji cili hijau
  • 1 batang serai (ambil bhg putihnya)
  • 6 biji cili padi hijau




 Cara Memasak:-
  1. Ikan dibersihkan, dilumur dengan garam dan serbuk kunyit, goreng 3/4 masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Tinggalkan 3 sudu besar minyak dalam kuali dan tumiskan bahan kisar dengan api perlahan, masak hingga naik bau dan kelihatan pecah minyak.
  3. Masukkan ikan dan balik-balikkan perlahan biar iken bersalut mesra dengan bahan.
  4. Masukkan pati santan, nenas, garam dan gula. Masak hingga kuah agak pekat dan ikan lembut.
  5. Tutup api, hidangkan dengan taburan hirisan daun ketumbar.

Monday, June 13, 2011

Spaghetti Seafood Marinara


Salam petang hari Isnin yg sedang mendung lepas hujan tadi .... lambat sikit bersiaran hari ni..dah berapa hari tggl kan blog begitu saja..hmmmnnnn tuan rumah busy sangat2 urusan kan hal si Nazli dan jugak beberapa perkara yg perlu di bereskan.. Nazli dah pergi in camp selama 2 minggu atau pun 3 minggu start dari hari Sabtu yg lepas.. mungkin akan kembali sebelum cuti sekolah bermula... rindu plak anak bujang tak de..

Baik lah.. menu yg di masak.. kalau tak silap pada hari Jumaat yg lepas... Dah jelak makan nasi masak mee utk semua dirumah...Sedap jgk spaghetti marinara yg penuh sarat dengan seafood... hehehe I like ^_^

Resipi as usual dari dapur si Ayu lah ...thnks yer Ayu mama minta izin C&P resipi dari dapur Ayu :)


Spaghetti Seafood Marinara
source: Ayu Curlybabes satisfaction


Ingredients:-
1 packet spaghetti
some olive oil
salt
water
Boil all the above till al dente and drained.

Sauce:-
1 small bottle PREGO' tomatoes sauce + 1 bottle water(same bottle) or more
1-2 tomato diced/chopped
1 carrot shredded
1 big onion diced
2 garlics diced/chopped
1 capsicum diced-(optional)
1 small can  button mushrooms slice
some medium prawns 
some squids 
$2 lala-(or mussels,optional)
1 tbsp chili powder-(optional kalau nak pedas)
2 tsp Italian herbs
1 tbsp pepper
1 tbsp black pepper
1 cube chicken stock
salt to taste
oil

mozzarella cheese shredded sprinkle on top
cheddar cheese shredded sprinkle on to
parmesan cheese sprinkle on top





Method:-
Heat oil and saute garlics, add in onions and stir till soft. Add in carrots,capsicum, and stir well. Add in chili powder,pepper,black pepper, Italian herbs,chicken cube and stir. Add Prego sauce, mushrooms,prawns, squids and lala and stir well. Add in water to estimate how much runny preferred, if wants thick then less water. Add salt let simmer for a while and turn off heat.
Pour onto boiled spaghetti and sprinkle with mozzarella, parmesan and cheddar cheese. Ready and serve hot


Thursday, June 9, 2011

Super Moist Carameled Banana Cake


All time kids & my parents cake - BANANA
tak kira lah di bake or di kukus... tapi tak mau ltk kacang or choc chip..yg plain saja!!!
Senang membuat nyer..super moist & gebu :) Maybe kena kurangkan ke 100gm sukatan gula tuh cause bila ikut cam Ika buat still sweet jgk.. or maybe bcoz gula di caramelized agak nyer yg membuat kek nih manis!!

Anyway will try again sbb kat  rumah mmg suka cake yg berperisa Pisang!! Thanks yer Ika for sharing.. ni mama C&P recipe dari sana :)




SUPER MOIST CARAMELED BANANA CAKE
Source: KAK FIDA MyR
source: Ika - Arah 



Bahan-bahan ( loyang 8 inc. / 9 inc. )

  • 1 cawan pisang lecek (240 g)
  • 1 cawan gula halus (200 g)-boleh kurangkan kalau pisang dah manis>>kita guna 140g sahaja :D- mama pun
  • 125 g mentega (1/2 buku)
  • 1 sk bicarbonate soda
  • 2 sb susu segar
  • 2 biji telur - A
  • 1 1/2 cawan tepung naik sendiri (200 g) - ayak - mama gunakan tepung gandum & 1 sudu teh baking power



Cara-cara

  1. Pisang lecek,gula,mentega b. soda dan susu disatukan dalam periuk bersih.
  2. Masak atas api perlahan sambil dikacau hingga berkaramel.Sejukkan dan alehkan ke dalam mangkuk pengadun.
  3. Masukan telur dan tepung sambil dikacau hingga adunan sebati.Tuang adunan ke dalam loyang yg beralas dan gris.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dulu pada suhu 160C selama 45 min atau hingga masak.
  5. Sejukkan kek sebelum dipotong dan dihidangkan.
  6. Adunan boleh juga dikukus...

Rendang Ayam Pedas


Salam sejahtera & selamat pagi semua....

pagi nih kite layan lauk semalam yg dimasak agak lambat... RENDANG AYAM PEDAS...mmg pedas tau!!
Apa lah mama nih tak pedas pun lauk tuh - si shasha blh ckp. Bayangkan 2 ekor ayam kampung yg mama msk..tggl sikit jer!!! Sedap & pedas :P Thank u Ayu..mama tokok tambah mana yg patut utk menepati citarasa kami disini..

Rendang Ayam Pedas 
source: Ayu


Ingredients:- 
1 ekor ayam dipoton ikut suka- mama gunakan ayam kampung 2 ekor
1 packet santan kara + 500 ml air 
2 helai daun limau perut - mama suka ltk lebih  dalam 5-6 helai yg besar2
2 helai daun kunyit disiat - 2 helai besar2
2 keping asam gelugor - ltk 4 keping
2 sudu besar kerisik - 6 sudu mkn 
garam & serbuk preasa secukupnya 

*segenggam cili padi - 20 biji hah ambik kau!!
*2 biji bawang besar
*1 inci halia
*5 biji bawang putih
*2 batang serai
*2 inci kunyit hidup
(*bahan kisar)





Method:-
Masukkan bahan2 *kisar bersama santan, asam gelugur dan daun limau perut. Kacau dan masak hingga mendidih. Masukkan ayam dan masak hingga pekat. Masukkan kerisik dan daun kunyit tadi dan perasakan dengan garam & serbuk perasa secukupnya.Kacau dan biarkan sekejap. Terpulang nak rendang tu berkuah masak sekejap aje kalau nak kering masak sampai kuahnya pekat.

Wednesday, June 8, 2011

Kentang Masala


Salam petang semua.... tak blh sokseh2  pjg2... byk keje blm settle lagi...
Kentang masala yg dah selalu dimasak utk si Nazli yg mmg febret sangat2...
Blh tgk kat sini atau kat bawah for the resipi...

Kentang Masala
Bahan A:- 

  • 500 gm udang (dibersihkan )- gantikan ngan kentang
  • 2 biji tomato (dibelah 4 atau 6)- tak letak
  • 3 tangkai daun kari - ganti kan dgn daun ketumbar
  • 1/2 cawan yogurt asli
  • 2 tangkai cili merah (dihiris serong) -tak letak
  • 2 tangkai cili hijau (dihiris serong)
  • 2 sudu kecil serbuk cili (*ni akak tambah sikit nk kasi pedas sikit, terpulang ya..)
Bahan B (dikisar):-
  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sudu besar jintan putih - kisar kering
  • 1 sudu besar jintan manis - kisar kering
  • 1 sudu besar lada putih - kisar kering
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
Cara-Cara:-
  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang dikisar dan daun kari hingga wangi.
  2. Masukkan udang dan tomato. Kemudian kacau rata (tambah air sekiranya perlu)
  3. Masukkan yogurt, cili merah dan cili hijau. Kacau sebentar dan tutup api.
  4. Sedia dihidangkan....Senang kaannnnn... ^_^



Tuesday, June 7, 2011

Butir Nangka Kelantan


Teragak plak nak mkn bubur butir nangka nih bila tengok kat dapur si Cikgu Zana..hehehe siap smuggle nangka yg berbalutkan kertas suratkkabar dalam tong bahagian bawah dlm fridge..
Tapi mama buat cair2 jer... tak brapa manis sgt sbb bila rasa sikit seblm msk..nangka tuh dah manis :)
Thanks yer ...mama C&P resipi dari dapur zana :)

BUTIR NANGKA KELANTAN
(Sumber ; MYresepi)

Bahan-bahan ( 7-8 orang )

  • 4 cawan tepung beras pulut ( saya buat 1 cawan jer)- mama pun 
  • air
  • sedikit kapur makan
  • secubit garam dan pewarna hijau @ air daun pandan
  • (bahan utk kuah)
  • santan dari setengah biji kelapa
  • gula
  • 1 sudu makan halba.. tak letak- mama pun
  • garam
  • daun pandan
#5 ulas nangka dipotong memanjang - saya tambah- mama pun




Cara-cara

  1. masukkan sedikit air ke dalam bekas, masukkan sedikit kapur makan bersama secubit garam serta pewarna. kacau....
  2. masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil di gaul.
  3. buat sehingga adunan menjadi doh dan tidak melekat di tangan. tambah air ikut keperluan.
  4. panaskan air hingga mendidih, masukkan doh yang telah digentelkan... bila masak ia akan timbul..
  5. apabila dah timbul tu, terus cedokkan dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air.
  6. untuk kuahnya pula, masukkan semua bahan kedalam periuk, masaklah hingga mendidih.
  7. bila dah siap bolehla dicampurkan butir nangka bersama kuahnya. sedia untuk dihidang.....
  8. lebihkan santan kalau nak kuah banyak. begitu juga dengan halba. boleh ditambah sukatannya kalau suka.

Donut Tofu Lembut again....


Assalamualaikum & selamat pagi teman2...
Ni lah Donut Tofu Lembut yg telah mama buat beberapa minggu yg lepas...pernah buat yg versi bulat2 blh tgk kat sini :)
Kali nih mama coat atau pun makeup kasi cantek lagi...hehehe Ni lah hasil nyer ...warna warni :)
Cam biasa resipi dari Ros jgk yg mama gunakan hehehe suka ngan hasil nyer. Thanks yer Ros


Donut Tofu Lembut
Resepi Asal : Ros - Jintanmanis


  • 300 gram tepung gandum
  • 100 gram tepung roti ( ganti dgn tepung gandum pun boleh)
  • 125 gram taufu lembut - boleh lihat DISINI
  • 1 1/2 sudu besar susu tepung / skim milk - 
  • 1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu) 
  • 160ml susu suam@air suam - mama letak susu segar suam
  • 40gram shortening
  • 4 sudu besar gula 
  • 6gram yis
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil baking powder
  • sedikit serbuk gula sebagai salutan pada donut ni nanti.






Cara membuat Doh :
  1. Kaedah 1 : Penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
  2. Kaedah 2 : Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Tips untuk dapat doh yang lembut : Ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
  3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
  4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye dan biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan dengan menggunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.
Nota: Ros bentukkan donut taufu ni macam anyaman dan pintalkan, boleh lihat DISINI bentuk donut yang dipintal tu, lepas tu goreng macam biasa, kasi lain sikit rupanya, anak-anak pun suke. topping saja donut ni ikut selera masing2, boleh dicelup dengan coklat bagi menaikkan lagi rupa donut taufu lembut  ini, Selamat Memasak semua.

Monday, June 6, 2011

Shasha Belated Birth-Day with Moist Choc Cake


As Salam semua teman2 yg diingati selalu...
Salam pagi Isnin yg ceria & berbahagia ini..

Ni lah gambar latest si budak kecik yg mama post kat FB. Pada tanggal 3.06.2011 si Shasha ni genap umur 20thn..dah besar dh bdk nih!!! hehehe mama hanya sempat buat kan Moist Choc Cake pada saat2 terakhir pada malam hari Jumaat coz ada sikit jamuan utk teman2 shasha :) Nak decorate cake.. ala faham2 jer lah... dah kaku semua jari jemari ku..ki3x


Resipi dari dapur Zai..setelah BW terjumpa yg simple & something different... tidak menggunakan butter but substitute ngan minyak. very moist & chocolaty budak2 suka lah :P Terima kaseh Zai mama minta izin C&P resini supaya blh buat rujukan anak2 kemudian hari :)


MOIST CHOC. CAKE
Sumber, Dapur mak Lang
Sumber 2: Dapur Mamasya
Dirujuk: Kzai@Teratakimpian

Bahan A - diayak
2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko
1st bpowder
1st soda bicarbonate

4 biji telur
2 cwn gula halus - akak guna 1 3/4 cwn
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak- akak guna minyak jagung
1½ cwn air panas mendidih

Cara
1. Pukul gula + telur = kembang (high speed)
2. Masukkan susu pekat }
3. Masukkan minyak }low speed
4. Masukkan bhn A sedikit demi sedikit }
5. Masukkan air panas dlm adunan tadi (part ni tak perlu pukul just ratakan ngan senduk kayu)
6. Bakar 40-45’ - bakar dkt sejam suhu 175C (bergantung kpd oven masing2)- akak bkr 1 jam 10 minit...

**nota dapur mamasya
adunan kek ni cair sbb byk guna air dan susu pekat sbb tu moist.bakar hampir sejam baru kek masak...



Chocolate ganache (KakMisliha)
300gm Whipping cream
400gm cooking chocolate
1 sdb butter / majerin
2 sdb madu <>Masak whipping cream dgn api sederhana sehingga kelaur buih2
>>Masukkan cooking chocolate yg telah dipotong kecil2..
>>Kacau sehingga sebati..
>>Masukkan butter..tutup api & kacau lg ...

** ini cara teman yerr...
>>Utk menyalut kek, tuang chocolate yg masih cair ke atas kek...goyang & gelek2 sket ala2 inul...smpi rata & licin.

>>Utk buat border, biarkan chocolate semalam sblm digunakan...masukkan dlm piping beg & deco ler ikut suker...  kalo chocolate nmpk cair, masukkan ler skjp dlm peti sejuk...dlm beberapa minit, ikut kepekatan yg kita perlukan... 



Note:
Ini cara kak zai... (mama pun ikut)
Tuang separuh choc ganache yg masih cair diatas kek hingga rata dan masukkan kek kedlm peti sejuk hingga choc ganache mengeras atau semalaman...kemudian masukkan lebihan choc ganache tadi kedalam peti sejuk semalaman sebelum digunakan untuk deko buat border pd kek.Semasa nk mendeko keluarkan choc ganache yg masih keras kesuhu yg dikehendaki(agak2lah hingga blh picit kt nozzle)..jika chocolate cair semasa tgh mendeko,masukkan sekejap dlm peti sejuk dan deko semula(sbb tgn panas..kalau choc cair border jadi tak cantik) dh habis deko masukkan cepat2 kedlm peti sejuk semula supaya border jadi terbentuk cantik dan keras.


 Ni jer yg sempat mama snap... tuh pun sebelum si Nazli ngap!!


Shasha wif her bestie..from primary school through secondary ...secondary , JC & working..these kids have been growing infront of our eyes..Hope to see them in aldult life and so on!!


Yang sempat dijamu utk teman2... simple spaghetti, nasi briyani(tak sempat pun snap gmbr) udang masala, sandwiches,epok2, ayam msk merah dan sedikit kuih muih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...