Friday, May 20, 2011

Muffin Pandan.


Sedap buat breakfast/ makan tengahari atau pun minum petang....

Walaupun tak secantik & semekar muffin pandan ni tetap menjadi pujaan hati ku...hehehe
dalam 1 adunan yg mama buat hanya 2 jer yg betul2 merekah ruah...hehehe yg lain senyum simpul jer... nak buat cam mana kan Izah muffin mama nak senyum banyak2, tapi dari segi rasa memang lembut, wangi(pandan) & sedapppp!!! Blh cuba lagi nih..
Tq Izah sayang for sharing recipe yer :) Mama minta izin letak resipi disini :D


MUFFIN PANDAN (KUKUS)

1 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1/4 sk baking soda
secubit garam
1 biji telur
1/3 cawan yogurt
1/3 cawan santan
1/4 cawan minyak sayur
1 sk pandan paste *boleh juga kisarkan santan dengan beberapa helai daun pandan
1/2 cawan gula *kurangkan 2 sudu
beberapa titis pewarna hijau




Caranya:

Ayak tepung bersama baking powder, baking soda dan garam. Gaul sebati.
Ketepikan.
Satukan bahan2 yang lain dan kacau sebati. (bahan basah)
Masukkan bahan basah ke dalam tepung yang di ayak tadi.
Adunan sedikit cair.
Masukkan ke dalam muffin cup.
Kukus di atas kukusan yang telah dipanaskan dengan api sederhana.
Kukus lebih kurang 15 minit.
*Masa kukusan bergantung saiz muffin.


10 comments:

CT Delima said...

Assalamulaikum Mama

keharuman pandan memang wangi ditambah kelembutan muffin tu tambah lagi sedap kan Mama.nak seketul dua Ma :D

CT pernah terbaca dalam satu blog. dia kata kalau nak muffin kita tu mekar, kena guna api yang besar dan air kukusan hendaklah melebihi garis kat periuk kukus tu. macam tu lah lebih kurang... :D

izahdaut said...

mama/.. tq sudi cube. lembut kan ma.. tergoda la pulk bila tengok muffin pandan mama ni..

betul tu, kadang2 mengembang elok kadang2 senyum simpul sikit je apam ni. hehehe.. tapi ada cantik tu. suke je tengok

Mas said...

mama...cantik la mapin tu....
hijauuuuu.....
nampak lembut gebu jerk...

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said...

As Salam Mama...ghupa ok jer kita tengok..mesti harum dan sedap bau pandan tu...

Wanieyra said...

Salam Mama..

Mmg cantik mufin yg mam buat ni...ira ni ptg tgk mufin & kek ni. tgn mula le gatal2.... gatal nak buat

Ayu said...

wah ma,ada lagi tak mafin ni..
macam biasa ah..woodlands mrt ah..
berapa yg balance tu bawakan tau..hahah

Yat Maria said...

Ma...

waduh3x...nampak lembut jer mapin ni Ma...kita pong nak gak...kita tukar ngan apam ek..

Mama Hawa/Mama Nani said...

CT Delima..
Wslm CT
Betul tuh :) Wangi & harum jer muffin pandan. Nak seketul dua CT hehehe dah kehabisan... mungkin dikesempatan lain mama nak buat kecil2 pulak biar dpt byk sikit.
Mama dh cukup kuat kan api kukusan..mungkin air kurang penuh agak nyer..takpe lain kali boleh dicuba tq share tips ngan mama yer CT

Izah..
takpe tak mekar janji lembut & sedap dimkn :P
Tulah bila muffin atau apam mekar suka betul..takpe lah nak buat cam mana kalau dia tak nak mengembang

Mas..
warna hijauuu kesukaan anak mama & lembut jer muffin ni..try lah Mas

Nazrah...
Wslm Nazrah :)
mmg ruper okay..cuma tak nak mekar jer..haruman dari daun pandan :P

Wanierya...
Wslm Ira..
Cantik tu x lah tapi dari segi rasa mmg lembut & sedap Ira :P try lah

Mama Hawa/Mama Nani said...

Ayu...
Alamak dah habis lah...
Kalau Ayu buat mama pulak yg tunggu kat Wdlands Mrt ....hahahaha

Yat Maria...
lawa x da..lembut tuh yg best...hehehe nak jgk dah habis lah tapi kalau nak kasi mama apam yg buat mama ngan rela hati tunggu kat Mrt Wdlands..hehehe :) Jgn marah!!!

Nieza said...

wahh cantik berserila muffin tu kak...terguda dah ni...nanti boleh cuba..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...