Saturday, May 7, 2011

Donut Tofu Lembut


Assalamualikaum teman2 semua... Di Singapura rakyat jelata semua yg berusia 21st thn keatas diwajibkan berundi.Pagi2 lah mama & hubby dah keluar mengundi lepas tuh kami cari lah bekpes di luar.. beli lontong jer jadilah buat makan bekfes cum lunch we ouls...
tak nak berceloteh panjang2 coz banyak lagi kerja rumah yg blm disettlekan..dan mama dah mula batok2 dari semalam malam... Tido pun asyik terbangun & batok2.

Buat DONUT TOFU LEMBUT ni dah lama jgk..agak nyer 2 minggu yg lepas... suka sangat2..lembut & tembam2..hehehe. Lepas tengok kat dapur MAS rasa macam terasa2 jer nak makan . Seperti biasa resipi roti atau donut yg lembut & marvelous ni dari ROS -Jintanmanis. Ni mama C&P dari dapur Mas yer n thank u yer Ros for the recipe & also Mas for recommending...



Donut Tofu Lembut
Resepi Asal : Ros - Jintanmanis


  • 300 gram tepung gandum
  • 100 gram tepung roti ( ganti dgn tepung gandum pun boleh)
  • 125 gram taufu lembut - boleh lihat DISINI
  • 1 1/2 sudu besar susu tepung / skim milk - 
  • 1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu) 
  • 160ml susu suam@air suam - mama letak susu segar suam
  • 40gram shortening
  • 4 sudu besar gula 
  • 6gram yis
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil baking powder
  • sedikit serbuk gula sebagai salutan pada donut ni nanti.





Cara membuat Doh :
  1. Kaedah 1 : Penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
  2. Kaedah 2 : Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Tips untuk dapat doh yang lembut : Ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
  3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
  4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye dan biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan dengan menggunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.
Nota: Ros bentukkan donut taufu ni macam anyaman dan pintalkan, boleh lihat DISINI bentuk donut yang dipintal tu, lepas tu goreng macam biasa, kasi lain sikit rupanya, anak-anak pun suke. topping saja donut ni ikut selera masing2, boleh dicelup dengan coklat bagi menaikkan lagi rupa donut taufu lembut  ini, Selamat Memasak semua.

5 comments:

Nazrah said...

Ari tu dah beli tahu lembut ni..tapi sampai sekarang tak buat buat lagi donut ni...

Selamat mengundi yer...

Mas said...

mas suka donut ni...
sedappnya...
cantik jerk donut tu mulat2...

Yat Maria said...

Happy Mother's Day to mama...sambil tu hulur la kita tu donut tofu ma...ni lagi steam tgk election results sampai habis semalam :)

Mama Hawa/Mama Nani said...

Nazrah...
Tu lah..mama pun sama hehehe :) Sib baik dpt buat donut ni..ki3x
Tq Nazrah...dh selamat pun mengundi :)

Mas...
hehehe ni shasha yg tlg mama buat bulat2..senang jer nak ngap :)

Yat Maria...
Tq Yat.. same to u too :)
hehehe tak kuasa mama nak tgk. Nak kasi donut pun dah habis dah jadi baja pun ...hehehe

HomeKreation said...

Salam Mamahawa. Meh peluk2 rindu... uwaaaa nangis pulak.... meh nak makan donat ni cikit...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...