Thursday, May 5, 2011

Mee Jawa


Salam pagi khamis semua...
Menu semalam ..dinner we ouls MEE JAWA . Ada rasa2 cam mee rebus jgk cuma tak letak tauco. Sedap!!
Thanks yer Yatie for the recipe.. Mas pun dah buat kelmarin.


MEE JAWA
sumber: FP Kak Hanieliza


Bahan-bahan
  • 1 kg mee kuning (dicelur)
  • 1/2 kg. daging [rebus lembut dan hiris nipis]
  • 300 gm tauge (buangkan ekornya dan celur sekejap je..)
  • 2 tangkai daun bawang/ daun sup (dihiris)
  • 5 biji cili merah/hijau (dihiris)
  • 3 keping tauhu goreng (dihiris nipis)
  • 3 biji telur rebus (dibelah)
  • 3 biji limau nipis (dibelah)
  • Sedikit bawang goreng
Bahan Kuah:
  • 1/2 kg keledek (direbus & dikisar)
  • 3 ulas bawang putih *
  • 5 ulas bawang merah *
  • 3 batang serai * (bhn bertanda * di kisar halus)
  • Sedikit halia *
  • sedikit lengkuas *
  • 100 gm udang kering *
  • 2 s/b cili kisar
  • 3 s/b serbuk kari daging
  • air rebusan daging
  • air secukupnya ikut kepekatan yg di kehendaki
  • Sedikit garam
  • Sedikit minyak masak
  • Sedikit gula




Cara-Caranya

  1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang di kisar, rempah & cili kisar hingga garing.
  2. Masukkan keledek kisar. Tambahkan air rebusan daging mengikut kepekatan yang diinginkan.
  3. Akhir sekali, masukkan garam & gula. Biarkan hingga kuah mendidih.
  4. Angkat dan hidangkan dgn mee yg telah di celur dan bahan yg dihiris.
  5. Tuangkan kuah ke atas mee dan selamat menjamu selera.

5 comments:

Mas said...

mama...sedappkan mee jawa ni...
mas pun suka...
amboiii..laju jerk mee jawa ni sampai rumah mama..he..he....
mesti terliur ari tu...he..he..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

huhuhu.. patutlah spore ujan ribut smalam.. hehehe

Mas Sani said...

sedapnya mee jawa!

Yatie said...

uwaaaa meriahnya tngk mee jawa mama ni...menyelerakan sungguh....nak semangkok...terliur je tngk...

CT Delima said...

Assalamulaikum mamahawa

Ni yang tak dapat nak lelap mata ni. sana sini dok tayang mee jawo. sedapnya dengan kepekatan kuah tu.perghhhh...kecur dah ni Mama..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...